Rabu, 13 April 2011

SEKILAS PANDANG DI BENGKEL BT ENAMELLING


Wah, baru hari ke-3 namun, peserta-peserta yang mengikuti Bengkel BT Enamelling masing-masing sudah menunjukkan bakat terpendam. Betul kata Puan Pengarah dalam ucapannya ketika merasmikan bengkel ini sebelumnya. Katanya, “Setiap daripada peserta bengkel ini mempunyai permata yang sentiasa perlu digilap”. Permata yang sentiasa digilap akan nampak menyerlah biarpun dari jauh. Begitu juga dengan usahawan. Mereka mempunyai bakat yang dikurniakan Allah dan mereka perlulah menggunakan bakat tersebut dengan sebaik-baiknya supaya sentiasa maju dan bergerak ke hadapan.

Melalui bengkel ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik dalam mencantikkan permukaan logam yang boleh diaplikasikan ke atas produk-produk yang akan dihasilkan oleh mereka kelak. Kesempatan menjenguk sekejap ke bengkel tersebut telah memberikan banyak ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Para peserta telah mempelajari bagaimana untuk mengaplikasikan hot enamel dan cold enamel ke atas permukaan kepingan logam mengikut cara dan teknik yang sesuai. Akhirnya produk yang dihasilkan amat cantik walaupun mereka masih dalam proses pembelajaran. Wah, ini baru hari yang kedua dan ketiga, namun mereka sudah pandai mengalahkan ‘cikgu’… Hehehehe…. Tahniah! Teruskan usaha untuk memberikan komitmen yang terbaik, insyaAllah….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan