I-REKA


DAPUR BERKONSEPKAN 'CUBISM'
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Isnin / 8 April 2013










Sumber dari - http://design-milk.com/cubism-in-the-kitchen-by-gemelli-design-studio/



----------------------------------------------------------------------

INOVASI TELEFON UNIK
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / I-Reka / 21 Februari 2013








Sumber dari - google.com

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


CAWAN-CAWAN YANG SANGAT UNIK DAN COOL

Disediakan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi / I-Reka / 1 Februari 2013

Kebiasaannya kalau kenduri kahwin, hadiah yang paling banyak diterima oleh pengantin-pengantin di Malaysia ada set cawan atau gelas. Betul tak?

Percayalah, tak caya tanya pengantin-pengantin baru dan pengantin-pengantin lama mesti jawapannya adalah set gelas atau cawan takpun set pinggan.

Apa-apa pun Alhamdulillah, rezeki tu.. nasib baik orang nak bagi. Betul tak?hehehe.

Mungkin selepas lihat gambar-gambar cawan di bawah anda akan mengubah persepsi anda tentang cawan.
 













-------------------------------------------------------------------------------------------------
PENCILISM SCULPTURE



Seorang artis asal Colombia bernama Federico Uribe membuat teknik unik yang disebut Pencilism Sculpture. Federico memakai pensil tersebut bukan untuk menggambar tetapi skulptur yang dibuat benar-benar menggunakan pensil untuk membentuk skulptur yang ia inginkan dan menghasilkan berlapis-lapis ekspresi begitu juga menghasilkan berbagai texture yang beragam. 



--------------------------------------------------

REKAAN KERETA PELIK
Disediakan oleh Cik Sri Nohafeeza binti Abdul Razak / Khamis/ 11 Oktober 2012.








-------------------------------------------------------------------
REKAAN KELAPA YANG UNIK
Disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin / Jumaat / 5 Oktober 2012.











Sumber dari - http://puteraizalman.com.my

-------------------------------------------------------------------------------------------


REKAAN KEK PELIK TAPI PELIK
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 27 September 2012.


















Sumber dari - http://faiz--rahman.blogspot.com/2012/05/39-rekaan-kek-pelik-dan-unik.html

--------------------------------------------------------------------------------------------

LUKISAN KE NI?
Disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal / Jumaat /21 September 2012.

Mungkin apabila anda melihat gambar ini adalah sekadar gambar sahaja tetapi gambar ini adalah dihasilkan melalui lukisan. Ia dihasilkan oleh seorang pelukis yg 'hyperrealist' bernama Pedro Campos dari Madrid, Sepanyol. Mari kita lihat hasil 'masterpiece' beliau yg berkonsepkan buah-buahan, makanan & minuman, kehidupan, bentuk2 kaca dan lain lain. 











Sumber dari - http://anak-ketam.blogspot.com/2012/04/lukisan-minyak-lukisan-sebijik-macam.html#axzz275W011Ui


----------------------------------------------------------------------

AKSESORI ALATAN MEMASAK YANG COMEL DAN BIJAK

Disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor / Selasa / 11 September 2012.

Jom kita cuci mata melihat aksesori alatan memasak yang comel dan bijak keluaran Joseph Joseph.














Sumber dari - http://sajesukacerita.blogspot.com/2012/02/aksesori-alatan-memasak-yang-comel-dan.html


-------------------------------------------------------------------
CARA MELIPAT SERBET ATAU NAPKIN FOLDING


Disediakan oleh Zuridah Binti Zainal Abidin / Rabu / 5 September 2012.







Seni melipat serbet atau napkin folding biasa kita temui di restoran. Serbet dilipat semenarik mungkin sebagai pemanis meja makan. Disini, disediakan beberapa jenis lipatan serbet beserta cara melipatnya. Bagi anda yang ingin menghias meja makan agar lebih menarik atau sekedar ingin menambah pengetahuan, bolehlah mempraktikkan cara yang disediakan:















                                                                                                                                               
                                                                                                                                                       sumber: lipat-serbet.blogspot.com


--------------------------------------------------------------------------------------------


ORIGAMI TERKECIL DI DUNIA


Origami memang tidak asing lagi bagi kita tapi tahukah anda apa itu origami? Ori bermaksud kertas manakala gami atau kami bermaksud lipatan. Origami berasal dari seni tradisional Jepun dan ia menjadi sebahagian daripada budaya Jepun sejak berabad lamanya. Di Jepun, artis origami dihormati dan diberi tempat khas. Di sini, KMCS ingin memaparkan pelbagai bentuk origami terkecil di dunia untuk inspirasi semua.

















Sumber dari - http://www.apesal.com/in/37646/2254/seni-origami-terkecil-di-dunia


---------------------------------------------------------
PERABOT MODEN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Rabu / 11 Julai 2012.  







Sumber dari - http://mydesiredhome.com
 
-----------------------------------------------------------------------------
REKAAN MANGKUK MODEN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Isnin / 25 Jun 2012.










Sumber dari - google image

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REKAAN KASUT KREATIF
disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin / Selasa / 12 Jun 2012.

Robert Tabor merupakan seorang artis dan pereka fesyen kasut yang sangat kreatif. koleksi kasut yang beliau hasilkan sangat stylish, unik dan meriah. kepada wanita yang inginkan kelainan dalam berfesyen boleh cuba pakai kasut-kasut rekaan beliau, confirm akan jadi perhatian ramai macam icon selebriri fesyen pelik Lady Gaga tu. jom cuci mata lihat antara hasil design Mr Robert Tabor ni buat.










------------------------------------------------------------------------------------------------

REKAAN PEMBUNGKUSAN UNIK
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Isnin / 28 Mei 2012.









 
Sumber dari - google image

-----------------------------------------------------------------------------------------
KASUT DAN SELIPAR YANG PELIK

Kasut merupakan kegunaan kita seharian apabila berada di luar. Oleh kerana itu, ramai pereka kasut mencipta rekaan kasut yang lain daripada yang lain dan ada di antaranya mempunyai rekaan yang cantik, menawan dan pelik. Jom kita tengok kasut - kasut yang pelik dan menarik yang direka oleh pereka kasut.









Sumber dari - http://normj1001.blogspot.com/2012/01/kasut-dan-selipar-yang-pelik.html



-------------------------------------------------------------------------------------------


REKA BENTUK DARI BAHAN TERBUANG
Disediakan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi / Isnin / 23 April 2012.


Kalau ada barang lama yang hendak dibuang mungkin boleh fikir apa yang boleh dibuat dengan barang itu. Mana tau barang tu kalau korang kreatif boleh jadi pesawat yang boleh terbang?

Berikut adalah rekabentuk yang dihasilkan dari bahan terbuang. 


 




--------------------------------------------------------------------------------------------
UKIRAN KAYU UNIK
Dsediakan oleh Bank Artikel / Selasa / 10 April 2012.






Sumber dari - http://mohkaris.blogspot.com/2009/07/kerajinan-kayu-replika-yang-unik.html 


----------------------------------------------------------

SENI UKIRAN KULIT TELUR
Zuridah Zainal Abidin / Rabu / 4 April 2012.








 Sumber dari - http://kecuk.com/2011/06/12/eggshell-carvinghow-to-making-eggshell-craft.html


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

REKAAN PERABOT MODEN
Disediakan oleh Mursyida Mansor / Isnin / 5 Mac 2012.






Sumber dari - http://www.futeronews.com/modern-design-fluid-furniture-lila-jang


---------------------------------------------------------------
KOLEKSI REKAAN KERUSI YANG SANGAT UNIK DAN KREATIF
Disediakan oleh : Suzita Mat Sawi / Isnin / 20 Februari 2012.

Kerusi biasa digunakan sebagai tempat untuk duduk tak kiralah bertujuan untuk menghilangkan penat ataupun saje bersantai. Ia mempunyai bentuk yang biasa dan tiada apa yang menarik mengenainya kerana ia tidak memberi apa-apa kesan pun jika mempunyai bentuk yang cantik. Tapi post kali ini kami ingin kongsikan koleksi rekaan kerusi yang sangat unik dan kreatif dan mungkin juga tidak tercapai dek akal kita hehe.
Laundry chair, 2 dalam 1 bakul baju kotor dan juga kerusi

shadow chair, yang bahagian hitam tu sebenarnya kepingan besi yang menyokong kerusi ni

Bamboo chair ciptaan pereka dari Jepun, Hiroki Takada

corner chair, boleh diletakkan pada sudut dinding / tembok

sugar chair, diilhamkan daripada gula-gula dan diperbuat menggunakan gula sebenar oleh Pieter Brenner.
sugar chair, diilhamkan daripada gula-gula dan diperbuat menggunakan gula sebenar oleh Pieter Brenner.


Inception chair, kersusi yang diperbuat daripada 10 kerusi yang lebih kecil




mini cooper chair, diperbuat daripada bahagian depan kereta sebenar! @.@


oyster chair, kerusi boleh katup macam kerang / tirammini cooper chair, diperbuat daripada bahagian depan kereta sebenar! @.@
melting chair, hebatkan kerusi ni nampak macam nak melebur je
melting chair, hebatkan kerusi ni nampak macam nak melebur je
melting chair, hebatkan kerusi ni nampak macam nak melebur je
Inception chair, kersusi yang diperbuat daripada 10 kerusi yang lebih kecil
oyster chair, kerusi boleh katup macam kerang / tiram

pencil chair, kerusi yang diperbuat daripada pensel
pencil chair, kerusi yang diperbuat daripada pensel



silk chair, lebih kurang macam kerusi malas tapi dia pakai benang sutera





Silhouette Chair, kerusi yang boleh bertukar menjadi bangku



tube chair, mungkin diperbuat daripada bahan macam batang paip kot

takut plak tengok Walrus chair ni -.-

rhino chair, jangan risau ia bukan diperbuat daripada badak sebenar haha


Macam mana hebatkan? Kami paling suka tengok inception chair dengan mini cooper chair. Tak boleh belah guna bahagian kereta sebenar nak buat chair ni haha kalau buat kerusi guna circuit board buangan macam dalam post yang kami pernah tulis dulu takde la galat sangat hasil dia tetap awesome jugak kan?



------------------------------------------------------------------------------------------ 




REKAAN MOTOSIKAL DARIPADA BAHAN TERBUANG

Disediakan oleh : Marshila Marzuki / Selasa / 14 Februari 2012.




 


Hai... Hai... Macam mana dengan rekaan ni? Cool bukan... Ini bukan motosikal untuk sambungan filem Alien vs Predator, ataupun apa akan jadi kalau Predator berkahwin dengan Alien. Ini adalah motosikal hasil kerja tangan oleh Roongrojna Sangwongprisarn, 54, dari Thailand, yang menghasilkan binaan arca yang unik ini dari bahan-bahan terbuang. Secara spesifiknya, bahan terbuang daripada motosikal, kereta dan basikal lama.



Beliau mempunyai 4 buah bengkel seumpamanya di sekitar Thailand, dinamakan Ko Art Shop, dan yang paling best, mengeksport hasil rekaannya kepada mana-mana saja klien yang berminat di seluruh dunia! Cool, kan?



Tidak dinyatakan pula berapa kos untuk membuatnya dan berapa keuntungan yang dia dapat dari penjualan sebiji motosikal ni. Tapi yang penting, kerangka badan untuk binaan motosikal "Predalien" ini memang boleh berfungsi sebagai motosikal biasa.



Cuma... Sanggup ke naik motosikal ni ke mana-mana dengan rambut besi Predalien mengerbang macam tu? Silap-silap haribulan terpaksa buat emergency braking, terpacak batang besi tu kat dada penunggang.



------------------------------------------------------------------------------------------

PATUNG BARBIE DIKITAR SEMULA MENJADI BARANG KEMAS
Disediakan oleh Mohd Ridzuan Harudin / Khamis / 02 Februari 2012.



Patung barbie menjadi satu kegilaan kanak-kanak terutamanya perempuan. Tetapi apabila mereka meningkat dewasa, tidak ramai yang masih lagi menyimpan patung barbie mereka dan akan dibuang ke dalam tong sampah. Berikut adalah koleksi patung barbie yang dikitar semula menjadi barang kemas yang unik dan cantik hasil kreativiti pereka Margaux Lange.


 
























1) Kerongsang atau loket yang terhasil cantik menawan.


 

















 
2)  Cufflinks yang mencuit hati.


 
























3) Rantai tangan yang bermotifkan tangan.


 
























4)  Klip rambut yang anggun.


 


















5) Loket yang indah sekali.



























6) Rantai tangan.


 



















7)  Loket yang amat cantik. 


 
























8) Loket yang unik. 


 



















9)  Pelik,  jadikan muka sebagai barang kemas.

 
 












 




10) Jurus tangan beribu.


 



















11) Jurus tangan beribu siri ke-2.

 




















12) Loket yang  amat menarik.


sumber: thisblogrules
http://cisdel.com/2010/05/24/patung-barbie-dikitar-semula-menjadi-barang-kemas/

----------------------------------------------------------------------------------------------
SENI GRAVITI DALAM GAMBARAN POSITIF
Disediakan oleh : Marshila Marzuki / Khamis / 12 Januari 2012.


Figura 1 : Ardy sedang menyiapkan karyanya.

Apa itu grafitti? Graffiti adalah kegiatan seni rupa yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume untuk menuliskan kalimah tertentu di atas dinding. Alat yang digunakan kebiasaannya adalah cat semburan. Walaupun dengan skill dan peralatan yang masih sederhana, konsep tulisan dan dinding menjadi media paling mudah untuk mengekspresikan pendapat secara diam-diam pada saat itu. Istilah graffiti sendiri diambil dari bahasa latin, graphium yang ertinya menulis. Pada awalnya, istilah itu dipakai oleh para arkeologi untuk mendefinisikan tulisan-tulisan di bangunan kuno bangsa Mesir dan Romawi kuno.
Di bawah terik mentari, kelihatan seorang pelukis graffiti sibuk menyiapkan karyanya pada dinding papan lapis ketika Pesta Youthnity di Taman Tasik Titiwangsa di sini, baru-baru ini. Ardy Shafiq Arshad, 24, yang lebih dikenali sebagai Damis di arena graffiti berpengalaman enam tahun dalam seni itu. Minat beliau mula berputik ketika zaman persekolahan lagi, di mana seni graffiti banyak dipertontonkan dalam video muzik hip-hop, genre muzik kegemarannya.
"Dalam hip-hop ada empat elemen utama - emcee, deejay, b-boy dan graffiti," kata Ardy yang berasal dari Parit Buntar, Perak. Katanya, ramai lebih cenderung menceburi bidang emcee, deejay atau b-boy. Hanya segelintir mempunyai minat mendalam terhadap graffiti.
Tamat persekolahan, Ardy berpindah ke Kuala Lumpur untuk merealisasikan impian menjadi pelukis graffiti. Katanya, hanya di ibu negara beliau dapat bertemu pelukis graffiti terbaik di Malaysia yang boleh membantunya berjaya dalam bidang itu.
Senario seni graffiti di Malaysia bermula sekitar 1998 di Batu Pahat, Johor. Ia dimulakan oleh satu kumpulan (dalam senario graffiti dipanggil crew) dikenali PhobiaKlik. Setelah minat terhadap seni ini kian bercambah, popularitinya mula tersebar ke negeri lain.
Di Kuala Lumpur, satu crew yang menamakan diri mereka SWS (Sembur With Style) turut mempopularkan seni ini, sekaligus menjadikan ibu negara sebagai hab pelukis graffiti di Malaysia. Seperti Ardy, ramai yang berpindah ke Kuala Lumpur dari kampung halaman demi minat menceburi seni graffiti. Selain daripada PhobiaKlik dan SWS kini terdapat ramai lagi crew terkenal di negara ini, yang antaranya Super Sunday, Medium Touch, TLG dan Phiberwryte.
Menurut Ardy, komuniti graffiti terutama di ibu negara dilihat berjaya memperkasakan taraf seni itu daripada melakukan kemusnahan terhadap harta benda awam kepada seni yang kini diterima umum.
Ini dilakukan menerusi pelbagai program dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Belia dan Sukan.
"DBKL adalah rakan baik kami. Buktinya boleh dilihat di tebing Sungai Klang dan berdekatan stesen LRT Pasar Seni di mana mereka bukan sahaja membenarkan kami melukis graffiti di situ, malah menggalakkannya," kata Ardy merujuk kepada barisan lukisan graffiti yang 'menghidupkan' tebing sungai itu.
Katanya, hasil jalinan baik dengan DBKL adalah Festival KUL Sign yang diadakan Disember tahun lepas, di mana antara tarikan utamanya adalah pertandingan graffiti yang memaparkan pelukis graffiti dalam dan luar negara.
Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan turut menganjurkan khemah graffiti pada tahun lepas di beberapa Kompleks Belia dan Sukan seluruh negara, sekaligus menyediakan platform bagi pelukis graffiti tempatan mendidik generasi baru seni itu.
"Kami menghargai jalinan kerjasama dan kepercayaan yang diberikan dan akan terus bekerjasama untuk manfaat ramai," katanya.
Ardy adalah ahli Phiberwryte (PW), crew graffiti terkenal di negara ini. Menariknya, ahli mereka turut terdiri daripada warga Singapura dan Brunei Darussalam. Selain berkarya, PW juga berusaha membimbing generasi baru pelukis graffiti.
Untuk ini mereka menyediakan program Style2Burn dengan menggunakan Facebook sebagai wadah utama.
Style2Burn mengenakan tema berlainan setiap bulan dan peserta seharusnya menyediakan karya menurut tema itu. Kemudian karya mereka akan dimuat naik ke laman Facebook untuk dinilai.
Ahli senior akan memberi penilaian, komen dan tip untuk memperbaiki bakat. Ini membolehkan pelukis muda belajar dengan lebih pantas dan bagi yang senior, mereka dapat merapatkan hubungan di samping saling belajar dari mereka.


ANTARA CONTOH-CONTOH GRAFITTI


Lampiran 1



Pengertian Grafitti
Graffiti atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sgrafitto adalah kegiatan seni rupa yang menggunakan komposisi warna, garis, bentuk dan volume untuk menuliskan kalimah tertentu di atas dinding. Alat yang digunakan kebiasaannya adalah cat semburan.
Walaupun dengan skill dan peralatan yang masih sederhana, konsep tulisan dan dinding menjadi media paling aman untuk mengekspresikan pendapat secara diam-diam pada saat itu.

Istilah graffiti sendiri diambil dari bahasa latin, graphium yang artinya menulis. Awalnya istilah itu dipakai oleh para arkeolog untuk mendefinisikan tulisan-tulisan di bangunan kuno bangsa Mesir dan Romawi kuno.

Sejarah Seni Graffiti dan Perkembangannya di Masa Kini
Kebiasaan melukis di dinding bermula dari manusia primitif sebagai cara mengkomunikasikan perburuan. Pada masa ini, grafitti digunakan sebagai sarana mistisme dan spiritual untuk membangkitkan semangat berburu.

Perkembangan kesenian di zaman Mesir kuno juga memperlihatkan aktivitas melukis di dinding-dinding piramida. Lukisan ini mengkomunikasikan alam lain yang ditemui seorang pharaoh (Firaun) setelah dimumiakan.

Kegiatan grafiti sebagai sarana menunjukkan ketidak puasan baru dimulai pada zaman Romawi dengan bukti adanya lukisan sindiran terhadap pemerintahan di dinding-dinding bangunan. Lukisan ini ditemukan di reruntuhan kota Pompeii. Sementara di Roma sendiri dipakai sebagai alat propaganda untuk mendiskreditkan pemeluk kristen yang pada zaman itu dilarang kaisar.

Adanya kelas-kelas sosial yang terpisah terlalu jauh menimbulkan kesulitan bagi masyarakat golongan tertentu untuk mengekspresikan kegiatan seninya. Akibatnya beberapa individu menggunakan sarana yang hampir tersedia di seluruh kota, yaitu dinding.

Pendidikan kesenian yang kurang menyebabkan objek yang sering muncul di grafiti berupa tulisan-tulisan atau sandi yang hanya dipahami golongan tertentu. Biasanya karya ini menunjukkan ketidak puasan terhadap keadaan sosial yang mereka alami.

Meskipun grafiti pada umumnya bersifat merusak dan menyebabkan tingginya biaya pemeliharaan kebersihan kota, namun grafiti tetap merupakan ekspresi seni yang harus dihargai. Ada banyak sekali seniman terkenal yang mengawali kariernya dari kegiatan grafiti.

Pada perkembangannya, grafiti di sekitar tahun 70-an di Amerika dan Eropa akhirnya merambah ke wilayah urban sebagai jati diri kelompok yang menjamur di perkotaan. Karena citranya yang kurang bagus, grafiti telanjur menjadi momok bagi keamanan kota. Alasannya adalah karena dianggap memprovokasi perang antar kelompok atau gang. Selain dilakukan di tembok kosong, grafiti pun sering dibuat di dinding kereta api bawah tanah.

Di Amerika Serikat sendiri, setiap negara bagian sudah memiliki peraturan sendiri untuk meredam grafiti. San Diego, California, New York telah memiliki undang-undang yang menetapkan bahwa grafitti adalah kegiatan illegal. Untuk mengidentifikasi pola pembuatannya, grafitti pun dibagi menjadi dua jenis.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Lampiran 2
Lampiran 3 

Lampiran 4


Lampiran 5

Lampiran 6

DECOUPAGE
Disediakan oleh : Zuridah Zainal Abidin / Jumaat / 6 Januari 2012.

Minat pada barang kitar semula?suka kumpul koleksi tin-tin dan botol botol  yang cantik tetapi tidak tahu nak buat apa?jom ‘explore’ produk DECOUPAGE…

Sebelum
Selepas

Sebelum
Selepas

Sebelum
Selepas

Sebelum
Selepas

------------------------------------------------------------------------------
PASU MODEN
Disediakan oleh Bank Artikel KMCS / Khamis / 29 Disember 2011.














------------------------------------------------------------------------------

REKAAN DARIPADA KAIN FELT
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak / Jumaat / 23 Disember 2011.  
 



 CARA-CARA MEMBUAT BUNGA DARIPADA KAIN FELT

 Sumber dari - www.etsy.com & www.makeit.loveit.com

------------------------------------------------------------------------------------------
REKAAN PEMBUNGKUSAN YANG MENARIK
Disediakan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Isnin/ 19 Disember 2011. 





Kalender



Bungkusan gula, lada, sos cili dan sos tomato




Kotak minuman yang unik


 Kotak pizza



 Botol unik untuk garam dan lada



Kotak minuman



Kotak biskut




 Rekaan earphone moden




 Botol minuman




 Kotak coklat



Kotak ice-cream



 Sumber dari - packagingworld.blogspot.com


---------------------------------------------------------------------------------

RANTAI LEHER IDAMAN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Selasa/ 13 Disember 2011.











Sumber dari - google image


----------------------------------------------------------------------------------------
BINAAN DARIPADA PASIR

Disediakan oleh Suzita binti Mohd Sawi/ Selasa/ 6 Disember 2011.

Peminat-peminat seni akan menggunakan apa sahaja medium untuk menghasilkan seni yang diinginkan. Tidak kiralah berapa belanja atau sebesar mana hasilnya. Di sini saya paparkan karya seni daripada pasir buat pembaca sekalian. Tidak seperti membina istana pasir kanak-kanak, karya ini dihasilkan pada skala yang lebih besar.







--------------------------------------------------------------------------
JENIS WARNA POP ART
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Selasa/ 22 November 2011.





 Sumber dari - google image

----------------------------------------------------------------------------

REKAAN UNIK
Disediakan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Rabu/ 16 November 2011.















--------------------------------------------------------------------------------
LAMPU PENYERI KEDIAMAN





















 Sumber dari - http://www.decodir.com/category/lighting

----------------------------------------------------------------------------
AKSESORI ELEGAN DAMBAAN WANITA









-----------------------------------------------------------------------------------------
BEG TANGAN UNIK
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 19 september 2011.















Sumber dari - http://www.befashionablestyle.com/category/handbags-2/page/3/


--------------------------------------------------------------------------------------
MODEL BANGUNAN DARI KERTAS (POP UP)
Disediakan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Khamis/ 13 Oktober 2011.












Sumber dari - duniasabri.blogspot.com




----------------------------------------------------------------------------------------------
DECOUPAGE 


Decoupage merupakan satu teknik tampalan pada kaca, papan atau kayu, seramik dan tin dengan menggunakan kertas seperti tisu, wallpaper, wallborder dan kertas pembalut hadiah.

LANGKAH DEMI LANGKAH UNTUK MENGHASILKAN DECOUPAGE.

Bahan-Bahan yang diperlukan:


Gunting kecil

Berus kecil

Pinggan (bahan terbuang yang lain juga boleh digunakan)

Kertas pembalut hadiah/ tisu bercorak bunga




Cara Menyediakannya:-

1. Gunting kertas/ tisu mengikut bentuk bunga.

2. Pastikan bahagian permukaan pinggan bersih daripada habuk.

3. Letak tisu yang telah siap digunting.

4. Sapukan varnish bermula dari tengah dan dibawa ke atas, tepi, kiri, kanan dan bawah.

    Jangan sentuh dengan tangan, jika kertas berkedut, gunakan span untuk meratakan kertas/

    tisu berkenaan.

5. Setelah siap, tunggu sehingga.

6. Sapu varnish untuk kali kedua.

* Untuk hasil yang lebih bagus, sapukan varnish berulang kali sehinggga bahagian

   tampalan  terasa licin. 


Botol-Botol Plastik Terbuang

Papan Kek Terbuang

 Senduk Lama Bertukar Wajah 


Sumber dari -http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=97826


---------------------------------------------------------------------------------------------
THE COAT CHECK CHAIR

Kadang-kala selepas balik ke rumah kepenatan, mungkin sudah menjadi tabiat sesetengah orang untuk membuka baju dan menyidainya di kepala kerusi yang berdekatan. Mungkin kerana masing-masing agak malas untuk berjalan pergi mengambil penyangkut baju yang ada di dalam almari. Tabiat ini kadang-kala boleh membawa kepada baju tersebut terbiar di situ dan menjadikan ruang kediaman kita nampak tidak terurus dan bersepah. 

Joey Zeledon faham akan masalah ini dan beliau ada cara yang agak inovatif dan kreatif dalam mengatasi masalah tersebut. Dengan ilham beliau, akhirnya wujudlah The Coat Check Chair, sebuah rekaan kerusi yang agak ringkas kerana ianya hanya sebuah kerangka kerusi saja. Yang melengkapkan kerusi ini sebagai sebuah kerusi, ia penuh dengan penyangkut baju! Jadi selepas ini jika anda rasa malas hendak mengambil penyangkut baju dalam almari, bolehlah capai penyangkut baju di The Coat Check Chair ini sahaja.








---------------------------------------------------------------------------------------------
SERLAHKAN KREATIVITI MENGGUNAKAN PAPAN SKATE
Sumber dari - http://ekspresiruang.blogspot.com/2011/05/geram-dengan-tabiat-sidai-baju-di.html
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Selasa/ 27 September 2011.


Ini adalah idea menarik untuk semua. Dapatkan beberapa pelaratan bagi jam dan ubahlah papan skate ini menjadi jam dinding yang unik. 




Selain dijadikan jam papan skate ini juga boleh ‘dijelmakan’ menjadi rak dinding yang ringkas dan menarik.




Bagi anda yang kreatif, papan skate boleh diubahsuai bagi dijadikan rak serba guna yang bertingkat. Hasilnya, rak ini nampak lebih sporty



Dengan sedikit usaha, papan skate ini juga boleh diubahsuai menjadi meja mini atau kerusi kecil yang unik. Idea ringkas tetapi hasilnya sungguh hebat!




Lihat saja kerusi ini, siapa sangka ia sebenarnya bahan terbuang yang telah diubah menjadi kerusi rehat yang sungguh cantik. Jadi, tunggu apa lagi, jom cuba!







Bagi anda yang mahukan kelainan dalam menata hias rumah, idea menggunakan papan skate untuk dijadikan meja kopi dan rak pelbagai guna, boleh cuba. Pastinya, anda akan lebih gembira dengan hasil kreativiti anda.




Sumber dari - http://inspirationforhome.blogspot.com/2010_12_01_archive.html

-------------------------------------------------------------------------------------


IDEA DALAM REKAAN
Disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Rabu / 21 September 2011.












Sumber dari - www.google.com.my
---------------------------------------------------------------------------------------------
IDEA DALAM REKAAN
Disediakan oleh Noor Iza binti Kassim/ Selasa / 13 September 2011.






------------------------------------------------------------------------------------
UNIKNYA REKAAN
Disediakan oleh Sri Norhafeza/ Jumaat / 9 September 2011.




-----------------------------------------------------------

WARNA
Disediakan oleh Lilis Suriyani binti Abdul Manaf/ Rabu/ 24 Ogos 2011.


Roda Warna

Pengenalan
Warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahay,a kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu, warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya, dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.

Warna terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
a. Warna Asas
b. Warna Sekunder
c. Warna Tertier


a. Warna Asas

* Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
* Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain.
* Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna.



b. Warna Sekunder

* Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
* Ia merupakan campuran dua warna asas (seperti di bawah).
Warna asas warna sekunder

a. Kuning + biru hijau
b. Biru + merah ungu
c. Merah + kuning jingga

c. Warna Tertier

* Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.


Nilai Warna
Tona warna

 
* Nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
* Iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas mengikut kadar tertentu.
* Warna tersebut akan berubah dari satu tahap ke satu tahap tertentu.

 
Kroma warna

 

* Nilai ukuran kuasa sesuatu warna.
* Ia terhasil melalui campuran warna-warna penggenap (warna yang bertentang dalam roda warna) dengan nisbah tertentu.

 

Contoh

Warna Sewarna @ Monokromatik


* Sesuatu warna dalam pelbagai ton.
* Ia dihasilkan dengan mencampurkan warna putih untuk ton cerah atau warna hitam untuk ton gelap.

 

Contoh 

Warna Harmoni
 

 * Gubahan yang menggunakan warna-warna yang bersebelahan dalam roda warna.


Warna Penggenap

* Gubahan warna yang menggunakan warna yang bertentangan dalam roda warna atau dikenali sebagai warna yang bertentangan atau kontra.

 

Suhu Warna

* Suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan.
* Suhu warna merupakan satu perasaan atau tindakan kita terhadap warna.
* Terdapat 2 jenis suhu warna iaitu:
1. Warna panas
2. Warna sejuk

1. Warna Panas

* Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi.
* Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.





2. Warna Sejuk

* Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup.
* Memberi kesan redup, tenang, damai dan menyejuk mata memandang.

Contoh:


Warna Bertindak

 * Merupakan warna yang akan menimbulkan kesan yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar belakang yang lain.


* Pantulan kesan warna yang kuat pada latar belakang yang berkontra warna melahirkan warna bertindak yang aktif.


* Manakala pantulan kesan warna yang lemah pada latar belakang yang sewarna melahirkan warna bertindak yang pasif.

  
Gubahan Warna Bertindak
 


Perspektif Warna


* Merupakan gubahan warna yang mempunyai perubahan ton, sama ada dari terang ke gelap atau sebaliknya.
* Perspektif warna lebih jelas bila gubahan tersebut menggunakan warna harmoni atau sewarna.
* Perspektif warna dapat mewujudkan kesan ilusi ruang, jarak atau kedalaman perspektif.
 


Mewarna

* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya ialah:
1. Pensil warna
2. Warna air
3. Crayon4. Magic colour
5. Marker dan sebagainya

Sebelum mewarna anda perlu:
* Meneliti arah cahaya.
* Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya.
* Campuran warna.
* Bahan dan media yang digunakan contohnya seperti cat air, cat, dakwat, pensil dan lain-lain.

 

Teknik Mewarna

Langkah 1

Penghasilan lakaran objek yang hendak dilukis dan diwarnakan.
Langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.

Langkah 3
Warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.
Lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.

Langkah 4
Teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.
Kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan.


Contoh Karya


Sumber dari : http://rolda73-panitiapsv.blogspot.com/2010/07/warna.html





----------------------------------------------------------------------------------------------
GUBAHAN WARNA
Disediakan oleh Noor Iza binti Kassim / Khamis / 18 Ogos 2011.




Gubahan Warna

Sewarna, warna harmoni dan warna penggenap






kumpulan warna sewarna




sewarna pada alam sekeliling



gubahan sewarna pada getaran air


gubahan sewarna di persekitaran




Warna harmoni


1. Warna harmoni merupakan kumpulan warna-warna yang seakan-akan sama atau warna yang berada di dalam satu keluarga atau di dalam suhu warna yang sama.
2. Warna harmoni biasanya terletak bersebelahan atau berdekatan dalam roda warna.
3. Contoh kumpulan warna harmoni :
     i. merah, merah jingga, jingga dan kuning jingga.
    ii. biru, biru hijau, hijau dan kuning hijau.
    iii. biru, biru ungu, ungu, merah ungu dan merah
4. Warna-warna harmoni akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang.
5. Kebiasannya warna-warna harmoni digunakan dalam rekaan hiasan dalaman, corak tekstil, hiasan dinding dan sebagainya.


kumpulan warna-warna harmoni








warna harmoni pada rekaan bunga yang bersuhu panas



organisasi warna harmoni dalam rekaan yang sejuk




Warna Penggenap

1. Warna penggenap pula merupakan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
2. Campuran warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
3. Pasangan warna penggenap ialah:
    i.   Merah dan hijau
    ii.  Biru dan jingga
    iii. Ungu dan kuning
4. Kombinasi warna-warna penggenap dalam sesebuah karya akan menimbulkan rasa getaran, suasana yang riang, kontra, seperti ada pergerakan.
5. Warna-warna harmoni juga sesuai digunakan untuk penghasilan logo, poster, kegunaan iklan dan sebagainya.



warna penggenap gabungan jingga dan biru pada bunga dan langit


gubahan warna penggenap pada hiasan dalaman


gubahan warna penggenap pada hiasan 





---------------------------------------------------------------------------------------------
SENI CATAN
Disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Khamis / 11 Ogos 2011.



DEFINISI CATAN

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan.
• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.


SEJARAH SENI CATAN

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu, aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan adalah seperti mosaic dan fresco.


• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 adalah merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18. Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresco.


• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.




TEKNIK-TEKNIK DALAM CATAN


Teknik Basah Atas Kering


Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.


Campuran Warna


Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.


Cara Penggunaan


Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah


Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran Warna


Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara Penggunaan


Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Berus Kering


Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.


Campuran Warna


Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara Penggunaan


Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.



Sumber dipetik daripada :- merry-studiocatan.blogspot.com



--------------------------------------------------------------------------------------------- 
REKAAN LANSKAP MENARIK
Info Bank Artikel/ Khamis/ 28 Julai 2011.

Jom kita lihat beberapa rekaan lanskap menarik yang telah dihasilkan oleh team Esmond Resources Ltd. Syarikat ini telah banyak memenangi anugerah terutamanya di negara Singapura. Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 ini telah berkembang maju dan kini telah menjadi salah sebuah syarikat terkenal dalam bidang lanskap. Semoga mereka akan terus berjaya di masa akan datang.



Sumber dipetik daripada - www.esmond.com.sg

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SENI ANYAMAN KELARAI
Disediakan oleh Zuridah binti Zainal Abidin/ Jumaat/ 22 Julai 2011.

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

            Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

            Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.





---------------------------------------------------------------------------------------------
REKAAN RUMAH MODEN
Disediakan oleh Nawwar Hidayah bt Di Nek Kamal / 18 Julai 2011.








----------------------------------------------------------------------------------------------




DEKORASI MENARIK
Disediakan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor/ Khamis/ 30 Jun 2011.







Sumber dipetik daripada - http://theluxhome.com

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ARCA 'MINDA'
Disediakan oleh Encik Mohd Ridzuan bin Harudin/ Isnin/ 20 Jun 2011.



Reka bentuk berteraskan kepada prinsip umumnya iaitu ‘IMAN’, ‘AMAL’, ‘AKAL’ dan ‘ILMU’. Terdiri daripada beberapa pendekatan. Mewujudkan satu simbol ‘Otak’ atau ‘Minda’ yang signifikasikan kepada budaya keimanan dan kesarjanaan sebagai pokok utama dalam penghasilan karya yang mendominasi ruangnya.

Otak merupakan punca atau pusat saraf bagi setiap manusia. Fungsinya yang menjangkaui minda manusia ini berfungsi dengan sempurna mengikut kemampuaannya sepanjang hayat. Ruang otak cerebrum yang terbahagi kepada dua bahagian dan disambung oleh corpus callosum ini menjalankan tugasnya tanpa perlu diarah, ia merupakan satu kebesaran Allah yang diberi kepada setiap hamba-Nya. Evolusi perkembangan idea arca ini adalah berlandaskan kepada gambaran pembahagian-pembahagian tugas-tugas otak terhadap para pemikirnya di antara otak kiri dan kanan iaitu ‘LOGIK’ dan ‘KREATIF’, hanya yang membezakannya adalah arca ini memberi pembahagian kepada empat bahagian berbanding dua seperti lazimnya, ia bertujuan bagi membentangkan sifat keimanan dan keilmuan kerana sebagai seorang yang beriman, ilmu itu merupakan perkara pertama yang hadir melalui naluri setiap manusia. Ini terbukti apabila ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ‘IQRA’’ yang membawa maksud ‘BACALAH’ kerana membaca itu merupakan punca segala ilmu sama ada dalam bentuk teori dan amali.

Menggunakan huruf –huruf Jawi sebagai bentuk berteraskan dunia ‘Melayu’. Kaligrafi Jawi yang dipilih menjadi teknik tulisan utama di dalam arca ini adalah kerana antara ketamadunan yang dibawa masuk dengan kehadiran Islam di rantau Melayu adalah penulisan. Tulisan Jawi dihasilkan berlandaskan dari tulisan Arab iaitu khat seperti yang diperkatakan oleh Wan Abdulah Wan Mahmood et.at. (1997) di dalam bukunya iaitu “masyarakat Melayu pandai membaca dan menulis adalah berasaskan oleh 29 huruf tulisan Al-Quran dengan penambahan huruf-huruf yang mirip dengan huruf Arab”. Sememangnya kehadiran huruf-huruf Arab ini banyak memberi manfaat kepada orang-orang Melayu, kerana dengan terhasilnya tulisan Jawi maka semua kesasteraan dan kesenian orang-orang Melayu telah dapat dizahirkan dalam bentuk penulisan bukan lagi dalam bentuk lisan seperti lazimnya. Ini dipersetujui oleh Lois Lamya Al-Faruqi, yang mengatakan perkembangan tulisan Jawi itu dihasilkan dari model tulisan Arab iaitu, “A new script (Jawi) was created on the model of the Arabic script and for the first time, the Malay developed a written as opposed to oral literature”. Melalui tulisan Jawi ini, maka lahirlah cendiakawan Melayu seperti Tun Sri Lanang dan Munsyih Abdullah yang menggunakan manuskrip ‘Jawi’ sebagai perantaraan ilmu mereka. Bahan berasaskan besi dan dicatkan dengan warna merah dicadangkan sebagai bahan yang paling sesuai dan mudah diselenggarakan untuk manuskrip Jawi ini.

Melahirkan satu monumen yang didominasikan oleh besi yang mengabadikan struktur keseluruhan arca dan empat perkataan utama yang membawa maksud masing-masing. Pembinaan monumen adalah satu pelaburan ke arah tuntutan sosial bangsa, masyarakat dan tamadun sezaman. “Sesebuah monumen dibina untuk mewakili satu mercu tanda melambangkan prinsip, pegangan, tradisi, budaya dan mewakili komuniti persekitarannya”  kata Sarmiza Abu Hassan. Oleh itu, monumen ini dibina bagi tujuan tersebut. Bahan seperti besi dipilih bagi menyampaikan maksud tentang ketahanan, kecekalan dan keteguhan dalam setiap halangan dan rintangan yang mendatang. Ia dipilih sebagai bahan utama bagi memastikan penyampaian maksud dapat digarap melalui kelahiran arca ini. Reka bentuk arca ini meliputi bentuk gerbang di mana bahan utama akan dipasang dari satu hujung ke hujung yang lain bagi melahirkan reka bentuk seolah-olah gerbang keilmuan. Batu dasar yang berbentuk empat segi bagi mengukuhkan kedudukan besi tersebut memberi satu rasa tentang keteguhan tempat bertapak satu institusi keilmuan yang ulung di rantau ini. Arca diwarnakan dengan warna merah sebagai simbol keberanian dan menjadi daya penarik kepada bentuk estetik yang berada di dalam struktur wujud. Diiringi dengan tulisan atau manuskirp yang juga diperbuat daripada bahan dan warna yang sama, bagi memberikan maksud ilmu hadir dan menyerap disetiap salur darah dan urat yang seolah-olah membentuk cerebrum di dalam otak setiap manusia yang berakal.

Konsep oleh : Azian Tahir

Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan, pelajar dan juruteknik UiTM yang terlibat
dalam proses pembikinan 'Arca Minda'.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
PROSES PEMBUATAN FILIGREE
Disediakan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa/ Selasa/ 14 Jun 2011.



MELEBUR
Butir-butir perak dileburkan di dalam 'crucible' (mangkuk pijar) dan diproses menjadi batang perak, iaitu hasil tuangan perak mentah kedalam 'igoumould' (besi penuang).

MEMESIN DAWAI
Batang perak itu dimasukkan kedalam mesin dawai untuk proses meleper dan menjadikannya dawai-dawai perak mengikut saiz yang dikehendaki.

MENARIK DAWAI
Dawai perak ditarik menggunakan playar pada mesin tarik dawai mengikut saiz.

MEMINTAL DAWAI
Proses memintal dawai dilakukan dengan menggunakan kemahiran tangan berlapikkan sekeping papan kecil. Proses ini diulang berkali-kali dengan diselangi kerja menyepuh dawai.

MENGGULUNG DAWAI
Dawai pintal yang bergerigi (filigree) digulung dengan penyepit, dibentuk menjadi leper dan bujur.

MEMBENTUK BINGKAI
Dawai perak dibentuk seperti yang dikehendaki di atas persoalan (acuan bingkai) yang telah siap disediakan. Kerja-kerja membentuk bingkai dibuat satu persatu.

PENGISIAN DAWAI
Setelah siap keseluruhan bentuk bingkai, dawai pintal (filigree) tersebut dimasukkan kedalam bingkai perak satu-persatu dan dipateri supaya tidak tanggal daripada lilitan perak di sekelilingnya.

MEMATERI
Stigma diletakkan ditengah-tengah kuntum bunga, dan hujung kelopak tadi dibentukkan dengan tangan supaya menjadi bunga.

MEREBUS
Barangan filigree direbus dalam air tawas untuk menghilangkan segala kekotoran.

MEMBERUS
Barang filigree kelihatan indah dan bersinar setelah diberus dengan berus dawai tembaga halus dan air sabun.

UJIAN MUTU
Produk terakhir filigree yang menepati piawaian iaitu yang mengandungi 92.5% perak ditanda pengesahan (Hallmark) pada barangan.


Sumber dipetik daripada : www.kraftangan.gov.my

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBUNGKUSAN YANG MENARIK
Disediakan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin/ Rabu/ 8 Jun 2011.




Campuran Warna 

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

SENI CATAN
Disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Khamis / 11 Ogos 2011.

DEFINISI CATAN

• Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu ke
atas sesuatu permukaan.

• Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak, cat
akrilik, kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.


SEJARAH SENI CATAN

• Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu, aktiviti catan
hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan adalah seperti mosaic dan fresco.

• Zaman Renaissance pada kurun ke-17 adalah merupakan zaman kemuncak seni
lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18. Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresco.

• Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran
tradisi.


TEKNIK-TEKNIK DALAM CATAN

Teknik Basah Atas Kering
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara Penggunaan

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Basah

Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
 
Campuran Warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
Cara Penggunaan

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
 Teknik Berus Kering

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Campuran Warna
 
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.

Cara Penggunaan

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Sumber dipetik daripada :- merry-studiocatan.blogspot.com







------------------------------------------------------
REKAAN BAS PELIK
Disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Khamis/ 2 Jun 2011.






















------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
PRINSIP REKAAN
Disediakan oleh Puan Lilis Suriyani Abdul Manaf/ Jumaat/ 27 Mei 2011.

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual.

1. Harmoni
  • Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
  • Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
  • Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
  • Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.


2. Kontra
  •  Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
  • Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
  • Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
  • Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
  • Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan
  • Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
  • Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) 

b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan



5. Irama dan Pergerakan
  • Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
  • Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
  • Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dan sebagainya.

6. Kepelbagaian
  • Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan
  • Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan.

7. Kesatuan
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

 
 





Sumber daripada : ciптa seпi : senivisual1@gmail.com atau cint4seni@gmail.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
REKAAN UNIK

Disediakan oleh Cik Sri Norhafeeza binti Abdul Razak/ Selasa/ 24 Mei 2011.







Sumber dipetik daripada - http://www.google.com.my/search?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

REKAAN KREATIF ATAU MENGARUT?
Disediakan oleh Marshila Marzuki / Khamis / 19 Mei 2011.
Pada hari ini, saya, Marshila Marzuki, ingin berkongsi pandangan bersama anda secara kreatif tentang rekaan terkini yang boleh dikira sebagai kreatif, inovatif atau mengarut. Opss!!! Nanti dulu… Apapun kita perlu berfikiran positif. Selebihnya anda yang menilai sendiri sama ada rekaan tersebut benar-benar kreatif atau mengarut. Hanya sekadar pandangan semata-semata. Ingin tahu? Jadi, saksikanlah………..




REKAAN KASUT








---------------------------------------------------------------------------------

KEFAHAMAN MASYARAKAT TENTANG LABU SAYONG
Disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Selasa/ 10 Mei 2011.


Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman semasa.

Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas menyimpan air minuman.
Hal ini, sering terjadi apabila pengguna tersalah beli produk kegunaan perhiasan yang disangkakan sebagai produk kegunaan minuman. Telah timbul rungutan para pembeli bahawa Labu Sayong airnya berasa pahit dan payau atau lebih buruk lagi airnya berbau cat. Dalam kes ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Penjual?

Jawapannya ya!, kebanyakkan kes tersebut terjadi apabila pekerja yang bekerja di kedai-kedai menjual barangan kraf Labu Sayong tidak arif tentang perbezaan kegunaan perhiasan dengan kegunaan bekas minuman. Kebanyakan Labu Sayong untuk perhiasan telah disembur cat, atau teknik brownsing. Manakala kegunaan bekas minuman tidak dicat sama sekali hanya perwarna khas dipermukaan sahaja Labu Sayong dihiaskan.


Untuk Kegunaan Bekas Minuman
 
Bakar Hitam bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dimasukkan ke dalam sekam padi pada masa masih panas setelah dipastikan telah cukup masak.Lihat jujukan proses pembakaran dengan sekam padi di sebelah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar secara Hitam. 













Warna kehitaman seperti kelihatan di atas ini adalah warna semulajadi. Ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan salah faham para pengguna bahawa warna hitam tersebut disangkakan cat. TIDAK!! Anda boleh membezakannya dengan sendiri samada ia bercat atau sebaliknya. 
    
Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz.




Namun, jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya.

Sumber : www.warisan-labusayong.com.my

---------------------------------------------------------------------------------

REKAAN BEG KERTAS MODEN 

Disediakan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin / Khamis/ 5 Mei 2011. 




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

UKIRAN LOGAM

Disediakan oleh Cik Marshila binti Marzuki/ Rabu/ 4 Mei 2011. 












Pengenalan

Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Kepandaian menggunakan bahan logam di zaman purba adalah sesuatu yang sangat menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu. Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. 

Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional, peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain. Maklumat berkaitan seni ukiran logam daripada perak dan tembaga akan dipaparkan menerusi bidang ini.

Ukiran Tembaga


Logam tembaga ditemui manusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi. Sekitar 4500 kemudian, manusia menemui teknik untuk mencampurkan tembaga dengan timah. Campurai atau aloi dua logam itu dikenali sebagai gangsa. Di Greece, Zaman Gangsa bermula sebelum 3000 SM dan di China, sekitar 1800 SM. Kemahiran kerja logam dipercayai diketahui di Asia Tenggara sejak lama sebelum era Masihi lagi. Ekskavasi arkeologi di Phumi Mlu Prey, Kemboja telah menemui kesan-kesan kerja pengacuan gangsa dan besi yang diusahakan sebelum abad pertama Masihi. Artifak gangsa juga telah diperolehi daripada ekskavasi yang dijalankan di tapak tamadun Dong Son, Vietnam yang wujud antara abad kelima dan abad pertama SM. 

Di Malaysia, artifak gangsa yang tertua ialah genta (loceng) yang ditemui di daerah Klang yang banyak mempunyai persamaan ciri dengan genta gangsa Dong Son. Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan tembaga di negara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai 'pandai tembaga'.

Proses Pembuatan
 
Di samping warnanya yang lebih menarik, tembaga cair pada suhu yang lebih rendah berbanding besi, iaitu kira-kira 1000 darjah celcius. Ini menjadikan tembaga lebih mudah dibentuk. Kraftangan tembaga di Malaysia dihasilkan melalui dua kaedah utama iaitu acuan penghapusan lilin dan goresan timbul.

Acuan Penghapusan Lilin. Teknik ini boleh dibahagikan kepada empat langkah;

Pembentukan - proses membentuk kayu untuk dijadikan asas acuan dan merangka bentuk dan corak barang yang akan dihasilkan.

Membuat Acuan - Proses membuat kelonsong atau teras bentuk barang yang diingini. Acuan dicelup ke dalam lilin berulang kali mengikut ketebalan yang dikehendaki. Kemudian lilin dilarik supaya seimbang dan sama rata, sesuai dengan bentuk luar barang itu. Lilin yang telah siap dilarik, ditampalkan dengan tiga lapisan tanah liat halus.

Lebur/Menuang - Proses mencairkan campuran logam dan memasukkannya ke dalam acuan. Tembaga dileburkan di dalam bekas khusus menggunakan api dapur yang dipanggil relau. Api relau juga digunakan untuk mencairkan lilin di dalam tanah liat halus. Lilin cair itu dituang keluar, meninggalkan rongga yang membentuk acuan. Dalam satu variasi teknik ini, lilin acuan dibalut dengan campuran tanah liat, pasir dan sekam padi. Apabila acuan dibakar , lilin mencair dan menyerap ke dalam campuran pembalut itu. Cairan tembaga lebur dituangkan ke dalam acuan itu dan ditinggalkan hingga sejuk dan membeku. Kemudian, tanah liat yang dijadikan acuan itu dipecahkan untuk mendapatkan barangan tembaga yang masih kasar permukaannya.

Mencuci/menggilap - Proses ini melibatkan kerja-kerja pengemasan yang merangkumi mencuci, memateri,mengikis dan menggilap. Tompok-tompk hitam dan logam yang berlebihan pada barang yang dikeluarkan dari acuan, dikikis hingga bersih. Ciri-ciri yang tidak dapat dibentuk di dalam acuan, dipaterikan. Kemudian barang itu digosok dengan kertas pasir dan digilap dengan sejenis kimia yang memberikan kemasan halus dan berseri.

Kemasan

Semua barang yang telah siap digilap diperiksa untuk memastikan tiada kecacatan. Jika terdapat lubang halus, misalnya, lubang itu ditampal dengan timah hitam. Biasanya bahan-bahan tembaga dihiasi dengan biku-biku di kelilingnya. Motif yang popular banyak yang berbentuk geometri, awan larat dan bunga-bungaan. Untuk rekacorak yang lebih halus dan rumit, kaedah goresan timbul atau etching digunakan. Mula-mula rekacorak itu dilukis dan diambil gambarnya. Kemudian negatif gambar itu disalutkan selapis kimia khusus dan diturunkan ke atas permukaan tembaga.
Goresan/ukiran timbul Satu lagi teknik kerja kraftangan tembaga ialah teknik ukiran timbul atau tooling. Dalam teknik ini, kepingan tembaga ditekan supaya alat runcing yang tumpul supaya permukaannya timbul, membentuk gambaran yang dikhendaki. Ruang yang tenggelam itu kemudian diisikan dengan sejenis gala yang mengeras dan memastikan gambaran yang terhasil tidak kemek.

Alat dan Proses

Kelengkapan utama yang diperlukan untuk kerja mengukir tembaga ialah penukul kayu, gunting, set alat pengukir, penggilap dan cat gelap. Proses mengukir melibatkan langkah berikut:
Rekacorak yang ingin dihasilkan dilukis selengkapnya di atas kertas. Kemudian rekacorak itu dipindahkan ke kepingan tembaga samada dengan menekapnya atau dengan membuat lukisan bernisbah, mengikut saiz yang diperlukan.

Kepingan tembaga yang tertera dengan rekacorak, diletakkan di atas sehelai kain selimut atau beberapa helai kertas yang dibentangkan di atas permukaan rata. Alas kain atau kertas ini membolehkan permukaan tembaga yang ditekan atau diketuk tenggelam tetapi tidak mencalarkan permukaan di sebaliknya.

Dengan gaya memahat, penukul dengan cermat diketukkan ke kepala alat ukir, hingga permukaan keping tembaga perlahan-lahan lekuk. Kemudian bahagian yang lekuk itu diisikan dengan bahan lepa. Sekarang, biasanya simen digunakan sebagai bahan lepa, tetapi dahulu gala dempul lebih kerap digunakan. Dempul ialah campuran kapur dan minyak jarak.

Apabila lepa kering, cat gelap disapukan pada seluruh permukaan rekacorak. Kemudian, setelah cat kering, rekacorak itu digilap. Dalam proses ini, bahan penggilap disapukan pada bahagian-bahagian tertentu untuk menanggalkan cat dan menyerlahkan warna dan cahaya tembaga. Apabila siap, kepingan tembaga hasil kraftangan dibingkaikan.

Penggunaan
 
Biasanya hasil kraftangan ukiran tembaga ialah tulisan khat berupa ayat al-Quran yang dipamerkan di dinding-dinding dan ambang pintu masjid dan rumah. Selain itu, ukiran tembaga juga digunakan sebagai mural atau lukisan dinding untuk menghias pejabat, atau sebagai plak untuk memperingati sesuatu acara.


Ukiran Perak


Seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan adalah agak baru jika dibandingkan dengan kesenian-kesenian ukiran yang lain. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi sejarah umumnya, didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak dari zaman Sri Vijaya lagi dan terus berkembang hingga ke daerah-daerah lain di nusantara. Ukiran perak seterusnya telah berkembang ke tahap industri kampung atau cottage industry apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke 18 dan memajukan perusahaan ini.

Reka Corak & Motif
 
Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja, malahan juga pada pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat. Rekacorak dalam pertukangan perak merupakan ciri terpenting yang dikira dapat membezakan di antara rekacorak Melayu tradisi dengan rekacorak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek yang tertentu terhadap sejarah dan perkembangannya. Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif tumbuh-tumbuhan dan binatang.

Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah;
Bunga Mentari
Bunga Padi
Bunga Kiambang
Bunga Senduduk
Bunga Teratai
Bunga Dahlia
Bunga Langsat
Bunga Mawar
Bunga Orkid
Bunga Kelambu
Bunga Manggis
Bunga Melur
Bunga Raya
Bunga Baling

Motif Flora
 
Tukang-tukang perak Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat dalam alam sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu rekacorak. Tumbuhan-tumbuhan yang biasa digunakan adalah dari kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur atau ulam seperti;



Daun Sembung Bidadari Pucuk Kangkung Daun Dalur Pucuk Paku Daun Sekati Lima Sulur Kacang Botol Daun Labu Sulur Kacang Panjang Daun Kundur Buah Cili Pucuk Petola

Motif Fauna
 
Kadang-kadang terdapat juga motif-motif rekacorak yang menggunakan bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun motif-motif seperti ini tidaklah digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang yang digunakan dalam rekacorak ukiran perak masyarakat Melayu ialah binatang ternakan seperti ayam dan burung. Disamping motif binatang terdapat juga motif serangga dalam rekacorak pertukangan perak ini.

Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah Gajah Burung Kuda Jari Lipan Ikan Belanak Rama-rama Patung-patung Kumbang Lalat/lebah

Proses Pembuatan

 
Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung samada barang yang hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul, kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk cincin, gelang, rantai dan sumpamanya.

Prosesnya adalah seperti berikut;
Proses melebur adalah peringkat awal dalam kerja pertukangan perak. Perak mentah, berbentuk butir atau biji akan dipanaskan hingga cair atau di dalam acuan khas yang diperbuat besi penuang. Perak cair pada suhu 96 darjah celcius.

Perak yang cair itu dituang ke dalam acuan besi menuang. Besi menuang mempunyai dua bentuk iaitu yang berbentuk leper bagaikan pinggan dan yang membentuk dawai kasar.
Proses yang paling rumit dalam pertukangan perak ialah proses pembentukan barang yang ingin dihasilkan, daripada kepingan, atau dawai atau gabungan kedua-duanya. Bentuk barang itu hendaklah seimbang dan rata atau melengkung dengan tekal. Jika barang peranggu (set) yang dihasilkan, barang-barang yang sepatutnya sama besar mestilah sama besar.


Untuk barang kasar, pertama, tukang perak membuat pasolan iaitu rangka barang itu dengan ukuran seperti yang dikehendaki. Pasolan dibuat daripada zink nipis atau kertas tebal. Kemudian, perak leper daripada acuan diketuk di atas andas kayu yang rata, berlubang atau berbonggol. Seringkali dua atau tiga kayu andas diperlukan untuk mendapatkan sesuatu bentuk yang direka. Barang kasar jarang yang dapat dibentuk daripada cuma sekeping perak, biasanya beberapa bahagian diperlukan. Bahagian-bahagian itu dibentuk secara berasingan dan kemudian dicantum dengan pateri. Sebelum dipateri, bahagian-bahagian itu dibersihkan daripada kotoran, terutama minyak yang boleh menjejaskan cantuman. Untuk barang perhiasan halus, tukang lebih sebabg bekerja dengan perak dawai. Penggunaan dawai juga mengurangkan kemungkinan pembaziran kerana perak logam yang mahal.

Barang kasar yang telah siap dibentuk, dikemaskan dengan corak hiasan dengan menggunakan 'teknik pahat' atau 'teknik tebuk' (gergaji). Kemudian barang itu dicuci dengan besi penggosok, dikikir dengan kikir halus dan dipelas dengan kertas pasir.

Proses yang terakhir ialah proses menggilap. Barang-barang perak digilap dengan menggunakan air sabun dan berus dawai tembaga halus untuk menghapuskan kekotoran yang berminyak dan seterusnya menyerikan barang itu. Banyak barang kraftangan perak dihasilkan atas tempahan khusus. 

Penggunaan
 
Jika dahulu, golongan bangsawan dan pembesar negeri yang banyak membuat tempahan, sekarang tempat mereka telah diambil alih oleh usahawan di sektor pelancongan, terutama pengusaha perhotelan. Dengan perubahan gaya hidup masyarakat, selera pengguna juga berubah. Kini kraftangan perak telah dipelbagaikan kegunaannya. Banyak yang dijadikan cenderamata tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kegunaan walaupun berbentuk perhiasan. Contohnya, penyangkut kelambu, cangkir, pinggan peranggu, kaki lilin, bekas abu rokok dan juga perhiasan diri seperti gelang dan rantai.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------


REKAAN SENI ARCA
Disediakan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa/ Rabu/ 27 April 2011.

SENI ARCA...
Seni arca mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan seni halus yang lain. Penyataan dalam bentuk tiga dimensi menyebabkan arca diminati dalam dimensi yang berlainan. Bentuk arca yang berjisim mengingatkan kepada bentuk seni bina. Lantaran itu, seni arca dan seni bina boleh dikatakan sealiran. Pengkarya seni bina sering mengutarakan konsep arcanya berkaitan dengan alam kehidupan seharian. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere yang bermakna suatu proses mengukur, melirik, mencungkil dan mengguris. Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung cycladic yang diukir di sebuah pulau, di laut aegean lebih kurang 4500 tahun lalu. Pada masa itu arca - arca dibina dalam bentuk figura manusia (patung).

SENI ARCA DAHULU…
Penghasilan sesuatu arca pada masa dahulu mempunyai maksud yang tertentu. Arca biasanya dihasilkan dalam bentuk figura manusia berkaitan dengan sistem agama dan kepercayaan bagi sesetengah masyarakat. Arca yang dihasilkan di anggap dewa atau tuhan bagi agama mereka.

SENI ARCA MODEN...
Penghasilan sesuatu arca moden pada masa kini mempunyai maksud yang tertentu. Arca moden biasanya bercirikan abstrak. Terdapat empat tumpuan utama yang diperjelaskan arca moden antaranya adalah berkaitan dengan bahan yang digunakan oleh pengkarya, teknik, aspek formalistik yang diolah dan idea keseluruhan karya. Keseluruhan tumpuan berkaitan rupa bentuk karya seni arca moden berteraskan konsep nilai, persekitaran, institusi sosial dan keperluan yang menjadi asas hubung kait dengan sistem sosial.



Sumber dipetik dari -




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penghasilan produk menggunakan perisian Computer-aided Design (CAD)






Penghasilan produk lebih mantap
BIDANG pembangunan atau mereka bentuk produk ketika ini lebih banyak dibantu oleh sistem perkomputeran yang membabitkan perisian dan perkakasan dari peringkat melakar hinggalah pembikinan prototaip dan produk sebenar.

Sebelum ini, kaedah lakaran menggunakan tangan digunakan secara meluas yang mana ia memerlukan tahap ketelitian tinggi dengan bantuan beberapa alat lain seperti kayu pengukur serta peralatan geometri selain kertas dan pensil.

Tanpa bantuan komputer, proses melakar akan mengambil masa lama untuk disiapkan. Manakala dengan komputer, segalanya boleh dilakukan dengan lebih cepat, tepat dan kos efektif.

Computer-aided Design (CAD) atau reka bentuk berbantukan komputer adalah frasa yang amat sinonim dalam dunia rekaan hari ini. Ia digunakan secara meluas dengan sistem perkomputeran berasaskan dua dimensi (2D) hingga tiga dimensi (3D). Dan mungkin sekarang ia sudah menjangkaui peringkat 4D bagi mendapatkan gambaran produk yang lebih terperinci.

Pada asalnya CAD dikenali sebagai Lakaran Berbantukan Komputer (Computer Aided Drafting) kerana ia menggantikan papan lakar yang lazim digunakan sebelum itu.

Kini CAD lebih dikenali sebagai Reka bentuk Berbantukan Komputer (Computer Aided Design) untuk bertindak ke atas fakta yang lebih meluas bahawa peralatan CAD sebenarnya boleh melakukan lebih dari sekadar melakar.

Penggunaan nama akronim itu juga bergantung kepada industri yang berkaitan dengan. Mungkin seorang arkitek menggunakan ‘D’ itu sebagai ‘Drafting’ dan bagi seorang pereka bentuk pula menggunakan akronim ‘Design’, manakala bagi di sektor perkilangan pula menggantikan ‘D’ dengan ‘M’ untuk menjadikannya ‘Manufacturing’ atau perkilangan.

Dalam sesetengah kes penggunaan, penggunaannya digabungkan kepada CAD/CAM untuk berbilang penggunaan.

CAD/CAM banyak digunakan oleh jurutera mekanikal bagi mencipta serta membangunkan komponen atau barangan berkaitan dengan pemesinan seperti enjin kereta, pembangunan model sebelum dijadikan barang siap, simulasi dan sebagainya.

Terdapat banyak perisian berkaitan di pasaran yang menjurus mengikut keperluan dan industri.

Ia termasuk Autodesk, Alibre dan SolidEdge yang terkenal dengan perisian reka bentuk serta lakaran mekanikal 3D. Begitu juga dengan SolidWork, edgeCam, Type3, Spatial, SensAble dan sebagainya.




Type 3 biasa digunakan untuk reka bentuk barang kemas termasuk mereka bentuk dan memotong berlian.

Perisian-perisian terbabit boleh digunakan untuk mereka bentuk, membangun dan mengoptimumkan produk agar ia elok digunakan oleh pengguna akhir atau alat medium atau pertengahan yang akan digunakan oleh produk lain.

Industri pembinaan biasanya bermula dengan kerja-kerja penyelidikan mengenai tanah dan kemudiannya diikuti oleh lakaran bangunan oleh jurutera atau arkitek.

Tugasan lakaran itu kini dimudahkan oleh CAD untuk membina apa jua jenis bangunan dari bangunan penempatan hinggalah ke sebesar-besar bangunan komersial dan struktur industri seperti hospital serta kilang.

Biasanya CAD digunakan sebagai kejuruteraan permodelan yang terperinci dalam bentuk 3D dan lakaran 2D bagi komponen fizikal. Namun begitu, ia juga digunakan secara meluas di keseluruhan proses kejuruteraan dari mereka bentuk produk konsep dan diaplikasi ke produk sebenar.

Ia amat mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan menerusi kekuatan produk yang bakal dihasilkan serta analisis mengenai pemasangan bagi mendapatkan kaedah perkilangan yang betul dan tepat.

Penggunaan CAD dalam penghasilan produk semakin penting dan kritikal kerana faedah besar yang mampu diberikan termasuk mengurangkan kos keseluruhan pembangunan produk, selain memendekkan masa pusingan reka bentuk.

Ia adalah kerana CAD membolehkan pereka melakar dan membangunkan kerja-kerja di atas skrin, dicetak dan disimpan untuk kegunaan masa depan seperti membuat perubahan, suntingan dan sebagainya.

Dengan ciri terbaik Sketchpad, jurutera atau pereka bentuk boleh berinteraksi dengan komputer secara grafik yang mana rekaan mereka boleh dimasukkan terus ke komputer dengan melukis di atas skrin monitor menggunakan pen khas.

Ia menjadi titik tolak kepada CAD moden daripada antara muka pengguna bergrafik yang membolehkan komunikasi atau hubungan terus antara pengguna dengan komputer. Dengan beberapa kejayaan itu, aplikasi komersial pertama CAD bermula di syarikat besar dalam industri automotif, aeroangkasa dan elektronik.


Industri juga banyak yang menggunakan CAD demi pengeluaran produk yang lebih bermutu tinggi serta menepati citarasa pengguna masa kini yang cepat berubah.

Disebabkan citarasa yang cepat berubah itu, maka pusingan hayat bagi sesuatu produk semakin pendek dan hanya sistem reka bentuk seperti CAD yang boleh membantu proses reka bentuk serta pembangunan dengan cepat.

Antara keupayaan CAD hari ini termasuk:

* ciptaan geometri karangka wayar
* pemodelan solid berasaskan parametrik 3D
* pemodelan permukaan bebas
* reka bentuk automatik untuk proses pemasangan produk
* lukisan kejurteraan berdasarkan model
* penggunaan semula komponen reka bentuk
* memudahkan membuat perubahan pada rekaan atau pengeluaran pelbagai model produk
* reka bentuk komponen standard janaan secara automatik
* pengesahan reka bentuk mengikut spesfikasi
* simulasi reka bentuk tanpa membuat produk prototaip
* penyediaan dokumentasi
* pertukaran data di antara beberapa perisian
* output data reka bentuk terus ke kilang
* output terus ke mesin pembuat produk prototaip
* analisa bervisual
* analisa berprogram ke atas reka bentuk dan mengoptimumkan.


Dengan pelbagai kelebihan CAD sebagai salah satu peralatan yang meluas digunakan oleh jurutera dan pereka bentuk, lebih banyak produk bermutu boleh dihasilkan. Satu produk dengan beberapa model juga amat mudah dihasilkan.

Oleh itu bidang rekaan tidak boleh lari dari CAD demi untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi dan berdaya saing dalam arena perniagaan global.




-------------------------------------------------------------------------------------------------

PENEKANAN TERHADAP REKAAN

Proses penghasilan rekaan yang lengkap iaitu:-

i. Research

ii. Concept

iii. Subject matter

iv. Development

v. Design documentation



KETERANGAN PRODUK

 Kod Produk

 Kategori Produk

 Bahan / Sumber

 Klasifikasi Produk

 Jenis Produk

 Rujukan Budaya

 Ciri Produk

 Kegunaan

 Warna / Kemasan

 Teknik

 Motif

 Saiz



KETERANGAN PASARAN

 Harga Prototaip

 Harga Jualan

 Sasaran Pengguna

 Kapasiti Pengeluaran

 Maklumat Pengusaha

 No. Telefon




CONTOH “THUMBNAIL SKETCHES”

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

SEJARAH PEREKA MALAYSIA -  JIMMY CHOO





Kasut rekaannya tiada tolok bandingnya. Sebagai pengiktirafan di atas sumbangan beliau terhadap dunia fesyen dan seterusnya meletakkan fesyen Malaysia di mata dunia, beliau telah menerima pelbagai gelaran, anugerah dan sanjungan. Antaranya adalah dua gelaran Datuk daripada negeri Pahang dan Pulau Pinang, serta anugerah daripada Ratu Elizabeth II. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih di kedai membuat kasut milik bapanya di Pulau Pinang. 

Beliau merakamkan perhargaan di atas segala kejayaannya kepada kedua ibu bapanya, para pensyarah yang telah mengajarnya, dan isterinya Rebecca, yang juga merupakan seorang pereka kasut yang bertauliah, serta pasukan pekerjanya seramai 8 orang. Tuah Jimmy Choo bermula pada tahun 1988 apabila majalah fesyen terkemuka, Vogue, memuatkan rekaannya dalam 8 muka halaman di mana kasut rekaannya terpilih untuk melengkapkan koleksi terbaru pereka-pereka fesyen terkemuka British di dalam sebuah penggambaran fesyen. Lantas, namanya memuncak naik di dunia fesyen dan kasut rekaanya berjaya mendapat perhatian daripada kalangan keluarga diraja, selebriti dan orang-orang kaya dari serata dunia. Mendiang Puteri Diana merupakan pelanggannya yang paling terkenal dan beliau masih lagi menyimpan sepasang kasut yang ditempah oleh mendiang sebelum kematiannya dalam tahun 1997.

Nama Jimmy Choo sinonim dengan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semulajadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi. 

Walaupun beliau mengecapi kejayaan dan menikmati hidup yang mewah di London, namun hati beliau tetap di Malaysia. Ini dapat dilihat ketika beliau berucap di majlis-majlis umum di mana beliau sentiasa bercerita tentang Malaysia dengan penuh semangat. Malaysia masih menjadi pilihan utamanya sebagai tempat percutian. Antara sebab-sebab beliau memilih Malaysia adalah kerana keramahan masyarakat Malaysia sendiri dan juga pantai-pantai di Pulau Langkawi yang cantik dan tidak tercemar serta alam sekitarnya yang tenang. Beliau juga pasti tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah tempatan setiap kali beliau pulang ke tempat asalnya di Pulau Pinang. Beliau juga gemar melawat Kuala Lumpur. Pada pandangannya, kota yang sedang membangun dengan pesat ini mempunyai suasana yang penuh bertenaga serta turut menawarkan barangan pada harga yang berpatutan. 

Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang negaranya Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat. 


- sumber - sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


REKA CIPTA


PENGENALAN REKA CIPTA


Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka
dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.




Definisi


Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.


tube chair, mungkin diperbuat daripada bahan macam batang paip kot
silk chair, lebih kurang macam kerusi malas tapi dia pakai benang sutera