Santapan Rohani




JIHAD PERANGI HAWA NAFSU
Disediakan oleh Puan Rosmawati / Jumaat / 22 Mac 2013.
Setiap orang memiliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak Adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan." (Surah Maryam, 59)
Sebahagian orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."
Hawa nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "
Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat timbangan menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]
Sumber: iluvislam.com 

---------------------------------------------------

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU
Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki/ Rabu / 3 Oktober 2012.



Suatu hari Rasulullah S.A.W didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu, baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah S.A.W seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah S.A.W akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah S.A.W terus makan setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah S.A.W itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah S.A.W menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya buat kali pertama. Sekiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan kesemuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah S.A.W. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah S.A.W.

Wallahualam...

Sumber dari: syokislam.blogspot.com


-------------------------------------------------------------------------


BAWAH DAGU AURAT?
Disediakan oleh Puan Rosmawati Zubir / Rabu / 19 September 2012.

AURAT bagi seorang lelaki dan wanita Islam berbeza. Secara dasarnya bagi seorang wanita auratnya ialah seluruh tubuhnya berbanding dengan aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian khusus dalam persoalan aurat wanita dan lelaki berdasarkan keadaan dan konteks tertentu.

Ini jelas apabila difahami daripada ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai suruhan kepada wanita supaya menjaga pandangan mata dan larangan daripada mendedahkan tubuh mereka kepada lelaki yang bukan mahram, kecuali anggota tubuhnya yang zahir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur (24): 31)

Pengecualian dalam menutup aurat wanita terdapat dalam ayat di atas iaitu “...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Termasuk dalam zahir ialah bahagian muka dan dua tapak tangan. Memandangkan dagu dikira sebahagian daripada muka, ia termasuk dalam pengecualian itu secara umumnya.

Memakai cincin pula termasuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w di mana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga Baginda wafat.“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking tangan kiri).” (Muslim)

Seterusnya ada riwayat dari Ali bin Abi Talib bahawa: “Rasulullah s.a.w melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi dan Nasa’i)

Larangan ini dalam bentuk tegahan makruh. Dengan mengikut sunnah Baginda dan meninggalkan tegahan Baginda, seorang akan mendapat ganjaran pahala

Sumber dari - http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bawahdaguaurat_/Article/index_html

 

-------------------------------------------------------------------------

TAWAKAL KEPADA ...UBAT?  

Disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti di Nek Kamal / Jumaat / 7 September 2012.



Sebagaimana seorang ibu mahu melihat anaknya sihat walafiat sebegitu jugalah seorang doktor mahu melihat pesakitnya sihat dan boleh melakukan aktiviti yang dia boleh lakukan sebelum ini (full functional ability). Menjadi satu kebahagiaan bagi seorang doktor apabila melihat pesakit bawah seliaannya sihat dan kembali bersama keluarga tercinta.

Tetapi pernahkah kita terfikir seperti dalam aspek kehidupan yang lain, di sebalik kerancakan bidang perubatan juga terdapat gerak geri Allah? Seharusnya bidang perubatanlah yang menyediakan ruang dan peluang yang amat besar bagi doktor Muslim untuk meningkatkan iman serta melaksanakan dakwah.

Realiti semasa

Suatu perkara yang sudah lama saya perhatikan ialah berkenaan konsep tawakal. Adakah doktor-doktor Muslim sudah memahami konsep usaha serta tawakal? Saya terkilan dengan bahasa sesetengah doktor yang seolah-olah dengan ilmunya lagaknya seperti yang Maha Kuasa.

Suatu hari, seorang doktor pakar kelihatan termangu-mangu di hadapan saya sambil berkata "Why did it happen?" Setelah melakukan craniotomy (proses pemotongan sedikit bahagian kepala atas beberapa sebab dan keadaan untuk mengelakkan komplikasi - contohnya, untuk mengelakkan pendarahan teruk), pesakitnya diambil Allah setelah dia kembali sihat. Sebagai seorang consultant neurosurgeon, keadaan itu sangat menampar kehebatannya... "There's no other explanation. Maybe it is taqdir," sahut salah seorang pakar neuro. Saya berfikir.

Ubat

Saya mahu mengambil contoh yang paling ringkas, iaitu ubat. Saya percaya semua orang pernah mengalami kesakitan dan pernah mengambil ubat, bukan? Tidak kiralah ubat itu berbentuk pil penahan sakit seperti paracetamol (PCM) sehinggalah kepada tahap ubat-ubatan yang lebih tinggi dan dikawal penggunaannya seperti opiods, morphine dan sebagainya. Bagaimanakah cara pandang kita terhadap ubat-ubatan ini? Adakah ianya ada kuasa menyembuhkan? Simple bukan? Tetapi di sinilah terujinya aqidah kita.

Ubat, sains dan ketuhanan

Ubat dan teknologi perubatan adalah hasil daripada peningkatan taraf teknologi santifik serta penyelidikan. Maka dengan berkembangnya revolusi perubatan, ianya menjanjikan pelbagai rangkaian ubat di pasaran perubatan serta peningkatan tahap kesihatan.
Untuk memahami bagaimana ubat itu beraksi di dalam badan, kita perlu mengetahui bagaimana pil putih atau kapsul yang kita telan itu bekerja bersama 'badan' kita untuk mencapai tahap ubat optimum. Setiap ubat itu mempunyai jalan kerja (pathway @ mechanism of action) yang berbeza.

Saya mengambil contoh ubat gastrik kerana ramai rakan-rakan terdekat penghidap gastritis. "Omeprazole: omeprazole is a proton pump inhibitor that suppresses gastric acid secretion by specific inhibition of the H+/K+-ATPase in the gastric parietal cell. By acting specifically on the proton pump, omeprazole blocks the final step in acid production, thus reducing gastric acidity. "

Di dalam perut kita terdapat satu sel yang Allah ciptakan untuk tujuan penghadaman bernama parietal cell. Sel ini bekerja untuk menghasilkan gastric juice. Orang yang mempunyai dinding perut yang nipis dan mempunyai kadar penghasilan jus gastrik yang banyak akan mempunyai masalah gastritis. Maka, terciptalah ubat yang berfungsi untuk 'block' secara spesifik pada tempat penghasilan itu. Adakah ubat itu punya kuasa?

Pandangan doktor Islami

Apa akan jadi jika dengan takdir Allah yang Maha Kuasa, ubat tersebut tidak berfungsi pada tempat yang sepatutnya - sama ada receptor kepada ubat itu tidak berfungsi dan sebagainya. Adakah KITA yang mengawal kadar sensitiviti RECEPTOR-RECEPTOR terhadap ubat di dalam BADAN kita sendiri? Tidak, bukan? Kita hanyalah berusaha menelan ubat dengan harapan Allah memudahkan SEMUA anggota badan kita, termasuklah receptor-receptor yang Allah jadikan, supaya boleh bertindakbalas dengan ubat yang kita telan. Bukannya sedikit pesakit yang terpaksa menukar ubat berkali-kali kerana ubat yang ditelan tidak dapat digunakan oleh badan secara optimum. Maka, kuasa mana yang Maha Hebat di sini?Orang yang mempunyai mata hati pasti mengatakan, Allah...

Konsep tawakal

Tawakal kepada Allah SWT tidak mempunyai maksud lain, kecuali bahawa manusia menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi persoalan, musibah, musuh, para penentang, dan masalah-masalah yang sedang dihadapinya.

Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, seperti kita tidak akan mempu untuk memastikan ubat yang kita telan akan digunakan oleh tubuh badan kita secara optimum, maka, kita akan menyandarkan diri kepadaNya dengan tanpa menghentikan usaha kita.

Bahkan, jika kita sendiri mempunyai kemampuan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kita tetap menganggap bahawa faktor utama yang boleh menyelesaikan masalah adalah Allah SWT sahaja.
Firman Allah yang bermaksud:


"...sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

 
(Surah at-Talaaq, ayat 3)

Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari jalan dalam mencapai sesuatu. Namun, terdapat juga orang yang telah berusaha, berdoa dan bertawakal, tetapi tetap tidak berjaya kerana Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Apabila terjadi perkara sebegini, kita perlu cermin diri kita dahulu. Adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya?

Oleh sebab itu, kita perlu mengganding kan tawakal bersama dengan redha dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah SWT. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

"Bersabar itu separuh daripada iman."


Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap menyandarkan hati kepada Allah semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha. Ibnu Rajab berkata: "Menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya." 

Sahl At Tusturi berkata bahawa: "Barangsiapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barangsiapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan keimanan."
Oleh itu, sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT dan selarikan berusaha dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan hasil segala usaha kita.

Maka, sahabat-sahabat, apabila kita jatuh sakit, jangan pula kita menolak untuk mendapatkan rawatan atas alasan sakit itu kerana Allah dan Allah akan menyembuhkannya. Itu adalah konsep yang silap. Anda perlu mendapatkan rawatan di mana-mana sahaja, tetapi ingat, di dalam hati tiada yang Maha Kuasa melainkan DIA yang menyembuhkan serta mematikan.

Semoga pesakit serta doktor Muslim akan akhirnya berkata, "Ya, saya akan mendapatkan rawatan serta ubat yang terbaik, tetapi the final decision is in Allah's hand. Dia yang menentukan sama ada tubuh saya boleh menerima rawatan ini atau sebaliknya. Saya bertawakal." 

Sumber : - Artikel iluvislam.com
 
----------------------------------------------------

ERTI DUGAAN ALLAH 
Aku cuma seorang gadis biasa. Perwatakan, pemakaian aku, belum cukup sempurna sebagai seorang muslimah sejati. Tapi Allah itu Maha Penyayang, tidak dibiarkan seorang yang seperti aku untuk terus hanyut dan lalai melupakan-Nya.
Aku bukanlah tidak solat, cuma terkadang lalai. Aku bukan tidak puasa, cuma mulut masih rancak mengumpat. Aku beragama Islam tapi aku sedar, Islam ku belum cukup sempurna seadanya.
Aku pernah punya kekasih hati. Seorang yang baik, yang banyak mengubah aku. Seorang yang aku selalu bayangkan bakal menjadi imam setiap solatku. Tapi kasih terhenti atas sebab yang tidak diingini. Aku rasa rebah seketika. Aku tiada tempat mengadu kerana aku tinggal sendirian. Selera makanku putus. Mengukir senyuman terasa mustahil. Aku habiskan masa depan komputer riba usangku. Mencari doa terbaik untuk menenangkan jiwa.
Suatu hari, aku terjumpa Al-Insyirah. Bait-bait dalam Al-Insyirah cukup menekan kalbuku. Aku terpesona. Aku teliti dan hayati maksud ayat surah itu. Lalu ku baca satu persatu.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Peyayang...
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)?
2. Dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) -
 3. Yang memberati tanggunganmu,
 4. Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
 5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
 6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
 7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
 8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini)."
Setiap kali usai solat, surah Al-Insyirah akan ku baca. Setiap kali jantung terasa berat, hati terasa sarat. Aku ulangi lagi Al-Insyirah. Setiap hari komputer riba aku tatapi, mencari sesuatu yang bisa untuk ku hilangkan segala resah di hati.
Dan akhirnya aku tersedar, segala bebanan yang aku tanggung, segala ujian ini sebenarnya tanda kasih Allah pada aku. Allah rindukan rintihan aku. Aku tahu, Allah mahu mengajar aku erti sebenar ujian-Nya.
Dari situ, satu persatu aku temui. Semua bermula dari komputer riba usang ku. Tiada pentingnya cinta manusia jika Allah tidak kita letakkan pada nombor satu. Namun, aku cuma insan lemah. Sering juga aku rasa kalah, aku rasa resah. Aku masih cuba membaiki diri, setapak demi setapak. Aku masih lagi aku yang dulu, cuma aku harapkan rohani aku sedang dalam proses pemulihan dan pembersihan.
Alhamdulillah, Allah sedarkan aku dengan menghantar ujian buat aku. Allah tinggalkan aku sendirian jauh dari manusia yang lain, supaya aku dekati-Nya, supaya aku dapat luahkan semua pada-Nya. Allah hantar ujian buat aku supaya aku sedar bahawa Dia adalah penguasa diriku, supaya aku sedar bahawa hati aku adalah milik-Nya. Jika gembira hati ini, semua datang dari-Nya, jika berat hati ini, kepada dia jugalah tempat aku mengadu untuk hilangkan resah.
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:-
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"
(Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)
Bukan mudah untuk memahami sepotong ayat ini. Aku bersyukur kerana aku di antara hamba-Nya yang terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian ini lah aku mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana aku tak mahu aku hanya mencari-Nya di kala aku kesusahan.
Aku mahu aku sentiasa merindui tuhanku. Aku mahu setiap gembira ku dimulai dengan Alhamdulillah supaya setiap kesusahan ku dapat aku luahkan pada-Nya tanpa rasa malu.
Semoga Allah sentiasa membantu aku untuk memperbaiki diriku.
Sumber dari - Artikel iluvislam.com

---------------------------------------------------------------

KERANA DIA SUKA AKU MENANGIS
Ini adalah sesuatu yang sangat patut aku kongsikan. Semua orang patut sedar perkara ini.
Beberapa tahun yang lepas, aku ditimpakan dengan satu ujian yang hebat. Terlalu hebat.
Aku marah. Aku bengang. Aku membentak.
Aku menangis tidak puas hati. Aku rasakan Dia tidak adil! Aku mempersoalkan kenapa Dia buat aku macam ni? Apa salah aku sampai aku ditimpakan ujian sebesar ni?
Sejak dari kecil, aku dibesarkan serba sederhana. Orang lain hidup mewah, aku hidup kais pagi makan pagi. Aku diasuh supaya sentiasa memandang orang yang di bawah. Tetapi kali ni, aku terus mempersoalkan.
"Kenapa orang itu hidup bahagia? Tanpa masalah? Kenapa orang itu tidak perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi? Kenapa orang itu mendapat rezeki yang melimpah ruah? Kenapa aku yang masih muda perlu hidup susah? Sungguh tidak adil."
Aku marah dengan Dia. Aku bengang dengan Allah S.W.T, aku memberontak.
Aku buat segala macam kemungkaran. Apa guna Iman kalau tidak mampu selesaikan masalah aku ni? Selama ni aku taat dengan perintah-Nya, dia timpakan pula aku dengan ujian sebesar ni. Sungguh kejam dan tidak adil!
Semua perkara yang wajib aku biarkan. Solat? Cukup syarat saja. Apa yang aku tahu, marah aku tidak hilang. Perasaan tidak puas hati aku membuak-buak, semakin lama semakin besar. Aku makin jauh hanyut, lalai terus. Seakan-akan tidak lagi percaya dengan ketentuan-Nya.
Perkara sunat? Jauh sekali. Doa? Huh, tidak ada lagi walaupun sedikit keyakinan. Tidak wujud lagi pergantungan kepada Khaliq. Aku seperti tidak ada kepercayaan. Hilang haluan.
Sedikit demi sedikit nikmat aku ditarik. Aku buat tak endah. Aku dah biasa susah. Bukannya akan merubah apa-apa. Hati aku terus memberontak. Masih mempersoalkan kehendak-Nya. Terus dalam kekhilafan. Terus futur.
Aku lalai.
Bila tiba Ramadhan, aku berpuasa, seperti orang lain. Aku bersolat, seperti orang lain.
Sehingga pada satu hari, aku tidur di masjid selepas solat Zohor. Memang kepenatan yang teramat. Tanpa niat Iktikaf, aku layankan mata dan berbaring di satu sudut masjid.
Mimpi aku waktu itu mengubah hidup aku dan pandangan aku tentang ketentuan Dia.
Dalam tidur sepanjang dua jam tu, aku melalui sesuatu yang seakan-akan flashback hidup aku. Tidak perlu untuk aku ceritakan semuanya penuh lengkap, tapi cuma sedikit yang benar-benar aku ingat.
Suatu petang di surau sekolah menengah aku. Aku sedang membaca al-Quran. Mataku berkaca. Hatiku sebak.
Suatu malam di dorm asrama sekolahku.  Aku sedang bersolat hajat. Aku sedang menangis. Berjujuran air mata. Bergetar seluruh badan.
Seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan PMR aku yang cemerlang.
Suatu malam di surau sekolah asrama penuhku. Aku sedang berdoa. Tidak pasti bila. Yang jelasnya, aku menangis. Teresak-esak, aku sujud dengan linangan air mata.
Seterusnya air mata ibu dan bapaku gembira dengan keputusan SPM aku yang cemerlang.
Tiba-tiba aku tersentak, tersedar mendengar azan Asar berkumandang. Subhanallah. Lalainya aku.
Aku terus sebak, dengan mata yang berkaca, mengambil wudhu penuh longlai.
Malam itu aku bangun untuk Qiamullail. Buat pertama kali selepas dua tahun. Malam itu juga aku minta keampunan daripada Allah dengan sesungguh-sungguhnya.
Aku tekup muka dengan tangan. Aku segan dan malu dengan Allah. Selepas semua nikmat yang diberikan oleh Allah, aku sanggup pula berpaling daripada-Nya. Aku persoalkan kehendak-Nya. Aku lupa di mana tempat aku yang sebenar.
Aku bersyukur dengan sebenar-benar syukur dengan ujian yang telah Allah timpakan. Rupa-rupanya Allah bukan berlaku tidak adil. Allah bukannya menurunkan ujian ini untuk menghukum aku. Allah sayangkan aku. Lalu buat pertama kali selepas dua tahun, air mata aku jatuh lagi semata-mata kerana-Nya.
Aku rasakan aku tidak lagi layak untuk tinggal di bumi Allah. Tidak layak lagi meminta apa-apa daripada Allah. Kerana terlalu banyak sangkaan burukku kepada Allah. Aku segan. Aku malu. Aku cuma tunduk memandang sejadah.
Aku diberikan kejayaan. Aku diberikan keluarga yang bahagia. Aku diberikan sahabat-sahabat yang baik. Apa lagi yang aku mahukan daripada Allah S.W.T?
Apa lagi yang aku tidak puas hati? Sememangnya aku ni hamba yang tak tahu malu. Tak sedar diuntung. Lagi mahu membentak? Lagi mahu mempersoalkan?
Jadi mengapa ujian itu datang? Mengapa ujian itu diturunkan? Kerana ALLAH SAYANG AKU. Kerana Dia suka aku menangis kerana takut kepada-Nya. Menangis kerana rindu akan Rasulullah S.A.W. Seperti dulu.
Allah, aku rindukan waktu aku mengingati-Nya dulu. Quality time kami tidak terganggu. Waktu itu hidup aku seakan-akan sempurna, walaupun susah. Aku puas.
Tetapi sekarang aku kekosongan dan aku sedar mana silapnya aku.
Ingatlah sahabat. Muslim yang beruntung adalah mereka yang mengingati Allah pada waktu mereka susah. Tetapi lebih beruntung mereka yang mengingati Allah pada waktu senang.
Ini bukan kisah rekaan. Ini betul-betul berlaku. Hidayah milik Allah. Aku cuma mengingatkan.
Janganlah membentak, siapa kita hendak mempersoalkan kehendak Allah S.W.T? Siapa kita?
Kini hati aku tenang. Walaupun masalah aku berpanjangan. Tapi hati aku puas. Aku masih mampu tersenyum dan berkata, "Alhamdulillah." Mampu faham dan rasa maksud kasih sayang Allah dalam erti kata yang sebenar.
Syukur Ya Allah, syukur. Kau masih sayangkan aku.
Kerana Dia suka aku menangis.
Sumber dari - Artikel Iluvislam.com


------------------------------------------------------------------------------------
MUSIBAH LENYAP, DOAPUN HILANG
Saat diri dilanda musibah, barulah kita sedar akan kudrat kita sebagai hamba Allah. Kita menjadi lemah, tidak berdaya, malah hampir berputus asa terhadap apa yang menimpa kita. Agaknya, kita lupa bahawa Allah memberi ujian berdasarkan kesanggupan kita.
Musibah dirasakan terlalu berat. Tidak mampu dipikul. Sampai satu tahap, kita merasakan hidup kita sudah tidak ada harapan lagi. Lalu kita duduk mengeluh pada Allah, memohon agar dihilangkan ujian itu.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
[2:286]

"Ya Allah.. Mengapa aku diuji dengan musibah ini? Sesungguhnya aku tidak berdaya menanggungnya. Maka hilangkanlah musibah ini Ya Allah.. Hilangkanlah.."

"Ya Allah.. Sembuhkanlah kembali kaki aku. Sembuhkanlah Ya Allah.. Aku tidak sanggup menanggung derita kesakitan ini. Sembuhkanlah Ya Allah.."

"Ya Allah.. Bilakah kesusahan ini akan berakhir? Hidup aku susah Ya Allah.. Aku tidak tahan menghadapinya. Bantulah aku Ya Allah.. Berilah rezeki kepadaku Ya Allah.."

Begitulah antara sedikit luahan hati seseorang insan yang mengaku lemah ketika ditimpa sesuatu musibah. Kesusahan, kemudaratan, kemelaratan, kesakitan, kekurangan dan segala jenis ujian yang datang dipinta agar segera pergi.

Amalan soleh seperti mengerjakan solat, membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, dan sebagainya mula dilakukan dengan serius. Kebergantungan pada Allah dipanjatkan dengan doa yang penuh kesungguhan. Kita bersungguh-sungguh merayu dan meminta sehingga mengalir air mata pengharapan.

Namun..

Apa sudah jadi dengan diri kita apabila Allah mengabulkan doa dan menghilangkan musibah yang kita alami? Bagaimana kehidupan kita selepas Allah menggantikan musibah itu dengan nikmat-Nya? Ke mana perginya amalan-amalan soleh yang dahulunya diusahakan untuk taat kepada Allah?Mengapa dibiarkan amalan itu lenyap ketika nikmat muncul?

Alangkah malangnya jika perkara sedemikian berlaku dalam diri kita. Sangat jelas menunjukkan bahawa kita tidak serius dalam kehidupan. Kita hanya mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya ketika ditimpa musibah atau bala. Kita lalai dalam menjalankan keimanan kepada Allah. Buruk sungguh perangai kita di hadapan Allah. Musibah hilang, doapun hilang..

"Dan apabila manusia ditimpa kemudharatan dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan mudharat itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) mudharat yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
[10:12]

Perhatikanlah bagaimana reaksi Allah terhadap manusia seumpama ini;

Dan, apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya. Kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya, lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya.
Katakanlah: "Bersenang-senanglah dengan keingkaranmu itu buat sementara waktu. Sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka". 
[39:8]

Sahabat-sahabat semua.. Ubahlah perangai kita. Abdikanlah diri sepenuhnya kepada Allah, tidak kira waktu susah ataupun senang. Apabila diri kita hanya melaksanakan ketaatan kepada Allah ketika ditimpa musibah, nescaya akan rugi besarlah kita.

Kita akan dibiarkan hidup bersenang-senang di dunia ini buat seketika. Lalu dibiarkan hidup menderita sengsara di Neraka buat selama-lamanya. Mahukah? Na'uzubillah!!

Sumber dari - Artikel iluvislam.com



--------------------------------------------
HATI YANG CEDERA
Disediakan oleh Bank Artikel KMCS / Rabu / 27 Jun 2012.

Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.
 
Bila akal lupa tujuan asal hidup,
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,
Bila hati puas melakukan perkara yang tidak berbuah amal,
Bila jasad duduk enak tanpa berbuat ma'aruf.

Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk-Nya,
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara sia-sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-Nya.

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta untuk yang bukan haq,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.
Bila cemburu terhadap nikmat dan rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik di hadapan manusia,
Bila hati merasa perbuatan dosa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji-Nya,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir-Nya,
Bila hati sentiasa mencari aib dan salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah dan sujud kepada-Nya,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat-ayat suci-Nya.
Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari daripada redha Allah,
Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemu-Nya,
Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepada-Nya,
Bila setiap akal, jiwa dan jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

----------------------------------------------------------------
KITA ADALAH PEMIMPIN
Disediakan oleh Nawwar Hidayah Di Nek Kamal / Selasa / 15 Mei 2012.


Kita bakal pemimpin bukan?



Bukan lagi pemimpin di tempat-tempat yang khusus, malah kita pemimpin dunia.


Bukan lagi pemimpin pada masa-masa tertentu, malah pada setiap masa untuk diri kita sendiri terutamanya.


Pemimpin yang berjaya, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas dan cara kerja atau strategi yang sukses demi mencapai sebuah kemenangan yang nyata dan disegani.


Haruskan seorang pemimpin itu disegani?


Ya, seharusnya selagi dia tidak melanggar segala undang-undang yang telah digariskan Allah S.W.T. Ya, seharusnya selagi dia tidak menjadikan nafsu sebagai cara kerja memimpinnya.


Dan kita para daie adalah pemimpin yang sebenarnya. Kitalah yang mengendalikan dakwah.


Memimpin manusia untuk mengenali apa erti lurusnya sebuah jalan. Mengajar manusia untuk lebih memahami apa erti sebenar sebuah kebenaran. Meletakkan manusia untuk berada di tempat yang bercahaya.


Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti ditempuh. Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti diikut.


Jalan yang lurus, itulah jalan yang penuh kesusahan. Jalan yang lurus, itulah jalan yang tidak akan memberikan erti kepuasan dengan cepat. Jalan lurus inilah mengajar para daie untuk terus berusaha.


Kerana apa?


Kerana inilah tugas pemimpin. Perlu memuaskan hati rakyatnya.


Dan untuk bumi ini, Islam itulah adalah kepuasan untuk penduduknya. Iman itu adalah cahayanya.


Tidak cukup hanya dengan keadilan undang-undang, jika sebelumnya tidak wujud Iman. Tidak cukup hanya dengan kuasa yang ada jika sebelumnya tidak wujud Iman. Kerana dengan Iman, undang-undang akan tercipta dengan sendirinya.


Lihat sahaja sirah terdahulu.


Apabila larangan meminum arak diturunkan, serta-merta bandar Mekah itu banjir dengan minuman-minuman keras.


Mereka bertegas mencampakkan botol-botol arak yang ketika itu berada dalam tangan mereka.


Dari Anas Bin Malik A.S :


"Aku memberikan minuman khamar kepada Abu 'Ubaidah dan Ubay bin Ka'ab, lalu datang orang mengatakan:" Sesungguhnya minuman keras telah dilarang". Maka Abu 'Ubaidah berkata: "Hai Anas! Berdirilah dan tumpahkanlah minuman keras itu!" Lalu saya tumpahkan kesemuanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Inilah kuasa Iman yang lebih tinggi kuasanya dari kuasa hakim-hakim seluruh dunia. Kuasa Iman yang tinggi mampu menundukkan apa jua jenis kuasa dunia.


Sebut apa jua peraturan, jika tiada Iman sebelumnya, anda akan melihat betapa ramai ummat manusia akan melanggarinya. Kerana itu, ummat manusia sekarang ini kian tidak mengerti betapa pentingnya Iman.


Iman hanya dianggap sebuah objek yang diguna pakai apabila tiba masanya atau Iman hanya diletakkan pada tempat yang difikirkan sesuai.


Maka, seharusnya menjernihkan Iman kita terlebih dahulu sebelum berusaha menjernihkan iman manusia yang lainnya. Barulah pemerintahan itu akan tersinar kesuciannya.Dan lebih terjamin kuasanya !


Ajar manusia erti kebinasaan. Ajar manusia erti kehancuran. Inilah simboliknya keadaan tanpa Iman. Besarnya pengaruh kebinasaan ini sehingga kita akan terlupa betapa pentingnya nilai dan harga sebuah Iman.


Seharusnya kita mengenali jiwa-jiwa pemimpin agung yang sudah terbukti sejarah hidup mereka penuh kegemilangan.


Kenali kelebihan mereka. Kenali cara kerja mereka. Kenali matlamat mereka. Kenali potensi-potensi diri mereka. Paling penting, kenali betapa sucinya perjuangan mereka!


Bagaimana Rasulullah S.A.W memimpin sehingga namanya, peribadinya masih diketahui sehingga kini?


Bagaimana As-Syahid Hassan Al-Banna mampu mengubah dunia sehingga namanya dikenali sehingga kini?


Bagaimana Syeikh Ahmad Yassin memegang tampuk kekuasaan sehingga dia disegani sehingga kini?


Bukalah lembaran sejarah hidup mereka.


Tidak lari ke mana perjuangan mereka melainkan hanya dengan berlandaskan Iman semata! Tidak lari ke mana melainkan kematian mereka itu satu kemulian yang dibualkan para penghuni langit dan dunia!


Inilah pemimpin yang berkuasa dengan kuasa yang sebenarnya. Tidak perlukan kuasa mata wang, kuasa pangkat. Hanya perlukan kuasa Iman untuk memonopoli dunia.


Inilah juga, corak kepimpinan yang harus kita ikuti. Corak kepimpinan yang diredhai, yang lebih tulus dan mulus perjalanannya!


Dalam mengenali jiwa seorang pemimpin, jiwa rakyat tidak seharusnya kita lupakan.


Jiwa-jiwa mereka yang diperintah, diberi penelitian yang lebih dalam membina jiwa-jiwa mereka. Mendidik mereka untuk cintakan jalan yang kita cintai.


Mentarbiyyah mereka untuk mendekatkan diri dengan apa yang kita dekati. Kenali ragam mereka. Tahu keinginan mereka. Ikat hati mereka dengan kuasa yang kita ada.


Iman dan dakwah.


Kita juga tahu betapa susah ingin memberi kefahaman kepada manusia yang sebelum ini tidak mengetahui dengan jelas apa sebenarnya tanggungjawab mereka bukan


Apatah lagi menaklifkan sesuatu tugasan yang sememangnya berat dan payah. Dan tugas itu ibarat menjadi satu paksaan, bukan lagi dengan kerelaan hati yang sedia ada.


Sebut sahaja paksaan, sudah terasa benar pahitnya. Bukankah jiwa-jiwa rakyat harus kita ikat dengan kasih dan sayang. Kasih dan sayang inilah yang melahirkan kerelaan hati mereka untuk bersama-sama turut serta bersama kita.


Pancaran kebenaran, diiringi sinar keikhlasan, mampu menggegarkan jiwa-jiwa mereka. Allah S.W.T juga memerintah kita dengan kasih dan sayang.


Masih mahukan kita memerintah manusia tanpa ikatan hati yang kuat dan kukuh?


Pemimpin itu akan sentiasa menjadi tauladan bagi orang yang diperintahnya. Dia ibarat sumber cahaya menerangi kebenaran. Dia ibarat sumber tenaga memberi semangat kepada rakyatnya.


Di sinilah betapa pentingnya qudwah hasanah. Rasulullah S.A.W juga mendahului dakwahnya dengan sifat-sifat yang mulia. Gelaran al-Amin yang diberikan merupakan satu kelebihan yang nyata.


Seluruh penduduk Mekah mengenali Baginda S.A.W. Malangnya, setelah datangnya Islam, gelaran itu seolah telah menghilang, semacam tidak pernah wujud.


Walhal pada hakikatnya, al-Amin pada diri Baginda S.A.W tidak pernah hilang! Malah, Baginda S.A.W berterusan menjadi ikutan para sahabat yang lainnya.


Maka, lahirlah para sahabat yang tidak kurang juga hebatnya. Abu Bakar A.S yang terkenal dengan kelembutannya. Umar A.S yang terkenal dengan ketegasannya.


Betapa penting seorang daie itu menanamkan keinginannya untuk memimpin ummat manusia. Bukan gilakan kuasa, tetapi gilakan kemenangan agar Islam tertegak di atas muka bumi ini.


Tohmahan yang tinggi mengajar seorang daie itu tidak gentar dengan cabaran. Apa yang perlu ditakuti adalah jika seorang daie itu tidak pernah melakukan sebarang percubaan.


Hanya menantikan kemenangan datang bertandang tanpa usaha untuk menang! Ini namanya daie yang goyang kaki! Daie yang tidak kenal fungsi seorang daie. Inilah seorang daie yang tidak optimis.


Dia tidak merasakan dialah pemimpin yang telah bersedia untuk mewaqafkan dirinya untuk Islam. Dia merasakan masih penting untuk memenuhi kehendak dirinya berbanding kehendak Islam itu sendiri.


Sewajarnya, dia memikirkan Islam dan dakwah terlebih dahulu berbanding dirinya. Dia merasakan banyak dosanya itu akan terhapus dengan terkorbannya dia di atas jalan kebenaran ini.


Dia akan berusaha dengan usaha yang semaksimum mungkin. Inilah baru pemimpin yang sebenar!


Pemimpin yang tahu harga nilai dirinya. Pemimpin yang tahu menyusun kepentingan urusannya.


Iradah qawiyah akan sentiasa dijadikan titik tolak untuk mencapai kemenangan. Iradah qawiyah atau kemahuan yang kuat ini mampu mengalahkan satu batalion tentera yang sedang berharapkan kemenangan.


Demikianlah, hakikat diri seorang pemimpin manusia. Pemimpin yang mahu menjadikan Islam itu undang-undang dunia.


Kita adalah daie yang harus tahu ke mana hala tujunya dalam memimpin manusia. Kerana itulah, dakwah adalah sebaik-baik jalan kerja!


Sekian. Dari hati seorang manusia yang juga mahu memimpin manusia satu hari nanti.


Glosari


1) Iradah Qawiyah=keinginan yang kuat yang tidak disusupi satu kelemahan pun.


-Artikel iluvislam.com


Sumber Grafik: Google Image


Biodata Penulis


Si Pensel Kecil merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan. Beliau menulis di http://mylittlepencil.wordpress.com.

 ----------------------------------------------------------------------------

10 PESANAN RASULLULLAH S.A.W

Ada 10 pesanan Rasulullah s.a.w yang mengajarkan kita untuk mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus ke dalam jurang kehinaan tanpa kita sedari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita. Marilah kita menghayati pesanan tersebut dalam bentuk dialog antara manusia dan syaitan ;

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Anakmu mati”. Katakan kepadanya: “Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku) akan masuk syurga. Dan hal itu membuatku gembira”.

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Hartamu musnah”. Katakan kepadanya: “Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat”.

• Jika ia datang kepadamu dan berkata : “Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun”. Maka, katakan kepadanya :”Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan (Mukhsinin)”.

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: ”Betapa banyak kebaikanmu”, dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka katakan kepadanya: ”Keburukanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku”.

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Alangkah banyaknya solatmu”. Maka katakan: ”Kelalaianku lebih banyak dibanding solatku”.

• Dan jika ia datang dan berkata: ”Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang lain”. Maka katakan kepadanya :”Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak daripada apa yang saya sedekahkan”.

• Dan jika ia berkata kepadamu: ”Betapa banyak orang yang menzalimimu”. Maka, katakan kepadanya: ”Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak”.

• Dan jika ia berkata kepadamu :”Betapa banyak amalmu”. Maka, katakan: ”Betapa seringnya aku bermaksiat”.

• Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :”Minumlah minuman keras!” Maka katakan: ”Saya tidak akan mengerjakan maksiat”.


Sumber dari - http://ustazsyed.blogspot.com/p/10-pesan-rasulullah.html


----------------------------------------------------------------------------
BILA DILANDA TEKANAN DAN DUKACITA
Disediakan oleh Sri Norhafeeza Abdul Razak / Khamis / 12 April 2012.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang. Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguja empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang?

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa. Rasulullah s.a.w mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepada-Nya semata-mata. Kepada-Nya kita menghambakan diri dan kepada-Nya jua kita memohon segala pertolongan.

"Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas; aku berlindung dengan-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Kisahnya, pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke dalam masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"

Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah s.w.t. Doa ini adalah sebahagian daripada 'Al-Ma'thurat', yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.
Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."
Mari kita ingat akan janji Allah s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagi-Nya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Selamat beramal....

Ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin. Beliau banyak menulis di http://zainurrashid.com/

Sumber dari - http://www.iluvislam.com

--------------------------------------------------------------------------------------------
BENTUK-BENTUK KESILAPAN DIDIKAN ANAK

Sebenarnya terdapat banyak bentuk kesilapan dalam mendidik anak-anak. Kesilapan terbesar ialah  kegagalan ibu dan bapa menjadikan agama sebagai teras dalam pendidikan anak-anak. Agama membawa kepada  keseimbangan antara fizikal dan spiritual. Antara pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik. Antara dunia dan Akhirat. Tanpa agama, anak-anak ibarat ditinggalkan di lorong yang gelap tanpa pedoman untuk diikuti.
Sering kali berlaku, ibu bapa yang bersungguh-sungguh memarahi anak yang mendapat nombor yang corot dalam peperiksaan, tetapi hanya buat selamba apabila mengetahui anaknya meninggalkan solat dengan sengaja.  Tidak kurang juga ibu bapa yang sangat mengambil berat soal makan-minum anak-anak tetapi,  mengabaikan terus ‘makanan’ rohani anak-anak yang sentiasa ‘lapar’ dan ‘dahagakan’ petunjuk agama.
Ada juga ibu bapa yang membiarkan anak-anak bergaul bebas lelaki perempuan dengan alasan ia adalah  ‘kebiasaan budak-budak zaman sekarang’, tanpa peka dengan batasan syariat yang menuntut kawalan pergaulan antara jantina berbeza.  Ringkasnya, pengabaian agama merupakan kesilapan terbesar dalam pendidikan anak-anak.
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendidik anak tanpa perasaan belas ihsan. Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebut bahawa terdapat anak-anak yang diperlaku dengan perlakuan yang keras sehingga menyebabkan anak-anak tertekan, kecewa, punah harapan dan ada yang membunuh diri.
Tidak dinafikan terdapat ibu bapa yang ‘mendidik’ anak berbekalkan luapan emosi marah tidak terkawal sehingga ada yang memaki hamun, menghina, memukul dan membelasah anak sendiri.  Bahkan kes-kes penderaan anak masih kerap didengari sehingga hari ini.
Kekerasan melampau ke atas anak-anak ini membuahkan kekacauan jiwa anak-anak. Hal ini juga ada kaitannya dengan faktor anak-anak enggan berada di rumah. Bagi mereka ‘Rumahku Nerakaku’.  Mereka lebih bahagia dan damai bila berada dengan rakan-rakan, yang kadang-kadang membawa mereka ke kancah kemusnahan kekal.
Bagi si ibu dan bapa, perlu diingat bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berbuat baik kepada anak-anak kerana anak adalah amanah dari Allah. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah menyuruh menjalankan keadilan, berbuat baik dan memberi kepada kaum kerabat.” (Surah an-Nahl:90)
Sabda RAsulullah S.A.W:
“Sekiranya Allah inginkan kebaikan bagi sesebuah keluarga, maka diberikan sifat belas kasihan kepada mereka. Dan andainya sifat belas kasihan itu suatu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai sebaik-baik ciptaan dari Allah. Dan sekiranya kekerasan itu adalah satu ciptaan (yang boleh dilihat), nescaya semua manusia akan memandangnya sebagai seburuk-buruk ciptaan dari Allah.” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi)
Selain itu, kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak. Ada ibu bapa yang berat untuk menghukum dan menegur anak-anak semata-mata takutkan anak itu merajuk. Kuasa merajuk anak itu diberikan sedemikian rupa sehingga anak itu berjaya memanipulasikannya sebagai senjata untuk mengugut ibu bapa.
Tidak salah untuk memanjakan anak. Memang anak-anak perlukan kemanjaan dan kasih sayang. Namun, tindakan yang salah ialah terlalu memanjakan anak dengan tidak menetapkan disiplin dan sempadan ke atas anak-anak. Akhirnya anak itu menjadi terlalu bebas dan gagal dididik dengan teratur dan berprinsip.
Ringkasnya, antara faktor yang merosakkan pendidikan anak ialah berpunca dari ibu bapa sendiri yang gagal mendidik dengan cara yang betul. Realiti hidup masa kini yang semakin kompleks dan mencabar menuntut ibu bapa agar lebih tekun mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan dan mengadaptasinya dalam kehidupan berkeluarga. Landasan agama merupakan asas yang paling baik untuk menjadi bekalan dan rujukan dalam mendidik anak-anak menuju ketinggian sahsiah.
Sumber dari - http://ummiadam.teratakrindu.net/?cat=19

-------------------------------------------------------------------------------

KENAPA KITA DIUJI?

Disediakan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor / Isnin /2 April 2012.




~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Firman Allah dalam Surah Al Ankabut : 1-3
'Alif laam miim'. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka, sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Hakikat kehidupan ini adalah ujian dari Allah s.w.t.
Mengapa manusia diuji?


Rasa kehambaan

Rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap tuhan-Nya iaitu rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kekurangan atau cercaan, seorang yang memiliki rasa kehambaan akan nampak segalanya itu datang daripada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah At Taubah : 51
"Katakanlah (Muhammad) tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman"

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu.

Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita 'memberontak' hati akan bertambah kacau.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja'
'Innalillahi wainna ilaihi rajiun'.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah : 156
"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali".

Mengapa kita diperintahkan mengucap istirja'? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah, kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita adalah hamba-Nya.


Rasa bertuhan

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha Kuat. Bila rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha Sempurna. Bila miskin, timbul rasa ingin meminta pada yang Maha Kaya.

Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan adalah hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan. Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat.

Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.

Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah s.a.w yang mententeramkan Saidina Abu Bakar ketika bersembunyi di Gua Thur dengan katanya "La Tahzan Innallaha Maana - Jangan takut sesungguhnya Allah bersama kita!"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para Nabi dan Rasul, mujadid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan dengan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.

Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 153
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat".


Memahami maksud takdir Allah s.w.t

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah s.w.t. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.

Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutama bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya.

Apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita, adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik. Jadi bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 216
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya".

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih 'kerja tuhan' yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi, buatlah kerja kita yakni mengawal perlayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari masa ke semasa.


Mendapat hikmah bila diuji

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Melalui ujian-uijan kita mendapat didikan langsung daripada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja".

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, redha dan pemaaf daripada Allah? Maka dengan ujian, darjat para rasul, para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ditingkatkan. Mereka sentiasa diuji dan paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.

Firman Allah dalam Surah Al Baqarah: 214
"Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya merintih, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"

Bagi orang yang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik disebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan.
Manakala, dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, berkata para muqarrabin tentang hikmah ujian..
"Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari kedua-duanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah".


~ Wallahualam ~

 Sumber dari - http://bicaraarianni.blogspot.com/2010/02/kenapa-kita-diuji.html

 

--------------------------------------------------------------

KELEBIHAN PERKATAAN 'TOLONG' DAN 'TERIMA KASIH'


"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.


"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.

"Cheers!" Dia membalas.

Dalam satu kejadian lain,

 "Excuse me, can you take that for me. Please.." Pinta seorang makcik.

 "Which one? This one?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.

 "Yup. Thank you so much, my love!" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil 'love'!Sweet lah makcik ni~

Saya bukanlah seorang yang terlalu 'alert', tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga saya menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, saya berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.

*****

Dalam situasi lain, dengan latar masyarakat yang berbeza.

"Mimi, ambil kan buku atas meja," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berfikir, memproses ayat yang dikeluarkan oleh rakan sebentar tadi.

Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah meja untuk mengambil buku.

"Mimi, buka pintu rumah," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Kad rumah dikeluarkan, pintu dibuka.
 Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa senggang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
 "Ijan, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.

"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.

"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"

"Kita selalu perasan jugak, kiwi-kiwi kat sini, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."

Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.

Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.

Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
 Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.

"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.

Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.

Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?

Orang berbudi, kita berbahasa..kan?

Tahun lepas banyak turning point kepada diri. Salah satunya adalah insiden yang berlaku semasa perjalanan ke universiti, dengan menaiki bas.

Rakan saya membayar tambang bas kepada pakcik pemandu. Dikatakannya, "University."Seperti biasa, mukanya sentiasa tersenyum, sambil tangan menghulur syiling bernilai NZD1.50. Pakcik tersebut berkata, "Sorry?" Sambil air mukanya berubah. Rakan saya mengulang perkataan yang sama, "University." Pakcik tersebut,"Again?"

Ketika itu saya sudah mulai rasa pelik. Di dalam hati, "Eh, teruk sangat ke slang kitorang sampaikan sebut 'university' pun pakcik tu tak dapat nak identify?"

Rakan saya menyebut lagi, "University." Air mukanya tetap tidak berubah, tetap tersenyum. Kemudian, pakcik itu menyebut, "Rude!" Raut mukanya seperti marah, sambil mengambil duit yang dihulurkan oleh rakan tersebut.

Sepanjang dalam perjalanan ke universiti, kami berfikir, kenapa pakcik tersebut marah? Apa yang kami buat?

Lantas, Allah SWT datangkan pengajarannya. Rakan saya berkata, "Mesti sebab kita tak guna perkataan 'please'.

Kalau tak, takkan lah pakcik tu kata 'rude!' tiba-tiba."

Astaghfirullahal'azim. Saya terdiam, memandang ke luar tingkap, sambil berfikir. Berfikir dan bersyukur diatas tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Hati terdetik, "Mereka ni ada nilai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan seharian, bukanlah mereka Islam pun. Tetapi, mereka tahu dan amalkan nilai dan adab."

Allahu akbar~ Terima kasih kepada pakcik pemandu bas yang telah 'mengajar' kami nilai dan adab. Hati terasa lembut, tiada langsung rasa mahu marah kerana perkataan "Rude!" yang dikeluarkan.

Marah tiada, tapi terkejut. Langsung, bersyukur kepada Allah SWT yang mahu kami tahu dan belajar tentang erti hidup. Erti hidup yang sebenarnya perlu kepada adab dan nilai hormat kepada orang sekeliling yang telah memberi khidmat dan bantuan.

Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!

Manners are not born with us, they are acquired.
                                                                                                                 Sumber: iluvislam.com

--------------------------------------------------------------------------- 
KEMARAHAN DAPAT HILANG DAYA KEBIJAKSANAAN









Kebijaksanaan Rasulullah SAW menjadi pendorong dan contoh ikutan sangat hebat kepada umat Islam.
Menghayati ajaran Islam dan sunnah Baginda mampu menyuntik semangat serta keinginan untuk berusaha menjadi bijaksana dalam segenap aspek kehidupan termasuklah dalam urusan kerja seharian. Sememangnya kebijaksanaan adalah sifat yang berjaya memartabatkan nilai insan.
Asasnya, bukan saja kecerdikan akal tetapi juga kecerdikan emosi. Justeru, kecemerlangan nilai insan bukan semata-mata terletak kepada aspek material dan fizikal pangkat, tetapi kecemerlangan dalam mengemudi emosi iaitu dengan menghormati orang lain, bekerjasama, hubungan sosial yang harmonis, meningkatkan daya syukur, simpati kepada yang susah, mengelakkan diri daripada menjadi sombong dan lupa diri, hasad dan iri hati, tamak, boros, bakhil, marah dan putus asa apabila gagal.
Justeru, antara kaedah Baginda yang diajarkan kepada kita melalui kawalan emosi diri antaranya melalui kekuatan menjaga perasaan amarah. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a bermaksud: “Bukannya ukuran kekuatan seseorang kerana kemampuan menumbangkan lawan (ketika bertarung). Kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal diri ketika marah”.
Hadis ini mengajar kita mengenai siapa sebenarnya yang dinilai sebagai orang yang kuat. Pada fikiran dan kefahaman biasa, tentulah orang dianggap kuat itu kuat fizikalnya terutama apabila kekuatan mampu mengalahkan lawan.
Tetapi, Rasulullah SAW dengan kebijaksanaan Baginda menyampaikan pengajaran dengan penuh hikmah menyampaikan maksud kekuatan sebenar. Iaitu apabila seseorang itu mampu menahan atau mengawal kemarahannya, dialah sebenarnya individu yang kuat.
Kaedah mudah melalui lidah Rasulullah SAW menzahirkan beberapa maksud perkataan yang biasanya difahami manusia dengan tanggapan yang tipikal dan secara tersurat akan tetapi dirungkai Baginda dengan maksud mendalam serta tersirat 1,001 jawapan untuk melahirkan kebijaksanaan.
Inilah satu keistimewaan Baginda yang dianugerahkan dengan lidah menuturkan sesuatu dengan ringkas tetapi padat dan penuh bijaksana.
Ternyata ia benar, kerana apabila seseorang sedang marah, fikiran tidak dapat dikawal dengan baik dan rasional oleh akal manakala jiwa pula menjadi gusar, tidak tenteram atau tenang. Emosi yang tidak stabil menjejaskan kekuatan berfikir dengan tenang, baik dan kreatif serta perilaku berasaskan akhlak.
Sebaliknya ketika itu, diri dikawal nafsu buruk dan godaan syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan agar tidak marah secara melulu kerana marah itu daripada syaitan dan syaitan itu daripada api.
Bayangkan dalam situasi di tempat kerja, jika bos dan rakan sering tidak dapat mengawal emosi kemarahannya sama ada berpunca di pejabat atau di rumah, dengan mudah boleh mengeluarkan kata kesat, sinis, nada suara kasar, wajah masam dan tindakan melulu.
Bagaimana suasana bekerja yang dirasakan jika sering begini? Tentulah tiada keseronokan dan akan membantutkan semangat, tumpuan dan kreativiti. Malah timbul kebencian, rasa tidak puas hati dan permusuhan.
Semua situasi ini mampu menghilangkan daya kebijaksanaan. Benarlah apabila pepatah Arab menyebut, ‘kelembutan itu celik dan kemarahan itu buta’. Ia bermaksud buta melihat kebaikan orang lain dan nikmat persekitaran.
Justeru, kekuatan menahan kemarahan yang bersesuaian dengan situasi amat penting untuk menjana minda dan hati bijaksana yang memberi pelbagai kebaikan, antaranya apabila marah dapat dikawal, pelbagai perkara negatif dapat dielakkan.
Hari ini, hal ini diakui penulis barat seperti Daniel Goleman dalam penulisannya berjudul: Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ terbitan 1996.
Mengawal emosi diri juga perlu apabila berada dalam keadaan gembira dan dukacita. Iaitu mengawal diri daripada berasa sombong dan bangga diri apabila mendapat sesuatu kegembiraan tetapi putus asa apabila mendapat kedukaan.
Ikrimah menyebut dalam Tafsir Ibn Kathir, bahawa lumrah manusia itu melalui saat kebahagiaan dan kedukaan, tetapi jadikanlah kebahagiaan itu pencetus rasa syukur dan kesedihan itu pengikat rasa sabar. Di sinilah juga hakikat kebijaksanaan insan dalam mengawal emosi diri.
Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud: “(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang luput daripada kamu, dan tidak bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.”
Justeru, dalam membaja kebijaksanaan, marilah kita berusaha mengawal emosi daripada dipengaruhi kemarahan, menjauhkan sifat lupa dan sombong diri apabila mendapat kesenangan serta dan mententeramkan hati agar tidak mudah berputus asa dan salah sangka apabila menemui kegagalan.
Semua usaha kawalan emosi ini tidak merugikan kerana ia membuka jalan dan hidayah Allah SWT bagi memperoleh pelbagai bentuk kebijaksanaan diri.

Sumber dari - http://www.serikasih.com/kemarahan-dapat-hilang-daya-kebijaksanaan

-----------------------------------------------------------------------------------------------
HALWA JIWA

Apabila mengharapkan orang untuk berkelakuan baik kepada kita, kita  akan  kecewa. 
Namun, apabila kita berkelakuan baik kepada orang, Insya-Allah, kita akan bahagia.

Memang kita banyak rancangan, memang kita ada pengalaman dan memang kita tahu apa ingin kita lakukan tetapi, seandainya perbuatan  itu  bertentangan  dengan garis panduan yang telah Allah tetapkan, siapalah kita untuk mengaku bahawa kita masih berada  di pihak  yang  benar? 
Buatlah apa saja, rancanganlah apa pun  tetapi,  jika  ia  berbeza  dengan  peraturan Allah, maka pilihlah peraturan Allah.

Apa yang kita lakukan sepanjang hidup adalah penentu kehidupan kekal abadi kita di akhirat kelak. Jadi, adakalanya kita perlu bertanya kepada diri,
“Apakah perkara  yang  aku  lakukan  sekarang? Apakah yang paling perlu aku lakukan sekarang?”

Siapa yang  mempunyai impian dan berusaha mencapainya tidak akan pernah gagal melainkan hanya akan melalui beberapa fasa ‘belum berjaya’. Gagal hanyalah untuk mereka yang berputus asa.

Kita tidak mahu berkawan dengan orang yang boleh memudaratkan hidup  kita  sekeluarga.  Namun,  kita  tidak  boleh  bersangka buruk. Bagaimanapun, setelah jelas pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk memusnahkan  hidup  kita,  berusahalah  untuk menjauhkan diri dari mereka. Dan, berdoalah supaya mereka berubah menjadi orang yang terbaik.

Sumber dari - http://mamayana10.blogspot.com/2012/02/santapan-jiwa.html

-----------------------------------------------------------------------------------------
MENGUATKAN KEROHANIAN


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.
Apabila seseorang ingin mendekati Tuhan, dia perlu lalui ribuan ujian yang halus-halus. Ujian ini kadang-kadang akan dipandang remeh oleh nafsu tetapi ia sangat bermakna bagi masa depan kita dalam mendekati Tuhan.

Antara perkara yg dikategorikan dapat menguatkan kerohanian ialah:

1. Sabar menghadapi ujian. Jika anda pernah ditimpa musibah, tentu anda akan rasa dunia ini begitu sempit dan tiada ruang untuk bernafas. Kadang-kala mata sendiri tidak dapat dilelapkan kerana mengenang musibah yang sedang ditimpa. Apabila ia selesai atau hilang, anda akan rasa lapang dada seolah-olah dunia ini memberikan anda harapan baru yang berbunga-bunga.

Bandingkan perasaan Rasulullah s.a.w. sewaktu dilempar najis, sampah, tuduhan sesat, tukang tilik, ahli nujum. Jika anda dituduh sedemikian adakah anda akan bersabar?

Bolehkah anda menghadapi ancaman maut yang sangat hampir seperti mana yang dilalui Saidina Ali k.r.w. yang rela menggantikan tempat tidur Rasulullah s.a.w. sewaktu orang kafir Quraiys sedang merancang untuk membunuh baginda?

Sabar, tenang, tawakkal dan bersedia menghadapi maut pada bila-bila masa adalah resepi untuk menguatkan semangat, jiwa dan kerohanian.

2. Catu makanan. Saya telah ulas tajuk ini dalam "RAHSIA PUASA". Anda akan dapati dengan mengurangkan makan dan banyak berlapar (sama ada puasa / tidak puasa) akan menambah kesabaran. Apa tidaknya, jika anda sabar menahan kerenah nafsu perut berjam-jam, mengapa tidak sabar menghadapi karenah manusia yang tunggang-langgang. Puasa pada mulanya mungkin akan menyebabkan seseorang cepat marah. Tapi, akhirnya akan melemahkan jasad, lemahkan mulut dan sifat marah menjadi neutral seterusnya sentiasa memikirkan perbuatan Tuhan yang menjadikan alam.

Ia akan menjadi lebih bermakna jika dipakejkan dengan ibadah "suluk 3 hari" atau lebih lagi. Dengan menjauhi berdebat, berbalah, bergaduh, bersengketa, mengumpat dan lain-lain hati akan mula bersinar dan sinarannya perlu dikuatkan setiap minggu hinggalah cahaya tersebut mulai berakar-umbi di dalam hati.

Dengan ini, kebenaran tetap akan dilihat sebagai kebenaran, sebagai mana kesesatan akan sentiasa jelas dalam perhatian untuk dijauhi.

3. Teruskan berselawat. Punca nur di alam ini adalah berasal dari Nur Muhammad. Nur Muhammad inilah kejadian pertama di alam ini dan darinya segala makhluk diciptakan. Dengan memperbanyakkan selawat, cahaya petunjuk akan menerangi hati kita seterusnya memimpin kita ke jalan yang diredhai Allah. Semakin kuat nur di dalam hati kita, semakin kuatlah kerohanian kita mencari jalan mendekati Allah.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Sumber dari - http://blogustazsufi.blogspot.com/search/label/kerohanian

---------------------------------------------------------------------------------------------

10 CARA BAGAIMANA UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
Disediakan oleh Bank Artikel KMCS / Khamis / 16 Februari 2012.

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa:
  • 1. Memberi bantuan kewangan
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika mereka bekerja, tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru, menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
  • 2. Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
  • 3. Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)
4. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.
  • 5. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.”Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi?” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.
  • 6. Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
  • 7. Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
  • 8. Menghadiahkan kejayaan
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
  • 9. Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
  • 10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Diterima melalui email daripada nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com)
http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/10-cara-bagaimana-untuk-membahagiakan-ibu-bapa.html

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN HARI JUMAAT
Disediakan oleh Nawwar Hidayah / Jumaat / 10 Februari 2012.

Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari Jumaat dan hari Jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung di sisi Allah.
  • Pada hari Jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari Jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari Jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari Jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada di dalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari Jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari Jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

 
---------------------------------------------
SIFAT MERENDAH DIRI PADA RASULULLAH WAJAR DICONTOHI
Disediakan oleh Zuridah Binti Zainal Abidin/ Santapan Rohani / Rabu / 8 Februari 2012.

RASULULLAH SAW amat dicintai dan disayangi kerana peribadinya yang mulia. Sifat merendah diri Baginda amat mengagumkan. Jauh sekali untuk Rasulullah SAW bersifat sombong dan angkuh dengan pemilihannya sebagai uswatun hasanah. 

 
Sedangkan kita, tanpa disedari telah memiliki sifat angkuh dan sombong melalui percakapan, perbualan, tutur kata, suka menunjuk-nunjuk dan mempamerkan sesuatu berselindung dengan hasrat untuk dipuji dan disanjung.

Berbeza Rasulullah SAW yang melihat sombong itu dari sudut yang nyata. Baginda bersabda bermaksud: “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia,” (Riwayat Muslim)

Ibnul Qayyim, cendekiawan dan ahli fiqh terkenal, abad ke-13, pernah menyatakan bahawa “sesungguhnya hati manusia berdepan dua ‘penyakit’ yang amat besar, jika orang itu tidak menyedari akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, dua ‘penyakit’ itu adalah riak dan takbur…”

Berkata Imam Al Ghazal, orang yang takbur itu ialah orang yang apabila ditegur, dia marah dan benci, sedangkan kalau dia menegur orang lain, ditegurnya dengan keras dan kasar.”

Sebenarnya sifat sombong dan angkuh lahir daripada naluri seseorang yang diterjemah melalui perilaku dan tutur kata. Melalui sifat itu seseorang berasakan dirinya lebih daripada orang lain dan sentiasa hebat untuk dibandingkan.

Rasulullah SAW telah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombong diri atas yang lain dan tidak berbuat zalim atas yang lain.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah mencela sikap angkuh dan bangga diri. Daripada Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Ketika seorang lelaki berjalan, dia berbangga terhadap dirinya hingga mengangkat kepalanya ke atas. Dia berjalan dengan sombong seolah-olah bumi tertelan oleh pakaiannya, maka sesungguhnya dia akan terperosok di dalamnya sampai hari kiamat kelak. (Riwayat Syaikhan dan Syaibani)

Sifat sombong bukan saja pada pangkat dan kedudukan, malah melalui percakapan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menyeret bajunya dengan tujuan menyombongkan diri, maka Allah tidak akan melihat dirinya di hari kiamat.” (Riwayat Syaikhan Nawawi).

Diriwayatkan daripada Amru bin Syuaib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Di hari kiamat, orang yang sombong akan dikumpulkan seperti debu halus. Mereka ditutupi oleh kehinaan pada setiap tempat, kemudian diiring ke penjara di neraka jahanam yang disebut Bulas, mereka dilumat oleh api neraka, disiram dengan minuman ahli neraka berupa lumpur yang membinasakan.” (Riwayat Ar- Tirmizi dan Syaibani).

Adi bin Hatim, putra Hatim yang terkenal sangat dermawan pernah menyebut bahawa Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hanya melalui keinsafan dan kesedaran, hidup ini hanya sementara dan tugas kita beribadah kepada Allah dapat mengelakkan sifat sombong dan bangga diri. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan mengangkatnya.” (Muslim)

Rasulullah SAW ialah manusia yang amat toleran, amat berani, amat adil dan amat bersopan-santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri baginda dalam hal rumah tangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.

Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan orang kafir. Baginda sering menghampiri dengan memuliakan orang miskin dan anak yatim. Selalu melawat pesakit meskipun rumahnya jauh di pinggir kota, suka kepada yang baik, sering duduk bersama-sama fakir-miskin, memberi makan kepada orang miskin.

Baginda memuliakan orang miskin dan anak-anak. Daripada Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW bertemu dengan beberapa orang anak lalu baginda memberi salam kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengecewakan sesiapapun, tidak berkata melainkan yang hak dan tertawa baginda setakat senyum saja tanpa hilai ketawa. Jelasnya, baginda tidak bersifat sombong dan takbur walaupun amat dimuliakan umatnya. Sombong dan takbur mempunyai pengertian yang sama iaitu antara sifat yang keji dan tercela. Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun cuma sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.

Sumber:http://www.islam.gov.my

..............................................................................................


MENCINTAI RASULULLAH
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Santapan Rohani / Selasa / 31 Januari 2012.

Walaupun Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah meminta diraikan tarikh lahirnya tetapi 12 Rabiulawal rasanya tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja. Jika hari lahir kita diingati dan diraikan, apa lagi tarikh lahir insan paling sempurna yang sangat banyak jasa kepada kita malah mencintainya termasuk dalam kesempurnaan iman, tentulah lebih patut diingati. 

Bagaimana cara dan kaedah menyambutnya itu adalah persoalan kedua. Cuma yang penting ialah cara hidup dan perjuangan baginda mesti diingati. Hari-hari biasa kita berselawat dan mendengar pengajaran sirah di kuliah yang diadakan di masjid-masjid. Justeru, bagi mereka yang mencintai Nabi s.a.w, segala yang bersangkutan dengan junjungan yang mulia adalah besar dan sangat bererti.
Nabi Muhammad s.a.w sudah tiada lagi di dunia ini tetapi ajarannya masih bersama kita, bukan sahaja kita mesti menjalani kehidupan dengan Islam sebagai cara hidup tetapi mati pun dengan syariat yang dibawa baginda.
Orang kafir yang tidak ada kena mengena dengan Rasul terpaksa mengakui kehebatan Rasulullah s.a.w. Buktinya ramai sarjana mereka mengungkapkan kehebatan itu di dalam buku etdan tulisan mereka.
Sebenarnya kebesaran dan kehebatan Nabi tidak memerlukan sokongan mereka, tetapi mereka yang terpaksa memberikan pengiktirafan. Itulah kebenaran yang terpahat dalam pengakuan bertulis sepanjang sejarah.
Jika mereka yang tidak pernah merasai keberkatan dan kemanisan cinta Rasul pun boleh mengagungkan dan memuliakan Nabi, bagaimana kita yang sentiasa berselawat, mengadakan maulid dan berarak merasakan keberadaan ajaran nabi?
Inilah yang patut diselongkar dan dilakukan muhasabah sempena kedatangan tarikh 12 Rabiulawal. Maulid bukan sahaja hendak mengingatkan mengenai kelahiran Nabi tetapi melahirkan sunnah Nabi dalam kehidupan harian kita.
Pada zaman manusia kehilangan arah dan tiada panduan, tercari-cari cara hidup yang menyelamatkan namun kita yang mempunyai modul kehidupan yang lengkap dari A hingga Z, buat main-main pula, buat-buat tidak nampak.
Kita bimbang nikmat ini akan ditarik oleh Allah. Sesiapa yang tidak bersolat, maka nikmat solat ditarik oleh Allah. Nabi menggalakkan kita solat secara berjemaah di masjid tetapi kita tidak mempedulikan azan. Itu maknanya nikmat masjid sudah ditarik oleh Allah.
Al-Quran sudah ada di depan mata, tetapi kita tidak boleh baca dan tidak suka bacanya, maka itu maknanya nikmat al-Quran ditarik oleh Allah.
Nabi Muhammad s.a.w dan ajarannya dipermainkan orang, tetapi kita buat tidak kisah saja. Itu maknanya nikmat cinta Nabi sudah ditarik.
Jika banyak nikmat sudah ditarik, nanti jika iman kita ditarik dan menjadi murtad kita tidak terasa apa-apa. Nau’zubillah!
Marilah kita menambah maklumat dan ilmu mengenai insan paling dicintai Allah ini dengan menghadiri kuliah di masjid dan membawa keluarga bersama-sama. Kita jua patut membeli buku sirah nabi untuk dijadikan bahan rujukan kita sekeluarga.
Mulai sekarang, tambahkanlah ‘angka’ berselawat pada Nabi Muhammad s.a.w. Jika ada duit lebih berbelanjalah untuk menziarah kampung dan medan perjuangan Nabi serta Madinah yang diasaskan oleh junjungan Rasulullah iaitu dengan mengerjakan umrah dan haji.
Jangan lupa juga bersama alim ulama dan mereka yang memperjuangkan sunnah nabi. Pada hari kelahiran Nabi ini patut juga melihat kembali pengamalan kita terhadap sunnah yang wajib dan sunnah yang sunat.
Solat kita betul atau tidak seperti cara Nabi solat, mencari harta dan cara membelanjakannya menepati kehendak Islam atau tidak, malah keluarga kita dan anak-anak kita mampukah nanti memperjuangkan sunnah Nabi?
Begitu juga kuasa yang kita dapat. Sudahkah membantu untuk menghidupkan sunnah atau memalapkan sunnah?
Kita tidak sempat bersama Nabi tetapi kita cuma bersama sunnah Nabi. Namun harapan kita besar. Semoga kita dapat bersama Nabi s.a.w di syurga nanti. Insya-Allah.

Sumber dari - http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/21/mencintai-rasulullah/

-------------------------------------------------------------------------
JIHAD PERANGI HAWA NAFSU

  
Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan."                    (Surah Maryam, 59)

Sebahagian orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya."                                                                       
                (Imam Al-Ghazali)
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

Hawa nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1.      Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2.      Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3.      Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya."

Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!". Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi. Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda :

"Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!"
(Imam Al-Ghazali)




.............................................................................................................................................................................
BANTU MEREKA DALAM KESEMPITAN

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada hari kiamat kelak Allah Azza Wajalla berfirman, “Hai anak Adam! Aku sakit. Mengapa tidak engkau kunjungi Aku?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhanku. Bagaimana mungkin aku mengunjungi Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: ”Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan sakit, mengapa kamu tidak mengunjunginya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu kunjungi dia, kamu akan mendapati-Ku di sisinya?”.
“Hai anak Adam! Aku minta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku makan?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan. Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si fulan minta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu memberinya makan nescaya engkau mendapatkannya di sisi-Ku?”
“Hai anak Adam! Aku minta minum kepadamu, mengapa kamu tidak memberi-Ku minum?” Jawab anak Adam: “Wahai Tuhan, bagaimana mungkin aku memberi Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Firman Allah Taala: ”Hamba-Ku si fulan minta minum kepadamu, tetapi kamu tidak memberinya minum. Ketahuilah seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu mendapatkannya di sisi-Ku.”

(Muslim)


Huraian

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan. Kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan. Keyakinan kepada balasan baik Allah akan merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

Sumber dari - http://sayamuslim.com/blog/nasihat-agama/bantu-mereka-dalam-kesempitan/

----------------------------------------------------------------------------------------------

MUHASABAH DIRI
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Isnin/ 16 Januari 2012.

Malam sudah melabuhkan tirai dan pelbagai perkara yang kita lalui pada hari ini. Pahit ataupun manis, negatif mahu pun positif semuanya adalah fitrah kehidupan. Tanpa kita sedar yang masa berlalu dengan pantas sehingga sehari terlalu cepat berlalu.
Apabila kita merasakan semakin banyak angka bertambah pada umur maka dengan itu, kita harus lebih matang dengan keadaan sekeliling serta penghayatan dalam agama memerlukan kita lebih menghargai setiap nikmat yang Allah S.W.T kurniakan.
Allah S.W.T memberikan kita akal untuk berfikir dan cara kita menginterpretasikan dalam diri.
Di dunia, sudah pasti sesiapa saja mempunyai perancangan dalam menentukan hala tuju masing-masing. Tetapi bagaimana dengan akhirat, sudahkah kita memperbaikinya.
Saya selalu memikirkan hal itu, juga hubungan saya dengan Allah S.W.T serta amalan-amalan yang harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian agar lebih kondusif mengikut keupayaan diri dalam mengatur cara, serta bagaimana kita menyeimbangi dunia serta akhirat.
Saya melihat banyak perkara yang kita ralat sehingga lama kelamaan diri menjadi 'tak keruan' dalam mengharungi liku-liku hidup.
Pengalaman banyak memberi kita manfaat tetapi sudahkah kita mengambil pengajaran dari apa yang berlaku. Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan ujian di samping dugaan agar sentiasa bermuhasabah diri bahawa kita adalah hamba yang kerdil yang pastinya akan kembali kepada-Nya.
Dunia sentiasa berputar mengikut paksinya begitu juga dengan kehidupan, sekiranya kita leka dengan apa yang diperintahkan maka beringatlah dunia hanya sementara, hanya seketika waktu untuk dimusnahkan oleh pencipta-Nya. Maka dengan itu manusia hanya mampu melihat tanpa sempat untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.
Kita wajib melakukan perubahan walaupun sedikit sekurang-kurangnya kita berusaha untuk berubah dan meletakkan perjalanan kehidupan pada landasan yang betul. Moga perubahan yang kita lakukan beroleh ketenangan serta dirahmati oleh Allah S.W.T.
Oleh itu, kita harus mengamalkan ajaran al-Quran dan as-Sunnah serta memperbanyakkan bacaan serta menyelak buku-buku yang memberi kebaikan pada diri dari segi psikologi dan juga spiritual.
Dengan harapan yang kita ada, galilah ilmu Allah S.W.T yang maha luas ini kerana semakin kita menerokai sesuatu ilmu itu maka semakin banyaklah pengetahuan yang kita peroleh disamping mencari keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.
Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tidak pasti menjadi kenyataan. Kerahkan usaha agar kuat menghadapi cabaran-cabaran dunia yang bakal menguji keimanan serta ketaqwaan kita kepada-Nya.
Berhentilah berkhayal dengan angan-angan yang tak pasti menjadi kenyataan.
Oleh itu, sentiasa menadah tangan dan berdoa agar dijauhi perkara-perkara yang mazmumah dan sesungguhnya Allah S.W.T Maha melindungi setiap hamba-hambanya yang sujud dan tawakkal dengan apa yang dikurniakan.
Keikhlasan dalam beribadat akan terbit dari hati yang cintakan Allah S.W.T dan meletakkan seluruh jiwa raga semata-mata untuk mendapat hidayah dari Allah S.W.T.
Apabila kita sudah mencapai tahap itu maka kita akan merasai bahawa jarak kita dengan Allah S.W.T terasa dekat sehingga kita merindui untuk bertemu dengan-Nya.
Subhanallah, Maha suci Allah sekiranya hamba-hambanya diberi peluang merasai nikmat itu dan pasti kita membayangkan betapa indahnya syurga dan beruntunglah mereka-mereka yang mempunyai amalan-amalan yang soleh untuk bekalan di sana.
Kita sebagai hamba, perasaan takut dan gementar pasti menyelubungi diri apabila mengingatkan kematian yang tiada tanda tanya. Tiada siapa yang mampu memberikan jawapan bilakah hari kematian kita. Hanya menunggu waktu dan ketika untuk bertemu dengan Allah S.W.T apabila sudah tiba masanya. 

Sumber dari - http://www.iluvislam.com

---------------------------------------------------------------------------------------
KITA ADALAH PEMIMPIN
Disediakan oleh Nawwar Hidayah/ Selasa/ 10 Januari 2012.



Kita bakal pemimpin bukan?

Bukan lagi pemimpin di tempat-tempat yang khusus, malah kita pemimpin dunia.

Bukan lagi pemimpin pada masa-masa tertentu, malah pada setiap masa untuk diri kita sendiri terutamanya.
-----------------------------------------------------------------------------
KEIKHLASAN SEORANG SUAMI
Pemimpin yang berjaya, seharusnya mempunyai matlamat yang jelas dan cara kerja atau strategi yang sukses demi mencapai sebuah kemenangan yang nyata dan disegani.
Haruskan seorang pemimpin itu disegani?
Ya, seharusnya selagi dia tidak melanggar segala undang-undang yang telah digariskan Allah S.W.T. Ya, seharusnya selagi dia tidak menjadikan nafsu sebagai cara kerja memimpinnya.
Dan kita para daie adalah pemimpin yang sebenarnya. Kitalah yang mengendalikan dakwah.
Memimpin manusia untuk mengenali apa erti lurusnya sebuah jalan. Mengajar manusia untuk lebih memahami apa erti sebenar sebuah kebenaran. Meletakkan manusia untuk berada di tempat yang bercahaya.
Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti ditempuh. Jalan yang lurus, itulah jalan yang mesti diikut.
Jalan yang lurus, itulah jalan yang penuh kesusahan. Jalan yang lurus, itulah jalan yang tidak akan memberikan erti kepuasan dengan cepat. Jalan lurus inilah mengajar para daie untuk terus berusaha.
Kerana apa?
Kerana inilah tugas pemimpin. Perlu memuaskan hati rakyatnya.
Dan untuk bumi ini, Islam itulah adalah kepuasan untuk penduduknya. Iman itu adalah cahayanya.
Tidak cukup hanya dengan keadilan undang-undang, jika sebelumnya tidak wujud Iman. Tidak cukup hanya dengan kuasa yang ada jika sebelumnya tidak wujud Iman. Kerana dengan Iman, undang-undang akan tercipta dengan sendirinya.
Lihat sahaja sirah terdahulu.
Apabila larangan meminum arak diturunkan, serta-merta bandar Mekah itu banjir dengan minuman-minuman keras.
Mereka bertegas mencampakkan botol-botol arak yang ketika itu berada dalam tangan mereka.
Dari Anas Bin Malik A.S :
"Aku memberikan minuman khamar kepada Abu 'Ubaidah dan Ubay bin Ka'ab, lalu datang orang mengatakan:" Sesungguhnya minuman keras telah dilarang". Maka Abu 'Ubaidah berkata: "Hai Anas! Berdirilah dan tumpahkanlah minuman keras itu!" Lalu saya tumpahkan kesemuanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Inilah kuasa Iman yang lebih tinggi kuasanya dari kuasa hakim-hakim seluruh dunia. Kuasa Iman yang tinggi mampu menundukkan apa jua jenis kuasa dunia.
Sebut apa jua peraturan, jika tiada Iman sebelumnya, anda akan melihat betapa ramai ummat manusia akan melanggarinya. Kerana itu, ummat manusia sekarang ini kian tidak mengerti betapa pentingnya Iman.
Iman hanya dianggap sebuah objek yang diguna pakai apabila tiba masanya atau Iman hanya diletakkan pada tempat yang difikirkan sesuai.
Maka, seharusnya menjernihkan Iman kita terlebih dahulu sebelum berusaha menjernihkan iman manusia yang lainnya. Barulah pemerintahan itu akan tersinar kesuciannya.Dan lebih terjamin kuasanya !
Ajar manusia erti kebinasaan. Ajar manusia erti kehancuran. Inilah simboliknya keadaan tanpa Iman. Besarnya pengaruh kebinasaan ini sehingga kita akan terlupa betapa pentingnya nilai dan harga sebuah Iman.
Seharusnya kita mengenali jiwa-jiwa pemimpin agung yang sudah terbukti sejarah hidup mereka penuh kegemilangan.
Kenali kelebihan mereka. Kenali cara kerja mereka. Kenali matlamat mereka. Kenali potensi-potensi diri mereka. Paling penting, kenali betapa sucinya perjuangan mereka!
Bagaimana Rasulullah S.A.W memimpin sehingga namanya, peribadinya masih diketahui sehingga kini?
Bagaimana As-Syahid Hassan Al-Banna mampu mengubah dunia sehingga namanya dikenali sehingga kini?
Bagaimana Syeikh Ahmad Yassin memegang tampuk kekuasaan sehingga dia disegani sehingga kini?
Bukalah lembaran sejarah hidup mereka.
Tidak lari ke mana perjuangan mereka melainkan hanya dengan berlandaskan Iman semata! Tidak lari ke mana melainkan kematian mereka itu satu kemulian yang dibualkan para penghuni langit dan dunia!
Inilah pemimpin yang berkuasa dengan kuasa yang sebenarnya. Tidak perlukan kuasa mata wang, kuasa pangkat. Hanya perlukan kuasa Iman untuk memonopoli dunia.
Inilah juga, corak kepimpinan yang harus kita ikuti. Corak kepimpinan yang diredhai, yang lebih tulus dan mulus perjalanannya!
Dalam mengenali jiwa seorang pemimpin, jiwa rakyat tidak seharusnya kita lupakan.
Jiwa-jiwa mereka yang diperintah, diberi penelitian yang lebih dalam membina jiwa-jiwa mereka. Mendidik mereka untuk cintakan jalan yang kita cintai.
Mentarbiyyah mereka untuk mendekatkan diri dengan apa yang kita dekati. Kenali ragam mereka. Tahu keinginan mereka. Ikat hati mereka dengan kuasa yang kita ada.
Iman dan dakwah.
Kita juga tahu betapa susah ingin memberi kefahaman kepada manusia yang sebelum ini tidak mengetahui dengan jelas apa sebenarnya tanggungjawab mereka bukan
Apatah lagi menaklifkan sesuatu tugasan yang sememangnya berat dan payah. Dan tugas itu ibarat menjadi satu paksaan, bukan lagi dengan kerelaan hati yang sedia ada.
Sebut sahaja paksaan, sudah terasa benar pahitnya. Bukankah jiwa-jiwa rakyat harus kita ikat dengan kasih dan sayang. Kasih dan sayang inilah yang melahirkan kerelaan hati mereka untuk bersama-sama turut serta bersama kita.
Pancaran kebenaran, diiringi sinar keikhlasan, mampu menggegarkan jiwa-jiwa mereka. Allah S.W.T  juga memerintah kita dengan kasih dan sayang.
Masih mahukan kita memerintah manusia tanpa ikatan hati yang kuat dan kukuh?
Pemimpin itu akan sentiasa menjadi tauladan bagi orang yang diperintahnya. Dia ibarat sumber cahaya menerangi kebenaran. Dia ibarat sumber tenaga memberi semangat kepada rakyatnya.
Di sinilah betapa pentingnya qudwah hasanah. Rasulullah S.A.W juga mendahului dakwahnya dengan sifat-sifat yang mulia. Gelaran al-Amin yang diberikan merupakan satu kelebihan yang nyata.
Seluruh penduduk Mekah mengenali Baginda S.A.W. Malangnya, setelah datangnya Islam, gelaran itu seolah telah menghilang, semacam tidak pernah wujud.
Walhal pada hakikatnya, al-Amin pada diri Baginda S.A.W tidak pernah hilang! Malah, Baginda S.A.W berterusan menjadi ikutan para sahabat yang lainnya.
Maka, lahirlah para sahabat yang tidak kurang juga hebatnya. Abu Bakar A.S yang terkenal dengan kelembutannya. Umar A.S yang terkenal dengan ketegasannya.
Betapa penting seorang daie itu menanamkan keinginannya untuk memimpin ummat manusia. Bukan gilakan kuasa, tetapi gilakan kemenangan agar Islam tertegak di atas muka bumi ini.
Tohmahan yang tinggi mengajar seorang daie itu tidak gentar dengan cabaran. Apa yang perlu ditakuti adalah jika seorang daie itu tidak pernah melakukan sebarang percubaan.
Hanya menantikan kemenangan datang bertandang tanpa usaha untuk menang! Ini namanya daie yang goyang kaki! Daie yang tidak kenal fungsi seorang daie. Inilah seorang daie yang tidak optimis.
Dia tidak merasakan dialah pemimpin yang telah bersedia untuk mewaqafkan dirinya untuk Islam. Dia merasakan masih penting untuk memenuhi kehendak dirinya berbanding kehendak Islam itu sendiri.
Sewajarnya, dia memikirkan Islam dan dakwah terlebih dahulu berbanding dirinya. Dia merasakan banyak dosanya itu akan terhapus dengan terkorbannya dia di atas jalan kebenaran ini.
Dia akan berusaha dengan usaha yang semaksimum mungkin. Inilah baru pemimpin yang sebenar!
Pemimpin yang tahu harga nilai dirinya. Pemimpin yang tahu menyusun kepentingan urusannya.
Iradah qawiyah akan sentiasa dijadikan titik tolak untuk mencapai kemenangan. Iradah qawiyah atau kemahuan yang kuat ini mampu mengalahkan satu batalion tentera yang sedang berharapkan kemenangan.
Demikianlah, hakikat diri seorang pemimpin manusia. Pemimpin yang mahu menjadikan Islam itu undang-undang dunia.
Kita adalah daie yang harus tahu ke mana hala tujunya dalam memimpin manusia. Kerana itulah, dakwah adalah sebaik-baik jalan kerja!
Sekian. Dari hati seorang manusia yang juga mahu memimpin manusia satu hari nanti.
Glosari
1) Iradah Qawiyah=keinginan yang kuat yang tidak disusupi satu kelemahan pun.
Sumber Grafik: Google Image
Biodata Penulis
Si Pensel Kecil merupakan seorang pelajar dalam bidang perubatan. Beliau menulis di http://mylittlepencil.wordpress.com.
Kisah ini saya dapat dari seorang sahabat melalui emel saya. Sekali baca rasa macam sebak pun ada. Teringin untuk berkongsi dengan anda semua. Hayatilah pengajaran dari secebis kisah ini.
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang matayang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:
“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.
Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”, kata
isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …
Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,teruskan …” jawab suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,”Sekarang giliran abang membacakan senarai mu”. Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna  dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …”
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya, bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Dia menunduk dan menangis …
Apa yang dapat anda katakan selepas memahami kisah ini?

Sumber dari - http://alongwairnazz.wordpress.com/2009/02/19/keikhlasan-seorang-suami/
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH
Disediakan oleh Marshila binti Marzuki/ Rabu/ 21 Disember 2011.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blog KMCS...


Pada hari ini, saya ingin berkongsi beberapa doa yang boleh dijadikan amalan harian terutamanya apabila kita merasa sedih dan berdukacita. Pasti ramai pernah berasa sedih dan dukacita kan? Dengan perjalanan hidup yang kita lalui sekarang sedikit sebanyak akan menerbitkan perasaan gundah-gulana, risau, sedih dan pelbagai perasaan lagi seperti kehilangan orang yang tersayang, kehilangan cinta, beban hutang dan sebagainya. Maka untuk itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini. Insya-Allah saudara saudari sekalian akan merasa lebih tenang.
 

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.




Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.



Amalkan dan bertawakkal kepada Allah.
  
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Khamis/ 15 Disember 2011.

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
 Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

- Artikel iluvislam.com dan airasolehah.blogspot.com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BILA MEMUJI...


Salamullahi alaikum dan Selamat pagi.

Alhamdulillah, kali ini saya ingin menyentuh mengenai cara memberi pujian kepada orang. Ini kerana kadang-kadang, dengan pujian kita itu mampu menaikkan semangat orang dan kadang-kadang boleh merosakkan hidup mereka juga.

Dalam Islam, sesungguhnya segala pujian semata-mata kerana Allah dan untuk Allah jua.

Islam melarang kita memberi pujian yang melampau kepada manusia kerana bimbang akan timbulnya perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Diriwayatkan, Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas baginda s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian baginda s.a.w menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). *
Ini menunjukkan sekiranya kita mahu memberi pujian kepada seseorang, kita kena dahulukan dengan pujian kepada Allah. Kerana segala pujian itu, kita tujukan kepada Allah dan sesungguhnya segala kelebihan yang ada pada seseorang itu, diberi oleh Allah s.w.t. Dengan itu, teman atau orang yang mendengar pujian itu akan sedar bahawa dia tidak memiliki apa-apa sekiranya tidak dikurniakan Allah dengan segala kebaikan atau kelebihan tersebut.

Pujian yang diberi itu kadang-kadang membuatkan orang yang mendengarnya mempunyai dua keadaan. Sama ada senang dengan jawapan itu atau kadang-kadang tidak tahu apa hendak dijawab atau menjadi serba salah.

Contoh yang selalu kita dengar:
"Awak ni cantiklah" .
Jawapan yang selalu kita dengar:
" Eh ye ke?" dan sebagainya.

Bagi mereka yang memang menanti untuk dipuji akan merasa gembira dan kegembiraan itu akan ditakuti membawa kepada dosa. Ianya mampu untuk menjadikan orang tersebut berbangga diri dan merasakan dirinya saja yang terbaik. Mafhum hadis Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)" *


Namun begitu, kita perlu membezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang.

Niat perlu dijaga sepanjang waktu. Contoh pujian atau penghargaan kepada isteri / suami dan anak-anak, teman-teman atau sesiapa sahaja. Dan seeloknya, kita mengucapkan ucapan tahniah sekiranya sesuatu kebaikan yang dia terima sebagai penghargaan.

Oleh itu, mulai sekarang mari kita sama-sama melakukan perubahan. Kita memberi pujian secara ikhlas kepada anak-anak kita, pasangan, teman-teman atau sesiapa saja dengan pujian terhadap Allah didahulukan dan seterusnya memberikan penghargaan kepada mereka.

Cara beri pujian. "Masya-Allah, cara awak menyampaikan ucapan tadi sangat berkesan, tahniah"

Dan sekiranya kita yang menerima pujian, teruskanlah memuji Allah, kembalikan pujian itu kepada Allah, kerana kita tiada punya apa-apa kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman daripada Allah.

Cara menjawab: "Alhamdulillah. Milik Allah jua. Saya cuma menyampaikan yang terbaik."

Oleh itu, sama-samalah kita menjaga lisan kita agar peribadi kita sentiasa dalam keadaan baik dan mendapat berkat Allah. Walaupun perkara itu jarang kita perasan dan tidak pernah terfikir dengan perkara-perkara kecil, mungkin akan menjadi bonus untuk timbangan kita di Padang Mahsyar nanti, Ameen.

Saya akhiri dengan terjemahan ayat:
“Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.”
(Surah al-Fatihah, ayat 2)

Sumber dari - http://www.seanggunbidadari.com/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 CIRI WANITA SYURGA 
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Jumaat/ 2 Disember 2011.

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
Sumber dari - Artikel iluvislam.com
 ---------------------------------------------------------------------------------------

PRINSIP KELUARGA BAHAGIA  


Di dalam al-Quran surah Rum ayat 21 Allah menyatakan bahawa:-
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu pasangan suami isteri dari antara kamu, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram antara satu sama lain dan dijadikan di antara mu kasih sayang dan belas kasihan; sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Kepentingan keluarga bahagia hingga Allah sebutkan bahawa antara perkara yang menggembirakan kita bangsa manusia ialah ketika kita masuk syurga, keluarga kita juga masuk ke syurga (al-Insyiqaq 7-9).
Kelurga di sini bermaksud keluarga di dunia atau pun keluarga yang akan dianugerahkan di akhirat (Tafsir Qurtubi)

Prinsip Pertama Keluarga Bahagia (Menjaga Tiga Perhubungan)
i. Suami Isteri
  •    Kurang memahami (saya penat/ perbelanjaan)
  •    Memenuhi keperluan nafkah batin
  •    Menjaga sekufu

ii. Ibu bapa dan anak
Lima jenis ibu bapa yang perlu di hormati.
  •    Ibu bapa  kandung/
  •     Ibu bapa tiri /
  •     Ibu bapa Susuan/
  •     Ibu bapa mertaua Mertua   
  •     Ibu bapa  angkat

iii. Adik-beradik
Hendaklah sentiasa menjaga perhubungan adik-beradik dan mendamaikan saudara yang berselisihan faham.

Sumber dari - http://www.ustazamin.com/

----------------------------------------------------------------------------------------------------

DI MANAKAH WANITA BARAKAH ITU? 

Ada pernikahan yang penuh barakah. Ada pernikahan yang sedikit kebarakahannya. Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada barakah di dalamnya. Pernikahan yang bagaimanakah yang tidak akan pernah ada kebarakahan di dalamnya?
 
Rasulullah s.a.w. menunjukkan, "Barang siapa yang menikahkan (puterinya)
kerana silau akan kekayaan lelaki itu meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak pernah pernikahan itu akan dibarakahi-Nya".
Sebahagian pernikahan kurang barakah kerana niatnya yang tidak tepat. Sebahagiannya juga disebabkan oleh berbagai perkara selama proses pernikahanitu berlangsung. Sebahagian dipengaruhi oleh pelaksanaan pernikahan. Ada juga yang disebabkan oleh akhlak setelah menikah. Tetapi perubahan akhlak setelah menikah, banyak disebabkan oleh niat orang yang menikah dan yang menikahkan. Oleh kerana itu, sebaik-baiknya berbincanglah denga keluarga sebelum membuat keputusan untuk bernikah. Pernikahan yang barakah insya-Allah menjadikan akhlak kedua-duanya semakin baik.

Sekiranya sebelum pernikahan, akhlak pasangan masih lagi kurang baik, insya-Allah setelah bernikah mereka menjadi baik akhlaknya. Ini berdasarkan hadis Nabi:
"Kahwinkanlah (zawwajuu) orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambah keluhuran mereka. Sesungguhnya," kata Rasulullah s.a.w., "termasuk dari keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kawinnya dan subur rahimnya." (HR Ahmad).

Sabda Rasulullah Saw.:
"Wanita yang paling agung kebarakahannya, adalah yang paling ringan maharnya." (HR Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih). Rasulullah juga mengingatkan, "Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya dan akhlaknya baik. Namun, sebaliknya,wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya dan buruk akhlaknya."

Pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Anas r.a.,
Rasulullah bersabda, "Orang yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah hanya akan menambah kehinaannya, yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah hanya akan memberinya kefakiran, yang menikahinya kerana nama besar keturunannya, Allah akan menambahinya kerendahan. Namun, lelaki yang menikahi wanita hanya kerana menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya atau untuk mempereratkan hubungan kasih-sayang (silaturrahim), maka Allah akan membarakahi lelaki itu dan memberi kebarakahan yang sama kepada wanita itu sepanjang ikatan pernikahannya".


Sumber dari - http://rojulalaqidah.blogspot.com


-------------------------------------------------------------
7 SUNNAH RASULULLAH
Disediakan oleh Yuhanes binti Abdullah





------------------------------------------------------------------------------------------------------
AMALAN AYATUL KURSI

Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Rabu/ 2 November 2011.


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.

 Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.


Untuk amalan kita semua..... Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

 Sumber dari - www.apadmedia.com


-----------------------------------------------------------------------------------------------------
BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM, SERTA MEMULIAKAN TAMU  
Disediakan oleh Marshila binti Marzuki/ Jumaat/ 28 Oktober 2011.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”. [Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]
Kalimah “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “maka hendaklah ia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu dia takut kepada ancamanNya, mengharapkan pahalaNya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Perkara yang terpenting dari semua itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan diminta bertanggung jawab atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana tersebut pada firman Allah :


“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta tanggung jawabnya”. (QS. Al Isra’ : 36)
dan firman-Nya:


“Walaubagaimanapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS. Qaff : 18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:


“Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya”.

Beliau juga bersabda :


“Tiap ucapan anak Adam menjadi tanggung jawabnya, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran”.

Barang siapa memahami hal ini dan beriman kepadaNya dengan keimanan yang bersungguh-sungguh, maka Allah akan memelihara lidahnya sehingga dia tidak akan berkata kecuali perkataan yang baik atau diam.

Sebahagian ulama berkata: “Seluruh adab yang baik itu bersumber kepada empat hadith, antara lain adalah hadith “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam”. 

Sebahagian ulama memaknakan hadith ini dengan pengertian; “Apabila seseorang ingin berkata, maka jika yang ia katakan itu baik lagi benar, ia diberi pahala. Oleh kerana itu, ia mengatakan hal yang baik itu. Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah”. 

Dalam hal ini maka perkataan yang mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi kerana takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi kepada manusia. 

Allah berfirman :
“Walaubagaimanapun kata yang terucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid”. (QS.Qaaf : 18)

Para ulama berbeza pendapat, apakah semua yang diucapkan manusia itu dicatat oleh malaikat, sekalipun hal itu mubah, atau tidak dicatat kecuali perkataan yang akan memperolehi pahala atau seksaan. Ibnu ‘Abbas dan lain-lain mengikuti pendapat yang kedua. Menurut pendapat ini, ayat di atas berlaku secara khusus, iaitu pada setiap perkataan yang diucapkan oleh seseorang yang membuat akibat, maka orang tersebut mendapat pembalasan.

Kalimah “hendaklah ia memuliakan tetangganya…….., maka hendaklah ia memuliakan tamunya” , menyatakan adanya hak tetangga dan tetamu, harus berlaku baik kepada mereka dan menjauhi perilaku yang tidak baik terhadap mereka. Allah telah menetapkan di dalam Al- Quran, harus berbuat baik kepada tetangga dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
“Jibril selalu menasihati diriku tentang urusan tetangga, sampai aku beranggapan bahawa tetangga itu dapat mewarisi harta tetangganya”. 

Bertamu itu merupakan ajaran Islam, kebiasaan para nabi dan orang-orang soleh. Sebahagian ulama mewajibkan menghormati tetamu tetapi sebahagian besar dari mereka berpendapat hanya merupakan bahagian dari akhlak yang terpuji.

Pengarang kitab Al-Ifshah mengatakan : “Hadith ini mengandungi hukum, hendaklah kita berkeyakinan bahawa menghormati tetamu itu adalah suatu ibadah yang tidak boleh dikurangi nilai ibadahnya, apakah tamunya itu orang kaya atau yang lain. Juga anjuran untuk menjamu tamunya dengan apa saja yang ada pada dirinya walaupun sedikit. Menghormati tetamu itu dilakukan dengan cara segera menyambutnya dengan wajah yang senang, perkataan yang baik, dan menghidangkan makanan. Hendaklah ia segera memberi layanan yang mudah dilakukannya tanpa memaksa diri”. Pengarang juga menyebutkan perkataan dalam menyambut tetamu

Selanjutnya ia berkata : Adapun sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam “maka hendaklah ia berkata baik atau diam”, menunjukkan bahawa perkataan yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata buruk. Demikian yang diperkatakan, itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya menggunakan kata-kata “hendaklah untuk berkata benar” didahulukan dari perkataan “diam”. 

Berkata baik dalam hadith ini merangkumi menyampaikan ajaran Allah dan Rasul-Nya dan memberikan pengajaran kepada kaum muslim, amar ma’ruf dan nahi munkar berdasarkan ilmu, mendamaikan orang yang berselisih pendapat, berkata yang baik kepada orang lain, serta yang terbaik dari semuanya itu adalah menyampaikan perkataan yang benar di hadapan orang yang ditakuti kekejamannya atau diharapkan pemberiannya.
Sumber dari – Hadith Arba’in An-Nawawi dengan Syarah Ibnu Daqiqil ‘Ied

____________________
Diambil dari Hadith Arba’in An-Nawawi Dengan Syarah Ibnu Daqiqil ‘Ied , versi e-book, oleh Abu ‘Abdillah

----------------------------------------------------------------------------------------
FADHILAT SURAH YASIN

Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Jumaat/ 21 Oktober 2011.



Hadith dari Hadrat Ata Ibni Abi Ribah berkata bahawa Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".
 
Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan di dalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan di dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barang siapa membaca surah Yasin Allah S.W.T. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."
Menurut sebuah hadith yang lain, Allah S.W.T membacakan surah Yasin dan Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi dan mendengarkan ini, para malaikat pun berkata,"Umat di mana Al-Quran diturunkan akan dirahmati, hati-hati yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga dirahmati.
Ada satu lagi riwayat yang seumpama ini, "Sesiapa yang membaca surah Yasin semata-mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati."
Mengikut sebuah hadith, surah Yasin dinamakan Mub'mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan dunia dan juga akhirat, ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga akhirat dan menjauhkan seksa kehidupan di akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidah, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman).
Menurut satu riwayat Rasulullah S.A.W. bersabda, "Hatiku mengkehendaki supaya surah Yasin berada di setiap hati umatku," Mengikut sebuah hadith yang lain, jika seseorang itu membaca surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid. Diriwayatkan pada hadith yang lain, "Barang siapa yang membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, barang siapa membacanya di kala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya."
Maqri r.a. berkata, "Jikalau surah Yasin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu. "Menurut sebuah hadith yang lain jikalau seseorang itu membaca surah Yasin dan surah As-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima. Semoga kita mendapat mengamalkannya.

Kredit : cahaya2.tripod.com


--------------------------------------------------------------------------------------------
MENJAGA IMAN  

Disediakan oleh Yuhanes binti Abdullah/ Isnin/ 17 Oktober 2011


Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap Mukmin untuk
menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut.

1. Menuntut Ilmu.

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan di dalam perjalanan
hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah
semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal
memperolehi keselamatan dan kejayaan. Imam Al-Ghazali menyatakan:

"Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah
ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap ‘Deen’, iaitu ilmu yang dapat
menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu
untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat di dalam dirimu.
Memperdalamkan makrifat terhadap ibadah kepada Allah. Mengurangkan
hasrat kamu yang berlebih-lebihan terhadap dunia dan menambah
penglibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak.

Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu terhadap cacat cela segala
macam amal perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai
berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih waspada dan
berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya."

2. Mentaati Perintah Allah.

Taat itu maksudnya ialah menurut atau patuh kepada peraturan-peraturan
dan ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Perintah-perintah
Allah itu terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang sunat.

Amal-amal yang wajib adalah merupakan amal pokok yang paling penting
bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang
selamat dan bahagia. Amal-amal yang sunat pula merupakan keuntungan
yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Dalam mentaati perintah Allah seseorang mukmin mestilah menunaikan
kewajipan-kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa
pada bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Demi untuk
memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia
menyeru manusia kepada perlaksanaannya serta melarang manusia dari
mengabaikannya. Usaha ini dinamakan sebagai ‘amru bil ma'ruf wa nahu
'anil munkar’. Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan
sempurna, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakannya.

Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seseorang Mukmin itu
hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang
sunat.  Amalan-amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya. Oleh
itu, perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat
ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari sunnah Rasulullah
SAW.

3 . Menjauhi Maksiat.

Seorang mukmin itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat.
Memandang berat terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa
kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali memberi peringatan:

"Di dalam tuntutan’ Deen’ terdapat dua perkara yang sangat penting untuk
diperhatikan: Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang
dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala
perintah, beribadah dan berbakti kepada Allah.

Untuk menjadikan Iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang
muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW. Ini kerana kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya.

Oleh itu hendaklah dia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.
Adab-adab ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ia bersangkutan dengan:

a. Mata dan apa yang dilihatinya.
b. Telinga dan apa yang didengarinya.
c. Lidah dan apa yang diucapkannya.
d. Perut dan dari sumber yang bagaimana dimasukkan ke dalamnya.
e. Tangan dan apa yang dilakukannya.
f. Kaki dan ke mana diarahkannya.
g. Kemaluan dan bagaimana dijagainya.
h. Hati dan dosa-dosa yang dilakukannya.

Kita berdoa semoga Allah sentiasa menggolongkan kita ke dalam golongan
orang-orang yang beriman dan menjauhkan diri kita daripada menyekutukan-Nya.

[Berdasarkan Kitab Al-Bidayatul Hidayah oleh Imam Al-Ghazali]

Wallahu A'lam.



---------------------------------------------------------------------------------------------
DOA-DOA PERLINDUNGAN DIRI
Sri Norhafeeza Binti Abdul Razak/ Selasa/ 11 Oktober 2011

 DOA PERLINDUNGAN DIRI DARIPADA BINATANG  BERBAHAYA


أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq)

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya”.

(“Barang siapa membaca doa ini pada petang hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu”. 
(HR. Ahmad, An-Nasa’i)

DOA PERLINDUNGAN (1) 


اَللَّهُمَّ إِنِّى أُعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍِ لاَيَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍِ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍِ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍِ لاَ يُسْتَچَابُ لَهَ


(Allahumma inni a’udzubika min ‘ilman laa yanfa’ wa min qolbi laa yakhsya’ wa min nafsi laa tasyba’ wa min da’wati laa yustajaabulaha)


”Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak dikabulkan”.
(HR. Muslim: 2722)



ZIKIR PAGI 



اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ.


(Allahumma bika ashbahnaa wa bika amsainaa wa bika nahnyaa wa bika namuutu wa ilaikannusyuur)

“Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).”

                                                     (HR. At-Tirmidzi 5/466, dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/142)

DOA TERHINDAR DARI PELBAGAI KEBURUKAN



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ


(Allahumma innii a'udzubika minalhammi walhuzni wal'ajzi walkasali walbukhli waljunbi wa dhola'idaini wa gholabatirrijali)


“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”


(HR. Al-Bukhari 7/158)



Sumber dari - Mutiaradoa.wordpress.com


------------------------------------------------------------------------------
10 PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Jumaat/ 7 Oktober 2011.

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sumber dari - http://sebagairenungan.blogspot.com/


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ANTARA DUA BISIKAN?
Disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 3 Oktober 2011.


Alhamdulillah, apabila sudah ada kesedaran mahu berzakat itu bermakna, sudah terbuka salah satu pintu kebaikan untuk kita melangkahi demi mencari keredhaan Allah SWT. Orang yang suka bersedekah dan menunaikan zakat, maka mereka dijanjikan Allah SWT dapat memasuki syurga daripada sebuah pintu yang bernama bab As-Sadaqah, yakni pintu khusus kepada orang –orang yang suka bersedekah.

Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a menukilkan hadis daripada Nabi Muhammad SAW: Sesiapa yang membelanjakan (menginfakkan) sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga: “Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik, sesiapa yang tergolong dalam kalangan ahli solat, maka dia diseru dari Bab Solat; sesiapa yang tergolong dalam kalangan ahli jihad, maka dia diseru dari Bab Jihad; sesiapa yang tergolong daripada kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah.

Walau bagaimanapun, musuh umat manusia iaitu syaitan dan iblis sentiasa tidak menginginkan kita menjadi hamba yang taat dan bertakwa kepada Allah SWT. Iblis telah bersumpah akan berusaha menyesatkan manusia seluruhnya, kecuali mereka yang ikhlas kepada Allah SWT dalam setiap tindak-tanduknya. Maka, iblis dan konco-konconya akan mencari apa cara demi mengalpakan manusia daripada jalan-jalan kebaikan. Dalam hal ini, Allah SWT telah memberikan kita peringatan dengan firman-Nya: Syaitan (itu sentiasa) menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir atau kedekut); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 268)

Apabila kita sudah mahu bersedekah dan berzakat; namun pada saat itulah datangnya pelbagai bisikan halus agar kita menangguhkannya atau mencari alasan-alasan menidakkannya, maka ketahuilah bahawa itulah bisikan daripada para iblis dan syaitan. Mereka amat bijak memberi pelbagai alasan, misalnya jika kita berzakat, maka duit dapur akan terjejas, mungkin duit belanja anak ke sekolah juga tersangkut dan pelbagai lagi alasan yang amat rasional pada pemikiran.

Oleh itu, kita hendaklah menanam kukuh dalam pemikiran dan hati, bahawa kerja memberikan sedekah dan zakat ini bukanlah kerja suka-suka; melainkan ia adalah arahan daripada Allah SWT dan amat digemari oleh Rasulullah SAW. Lalu, apabila Allah SWT sendiri yang menyukainya dan mengarahkannya, pastilah orang-orang yang berusaha menyahut seruan-Nya itu bakal memperolehi sesuatu ganjaran daripada Allah SWT. Ganjaran itu boleh sahaja berupa pahala dan syurga. Bahkan di dunia lagi Allah SWT sudah melimpahkan keberkatan-Nya.

Allah SWT juga memberikan ingatan kepada kita, bahawa amalan bersedekah ini adalah punca kepada keteguhan jiwa dan kunci mendapatkan keredaan Allah SWT. Ia boleh diibaratkan sebuah kebun yang menyuburkan cinta kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah: 265).

Kesimpulannya, ingatlah bahawa bisikan yang datang itu boleh jadi daripada syaitan dan Iblis, ia juga boleh jadi bisikan mulia daripada para malaikat. Firman Allah yang bermaksud; Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (an-Nisa’: 114)

Maka, lawanlah segala bisikan halus yang berniat jahat itu dan sahutlah bisikan halus yang menyeru kita kepada kebaikan. Dalam situasi sedemikian, kita sendirilah yang berhak menentukan keputusan dan tindakan. Wallahu a’lam.



Sumber dari ruangan Mega (Agama), Utusan Malaysia, 23 September 2011.

----------------------------------------------------------------------------------------------
12 BARISAN DI AKHIRAT
Disediakan oleh Bank Artikel KMCS/ Khamis/ 22 September 2011.


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah swt: ”Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.” Surah an-Naba’:18.
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:


BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka, inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli maka, inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah dengan-Nya…..
Sumber dari - http://myrohani.blogspot.com/


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15 ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA WANITA


Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
  1. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
  1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka, “tidak”. Sabda Baginda s.a.w,  seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi, tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya, pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
  2. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
  3.  Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  4.  Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
  5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
  6. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”
  7. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
  8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatat baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
  9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
  10.  Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
  11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia, dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  12.  Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai (syurga) serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.”
  13. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut (sejenis batu permata).
Sumber dari -http://www.blogtopsites.com/outpost/3219f35bc7ad6f4b82b26d46608466db

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DIA PERNAH MENCINTAIMU
Disediakan oleh Mursyida Binti Md Isa @ Mansor/ Khamis/ 8 September 2011.

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada, itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar di sudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11H,

Tatkala Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakar sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami mula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh rasa cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya, ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya iaitu kita.



SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….


“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Sumber dari www.saifulislam.com

---------------------------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN RAMADHAN
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Khamis/ 25 Ogos 2011.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
 -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
 - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
 - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).
- Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi

5. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukku dan aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangannya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
 - Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hamba-Nya yang taat beribadat dan menurut segala perintah-Nya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7.  Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,Ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi, Maktabah Al-Mnarah, Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani.
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Http:// www.ashtech.com.my/bulanislam/

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH
 Disediakan oleh Rushdan bin Ahmad/ Jumaat/ 19 Ogos 2011.
Asalamualaikum w.b.t.

Menjaga dan menghubungkan ukhuwah amat dituntut dalam agama. Tidak kira anda di tempat kerja, dalam keluarga dan juga bersama sahabat handai, ukhuwah silaturahim mesti dijaga. Saya memetik wasiat Imam Syafie bahawa orang yang menjaga ukhuwah akan mendapat 10 keutamaan:

1. Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang  menghubungkan ukhuwah, begitu juga penduduk langit.

2. Menggembirakan para Malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.

3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal kelak.

4. Dapat menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian.

5. Rezeki bertambah dan berkat.

6. Allah SWT melanjutkan usianya.

7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati.

8. Disegani dan dihormati dalam masyarakat.

9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh.

10. Dapat membina kegembiraan kepada kedua belah pihak, tiada amalan yang lebih baik melainkan menggembirakan hati orang-orang yang beriman.



--------------------------------------------------------------------------------------------
SERBUK KAYU MENJADI TEPUNG
Disediakan oleh Mursyida Md. Isa @ Mansor/ Jumaat/ 12 Ogos 2011.

Diceritakan bahawa pada suatu hari seorang soleh bernama Ata' Al Azraq disuruh oleh isterinya pergi ke pasar untuk membeli suatu keperluan.
"Bang ,boleh tolong pergi ke pasar?" kata isterinya.
"Hendak membeli apa?"
"Membeli tepung. Makanan kita untuk hari ini sudah habis."
"Mana wangnya? Aku tidak mempunyai wang." kata Ata'.
"Ini wangnya dua dirham."
Pergilah Ata' Al Azraq ke pasar untuk membeli tepung berbekalkan hanya wang dua dirham itu sahaja. Sekiranya wang tersebut hilang tentu dapur rumahnya tidak berasap.
Sesampainya di pasar sedang dia mencari kedai yang menjual tepung tiba-tiba terlihat seorang hamba abdi sedang menangis. Dia berdiri di bawah sebuah bangunan sembil mengesat-ngesat air matanya yang mengalir tidak berhenti-henti. Kelihatannya begitu sedih dan takut sekali namun tiada seorang pun yang mengambil tahu apa yang terjadi kepadanya.
Ata' sangat kasihan melihat keadaan hamba tersebut lalu menghampirinya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya.
"Mengapa kamu menangis? Tak baik menangis di tempat orang ramai seperti ini." kata Ata'.
"Aku kehilangan duit." jawab hamba tersebut.
"Kalau sudah kehilangan duit mahu dibuat macam mana lagi?"
"Tapi duit tersebut milik tuan saya yang disuruh membeli barang."
"Agak2 di mana ia hilang ?"
"Tak tahu. Aku sudah puas mencarinya namun tidak juga berjumpa."
"Kalau begitu beritahu saja pada tuanmu, tak usah menangis."
"Aku takut dia akan marah dan memukul aku." kata hamba itu ketakutan.
Ata' sangat kasihan terhadap hamba itu. Dia dapat membayangkan sekiranya tuan hamba itu seorang yang kejam dan kaki pukul tentu hamba tersebut akan dibelasahnya.
"Berapa duit yang hilang itu?" tanya Ata' lagi.
"Dua dirham saja."
"Kalau begitu ambillah wang dua dirham ini sebagai pengantinya dan belilah apa-apa yang disuruh oleh tuanmu."
"Terima kasih pak cik." kata hamba itu.
Dengan wang dari Ata' tadi si hamba segera beredar dari tempat tersebut dan pergi ke kedai membeli barang yang dipesan oleh tuannya. Tinggallah Ata' terpaku sebentar kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat. Dia berfikir-fikir bahawa isterinya sedang menunggu tepung yang dipesannya namun wangnya sudah tidak ada lagi.

Bagaimanakah dia akan mendapatkan tepung? Padahal, perutnya dan perut keluarganya sudah lapar. Untuk pulang dan berterus terang kepada isterinya dia takut kalau-kalau isterinya akan marah.
Dalam keadaan binggung dia pergi ke masjid. Di sana dia mengambil air sembahyang lalu mengerjakan solat sebanyak-banyaknya. Selepas itu, dia berdoa kepada Allah meminta rezeki dan lain-lain. Dia juga mengharap agar ada sesuatu yang dapat menghilangkan kesempitannya namun tiada jua.
Kemudian dia pergi ke sebuah kedai milik kawannya yang bekerja sebagai tukang kayu. Di situ dia bertanya barangkali ada sesuatu yang dapat dimanaafatkannya.
"Aku tidak ada apa-apa. Serbuk kayu adalah. Kau boleh ambil serbuk itu untuk menyalakan api." kata temannya.
Daripada pulang dengan tangan kosong Ata' membuka kantungnya lalu diisinya dengan serbuk kayu tersebut sehingga penuh. Kemudian diikatnya dan dibawa pulang. Orang yang tidak tahu menyangka tentu di dalam kantung tersebut berisi tepung sebagaimana kebiasaannya.
Setibanya di rumah, Ata' membuka pintu lalu diletakkannya kantung tersebut. Kemudian dia bergegas pergi ke masjid dam mengerjakan solat sambil berdoa kepada Allah. Seolah-olah dia tidak mahu tahu apa yang akan terjadi sekiranya isterinya membuka kantung tersebut yang isinya hanyalah serbuk kayu.
Dia terus berada di masjid sehingga selesai menunaikan solat Isyak dan tidak mahu pulang juga. Apabila diagak keluarganya sudah tidur maka pulanglah Ata' ke rumahnya.
Dengan perlahan-lahan dia melangkah agar orang yang tidur tidak sedar kedatangannya. Tetapi didapatinya keluarganya belum tidur malah sedang membuat roti yang sangat sedap baunya. Dia sangat hairan dari mana keluarganya mendapat tepung sedangkan wang untuk membeli tepung tadi digunakan untuk menolong orang.
"Dari mana adinda mendapat tepung?" tanya Ata'
"Dari kantung yang abang bawa itulah, dari mana lagi. Saya kan suruh abang membeli tepung tadi, dah lupakah?" jawab isterinya.
"Ooooo.. Ya...ya." kata  Ata' pura-pura lupa.
Ata' sedar bahawa tepung itu adalah kurnia Allah. Dia telah mengubah serbuk kayu pemberian temannya itu menjadi tepung yang sangat baik kerana Dia Maha Kuasa berbuat apa sahaja. Itu semua adalah berkat keikhlasannya menolong orang dan mengembirakan orang yang dalam kesusahan.
Benarlah bahawa barang siapa yang mengembirakan saudaranya yang sedang kesusahan Allah akan menggembirakannya. Sebaliknya, barang siapa yang akan membuat saudaranya susah, Allah akan menyusahkannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
HIDAYAH DAN TAUFIQ
Disediakan oleh En. Syahrul Hakimi bin Setapa/ Jumaat/ 29 Julai 2011.

Hidayah dan taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian bersifat maddi:
(1.) Siapa yang memilikinya dianggap kaya dan mulia.
(2.) Siapa yang memiliki intan berlian rohani, ia merupakan orang kaya Tuhan. Ia telah mendapat segala-galanya.

(3.) Siapa yang memilikinya, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan ia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat hidayah dan taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, ini juga boleh hilang. Oleh itu, kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula. Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Kerana itulah Allah SWT mengingatkan kita dalam sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, jangan engkau gelincirkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk dan kurniakan kami di sisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

BAGAIMANA MENJAGA DAN MEMELIHARA HIDAYAH DAN TAUFIQ
Agar ia kekal jadi milik kita atau tidak hilang dari kita:
(1.) Syukur nikmat Tuhan yang paling berharga ini. Kita rasakan ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.

(2.) Kita istiqomah mengamalkannya dengan teguh serta penuh rasa bimbang kalau Allah Ta'ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta'ala menarik semula.

(3.) Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar terutama di waktu-waktu malas berbuat kebaikan dan terasa ringan untuk melakukan kemungkaran.

(4.) Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik kerana ia sangat membantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dan kita terasa ada kawan.

(5.) Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari semasa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIQ DITARIK SEMULA

Hidayah dan taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula - tiada displin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa derita dan sengsara walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba ada.

Di antara sebab-sebab hidayah dan taufiq ditarik semula:
(1.) Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinan

(2.) Derhaka dengan kedua-dua ibu bapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita membiarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga. Terbiarlah kehidupan kedua-duanya, lebih-lebih lagi kalau dia marah dan rasa tidak senang dengan kita.

(3.) Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok. Telah mula terasa berat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga takut dengan Tuhan dihakis dari hati kita hingga hilang semuanya.

(4.) Menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Lepas itu cuai pun datang. Malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

(5.) Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus dalam kemungkaran dan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Di antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita sama ada tanda-tanda bersyukur itu ada pada kita dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1.) Solat awal waktu - sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis.

(2.) Elak dari maksiat - jauhi maksiat termasuk maksiat batin mendekatkan diri kita kepada syukur tetapi sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap membuat maksiat, bagaimana kita hendak ada rasa syukur kalau ini masih ada pada kita?
 

(3.) Tidak menyukai mazmumah setelah mengenali mazmumah lebih dekat - ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina tidak memikirkan mazmumah yang penting untuk dibakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.
Ini adalah peringatan kita bersama. Semoga persaudaraan seakidah dan ikatan hati dan cinta kerana Allah sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah Taala... Insya-Allah.



---------------------------------------------------------------------------------
KISAH KETAQWAAN 4 SAHABAT UTAMA RASULULLAH



Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasulullah, keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya. Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama. Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang.


Mereka kalau ramai berada di dalam masjid. Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid kerana sunyi sepi daripada perbualan. Kalau adapun Al Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita. Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Membanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat. Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia. Masing-masing dengan dirinya masing-masing. Hening, tenang dan sepi. Orang menyangka di masjid tidak ada orang.Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya.

SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Hatinya terlalu takut pada Allah hinggakan orang pernah tercium dari nafasnya bau hati yang terbakar. Ertinya hatinya yang ketakutan itu telah terbakar.




----------------------------------------------------------------------------------------------

10 PERANGKAP SYAITAN

Kalau beliau mendapat tahu yang makanan yang sedang dimakan itu adalah makanan syubahat maka beliau akan mengorek-ngorek mulutnya hingga muntah-muntah kemudian dia akan berkata, “Wahai Tuhanku, janganlah Engkau bertindak ke atasku apa yang telah dihisab untuk peluh dan yang telah bergaul dengan perut panjang.”
SAYIDINA UMAR IBNU KHATTAB
Ilmunya banyak, akalnya luas, fahamannya mendalam, orangnya zuhud, tawadhuk, belas kasihan dengan kaum Muslimin, banyak insaf, tegas dengan kebenaran dan sangat membesarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Beliau tidak menghimpunkan dalam satu hidangan dua jenis lauk hingga menemui Allah. Pakaian beliau bertampung empat di antara dua bahunya. Kainnya ditampung dengan kulit. Satu ketika pernah orang membilang tampungan di bajunya, dan didapati ada 14 tampalan manakala salah satu tampungan dari tanah liat merah. Apabila berlaku satu perkara terhadap orang-orang Islam beliau sangat mengambil berat dengan urusan itu, hampir-hampir beliau binasa.
Satu hari beliau terlambat pergi sembahyang Jumaat. Setelah keluar dari masjid beliau lantas meminta uzur dengan berkata, “Aku terlambat kerana bajuku ini berbasuh sedangkan aku tidak ada baju selain ini.”
Ketika berjalan dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan haji, beliau tidak pun memasang khemah sehinggalah balik. Kalau beliau berhenti di satu tempat, beliau sangkutkan baju atau tikar daripada kulit di atas pokok-pokok dan berteduh di bawahnya. Warna kulit beliau putih kemerahan. Pada musim kekurangan makanan dan kepicikan, kulit beliau menjadi hitam manis sebab ketika itu makanan kurang. Jadi untuk memberi kelapangan pada kaum Muslimin beliau tidak lagi makan daging, minyak sapi dan susu sebaliknya hanya memakan minyak selama sembilan bulan. Beliau bersumpah tidak akan makan lauk selain minyak hingga Allah memberi kelapangan pada kaum Muslimin.
Apabila beliau membaca ayat-ayat Al Quran yang menjadi wirid-wiridnya, dadanya menjadi sebak hingga beliau terjatuh dan menangis. Kemudian beliau terus tinggal saja di rumah, tidak mahu keluar hinggalah beliau diziarahi oleh orang ramai kerana menyangka beliau sakit.
Kalau beliau lalu di tempat najis beliau berhenti dan berkata, “Inilah dunia kamu yang kamu rakus dengannya.”  Sayidina Umar mencintai sembahyang di tengah malam.
Apabila berlaku kesalahan dengan manusia beli-au menanggalkan bajunya dan memakai baju pendek yang menyampaikan had lututnya sahaja, kemudian beliau mengangkat suaranya menangis meminta ampun kepada Allah dalam keadaan airmatanya mengalir hingga membasahi badannya.
Beliau sendiri memikul guni-guni tepung untuk diberi pada janda-janda dan anak-anak yatim. Sahabat-sahabat meminta untuk memikul guni-guni itu, tidak diberinya dengan berkata, “Siapakah yang akan memikul dosaku di hari kiamat kelak?”
Selepas Sayidina Umar wafat, Sayidina Abbas bermimpi melihat beliau dan bertanya, “Apa ha1 engkau ya Amirul Mukminin?” Beliau menjawab, “Hampir-hampir Umar jatuh jikalau tidak aku dapati Tuhan itu Maha Pengasih.”
SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN
Beliau dibunuh ketika sedang membaca Al Quran se telah dikepung selama 49 (empat puluh sembilan) hari. Beliau bersangatan malu (pemalu) hingga pintu rumahnya sentiasa ditutup. Ketika membasuh pakai-an tidak pernah beliau meletakkannya di atas pintu kerana malu mengangkat punggungnya.
Sepanjang hari berpuasa dan sepanjang malam beribadat melainkan tidur sedikit di awal-awal malam. Banyak kali mengkhatam Quran pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya.
SAYIDINA ALI ABI TALIB
Pada suatu sembahyang subuh, selesai memberi salam terus Sayidina Ali menadah tangan dan berkata: “Telahku lihat para sahabat Nabi SAW, tetapi sekarang tidak lagi yang menyerupai mereka itu. Mereka (para sahabat) biasanya keluar pagi-pagi berambut kusut, wajah menguning berdebu dan mata mereka membesar sebesar lutut kambing kerana semalaman suntuk bersujud dan berdiri sembahyang malam seraya membaca kitab Allah dan memper-gantikan tapak dan kening di tanah.
“Bila hari telah pagi mereka pun mengingat Allah dengan bergoyang badannya bagaikan pohon ditiup ribut dengan airmata bercucuran membasahi kain. Wallahi, sekarang kulihat masyarakat lalai sepanjang malam. ”
Kemudian Sayidina Ali pun bangkit. Dan sejak subuh itu tidak pernah lagi kelihatan beliau ketawa hinggalah ke saat beliau wafat oleh pukulan pedang Ibnu Muljam.
Disediakan oleh Puan Yuhanes binti Abdullah/ Selasa/ 19 Julai 2011.
Allah berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal, syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
----------------------------------------------------------------------------------------------
ANTARA DOA YANG DIMAKBULKAN
Disediakan oleh Cik Amalina Bt Rossli/ Rabu/ 13 Julai 2011. 


1. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
2. Selepas solat fardu
3. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
4. Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
5. Selepas solat fardu
6. Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk
7. Ketika dalam peperangan atau darurat
8. Ketika sujud
9. Ketika dizalimi orang
10. Ketika musafir
11. Bapa mendoakan kebaikan anak
12. Ketika wukuf di Padang Arafah
13. Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
14. Selepas solat Asar
15. Ketika mahu berbuka puasa
16. Ketika sakit
17. Doa pada malam Lailatulqadar
18. Doa pada malam Jumaat
19. Doa dalam Masjidil Haram
20. Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)
21. Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis
22. Apabila khatam membaca al-Quran
23. Doa raja yang adil
24. Doa anak yang taat kepada ibu bapa
25. Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
26. Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram
27. Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
28. Berdoa di Hijr Ismail
29. Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah


Sumber daripada - http://www.hmetro.com.my



-----------------------------------------------------------
AMALAN YANG MENCAMBAHKAN PAHALA…
Disediakan Oleh : Syahrul/ Khamis/ 7 Julai 2011.

Apabila kita membicarakan mengenai al-Mizan, ia bermaksud kita akan bicara mengenai timbangan amalan kita sama ada baik atau buruk.

Banyak segi boleh dikupas dan kita juga biasa mendengar kupasan para ustaz dan guru mengenai al-Mizan ini. Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan  pada kali ini hanyalah satu sudut sahaja iaitu bagaimana hendak mencambahkan pahala kita supaya banyak di Mizan.


5 AMALAN YANG MENCAMBAHKAN PAHALA

1. Hendaklah kita membuat sesuatu perkara itu secara berjemaah, kerana berjemaah akan mencambahkan pahala. Lihat sahaja kasih sayang Allah yang memberikan 27 kali ganda bagi orang yang mendirikan solat secara berjemaah.

2. Hendaklah kita membuat sedekah yang kekal seperti mewakafkan harta membuat masjid, membuat sekolah agama, membuat rumah kebajikan dan sebagainya kerana sedekah yang kekal akan mengalirkan pahala dan mencambahkan kebaikan buat kita.

3. Hendaklah kita menyampaikan ilmu yang kita tahu pada orang lain walaupun satu ayat. Ini kerana, ilmu yang bermanfaat akan mencambahkan pahala untuk kita. Jika orang yang kita sampaikan itu mengamalkan apa yang kita sampaikan, maka Allah berikan pahala amalan orang itu pada kita tanpa mengurangkan pahala orang itu.

4. Hendaklah kita menganjurkan amalan yang besar manfaatnya seperti mengajurkan majlis ilmu, menganjurkan berbuka puasa, mengajurkan kutipan amal dan sebagainya kerana semakin ramai orang yang menyertai majlis yang kita anjur, semakin besar pahala kita.

5. Hendaklah kita membuat amalan yang lagi besar manfaat lagi bagus kerana semakin banyak manfaat yang diperolehi oleh orang maka semakin besar pahala kita. Ia seperti bersedekah pada orang yang benar-benar memerlukan sehingga mencukupkan keperluannya, kita membuat kedai makan bagi orang Islam di tempat yang tidak ada kedai makan orang Islam, kita membangunkan industri makanan halal ketika susahnya mendapat makanan halal, kita bangunkan sistem perparitan bagi petani untuk menamam padi dan sebagainya.

Kelima-lima perkara ini adalah kaedah mencambahkan amalan kita ketika kita di Mizan. Semoga kita sentiasa beramal kerana allah untuk keselamatan kita di dunia dan keselamatan di akhirat.


Petikan sumber : http://www.ustazamin.com/search/label/Bicara%20Ilmu.

---------------------------------------------------------------------------------

TEGURAN ITU PENTING
Disediakan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin/ Jumaat/ 1 Julai 2011.

“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain”.
Ayat di atas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah dan sebagainya. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami dan lain-lain. Maknanya, teguran itu berlaku di mana-mana sahaja. Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi, tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui adalah hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi kepada Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan didengari dengan lapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran namun tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, manakala yang berjiwa kecil pula akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi, biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid walhal, mereka sendiri masih terkontang-kanting di tepi longkang.
Ole sebab itu, kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru kepada orang lain.

Orang yang ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang kita tidak sedar kadang kala orang lain sudah menyedarinya terlebih dahulu. Persepsi kita lain dan persepsi orang adalah tidak sama dan berlainan. Oleh sebab itu, apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama', "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya beginilah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang di sekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Paling penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu melakukan perkara ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu, penting apabila hendak menegur, beri isyarat terlebih dahulu. Teguran itu mestilah untuk diri sendiri dahulu sebelum menegur orang lain.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itulah adatnya.

Sumber dipetik dari - I love islam.com

------------------------------------------------------

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Disediakan oleh Cik Amalina binti Rossli/ Selasa/ 21 Jun 2011.






-->
1. Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak  mengingati mati dan membaca Al-Quran.

2. Orang yang membaca Al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari Al-Quran dan zikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

3. Orang yang berzikir dengan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah.

4. Orang yang membaca, mendengar Al-Quran, berzikir dan berkunjung ke tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalah-masalah dunia.

5. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah.

6. Orang yang membaca dan mendengar Al-Quran, berzikir, berdoa dan  berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhai Allah.

7. Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah   Ta’ala, dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut.

8. Membaca Al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

      Sumber dipetik dari - www.imranshamsir.com/...quran/kelebihan-membaca-dan-mendengar-al-quran/ -
 

------------------------------------------------------ ---------------------------------------
APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Sumber dipetik daripada - iluvislam.com



---------------------------------------------------------------------------------

JIHAD PERANGI HAWA NAFSU
Disediakan oleh encik Rushdan bin Ahmad/ Khamis/ 8 Jun 2011.


Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak Adam dari syaitan. Dengan ini, kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka kita pasti akan binasa.
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka, mereka akan menemui kesalahan". (Surah Maryam, 59)
Sebahagian orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka, ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya". [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri".
Hawa nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya".
Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
Demikian, ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan, melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Bahkan, Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat daripada menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]

----------------------------------------------------------------------------------------------
FADHILAT BULAN REJAB  

Disediakan oleh Puan Yuhanes binti Abdullah/ Jumaat/ 3 Jun 2011.


1. Sabda Nabi S.A.W: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)

17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)

18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)

19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.

20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).


22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.


Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. Ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa di siang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)


23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.


Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.


24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).


25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)


26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)


27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).


28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).


29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk Mikraj. (Al-Hadis).


30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).


31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis).


32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab”.


33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).


34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).


35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus.


36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab, Syaaban dan Ramadan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)


37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya: Dari mana engkau datang wahai Muadz? Dia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. ". Apa yang engkau dapat daripadanya?" tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka dia akan meninggalkan dunia ini dengan ikhlas masuklah dia ke dalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t., maka masuk dia ke dalam syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)




* Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak sah, makruh kerana tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin)






Di antara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:

- Banyakkan puasa sunat jika mampu.
- Perbanyakkan solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat ke atas Nabi S.A.W. sebanyaknya.
- Beristighfarlah mohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya).
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, di dalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Rasulullah saw. bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.

Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.

Abu Qilabah r.a berkata, "Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab”.

Rasulullah s.a.w. bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan solat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan solat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

----------------------------------------------------------------------------------------------

BAGAIMANA MENGAWAL MARAH…

Disediakan oleh  :  Marshila Marzuki / Selasa / 1 Jun 2011

 


MARAH ialah salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya supaya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah <졜Ȟ>, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.


Sumber petikan daripada : sedamaihati.blogspot.com


----------------------------------------------------------------------------------


KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN
Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul:
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.



----------------------------------------------------------------------------------
DIRIMU TERCARI-CARI

Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini
Kita berasa waktu itu membosankan
Kita rasa kosong
Kita rasa ada sesuatu yang hilang
Kita rasa sunyi
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.

Kita cuba untuk menipu diri
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.



Namun ternyata kita tidak mampu
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.



Ketahuilah kawan
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.



Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari
Kerana yang kosong bukan fikiran
Yang mencari bukan emosi
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.



Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada pencipta-Nya.



Kawan
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedari-Nya setiap waktu.



Kamu pasti tidak akan sunyi
Kamu pasti tidak akan tercari-cari
Kamu pasti tidak akan kosong
Kamu pasiti tidak akan bosan.



Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat
Sentiasa melayani-Mu
Walaupun kamu seringkali melupakan-Nya.



Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu suny
i

Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.


Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.



Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepada-Mu dalam jiwa ini ya Allah
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersama-Mu ya Allah
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat dengan-Mu ya Allah.



Terima kasih ya Allah, terima kasih.


Sumber dipetik daripada - Jiwa Positif Hidup BerTuhan- http://www.fuadlatip.com/


---------------------------------------------------------------------------------

10 PERKARA YANG MEMBUATKAN DOA TIDAK AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T 

Disediakan oleh Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Isnin/ 16 Mei 2011.

Sesungguhnya manusia selalu melakukan perkara yang melanggar perintah larangan-Nya. Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani dan setiap kesalahan umatnya dimaafkan dengan mudah. Tetapi manusia juga mudah lupa akan apa kesalahan yang mereka telah lakukan. Mengikut nasihat seorang alim, Ibrahim Bin Adham terdapat 10 perkara yang boleh menyebabkan hati mati sehingga doa tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t., justeru, marilah kita merenung kembali kesalahan-kesalahan yang kita tidak sedari dengan mengetahui 10 perkara ini.

1.     Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak melaksanakan perintah dan hak-Nya.

2.     Kamu membaca kitab Allah (Al-Quran), tapi kamu tidak pernah memahami dan      mengamalkannya.

3.     Kamu tahu bahawa iblis adalah musuh kamu, tapi kamu tetap mengikut perintah dan ajaran sesatnya.

4.     Kamu menyatakan cinta kepada Rasullullah S.A.W., tapi kamu meninggalkan dan tidak mengamalkan sunnahnya.

5.     Kamu menyatakan ingin masuk syurga, tapi kamu tidak pernah mengamalkan amalan ahli syurga dengan memperbanyakkan ibadah.

6.     Kamu mengaku takut untuk masuk ke neraka, tapi kamu tetap berbuat dosa dengan melakukan maksiat dan jenayah.

7.    Kamu tahu kematian pasti datang, tapi kamu tidak pernah melakukan persiapan untuk kematian.

8.    Kamu selalu memperhatikan kesalahan orang lain, tapi kamu tidak memperhatikan kesalahan-kesalahanmu sendiri.

9.   Kamu senang memakan rezeki dari Allah, tapi kamu tidak pernah bersyukur akan ni’mat yang diberikan oleh-Nya.

10. Kamu sering menghantar jenazah ke kubur, tapi kamu tidak mahu mengambil pelajaran kematian darinya.

Semoga dengan sedikit renungan dan peringatan ini dapat kita bermuhasabah diri dengan menghindari dan menjauhkan diri dari perkara-perkara yang membolehkan doa kita tidak dapat diterima oleh Allah s.w.t. semoga semua amalan kita dapat diterima oleh-Nya yang telah menjanjikan syurga untuk orang-orang yang beriman sahaja.

Kredit kepada aguskusuma.blogdetik.com


---------------------------------------------------------------------------------


CARA-CARA MENGKHUSYUKKAN SOLAT

Marilah kita sama-sama renungkan dan mengamalkan 17 cara-cara mengkhusyukkan solat semoga solat kita diterima oleh-Nya, insya-Allah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk.

1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah.
 

2. Menjaga makan minum supaya terjamin halalnya.

3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat. 


 5. Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.


 
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci.

 7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran.

 8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

 9. Menyedari bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita.

11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.

12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, berselawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.

14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat.

17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.



*Cara-cara mengkhusyukkan solat ini dipetik daripada buku ‘Hidup Bertaqwa’ yang ditulis oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus.

Pautan:
Perunding / Motivator:
http://ahmad-sanusi-husain.com/
 

----------------------------------------------------------------------------------------------




KELEBIHAN DAN HIKAYAT AYAT SERIBU DINAR


Disediakan oleh Yuhanes binti Abdullah/ Jumaat / 6 Mei 2011


Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



---------------------------------------------------------------------------------








15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Disediakan oleh Zailah binti Zaid / Selasa / 03 Mei 2011

"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam





-----------------------------------------------------------




kerugian kecuali orang-orang yang beriman, dan mengerjakan amal
soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran."


6 azab di dunia:

1.   Dihilangkan keberkatan umurnya.

2.   Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya.

3.   Segala amalannya tidak dikurniakan pahala.

4.   Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.

5.   Tiada doa daripada para solehin untuknya.

6.   Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman.

3 azab ketika hampir mati:

1.   Kematiannya penuh kehinaan.

2.   Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat.

3.   Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat.
     
 3 azab ketika di dalam kubur

1.   Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.

2.   Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut.

3.   Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia! sesungguhnya  aku diperintahkan menyiksa kamu dari  Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:

1.   Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.

2.     Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya.

3.      Baginya azab yang amat pedih.
        
Nauzubillahiminzalik….

----------------------------------------------------------------------------------------------


ANTARA DOA DAN KEJAYAAN

Disediakan oleh Cik Sri Norhafeeza binti Abdul Razak / Khamis / 28 April 2011.



Tiap-tiap perkara yang tinggi untuk dicapai ia berhajat kepada pengorbanan yang cukup besar, dengan meninggalkan kelazatan kehidupan semata-mata untuk mencapai kejayaan yang tinggi.


Contohnya, bagi para peniaga yang bermusafir jauh, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran di dalam perjalanan mereka, tetapi penat lelah mereka itu hilang apabila mendapat keuntungan yang besar.


Begitulah juga penuntut ilmu, mereka telah mencari ilmu dengan penat lelah, bangun di waktu malam semata-mata untuk mengulangkaji ilmu yang mereka pelajari, tetapi penat lelah semua itu tidak terasa apabila memperoleh ilmu yang diinginkan.


Kepada sesiapa yang belum mencapai kejayaan, janganlah kamu berputus asa di dalam menuntut ilmu. Biar apa pun yang terjadi hanya ilmulah yang kita inginkan. Bersyukurlah kita kepada Allah kerana dianugerahkan keupayaan untuk belajar, di mana keupayaan ini tidak dikurniakan kepada semua orang.


Janganlah kita menganggap kegagalan di dalam peperiksaan merupakan kegagalan yang perlu diratapi, sebaliknya kita menganggap ianya merupakan satu cabaran kepada golongan yang menyintai cabaran dan ujian.


Marilah kita menjadi orang yang mampu mengubah kegagalan kepada kejayaan. Itulah kejayaan yang sebenar. Lihatlah peristiwa Uhud, tentera Islam tewas tetapi ia tidak melemahkan iman mereka, sebaliknya mereka terus memperbaiki kelemahan untuk terus berjuang di jalan Allah.


Para pembaca, apabila kita semua berada di dalam perjuangan ilmu, setiap kegagalan mempunyai hikmah yang tersendiri yang mungkin kita dapat mengerti atau tidak mampu kita mengerti. Apa yang paling penting adalah belajar dan juga berdoa mesti diteruskan.


Nabi Musa telah berdoa kepada Tuhan meminta diberi kemenangan tetapi hanya selepas 40 tahun barulah kemenangan itu muncul. Tetapi di dalam masa yang sama, Nabi Musa tetap terus gigih berdakwah dan berjuang tanpa sebarang jemu dan bosan.


Begitu juga dengan kita, janganlah kita bosan membaca dan belajar. Jangan jadikan kegagalan di dalam exam sebagai punca kelemahan kita, kerana peperiksaan itu hanyalah sebagai alat penilai kepada ilmu kita bukannya matlamat yang paling tinggi.





“Janganlah gusar dengan kegagalan kerana ia datang dan pergi”.


Allah Taala lebih mengetahui pada waktu mana yang sesuai doa seseorang itu dimakbulkan dengan mengikut kehendak-Nya bukannya kehendak hamba.


Sekiranya kita diberi faham tentang Allah, nescaya kita akan memahami sebarang takdir Allah. Kenapa kita ditaqdirkan sedemikian. Kita mungkin mengetahui jawapannya jika kita dapat merenungnya dengan baik.


Kadang-kadang halangan daripada Allah adalah sebagai kurniaan kepada kita, mungkin Dia ingin kita lebih dekat dengan-Nya. Mungkin Dia rindu mendengar suara kita dan mungkin Dia ingin kita berdoa selalu kepada-Nya.


Apakah ilmu yang diterima oleh pelajar itu tidak bernilai harganya dan menyebabkan mereka yang gagal di dalam exam merasa kecewa tanpa rasa bersyukur di atas kurniaan ilmu.


Janganlah berputus asa, sebab ia akan menyebabkan kita menjadi lemah dan tidak berdaya. Marilah kita bersangka baik kepada Allah.


Allah mencipta kita maka Dia mengetahui apa yang sesuai dengan hambanya.


Yakinlah pada diri kita, maka kita akan mampu melakukan apa sahaja yang kita inginkan dengan izin Allah.


Sesungguhnya kejayaan itu adalah rahsia Allah yang tersembunyi agar kita tidak berputus asa. Maka jadikan ia sebagai pemangkin kepada kita untuk mencapai kejayaan.


‘Apabila seseorang itu tidak diberi pertolongan oleh Allah,


maka perkara pertama yang menghancurkannya adalah usahanya’


Dipetik dari : The Zikr Perubatan (http : // thezikr. Perubatan.org)




---------------------------------------------------------------------------------------------



BERHEMAH DALAM MENEGUR
Disediakan oleh Encik Khairul Akmal bin Sufyan/ Selasa/ 26 April 2011.
‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;
 “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
 ‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur. Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,
‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kira seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;
‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.
Rasulullah s.a.w bersabda,
 ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.

Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Bangga

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

 “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”
Sumber dipetik dari - www.iluvislam.com/ hembusan kasturi/ naadherah.




---------------------------------------------------------------------------------


24 PERKARA MENGAPA ISLAM KATA JANGAN

Disediakan oleh Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Isnin/ 25 April 2011.


Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10-  Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak    buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah  makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak menyempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Artikel dipetik dari: http://www.rileks.info



---------------------------------------------------------------------------------


Disediakan oleh Puan Lilis Suriyani Abdul Manaf/ Jumaat/ 22 April 2011.

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah.

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.


Artikel ini dipetik dari http://zunaidiqs.blogspot.com
 
----------------------------------------------------------------------------------------------


KELEBIHAN AYAT KURSI



1) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


---------------------------------------------------------------------------------

Doa harian dan Pengertian doa 





Buat pengetahuan ayat kursi diturunkan setelah hijrah. Kerana kehebatan dan kemuliaannya ayat ini semasa penurunannya beribu-ribu malaikat telah mengiringinya. Yang lebih menarik syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid b. Sabit menulis serta menyebarkannya.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia".

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat".

Kelebihan Ayat Al-Kursi untuk dikongsikan.
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Doa Harian

Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikirdaripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab jugaadakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:
Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.

Umpamanya:
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)

d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)

e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)

f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)






---------------------------------------------------------------------------------

Doa Abu Darda' - Pelindungan Diri, Keluarga dan Harta Benda



Terjemahan maksud:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkau Tuhan 'arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki-Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya.

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”


Kisah Asal:


Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!”


Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya. Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini."


Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

----------------------------------------------------------------------------------------------





SEBUAH PENGAKUAN
Tuhanku... aku tidak layak memasuki syurga Firdaus
Dan aku pun tak mampu menahan siksa api Neraka
Terimalah taubatku dan ampunilah dosa-dosaku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku amatlah banyak bagai butiran pasir
Terimalah taubatku, wahai Yang Maha Agung
Umurku berkurang setiap hari, sedang dosa-dosaku terus bertambah
Bagaimana aku sanggup menanggungnya?
Tuhanku... hamba-Mu yg durhaka ini datang bersimpuh menghadap-Mu
Mengakui dosa-dosa dan menyeru memohon kepada-Mu
Bila Kau mengampuni, Engkaulah Sang Pemilik Ampunan
Bila Kau campakkan aku, kepada siapa aku mesti berharap selain dari-Mu?
----------------------------------------------------------------------------------------------