Khamis, 17 November 2011

BERLANGSUNGNYA MESYUARAT PENYELARASAN PENGISIAN PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI PULAU CAREY



Pada 2 November 2011 (rabu), telah berlangsungnya mesyuarat penyelarasan pengisian perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan). Mesyuarat ini melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. 

Turut hadir ke Perkampungan Budaya ialah Pengarah Bahagian Usahawan, Penolong Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah Bahagian Rekaan dan Pengarah Kraftangan Cawangan Selangor.

KMCS dengan kerjasama Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras  penyediaan prasarana untuk aktiviti demonstrasi dan pameran kraf Orang Asli Mah Meri.  Demonstrasi kraf yang diadakan adalah ukiran kayu patung dan topeng kaum Mah Meri dan demonstrasi anyaman pandan mengkuang dan origami.


Hampir dua (2) jam berlangsungnya mesyuarat tersebut, bermulalah sesi lawatan Datuk Ghaffar ke tempat demonstrasi kraf Orang Asli Mah Meri.  Lawatan beliau dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli iaitu tarian sewang dan topeng.  Selepas sesi lawatan berakhir, semua dijemput untuk menjamu selera.  Memandangkan kesuntukan masa untuk kami bertolak ke Kg. Sg. Kurau, kami mengambil keputusan untuk meninggalkan hidangan yang disajikan dan meneruskan perjalanan ke Bengkel Latihan Jangka Pendek (LJP) Kg. Sg. Kurau.  Turut serta ke Bengkel tersebut iaitu Pengarah Bahagian Usahawan, En. Ibrahim Ismail dan Penolong Pengarah Bahagian Usahawan Puan Azlin Aziz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan