Selasa, 12 April 2011

MACAM-MACAM BOLEH!

Pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, warga KMCS telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi membersih dan mengemas dua buah rumah tamu dan beberapa bilik di bengkel Jurusan Logam yang akan digunakan oleh peserta Bengkel BT Enamelling yang akan diadakan bermula pada 12 April 2011.

Bermula pada jam 10.30 pagi beberapa warga KMCS telah berkumpul di tempat yang telah diarahkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan. Wah, macam-macam ada… Apa yang ada? Hehehe.. Ada penyapu, mop lantai, penyodok sampah, vacuum cleaner dan macam-macam lagi. Jadi, kenalah kerja kuat bagi memastikan semua tempat yang akan digunakan bersih, kemas dan teratur.

Wah, jika sebelum ini kerja Akmal memegang steering kereta tapi jangan tak tau dia pandai dalam kerja-kerja kemas mengemas. Muin dan A’A pula biasalah, jadi ‘Mcgyver’ KMCS, manakala Nawwar, Sue, Anes, Amalina dan Syida bertukar jadi cleaner sambilan di rumah tamu, Iza dan Seri pula menjadi ‘jurukemas’ di bengkel. En. Dan pula menjadi ‘pekerja am’ yang menguruskan meja, kerusi dan peralatan yang digunakan.. Hehehe… Macam-macam boleh! (jangan marah ye kawan-kawan, bergurau saja…)

Kerja-kerja gotong-royong berakhir setelah mengemas Bilik Songket yang akan digunakan sebagai tempat makan VIP. Bila sudah habis kerja, semua sudah kelaparan. Rezeki kami murah lagi dengan makanan free. Alhamdulillah, nasi ayam yang sungguh sedap. Terima kasih kepada yang sudi belanja kami. Kami bersurai setelah selesai makan. InsyaAllah, bengkel BT yang akan dijalankan akan berlangsung seperti yang dirancangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan