Jumaat, 8 April 2011

MESYUARAT JKPKPKK NEGERI SELANGOR BERLANGSUNG SUDAH!


Setelah beberapa hari bertungkus lumus membuat persiapan dan persediaan bagi menjayakan Mesyuarat JKPKPKK Negeri Selangor yang julung kali diadakan di KMCS, akhirnya hari ini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh kami, warga KMCS. Bermula pada awal pagi, masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan yang telah ditugaskan.

Pada jam 2.30 petang, para tetamu yang dinanti tiba di perkarangan parkir dan telah disambut mesra oleh petugas-petugas protokol. Kak Ila, Iza, Nawwar, Sue, Syida, A’A, En. Dan dan Anes merupakan ‘orang kuat’ bagi urusan sambutan dan protokol. Manakala, Muin dan Akmal adalah ‘orang kuat’ di sebalik tugas-tugas pelbagai (all-rounder) dan Kak Ros, Kak Odah, Juju, Seri, Amalina dan Shela merupakan petugas bagi urusan penyediaan makanan dan persiapan di Bilik Mesyuarat. Wah, tiada seorang pun yang tertinggal. Puan Pengarah adalah ‘orang penting’ bagi memantau segala persiapan telah dibuat dengan baik.

Bermula dengan sesi lawatan ke Bengkel Jurusan Kayu, kemudian menuju ke Bengkel Jurusan Logam, Bengkel Jurusan Seramik, Bengkel Jurusan Batik, Bengkel Jurusan Tenunan dan lawatan telah berakhir di Bengkel Jurusan Rotan. Terima kasih kepada pihak Pengurusan IKN dan tenaga pengajar yang telah memberikan penerangan serta mengiringi lawatan ini. Jasa kalian, amat bernilai buat kami. Biarpun, penat berjalan jauh, namun pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang lawatan amat bermakna dan berharga.

Mesyuarat JKPKPKK telah dimulakan setelah lawatan selesai. Seperti biasa, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Saptuyah binti Senson, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Beliau akan bersara pada 01 Mei 2011 nanti dan ini merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh beliau. Mesyuarat telah berakhir pada jam 5.30 petang dan turut diserikan dengan Majlis Perpisahan Puan Saptuyah. Kepada Puan Saptuyah, kami seluruh warga KMCS mengucapkan “Selamat Bersara. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, insyaAllah. Amin..”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan