Assalamualaikum w.b.t.
Tinggal 2 atau 3 hari sahaja lagi untuk Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita untuk meneruskan amalan-amalan mulia yang Ramadhan tarbiahkan. Keikhlasan kita berpuasa hanya kerana Allah tentu membuatkan kita terlalu sedih untuk berpisah dengan Ramadhan lalu merataplah pencinta-pencinta Ramadhan. “Ramadhan, ku pohon usah kau pergi”.
Justeru, marilah kita jadikan Ramadhan ini sebagai bulan permulaan kepada hari-hari yang masih berbaki. Izinkan saya berkongsi pesanan Rektor universiti maya U-MKI kepada siswa(i):
“Pasca Ramadhan nanti kita tekadkan hati sekurang-kurangnya mahu meneruskan beberapa amalan khusus yang boleh dilaksanakan setelah 30 hari berlatih dan merenung diri.
•
Solat berjemaah/menjaga aurat
•
Solat malam
•
Solat Dhuha
•
Puasa sunat
•
Membaca Al-Quran
•
Menjaga hati
Berdoalah kepada-Nya semoga dipermudahkan”. Sekadar renungan mata hati.
Kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) mengambil kesempatan mengucapkan, “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir Batin” kepada warga Kraftangan Malaysia dan rakan-rakan pembaca setia blog KMCS. Bagi yang pulang berhari raya di kampung halaman, kami doakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan dilindungi Allah s.w.t, insya-Allah.