Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor sekali lagi dijemput bagi memeriahkan Program Sepakat Bestari Komuniti 1Malaysia dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Program yang diadakan di daerah Gombak pada 12 Mei 2012 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ini turut dimeriahkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.
Seawal jam 7.00 pagi kami telah bertolak ke Hulu Kelang kerana program dijadualkan bermula pada jam 8.00 pagi. Pada kali ini kami telah dijemput bagi mengadakan interaktif kraf mencanting batik. Suasana yang pada awalnya tenang, bertukar menjadi gamat apabila kami diserbu oleh peminat-peminat kraf yang ingin melihat dan mempelajari teknik mencanting batik.
Walaupun hujan turun dengan lebat pada waktu petang, keadaan di khemah KMCS masih tidak berubah, peminat-peminat kraf masih tidak berganjak dan meneruskan aktiviti. Mereka sangat teruja dengan batik yang mereka hasilkan sendiri.

persiapan di bawah khemah sebelum aktiviti bermula
Khemah KMCS diserbu peminat-peminat kraf
Peserta teruja melihat hasil tangan sendiri
Walaupun hujan dan padang dinaiki air tidak menghalang mereka dari meneruskan aktiviti mencanting batik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan