Ahad, 5 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH KE-1432





Kami seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1432H (Maal Hijrah) kepada seluruh umat Islam di dunia yang akan disambut pada 7 Disember 2010 ini. Jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun selepas solat asar dan doa awal tahun selepas solat maghrib pada 6 Disember 2010 nanti.


Hari Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ini adalah kerana ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Ia berlaku pada 1 Muharam dimana ia merupakan hari pertama dalam Takwim Hijrah.


Semoga Allah memberi keberkatan, kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan ditingkatkan iman kita.... SALAM MAAL HIJRAH..............

Khamis, 2 Disember 2010

PANGGILAN BTN DATANG LAGI....




Salam 1Malaysia...

Pada 2 Disember 2010 (Khamis), seramai 5 orang anggota kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah dipilih bagi mengikuti Kursus Biro Tatanegara (BTN) yang telah dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia bertempat di Kem Biro Tatanegara Bukit Sagu, Kuantan, Pahang bermula pada 2 hingga 6 Disember 2010. Anggota kerja yang terlibat adalah :-

1. Cik Sri Norhafeeza bt. Abd. Razak
2. Encik Syahrul Hakimi bin Setapa
3. Encik Mohd Shafiq bin Khairi
4. Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid
5. Puan Nawwar Hidayah bt Di Nek Kamal

Diharapkan semua anggota kerja yang terlibat berjaya mengikuti kursus tersebut dengan baik dan selamat pulang ke pejabat masing-masing. Semoga semangat patriotisme dan kenegaraan akan terus bersemarak dalam hati semua anggota kerja sampai bila-bila. Sematkan di dalam hati bahawa kita bangga menjadi anak Malaysia dan akan berjuang demi memartabatkan negara kita selamanya. Diharapakan juga kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan dan cemerlang dalam menunaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam di bumi bertuah, Malaysia.


"Selamat Maju Jaya.."


SELAMAT HARI LAHIR SHILA..






Pada tanggal 26 November 2010 yang lalu, telah berlangsungnya satu jamuan hari lahir bagi meraikan salah seorang anggota kerja cawangan ini iaitu Cik Marshila Marzuki. Walaupun sambutan ini diadakan secara kecil-kecilan kerana ramai anggota kerja lain tiada di pejabat namun kemeriahan tetap dirasai oleh anggota kerja yang ada dan masing-masing begitu teruja untuk meraikannya bersama.






"Selamat Hari Lahir" diucapkan buat Shila. Kami mendoakan agar Allah memberikan kesejahteraan dan kegembiraan yang berpanjangan kepada beliau. Semoga dipanjangkan usia, dipercepatkan jodoh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin....



"Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir Marshila,
Selamat Hari Lahir...."


BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL TEKNIK MELARIK BATU MARMAR





Baru-baru ini Kraftangan Cawangan Selangor telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Teknik Melarik Batu Marmar bertempat di Pusat Inkubator Kraf Petaling Jaya. Bengkel yang bermula pada 1 hingga 11 November 2010 (12 hari) ini telah berlangsung dengan jayanya. Tenaga pengajar bagi bengkel ini merupakan En. Che Ani bin Murad, salah seorang pakar dalam melarik batu marmar di syarikat Fabillah Marble Craft yang beroperasi di Desa Keda Wang Tok Rendang, Langkawi.







Seramai 5 peserta telah mengikuti bengkel ini dan mereka kini telah mampu menguasai teknik tersebut dengan baik. Isi kandungan bengkel ini adalah seperti:-

* Pengenalan kepada mesin larik.
* Mengenali mata larik dan fungsi kegunaan.
* Teknik mengasah mata larik.
* Mengenali mesin larik serta cara operasi mesin larik.
i) mengawal kelajuan
ii) mengapit batu marmar pada mesin
iii) menyelaraskan kedudukan batu pada mesin

* Mengenali jenis-jenis batu marmar.
i) Batu hitam ( keras )
ii) Batu putih ( lembut )

* Mempelajari teknik asas melarik
i) Cara-cara melarik batu blok untuk menghasilkan bentuk selinder.
ii) Cara-Cara melarik bahagian luar bagi mendapat bentuk luaran produk yang dikehendaki.



Apa yang menariknya, para peserta berjaya melarik produk mengikut rekaan sendiri dan di antara produk yang telah dihasilkan adalah seperti tempat lilin (candle stand), pasu kecil, pasu kecil bertutup. Produk-produk tersebut akan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa mengikut kualiti dan standard yang telah ditetapkan.






Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Ramli bin Mohd Noor, telah membuat lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Petaling Jaya bagi melihat sendiri aktiviti bengkel ini dijalankan bersama-sama beberapa pegawai Bahagian Usahawan ibu pejabat.









Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mat Rasul bin Mat Sidek, Wakil Pengarah, Bahagian Usahawan pada 11 November 2010. Secara keseluruhannya bengkel ini telah memberi banyak maklumat dan manfaat kepada peserta yang telah mengikutinya. Kepada para peserta, diharapkan agar tidak mensia-siakan ilmu yang telah diperolehi. Selamat Maju Jaya.....