Selasa, 31 Julai 2012

Isnin, 30 Julai 2012

MOTIVASI - FORMULA KEJAYAAN





Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Isnin (30 Julai 2012) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Formula Kejayaan".

Khamis, 26 Julai 2012

MESYUARAT JKPC KMCS BULAN JULAI 2012



Tanggal 17 Julai 2012, telah diadakan Mesyuarat JKPC Cawangan yang dipengerusikan oleh Pengarah KMCS. Seramai 12 orang warga KMCS hadir di dalam mesyuarat ini. Fokus mesyuarat untuk membentang pencapaian aktiviti berdasarkan KPI yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat dan KPI Unit-unit, memantau pelaksanaan projek/aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan, mencari kaedah menangani pemasalahan jika ada.

Di dalam perutusan Pengerusi, beliau mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga kerja KMCS serta menyeru kepada semua agar pada bulan yang mulia ini, dapat merebut peluang untuk beribadat terutamanya melaksanakan ibadah Terawih yang cukup besar pahalanya serta menambahkan dengan amalan sunat. Di dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam Lailatul Qadar jugalah Al-Quran diturunkan.

Seterusnya Pengerusi berharap semua warga kerja KMCS menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, ikhlas, amanah, proaktif dan bersatu padu serta berazam menjadi yang lebih baik pada bulan puasa ini.

Rabu, 25 Julai 2012

DENGAN SIAPA SAYA WAJIB BERHIJAB DAN HARAM BERSALAM?



Berjabat salam sambil menitipkan perkataan ‘Assalamualaikum’ memang sudah menjadi amalan biasa bagi kita yang beragama Islam. Bahkan bersalaman itu pun memang antara sunnah junjungan besar Rasulullah SAW. Tapi, bukan semua orang kita boleh bersalam terutamanya yang berlainan jantina dan bukan mahram kita. Walaupun, dia jauh lebih tua daripada kita sekalipun namun, ia bukan menjadi passport untuk kita melakukan sesuka hati mengikut apa yang kita rasa.

Saya pun kadang-kadang mempunyai dilema yang sama terutamanya semasa pagi raya. Biasalah kan bermaaf-maafan di pagi raya. Tapi, masalahnya dengan siapa yang boleh bersalam dan dengan siapa yang tidak? Maklumlah masa raya saudara mara memang ramai. Jadi, saya membuat keputusan tidak bersalam dengan sesiapa yang berlawanan jantina melainkan orang-orang yang saya yakin memang saya boleh berjabat salam dengannya. Mungkin itu jalan yang lebih selamat.

Mungkin anda pun mungkin menghadapi masalah yang sama bukan? Jika saudara yang dekat-dekat tu mungkin la kita tahu sama ada boleh salam ataupun tidak. Tapi, agak susah pulak bila melibatkan saudara mara yang jauh.

Bagi permasalahan aurat pulak saya rasa kaum wanita perlu member penekanan yang lebih memandangkan aurat perempuan lebih sukar untuk dijaga berbanding lelaki. Tapi, formulanya simple sahaja. Bila dah tak boleh salam tu silalah jaga aurat kita sekali sebab dikira bukan mahram.

Jadi, saya hendak berkongsi satu info grafik yang berkaitan dengan masalah ini yang saya dapat daripada Facebook. Tak ingat pulak saya ambil dari sumber mana. Apa pun kredit kepada hamba Allah daripada MFR Studio yang sangat kreatif dan berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan info grafik yang bermanfaat ni.

Sesiapa yang pernah tengok boleh menjadi peringatan dan bagi siapa yang belum tahu boleh jadikan panduan.

http://myfitri.com/santapan-rohani/

Selasa, 24 Julai 2012

Isnin, 23 Julai 2012

KARNIVAL KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN

 

Pada hari Rabu yang lalu (18 Julai 2012), Skuad J1M1K KMCS telah beramai-ramai ‘turun padang’ bagi memeriahkan Karnival Keceriaan Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Seperti biasa, skuad J1M1K akan menarik perhatian ramai dengan mengadakan aktiviti interaktif kraf mencanting batik.


Seawal jam 9.30 pagi kami tiba di hadapan Tasik Biru, Kuang. Panorama yang cukup indah di pagi hari telah menyemarakkan lagi semangat kami untuk menjayakan aktiviti interaktif ini. Biarpun jalan yang ditempuh sebelumnya sungguh berliku dan mencabar namun, apabila terpandangkan tasik yang sungguh mendamaikan membuatkan segala ‘pening lalat’ mengharungi perjalanan hilang. Banyak bendera Malaysia yang megah berkibar di sekitar kawasan karnival begitu menggamit perasaan kami untuk cepat sampai ke sana.
 




Sebanyak dua khemah telah diperuntukan kepada KMCS. Jadi, kerja-kerja persiapan tempat dilakukan dengan pantas memandangkan matahari kian menegak. Serbuan demi serbuan yang kami terima sedari pagi menyebabkan masa berlalu tanpa disedari.






Sedar tidak sedar jumlah peserta sudah melebihi sasaran. Skuad terpaksa menjalankan kerja-kerja ‘mengetip’ kain di belakang khemah bagi memastikan tiada peserta yang hampa. Manakan tidak, boleh dianggarkan 500 peserta yang terlibat bagi aktiviti ini. Walaupun peluh sudah membasahi baju, namun Skuad J1M1K masih setia berkhidmat. Alhamdulillah, program yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf (Ketua Setiausaha KPKK) ini berlangsung dengan baik dan lancar. Buat para peserta yang begitu 'sporting', kami gembira bersama kalian semua. 

 


  





Khamis, 19 Julai 2012

Rabu, 11 Julai 2012

I-REKA - PERABOT MODEN



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Rabu (11 Julai 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Perabot Moden".

Isnin, 9 Julai 2012

AL-FATIHAH...

 

Kami warga KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat keluarga kepada Allahyarhamah Puan Azah Aziz, isteri kepada Prof Diraja Ungku Aziz dan juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aktar meninggal dunia petang ini. 

Arwah merupakan tokoh budayawan negara dan pemergian beliau umpama hilangnya sebutir permata buat negara. Kami juga mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

SEJERNIH HATI ORANG YANG BERIMAN



"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya), kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan. Bukan menafikan usaha.. Namun, setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH.. Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya.. Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..

Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.

Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..

Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.

Kala mengingat cela, hatinya gementar.

Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia..

Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..

Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.

Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…

Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah

dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.

Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan

terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara

di dunia. Ia tenggelam dalam rasa malu setelah

menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,

keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;

sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar

hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.

Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,

ia dijaga, dipelihara dan dilindungi. Ia bahagia,

kerana Allah telah membuka pintu hatinya,

memuliakannya dengan ibadah,

dan mendekatkannya kepada-Nya,

sehingga ia benar-benar mengabdi.."

Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah itu Al-Qarib.. Maha Dekat, Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal, Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan, Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tidak pernah mati, Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun, Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik dan Maha Penganugerah. Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi dan keagungan-Nya begitu nyata.."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

Sumber dari - http://lihubbillah.blogspot.com/