Pada
23 Mei yang lalu Skuad J1M1K KMCS telah bergerak ke destinasi seterusnya bagi
ekspedisi Jelajah 1Murid 1Kraf dan kali ini telah membawa kami ke sebuah
sekolah tidak jauh dari bandar Rawang. Sekolah yang terpilih bagi kali ini
ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Sg.
Buaya, Rawang. Kedatangan kami telah
disambut mesra oleh Cikgu Zuriani dan guru-guru sekolah ini yang sememangnya
begitu peramah dan ceria. Guru besar sekolah ini yang mesra dipanggil sebagai
“Ayahanda” oleh guru-guru dan murid-murid juga turut serta menyambut kedatangan
kami pada pagi itu.
Seperti
biasa, aktiviti J1M1K ini akan bermula dengan sesi pengenalan mengenai batik di
samping menerangkan kegunaan dan kepelbagaian produk daripada batik serta
demonstrasi mencanting batik kepada para peserta yang terlibat. Pada kali ini,
seramai 71 orang murid dan 12 orang guru telah mengambil kesempatan untuk
mencuba menghasilkan lukisan batik.
Nampak
seperti mudah, tapi belum cuba belum tahu… Ketika sesi penerangan, kelihatan
adik-adik di sini begitu tekun mendengar namun, apabila diberi peluang untuk
mencuba barulah mereka sedar mencanting batik ini memerlukan daya kreativiti
dan kesabaran yang tinggi. Tapi, kami tetap yakin mereka ini bijak-bijak
belaka. Mana kan tidak, lihat saja kepada hasil lukisan masing-masing sudah
membuktikan mereka ini berbakat. Guru besar juga amat teruja apabila melihat
‘anak didik’ beliau begitu berkebolehan dan mula merancang untuk mengadakan
aktiviti seterusnya untuk program akan datang.
Skuad
J1M1K pada kali ini begitu terharu dengan kerjasama dan layanan yang diberi.
Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan
komitmen yang begitu baik demi membangunkan anak bangsa. Kiranya, masih belum
terlewat bagi kami Skuad J1M1K untuk mengucapkan “Terima Kasih dan Selamat Hari
Guru”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan