Alhamdulillah pada 22 Januari 2015 yang lalu, Puan Aididah binti Ibrahim, Pengarah baru Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan lawatan ke beberapa bengkel dan bilik pameran usahawan kraf Kuala Lumpur dan Selangor dan salah satu daripadanya adalah ke Bilik Pameran Fiq & Miz, usahawan yang terkenal dengan produk pakaian siap kain tenun. Kedatangan mereka disambut mesra oleh pemiliknya, Encik Fauzi. Jom, kita jenguk apa yang menarik :)
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Jumaat, 23 Januari 2015
Isnin, 19 Januari 2015
MAKMAL PENGELUARAN PRODUK KRAF ANYAMAN ROTAN SEMPENA HKK 2015
Pada 12 - 17 Januari 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah mengadakan Makmal Pengeluaran Produk Kraf Anyaman Rotan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 (HKK 2015) telah berlangsung di Kraftangan Malaysia Cawangan
Selangor (KMCS) bertempat di Studio Rotan, Bangunan Rotan, Institut Kraf Negara, Rawang.
Peserta yang terlibat
terdiri daripada usahawan kraf anyaman rotan negeri Selangor dan beberapa
peserta jemputan daripada negeri Melaka. KMCS juga telah menjemput khas tenaga pengajar anyaman rotan dari negeri Melaka iaitu Encik
Ishak Bin Kassim yang merupakan salah seorang Adiguru Kraf Anyaman Rotan pada tahun 2011.
Bengkel selama 5 hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Zahir bin Ahmad pada 17 Januari 2015. Kami, warga KMCS mengucapkan terima kasih atas kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua dalam menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi :)
Langgan:
Catatan (Atom)