Isnin, 9 Mei 2011

MANIS SI BUNGA TERATAI… MANIS LAGI SI KURA-KURA…..







Anda semua mesti nak tahu kenapa ada bunga teratai dan kura-kura? Hehe…. Sebab itu adalah subject matter bagi produk kami kali ini…. Setelah rekaan sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 telah diluluskan oleh Bahagian Rekaan, maka Unit Penyelidikan & Pembangunan telah menempah beberapa produk prototaip tepak sireh kepada usahawan Terusi Art Studio di Rumah PENA, Kuala Lumpur. Bagi episod pertama, Ketua Unit Penyelidikan, Cik Marshila dan Puan Nawwar Hidayah telah pergi melawat usahawan bagi memantau proses pembuatan produk prototaip sempena Promosi Kerja Kahwin. Hmm… Secara keseluruhannya masih dalam pembuatan model dan acuan. Masih banyak lagi proses yang perlu dibuat. Sungguh teruja hati kami apabila melihat produk-produk tersebut…. Tidak sabar rasanya hendak melihat produk tersebut siap nanti… Jadi, nantikan episod seterusnya…







Tiada ulasan:

Catat Ulasan