Selasa, 31 Januari 2012

SANTAPAN ROHANI - MENCINTAI RASULULLAH


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Selasa (31 Januari 2012) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Mencintai Rasulullah".

Isnin, 30 Januari 2012

Khamis, 26 Januari 2012

PETUA - HILANGKAN BATUK DAN KAHAK

Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Khamis (26 Januari 2012) bertajuk "Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak" yang telah disediakan oleh En Rushdan Ahmad.

Rabu, 25 Januari 2012

JIHAD PERANGI HAWA NAFSU


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (25 Januari 2012) telah disumbangkan oleh Fathul Muin Bin Hafid bertajuk "Jihad Perangi Hawa Nafsu".

Jumaat, 20 Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA



Kami, warga KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua usahawan-usahawan kraf dan rakan-rakan blog yang berbangsa Cina. Semoga tahun baru ini membawa sejuta makna dalam kehidupan kalian. Terima kasih kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang telah bekerjasama dengan KMCS selama ini. Kami di KMCS amat menghargai persahabatan kalian bersama kami. Semoga kerjasama yang telah lama terjalin ini akan berpanjangan dan berterusan.

Bagi rakan-rakan yang bercuti panjang dan pulang ke kampung, kami mengucapkan ‘Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman. Semoga perjalanan anda diberkati dan sentiasa dilindungi Allah, insya-Allah”.

TAZKIRAH MINGGUAN - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI... YANG MEROSAKKAN RUMAH TANGA ORANG LAIN SEHINGGA BERCERAI-BERAI


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti hadith 17 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 18 minggu ini, Bukan dari golongan kami…….. yang merosakkan rumah tangga orang lainsehingga bercerai-berai yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!


 

Khamis, 19 Januari 2012

LAWATAN BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) KE PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAHMERI, PULAU CAREY

Lawatan oleh Y.Brs Encik Ramli Mohd Nor bersama beberapa anggota kerja ibu pejabat dan KMCS

Pada awal bulan yang lalu, satu lawatan oleh TKP (O) bersama Encik Rashid bin Esa, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Jurutera Kanan, Timbalan Pengarah KMCS, Ketua Unit Pentadbiran dan Usahawan serta beberapa anggota kerja KMCS dan ibu pejabat ke Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri, Pulau Carey. Lawatan ini adalah untuk pemantauan bagi cadangan menaik taraf Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri. 


Apa agaknya yang dibincangkan tu?

Perbincangan tapak.

Beberapa cadangan telah dibincangkan bagi menentukan tempat yang sesuai untuk mewujudkan kafeteria, ruang penyediaan makanan, ruang makan tingkat atas dan pentas persembahan kebudayaan berbumbung. Emm… Bersama kita nantikan apa perkembangan terkini Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri, Pulau Carey di ‘entry’ akan datang. Tunggu…

 

En. Rashid mencadangkan agar penambahan bumbung dilakukan.



SANTAPAN ROHANI - BANTU MEREKA DALAM KESEMPITAN


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (19 Januari 2012) bertajuk "Bantu Mereka Dalam Kesempitan".

Rabu, 18 Januari 2012

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL KMCS


En. Dan selaku pengacara majlis.
Bacaan diketuai oleh En. Fathul Muin.
Sedar tak sedar sudah setahun lebih pejabat KMCS berada di IKN, Rawang. KMCS telah berpindah di IKN Rawang berkuat kuasa pada 2 Januari 2011 dan kini kita sudah pun memasuki tahun baru 2012. Sungguh cepat masa berlalu. Begitu juga dengan usia kita semakin hari semakin meningkat. Jadi, kita perlulah berusaha sebaik mungkin untuk memajukan diri, baik di dunia mahupun mengumpul saham akhirat.

Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, KMCS akan mengambil sedikit masa untuk mengadakan majlis bacaan Yasin yang akan diketuai oleh En. Fathul Muin. Namun, pada 13 Januari 2012 yang lalu, salah seorang warga KMCS iaitu Cik Zuridah (Juju) telah bermurah hati menyumbangkan sedikit jamuan untuk para tetamu bagi mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat abang ipar beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 13 Januari 2011 (genap setahun). KMCS juga tidak lupa menjemput warga IKN dan jiran paling dekat kami iaitu anggota kerja Jurusan Rotan dan Kraf Holding. Alhamdullillah, segala urusan telah berjalan dengan baik dan majlis juga berlangsung dengan lancar.

Terima kasih kepada para jemputan yang telah hadir ke majlis ini dan hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian. Semoga, majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim warga KMCS bersama rakan-rakan sekerja yang lain di samping mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, insya-Allah.



Suasana ketika majlis berlangsung.
 

Makanan yang telah disumbangkan oleh Cik Juju...
Makan jangan tak makan...

En Dan beramah mesra dengan warga kerja Jurusan Rotan.


MOTIVASI - BERFIKIR POSITIF ITU SUSAH? OH TIDAK..


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (18 Januari 2012) telah disumbangkan oleh Yuhanes binti Abdullah bertajuk "Berfikir Positif Itu Susah? Oh Tidak..".

Selasa, 17 Januari 2012

PEMANTAUAN AKTIVITI LJP UKIRAN KAYU ORANG ASLI KG. SG. KURAU

Pada 11 Januari yang lalu, sekali lagi Encik Shahrul dan Encik Ridzuan telah mengadakan pemantauan peserta aktiviti Latihan Jangka Pendek (LJP) Orang Asli Kg. Sg. Kurau, Pulau Carey. Aktiviti LJP yang telah melibatkan empat peserta termasuk tenaga pengajar ini dijangka akan berakhir pada penghujung bulan Januari ini. Daripada pemantauan yang dilakukan, KMCS mendapati tahap kemahiran mengukir para peserta bertambah baik daripada bulan-bulan sebelumnya. Lihat saja pada produk yang dihasilkan, telah membuatkan kami berasa tidak sabar untuk melihat hasil produk mereka pada akhir aktiviti LJP ini kelak. Semoga mereka terus berjaya menghasilkan produk ukiran yang terbaik dan identiti mereka sebagai masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Kurau juga dapat diketengahkan setaraf dengan masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, insya-Allah.

Semua peserta LJP yang terlibat
 
Inilah bengkel tempat mereka mengukir kayu. Bengkel ini terletak di Kg. Sg. Kurau tidak jauh daripada Kg. Sg. Bumbun.

salah seorang peserta yang tekun menyiapakn produk mengikut rekaan yang telah ditetapkan.


Wah, produk unik yang hampir siap.

Encik Ridzuan sedang memberikan penerangan kepada tenaga pengajar yang terlibat.
 
Emmm... Nampak mudah tapi banyak faktor yang perlu dititik beratkan bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
Inilah hasil produk yang hampir siap.


PETUA - KEMPISKAN PERUT


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Selasa (17 Januari 2012) telah disumbangkan oleh Amalina binti Rossli bertajuk, "Petua Kempiskan Perut".