Pada 11 Disember 2011 (Ahad) yang lalu, skuad J1M1K telah mengadakan aktiviti mencanting batik dan pembuatan seramik menggunakan teknik lingkaran sempena Program Merakyatkan Seni (PMS) bertempat di Kg. Orang Asli, Batu 12, Gombak. Seperti biasa, khemah KMCS akan ‘diserang’ oleh pencinta-pencinta seni kraf yang mahu menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh skuad J1M1K.
Bermula pada jam 10.30 pagi, khemah kami telah dibanjiri dengan kehadiran hampir 200 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Orang Asli di kawasan ini. Seawal jam 10.00 pagi mereka telah ‘merisik’ daripada skuad J1M1K yang ada di khemah untuk mencuba mencanting batik dan membuat seramik. Apabila pendaftaran dibuka, apa lagi kami terus diserbu. Tidak menang tangan juga kami untuk melayan mereka semua. Tapi keadaan masih lagi terkawal apabila kami membahagikan kepada beberapa sesi.
Wah, adik-adik cilik ini sungguh berbakat dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana mampu melukis mengikut kreativiti sendiri. Kami begitu kagum dengan bakat dan kebolehan mereka terutamanya ketika membuat seramik. Jangan tidak tahu, ini kali pertama kami melihat ada peserta yang bukan menghasilkan pasu tetapi menghasilkan seekor ‘bujang senang’. Hahaha… kreatif kan adik-adik ni…
Program ini turut diceriakan dengan kehadiran dan perasmian oleh Y.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada jam 4.30 petang. Y.B Menteri juga telah mengunjungi tiga buah rumah Orang Asli bagi menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra dengan penduduk tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan