Jumaat, 7 Disember 2012

JEJAK USAHAWAN KMCS TELAH BERMULA....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Dek kerana kesibukan pelbagai urusan, saya hampir terlupa untuk 'berceloteh' mengenai aktiviti terkini KMCS. Walaupun, aktiviti 'Jejak Usahawan KMCS' telah bermula pada 27 November 2012 yang lalu, saya masih belum berkesempatan untuk menyiarkan sebarang artikel berkaitan aktiviti itu. Maafkan saya kerana terlepas pandang. 


Jika sebelum ini, KMCS ada menyiarkan mengenai sesi Taklimat Kajian Industri Kraf (KIK) 2012 yang telah diadakan pada bulan November yang lalu, kini, ia telah bermula... Saya lebih senang menggelarkan aktiviti ini sebagai 'Jejak Usahawan KMCS' kerana melalui aktiviti sebegini anggota kerja KMCS dikehendaki untuk menjelajah ke rumah atau bengkel usahawan terlibat bagi mendapatkan maklumat terkini dan melengkapkan borang KIK 2012.





 
Bak kata orang-orang tua, 'sambil menyelam, minum air'. Jadi, KMCS menggunakan peluang ini untuk melengkapkan direktori KMCS bagi tahun 2013. Jom, kita tengok aksi-aksi kawan-kawan kita yang terlibat dalam 'Jejak Usahawan KMCS' ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan