Baru-baru ini, satu rombongan telah berkunjung ke rumah En. Ramadas iaitu usahawan kraf seramik India untuk memeriksa semula struktur bangunan bengkel yang telah rosak dan uzur. Dengan dihadiri oleh Shahrul Hakimi selaku wakil dari Unit Usahawan dan Fathul Muin, Juruteknik KMCS serta beberapa pihak kontraktor telah melihat sendiri keadaan bengkel yang memerlukan pembaikan segera disebabkan pengeluaran seramik yang banyak dan memerlukan keadaan bengkel yang sempurna dan baik.
Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan oleh Juruteknik kepada pihak kontraktor dan En.Ramadas tentang kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Kraftangan Malaysia. Kelihatan En.Ramadas sangat gembira dengan kedatangan kami yang membawa khabar gembira bagi beliau yang menyambut Hari Deepavali pada hari rabu yang lalu. Pada kesempatan ini, kami warga kerja KMCS mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia dan tidak lupa juga yang berada di perantauan, teristimewanya kepada usahawan kraf negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
BAGUS
BalasPadam