Jumaat, 16 Disember 2011

DARI SATU DESTINASI KE SATU DESTINASI…( hari ke 2 )


 
 Hassan Besi Enterprise

 Pada 23 November yang lalu, kami memulakan lawatan hari kedua ke tempat usahawan kraf di sekitar Gombak dan Batu Caves.  Lawatan oleh Pengarah Kraftangan Cawangan Selangor ini, turut disertai pegawai Unit Usahawan. Destinasi pertama kami ialah ke tempat Hassan Besi (atau lebih mesra dengan panggilan Pak Hassan Besi oleh penduduk setempat) yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. 


Beliau merupakan seorang pandai besi dalam penbuatan senjata-senjata Melayu terdiri daripada keris, parang, pedang, tombak, pisau dan sebagainya. Setibanya di bengkel Pak Hassan, beberapa soalan diajukan kepada Pak Hassan sebagai kaji selidik oleh Unit Usahawan. Setelah segala tugasan diselesaikan, kami meninggalkan bengkel Pak Hassan.



 Rubinga Heritage Sdn Bhd

Destinasi kami yang kedua ialah Rubinga Heritage Sdn Bhd yang terletak di Lot 3603, Jalan Sungai Pusu Gombak. Rubinga Heritage merupakan usahawan dalam pembuatan sarung dan hulu senjata Melayu seperti keris, parang dan sebagainya. Setibanya di sana, kami disambut oleh Encik Yusaini merupakan eksekutif pemasaran di Rubinga Heritage. 


Apa yang menarik di Kompleks  Rubinga Heritage ini  ialah terdapat  sebuah galeri yang besar bagi menempatkan pelbagai jenis senjata Melayu. Menurut Encik Yusaini, terdapat lebih dari 5000 bilah senjata Melayu yang berada dalam simpanan Rubinga Heritage sama ada untuk jualan atau pameran. Menurut Encik Yusaini lagi, kebanyakan mata senjata ditempah dari Pak Hassan (Hassan Besi ) dan beberapa rakan taulan beliau. Ada beberapa senjata yang ditempah khas dari Tanah Jawa Indonesia sebagai koleksi Rubinga Heritage. Setelah satu jam meluangkan masa menemubual, kami meninggalkan Rubinga Heritage dengan seribu satu kenangan.

ZBY Design

Destinasi kami yang terakhir pada hari ini ialah ZBY Design terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves. Setibanya di sana, kami disambut oleh Puan Zubaidah yang merupakan pemilik ZBY Design.  ZBY Design merupakan usahawan dalam bidang batik. Puan Zubaidah menceritakan latar belakang sejarah awal ZBY Design ditubuhkan, cabaran yang dihadapi dan perancangan beliau. Hasil temubual akan kami analisis untuk tindakan KMCS bagi membantu membagunkan usahawan kraf insya-Allah!, beberapa produk baru dan rekaan baru ditunjukkan kepada kami.

1 ulasan:

  1. Macam mana nak hubungi Hassan Besi Enterprise ... ???

    BalasPadam