Rabu, 9 November 2011

KEMBARA J1M1K KE DAERAH GOMBAK



Walaupun sesi persekolahan kian melabuhkan tirainya, namun kembara J1M1K masih lagi giat berusaha untuk menabur bakti kepada pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Jika ‘entry’ yang lepas kami telah berkelana jauh ke Beranang, tapi kali ini kami ingin berkongsi cerita tentang kembara kami di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.

Panggilan telefon daripada Cikgu Misriah pada beberapa minggu yang lepas, telah membawa skuad J1M1K sampai ke sekolah ini pada hari ini. Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Beruntung kami, sudah lah disambut baik, layanan pun mesra. Pendek kata, kami semua gembira untuk bersama-sama mereka di sana.

Seperti kebiasaannya, murid-murid akan berasa sedikit gugup dan takut apabila disuruh mencanting sendiri, tapi bila canting sudah berada di tangan, masing-masing lupa diri. Begitu juga bila sudah pegang berus, cikgu lalu pun dah tak nampak. Apa-apa pun, Sekolah Kebangsaan Gombak Utara memang best…… Ucapan kami buat adik-adik dan cikgu-cikgu di sekolah ini, “Terima kasih atas layanan dan kerjasama yang diberikan serta Selamat Maju Jaya”.











PETUA - TIMUN TERAPI WAJAH



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (9 November 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk, "Timun Terapi Wajah".

Selasa, 8 November 2011

SANTAPAN ROHANI - 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.






Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Selasa (8 November 2011) telah disumbangkan oleh Yuhanes Abdullah bertajuk, '7 Sunnah Rasulullah S.A.W'.

Jumaat, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA 1432H


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim a.s…

Melihatkan teguhan iman anaknya Nabi Ismail a.s…

Di kala itulah bermulanya…

Sejarah agung…

Mengenali erti sebuah PENGORBANAN….

Mengambil kesempatan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang pada tanggal 10 Zulhijjah 1432H, kami warga KMCS menyusun sepuluh jari, seikhlas hati, sejujur kata memohon ampun dan maaf seandainya terlanjur kata, tersilap laku dan segala kekhilafan kami sepanjang kita bersama. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan kepada rakan-rakan yang pulang berhari raya di kampung halaman, kami mendoakan kalian selamat pulang dan selamat kembali, insya-Allah.

Khamis, 3 November 2011

SERIBU SATU CERITA.......



Erm.. Inilah sekolah yang telah team "J1M1K' jelajah pada kali ini... Untuk pengetahuan semua, di sekolah inilah bakal berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 pada 10 November 2011 yang akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri.



Agak pelik kan kenapa ayat ni yang menjadi tajuk untuk ‘entry’ kali ni.....Apa-apa pun biarlah rahsia team J1M1K je…Peristiwa mengendalikan interaktif kraf di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa Klang akan terus menjadi kenangan kami. Kenangan manis???kenangan buruk??? “Biarlahhhh Rahsia” bak tajuk lagu Siti Nurhaliza.



Walaupun banyak perkara yang tak sepatutnya berlaku tapi ‘team’ J1M1K tetap teruja mahu menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar sekolah yang sememangnya bersemangat untuk menimba ilmu dalam bidang kraf Batik. Aktiviti ini dapat dilaksanakan hasil minat puan pengetua sekolah yang tercetus ketika bertemu pengarah KMCS dalam mesyuarat mempromosikan Majlis Rumah Terbuka Deepavali.





Pn. Sue begitu bersemangat memberikan penerangan berkaitan batik





Wah, nampaknya adik-adik kita ni sudah tidak sabar-sabar lagi nak menunjukkan bakat terpendam masing-masing.



Alhamdulillah, hasil tangan para pelajar sangat cantik dan mereka masing-masing saling berlumba-lumba untuk menghasilkan karya yang terbaik. Tahniah buat pelajar-pelajar dan insya-Allah, ‘team’ J1M1K tidak akan serik untuk datang lagi tahun depan.





Amboi.. Sibuk nampak adik-adik kita ni.. Tengah fikir hendak lukis motif apa ke?





Walaupun terpaksa duduk bersila, namun Cikgu kita ni begitu bersungguh-sungguh menyiapkan hasil seninya.





Ermm... Adik-adik ni juga tidak kurang hebatnya...





Rama-rama... Terbang tinggi... Macam lagu pula...





Tadaaaa..... Inilah hasil seni kami.. Cantik kan? Terima kasih team 'J1M1k".

PETUA MENJAGA RAMBUT


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Khamis (3 November 2011) telah disumbangkan oleh Amalina binti Rossli bertajuk, "Petua Menjaga Rambut".

Rabu, 2 November 2011

DEMI BERKONGSI ILMU…






Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan.. Begitu juga dengan ‘team’ J1M1K yang telah bertamu banyak daerah demi berkongsi ilmu khasnya kepada pelajar-pelajar sekolah. Jika sebelum ini kami telah meredah SMK Kampung Jawa, Klang, namun pada kali ini kami telah meredah hampir ke sempadan Negeri Sembilan bagi meneruskan misi kami bagi menjayakan program J1M1K ini.

Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam, yang terletak di daerah Beranang merupakan sebuah sekolah kecil yang bilangan keseluruhan pelajarnya lebih kurang 500 orang. Biarpun, bilangannya kecil, namun semangat mereka besar. Syabas buat guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah ini yang amat ‘sporting’ dan tekun mendengar penerangan yang telah disampaikan oleh kami.

Guru besar yang pada mulanya sedikit risau untuk membenarkan murid-muridnya untuk mencanting telah berjaya dipujuk oleh Puan Lilis Suriyani. Seorang demi seorang anak muridnya berjaya mencanting dengan baik sedikit sebanyak telah menghilangkan kerisauan tersebut. Akhirnya beliau sendiri teruja untuk mencanting bersama kami semua. Nah, hasilnya pembaca boleh lihat sendiri cantik atau tidak. Percubaan kali pertama yang tidak kurang hebatnya telah ditunjukkan oleh adik-adik yang membesar di sebuah kawasan yang agak terpencil.

Selain mencanting batik, kami juga turut mengadakan aktiviti mewarna permukaan seramik. Murid-murid di sini begitu kreatif dengan mengaplikasikan pelbagai warna pada pasu tersebut. Pada masa yang sama juga kami turut memeriahkan aktiviti dengan mengadakan kuiz dan hadiah-hadiah comel telah menggembirakan hati mereka. Pelbagai telatah yang menghiburkan kami dan kami amat berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberi kepercayaan dan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan aktiviti ini. Terima kasih cikgu-cikgu… Terima kasih adik-adik Sekolah Kebangsaan Kampung Kuala Pajam.. Semoga kita bertemu lagi di lain kali, insya-Allah.




























SANTAPAN ROHANI - AMALAN AYATUL KURSI

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (2 November 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "Amalan Ayatul Kursi".

Selasa, 1 November 2011

TUAH HARI DEEPAVALI UNTUK EN. RAMADAS

Di antara kerosakan yang perlu diperbaiki segera.

Baru-baru ini, satu rombongan telah berkunjung ke rumah En. Ramadas iaitu usahawan kraf seramik India untuk memeriksa semula struktur bangunan bengkel yang telah rosak dan uzur. Dengan dihadiri oleh Shahrul Hakimi selaku wakil dari Unit Usahawan dan Fathul Muin, Juruteknik KMCS serta beberapa pihak kontraktor telah melihat sendiri keadaan bengkel yang memerlukan pembaikan segera disebabkan pengeluaran seramik yang banyak dan memerlukan keadaan bengkel yang sempurna dan baik.

Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan oleh Juruteknik kepada pihak kontraktor dan En.Ramadas tentang kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia. Kelihatan En.Ramadas sangat gembira dengan kedatangan kami yang membawa khabar gembira bagi beliau yang menyambut Hari Deepavali pada hari rabu yang lalu. Pada kesempatan ini, kami warga kerja KMCS mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia dan tidak lupa juga yang berada di perantauan, teristimewanya kepada usahawan kraf negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.




MOTIVASI - MINDA JUTAWAN TRUMP SEBAGAI USAHAWAN



Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Selasa (1 November 2011), telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Minda Jutawan Trump Sebagai usahawan".