Salamullahi alaikum dan Selamat
Sejahtera. Semoga kehidupan harian kita sentiasa tenang dan bertambah baik.
Kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti
kita, namun, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita? Hati yang sebenarnya
menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah
saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka
baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu.
Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)
Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu. Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam. Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.
Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci? Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.
Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebagai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan? Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun, ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.
Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.
Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah. Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih saying-Nya, yakinlah dengan cinta Allah. Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa kepada Allah agar kita ditetapkan iman " Thabbit qulubana Ya Rabbi", Ameen Ya Rabbal Alamiin.
Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah ianya selalu. Sehingga berjumpa lagi. Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita. Wallahu a'lam.

http://www.seanggunbidadari.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan