Isnin, 25 April 2011

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BARU...

Kami warga KMCS mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Ridzwan bin Misran (Unit Perolehan Ibu Pejabat) dan pasangannya Puan Hana atas kelahiran cahaya mata kedua mereka (bayi perempuan) pada pukul 11.50 malam, 24 April 2011. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyemarakkan lagi kebahagiaan kalian serta sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T, insyaAllah.






Ucapan doa tahniah atas kelahiran baru.


Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri PemberiNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.


Jawapan daripada mereka yg mendapat tahniah itu.


Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.

1 ulasan:

  1. Thanks untuk sahring do'a tahniah lahiran bayi barunya, kebetulan saya tadi browsing di google...salam kenal

    BalasPadam