NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Khamis, 31 Mac 2011
BILA PERUT BERBUNYI…
Rabu, 30 Mac 2011
ALKISAH SEBUAH CERITA...
MESYUARAT PERSEDIAAN BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL 'ENAMELLING'
Selasa, 29 Mac 2011
JANGAN PANDANG SAJA, JOM KITA GOTONG-ROYONG...
Mengambil semangat rakan-rakan di cawagan lain, kami warga KMCS juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengemas dan menghias bilik mesyuarat. Nampak saja bilik kecil, namun penatnya boleh tahan juga. Dua hari juga kami berkemas, kini baru nampak hasilnya. Jika sebelum ini bilik mesyuarat tersebut bagaikan stor, keadaannya pada petang ini sudah berubah sama sekali dan berhias cantik. Wah, inilah hasil penangan Muin, A'aa, En. Dan, Iza, Wan, Akmal dan lain-lain. Syabas!
Walaupun, keadaan kami di sini serba kekurangan, namun kami bersyukur kerana rakan-rakan kami di IKN banyak membantu dalam meminjamkan keperluan seperti meja, kerusi, alas kerusi dan sebagainya. Terima kasih rakan-rakan di IKN.
Jadi petang nanti bilik tersebut sudah boleh digunakan bagi mengadakan Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling. Sekarang kami sudah boleh tersenyum puas kerana bilik tersebut sudah kemas, cantik dan tersusun, bak kata orang, “barulah tak sakit mata memandang”. Tahniah!
Isnin, 28 Mac 2011
KLINIK HATI - TRANSFORMASI DIRI
AKTIVITI WARGA KMCS HARI INI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,
Sehubungan itu, kami ingin menjemput dan mengalu-alukan kedatangan semua warga KMCS dan IKN untuk bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah yang akan disampaikan. Jom tambahkan ilmu di dada agar dapat menjadi panduan dan pegangan kita bersama. InsyaAllah..
Jumaat, 25 Mac 2011
KUDAKU LARI GAGAH BERANI…..
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PAGI
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia
Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:
Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh "Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi" tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."
Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."
Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."
Hadith 1
Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.
أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit.
Mereka berkata; Kita tidak boleh meniru-niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus-menerus!.. Sahabatnya menyahut: Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya!
Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda; Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekalian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).
Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.
Di dalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.
Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan;
1. Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.
2. Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.
3. Yang amat menitikberatkan pembinaan roh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.
Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.
Wallahu’alam
"Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri".
Khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Muin.
Rojak mamak sumbangan Anes dan Juju
Khamis, 24 Mac 2011
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN USAHAWAN PROMOSI ANTARABANGSA 2011
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Usahawan Kraf bagi Promosi Antarabangsa 2011 telah diadakan pada pagi tadi (24 Mac 2011) bertempat di Bilik Pengarah bermula pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat ini diadakan bagi membuat pemilihan dan tapisan usahawan yang berminat bagi menyertai aktiviti promosi di peringkat antarabangsa di peringkat KMCS.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Pengarah dan ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Timbalan Pengarah merangkap Ketua Unit Pembangunan, Puan Zailah, Ketua Unit Promosi, Ketua Unit Usahawan dan Ketua Unit Rekaan.
Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria seperti berupaya memenuhi kapasiti pengeluaran, rekaan produk yang menepati kehendak pelanggan antarabangsa, berdaya maju dan bersedia ke pasaran global. Setiap ketua unit akan memberikan pandangan dan cadangan bagi menentukan usahawan tersebut berjaya bagi tapisan di peringkat KMCS.
Harapan kami amatlah besar dalam memastikan usahawan-usahawan kami berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan para usahawan yang terpilih nanti akan berusaha untuk memberikan komitmen dan menghasilkan rekaan produk yang mempunyai kelainan, bercitarasa tinggi dan terkini mengikut trend dalam pasaran. Doa kami agar semua usahawan kraf di bawah seliaan kami akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. InsyaAllah.
AL-KISAH KE PULAU CAREY, SEDIHNYAAA..TAK JADI PULAK....
LATIHAN HRMIS BAGI SUBMODUL SKT-LNPT
Pada 23 Mac 2011, KMCS telah menerima kunjungan daripada HR-Team (pasukan HRMIS) dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat. Pasukan ini terdiri daripada lima anggota kerja yang diketuai oleh Encik Syardi. KMCS merupakan cawangan pertama yang telah mendapat latihan penggunaan Submodul Penilaian Prestasi (SKT-LNPT).
Seramai 16 anggota kerja KMCS telah mengikuti latihan ini dan ia telah dijalankan di Makmal Komputer, Institut Kraf Negara (IKN) mulai jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Objektif latihan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja tentang cara-cara penggunaan sistem HRMIS bagi submodul Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan submodul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) menggunakan sistem berkomputer.
Biarpun anggota KMCS tidak ramai, namun senda gurau tetap menjadi kebiasaan. Masing-masing berjaya mengaplikasikan apa yang telah diajar dengan baik. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang menyerbu di minda. Apa tidaknya, semua teruja untuk mempelajarinya. Walaupun, KMCS masih menghadapi masalah berkaitan EG*Net, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar bagi memahirkan diri masing-masing. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan boleh digunakan dengan segera, InsyaAllah.
Rabu, 23 Mac 2011
LAWATAN TAPAK PULAU CAREY!!
ORKID OH ORKID...
Baru-baru ini (22 Mac 2011), Encik Ghani bin Yusof, Penyelia Lanskap yang telah dilantik oleh pihak IKN telah datang berkunjung buat kali kedua ke KMCS kerana sebelum ini juga beliau telah datang ke sini bagi memberikan tips-tips penjagaan pokok orkid. Bukannya apa, pokok orkid adalah tanaman yang menjadi penyeri bangunan kami di sini. Jika sebelum ini ramai yang mengatakan orkid sukar dijaga, namun pada hakikatnya jika betul teknik dan penjagaannya pasti ia berbunga mekar dan cantik. Cantik macam kami semua di sini. Betul tak? Betul, betul, betul…!
Perkara yang penting dalam penjagaan orkid adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman ini. Jika rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid akan sentiasa berbunga dan hidup subur.
Puan Pengarah, Kak Odah, Fathul Muin dan Shahrul (A’a) tidak melepaskan peluang untuk mendengar penerangan panjang lebar daripada En. Ghani. Wah, nampaknya lepas ini mesti orkid yang ada di sini bertambah segar dan cantik, InsyaAllah. Harap-harap begitulah hendaknya. Kepada Fathul Muin, jangan lupa siram pokok orkid kesayangan KMCS tu ya… Kawan-kawan yang lain pula, janganlah mengharap pada Muin sahaja. Ringan-ringankanlah tangan kalian untuk membantu dia demi mengindahkan persekitaran di KMCS. KMCS BOLEH!
Selasa, 22 Mac 2011
SELAMAT TINGGAL PUSAT INKUBATOR KRAF BATU, PJ
Jom, kita tengok apa yang terjadi...
Isnin, 21 Mac 2011
MERIAHNYA PMS KG. MELAYU AMPANG
KMCS dan IKN juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam menjayakan pertandingan mewarna batik, demonstrasi dan interaktif kraf seramik dan anyaman rotan. Sambutan memang amat menggalakkan daripada golongan dewasa dan paling meriah dengan kerenah kanak-kanak yang begitu bersemangat mencuba sendiri menghasilkan pasu seramik. Jangan terkejut, ada yang sampai merajuk dan menangis sebab tidak berpeluang mencubanya. Bahkan, kehadiran tetamu cilik yang tidak disangka begitu menarik perhatian kami. Dua orang cucu YB Dato’ Seri sanggup berdiri selama hampir satu jam untuk menyiapkan pasu seramik mereka. Memang kreatif dan berbakat sekali Ku Arif dan Ku Lin menghasilkan pasu seramik rekaan sendiri. YB Dato’ Seri pun amat teruja dan gembira melihat pasu yang dihasilkan. Wah, nampaknya susahlah orang lain hendak cari makan lepas ni… (Jangan marah, Ku Arif dan Ku Lin).
Keseluruhannya, PMS ini sangat meriah dengan kehadiran penduduk di sekitar Ampang dan apa yang menarik aktiviti memasak secara bergotong-royong dan pertandingan sukan rakyat yang semakin dilupakan telah berjaya menarik minat pengunjung yang datang. Tahniah, kami ucapkan kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Kepada Pengurusan IKN khususnya Linda (Nor Azlinda), Noor (Norsiah), Abg. Iza (Ghazali), Chor (Saiful Fadly), Jay Jay (Nordin) dan Jefry, kami di KMCS mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Tidak dilupakan terima kasih daun keladi kepada semua rakan-rakan di KMCS yang telah membantu. Terima kasih…