Jumaat, 8 April 2011

REZEKI HARI JUMAAT


Seperti biasa, pada hari Jumaat rezeki kami di KMCS murah sekali. Syukur Alhamdulillah kerana rezeki kami tidak pernah putus-putus sejak berpindah ke IKN. Ada sahaja insan-insan berhati mulia memberi sumbangan makanan kepada warga KMCS. Jika pada minggu lepas, IKN Jurusan Rotan telah memberikan sumbangan nasi lemak dan kuih muih tapi pada minggu ini ada pula ‘tauke katering’ menyumbangkan makanan bagi sesi food testing. Bukannya apa, KMCS akan menjadi urus setia bagi Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling bermula pada Ahad ini.


Wah, banyak juga juadah yang disediakan. Ada ayam goreng berempah, sayur campur, kari ikan bersama bendi, ulam-ulaman, sambal belacan dan minuman. Sedap kan? Kepada sesiapa yang hendak merasa, sudi-sudilah menjenguk kami hari ini. Siapa cepat dia dapat…. Siapa terlambat, tak dapat… Kepada Encik Zul dari Zulja Quality Enterprise, ‘terima kasih daun palas, jasa Encik Zul sukar kami balas’.


1 ulasan: