Jumaat, 1 April 2011

JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA….



Kata pepatah Melayu lama ini ada juga benarnya. Jika berkehendakkan sesuatu mestilah berusaha untuk mendapatkannya apa yang dihajati. Pagi tadi seluruh warga KMCS telah bertungkus lumus bergotong-royong bagi membersihkan stor dan bilik pameran KMCS. Walaupun, masih tidak mendapat sebarang peruntukan bagi membuat penambahbaikan, namun, harapan untuk memastikan bilik pameran tersebut dapat dibangunkan, kemas dan cantik tidak pernah padam.

Oleh yang demikian, hari ini pada tanggal 1 April 2011, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama berganding bahu bagi membersihkan stor dan sekaligus membuat susun atur produk di dalam bilik pameran KMCS yang baru. Bak kata orang ‘yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. Bila bekerjasama, semua jadi senang dan mudah. Biarpun, pelbagai kekangan yang kami hadapi, dengan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar, setiap warga KMCS berjaya melakukan yang terbaik.

Gambar boleh menceritakan pelbagai rahsia. Rahsia apa? Hehehe tiada rahsia, yang ada cuma sebuah cerita. Cerita pasal gotong-royong la.. Jadi, apa lagi jom kita tengok aksi-aksi warga KMCS buat kerja!

2 ulasan:

  1. penat gilo laaaaaaaa..........balik tido tak ingat dunia dah............

    BalasPadam
  2. setuju sangat Mama Sue.... Penat sangat...........

    BalasPadam