Khamis, 24 April 2014

LAWATAN KE BENGKEL FI FAB ART...



Alhamdulillah, kita sudah berada di bulan ke-4 tahun 2014. Kami di KMCS sedang berusaha untuk 'menjejaki' usahawan-usahawan kraf yang baru seiring dengan perkembangan industri industri kraf negara. Jika pada minggu lepas kami telah melawat Rubaq (usahawan batik di Publika), namun pada hari ini (24 April 2014) kami telah melawat seorang lagi usahawan kraf batik yang jika diikutkan telah lama berdaftar dengan KMCS iaitu Fi Fab Art. Syarikat ini telah dibangunkan oleh Encik Samsuddin bin Abu Bakar pada 15 tahun yang lalu. 




Pada suatu masa dahulu, syarikat ini aktif bersama Kraftangan Malaysia, namun disebabkan kekangan masa dan stok, beliau hanya memberi tumpuan kepada tempahan sahaja. Tidak mengapa, yang pasti pada tahun 2014 ini, kami di KMCS akan cuba membantu beliau untuk kembali aktif bersama kami, insya-Allah.










Rabu, 23 April 2014

SEMUA DIJEMPUT .. PROMOSI KERJA KAHWIN 2014


Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua....


Promosi Kerja Kahwin (PKK) datang lagi... Tahun ini PKK 2014 akan diadakan bermula esok (24 Mei hingga 5 Mei 2014) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak acara menarik yang menanti pengunjung yang datang. Pelbagai pertandingan turut dibuka kepada umum dan hadiah yang ditawarkan juga lumayan. Jadi, apa tunggu lagi. Semua dijemput hadir. 'Jom datang beramai-ramai'.



Isnin, 21 April 2014

PERTANDINGAN MENCANTING BATIK SEMPENA KARNIVAL NASI AMBENG


Baru-baru ini, Skuad J1M1K telah turun padang untuk memeriahkan Karnival Nasi Ambeng bertempat di Homestay Banghuris, Sepang pada 19 April 2014. Seperti biasa tugas kami lebih kepada melaksanakan aktiviti mencanting batik. Memang tidak menang tangan kami menerima kunjungan 'pencinta batik' yang sudah tidak sabar-sabar untuk menyertai aktiviti ini setelah mendengan pengumuman bahawa aktiviti ini akan diadili dan ada tawaran hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya. Jom, kita layan telatah para peserta yang terlibat :)















 





Khamis, 17 April 2014

LAWATAN UKHWAH KE RUBAQ (RUMAH BATIK)


Rubaq.. Seunik namanya.. Apa itu Rubaq? 

Pertama kali saya dengar nama ini, saya juga tertanya-tanya apa sebenarnya Rubaq. Rubaq adalah singkatan kepada Rumah Batik. Rubaq telah diasaskan oleh seorang wanita yang sangat mencintai bidang batik iaitu Prof. Madya Zahara Ahmad Osman. Beliau merupakan mantan pensyarah Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang tekstil.




Setelah, bersara daripada bidang pendidikan, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang mengeluarkan batik ekslusif dan mempunyai sebuah butik batik yang dinamakan 'RUBAQ' bertempat di Pusat Beli-Belah Publika, Jalan Duta. Beliau turut dibantu oleh anak-anak perempuannya iaitu  Shazmin dan Reen.


Alhamdulillah, hari ini saya bersama Encik Rosman dan Encik Azrul (Penolong Pengarah baru KMCS) telah menjejakkan kaki ke butik beliau untuk kunjungan ukhwah setelah beliau mendaftar sebagai usahawan kraf di bawah Kraftangan Malaysia. 

Apa yang boleh saya katakan, rekaan batik beliau amat menarik dan ekslusif. Mungkin kerana hasil seni yang amat teliti dan kuantiti pengeluaran yang terhad menjadikan rekaan beliau mendapat tempat di hati ramai menteri dan orang kenamaan. Bagi yang berminat untuk melihat dan mendapatkan hasil tangan keluaran Rubaq, jangan lupa untuk singgah menjamu mata di butik mereka di alamat seperti berikut:


Butik Rubaq

Lot 50, Level G2 @ Publika Shopping Mall
JalanDutamas 1, Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
www.rubaq.com
inquiries@rubaq.com
T : 03 - 6206 2232

Isnin, 14 April 2014

PROMOSI KRAF TEKSTIL DI SACC MALL


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Rasanya sudah lama KMCS menyepikan diri daripada penulisan blog. Maafkan kami kerana saban hari kian banyak pula aktiviti yang menjengah kami di pejabat. 


Baru-baru ini, KMCS telah menganjurkan satu aktiviti Promosi Kraf Tekstil di Pusat Beli-Belah SACC Mall, Shah Alam, Selangor. Promosi yang berlangsung selama 13 hari ni telah bermula pada 1 hingga 13 April 2014 yang lalu. Seramai 14 usahawan kraf dalam bidang tekstil telah menyertai promosi ini. Aktiviti jualan bermula seawal pukul 9.30 pagi hingga 10.00 malam. 

Pada setiap hari Sabtu dan Ahad pula, Skuad J1M1K turun padang untuk mengadakan aktiviti mencanting batik dan seni kraf pembuatan aksesori wanita. Apa yang boleh kami gambarkan, orang-orang Shah Alam memang 'best'.





Alhamdulillah, sambutan yang kami terima sangat menggalakkan dan syabas kami ucapkan tahniah kepada semua usahawan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat. Insya-Allah tahun hadapan kita berkampung di sini lagi.