Khamis, 30 Ogos 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN...


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
 
Kami warga KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun' buat seluruh rakyat Malaysia walau di mana saja anda berada. Tanggal 31 Ogos merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia dan tarikh tersebut seharusnya dirai dengan penuh kesyukuran kerana kita telah diberikan nikmat keamanan hasil dari kemerdekaan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka harus berusaha untuk mengekalkan keamanan yang ada di samping berjuang untuk menuju ke arah negara maju dan berjaya. 

"SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-55 TAHUN"

TIPS PERNIAGAAN

Mulakan Perniagaan Dengan Modal Minima

Kebanyakan daripada kita mahu menjalankan perniagaan sendiri, mahu bebas kewangan dan bebas masa untuk bersama keluarga. Sering kali, halangan yang kita hadapi adalah, kita selalu memikirkan "saya perlu duit yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan".

Sekiranya MODAL merupakan faktor utama kepada anda, saya mencadangkan supaya anda menyemak dan mengenal pasti 3 kaedah ini untuk memulakan perniagaan dengan modal yang MINIMA iaitu;

1. TANGGUHKAN perniagaan yang biasa dilakukan oleh usahawan lain seperti menyewa pejabat, mengupah pekerja dan sebagainya yang melibatkan kos PERMULAAN yang tinggi. Menangguh bukan bermakna untuk selama-lamanya tidak mempunyai pejabat TETAPI ia adalah permulaan bagi kita dalam memulakan perniagaan - ianya boleh dijalankan dari rumah.

2. Menjalankan perniagaan melalui Internet menggunakan tools Internet yang sedia percuma, seperti blog, Facebook, dan Paypal, yang hanya memerlukan sedikit usaha daripada anda untuk menambahkan cara, kaedah dan strategi menjalankan perniagaan Internet.

3. Belajar kaedah menguruskan masa. Sebenarnya, modal dan masa adalah komoditi yang sama sifatnya. Sekiranya anda tiada modal untuk memulakan perniagaan, anda perlu mengorbankan lebih masa. Caranya adalah dengan mengetahui cara menguruskan masa anda dan memulakan perniagaan secara sampingan dari rumah.

Ada banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk menjalankan perniagaan dari 0, antaranya mengetahui apa yang pelanggan mahukan, apa yang perlu kita tawarkan serta langkah yang boleh kita ambil secara percuma untuk mepromosikan perniagaan kita. Menarik bukan?

Sumber dari - Artikel iluvislam.com

Jumaat, 10 Ogos 2012

BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU



            Ibarat peribahasa “Bersekutu bertambah mutu”... Jika bersepakat untuk menghasilkan sesuatu yang ingin dicapai, maka akan beroleh kecemerlangan dengan terhasilnya muafakat, insya-Allah ini adalah memperkatakan tentang pertemuan pada 7 Ogos 2012, iaitu di antara pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) yang diketuai oleh Pengarah KMCS iaitu Puan Ruslah Khalid, Timbalan Pengarah, Encik Rosman Manan, pegawai Unit Usahawan KMCS bersama wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat Selangor, diketuai oleh Pengurus MAIS Zakat Sdn. Bhd. dan Pen. Pegawai Kraf dalam membincangkan mengenai kolaborasi yang bakal ditempuhi bersama untuk membantu golongan asnaf fakir miskin di negeri Selangor.
            Alhamdulillah setelah melalui perbincangan, pihak KMCS telah memberi beberapa cadangan balas yang bernas kepada pihak Asnaf MAIS Zakat untuk mengadakan beberapa kursus yang dicadangkan oleh mereka. Kursus yang ditawarkan oleh pihak Pembangunan Asnaf MAIS Zakat adalah kursus anyaman rotan / mengkuang, kursus pembuatan bunga tekap dan kursus serat tumbuhan yang akan dipelajari oleh peserta-peserta asnaf fakir miskin yang bernaung di bawah Asnaf MAIS Zakat Selangor.
            Pihak   KMCS   amat   berbesar  hati  menerima  kehadiran  mereka  dan  sudi membantu. Semoga niat dan usaha untuk membantu membangunkan asnaf fakir miskin ini dipermudahkan dan diberkati Allah, insya-Allah.
 
Wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat Selangor

Wakil dari Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS)

Sesi perbincangan telah bermula...
 
Teruja membincangkan usaha membantu asnaf fakir miskin di
bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah.
          
Sumber disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Rabu/ 8 Ogos 2012.

Selasa, 7 Ogos 2012

MOTIVASI - KISAH SEORANG BUDAK DI MASJID



Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (7 Ogos 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kisah Seorang Budak Di Masjid".

Khamis, 2 Ogos 2012

Rabu, 1 Ogos 2012