Khamis, 17 April 2014

LAWATAN UKHWAH KE RUBAQ (RUMAH BATIK)


Rubaq.. Seunik namanya.. Apa itu Rubaq? 

Pertama kali saya dengar nama ini, saya juga tertanya-tanya apa sebenarnya Rubaq. Rubaq adalah singkatan kepada Rumah Batik. Rubaq telah diasaskan oleh seorang wanita yang sangat mencintai bidang batik iaitu Prof. Madya Zahara Ahmad Osman. Beliau merupakan mantan pensyarah Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dalam bidang tekstil.




Setelah, bersara daripada bidang pendidikan, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang mengeluarkan batik ekslusif dan mempunyai sebuah butik batik yang dinamakan 'RUBAQ' bertempat di Pusat Beli-Belah Publika, Jalan Duta. Beliau turut dibantu oleh anak-anak perempuannya iaitu  Shazmin dan Reen.


Alhamdulillah, hari ini saya bersama Encik Rosman dan Encik Azrul (Penolong Pengarah baru KMCS) telah menjejakkan kaki ke butik beliau untuk kunjungan ukhwah setelah beliau mendaftar sebagai usahawan kraf di bawah Kraftangan Malaysia. 

Apa yang boleh saya katakan, rekaan batik beliau amat menarik dan ekslusif. Mungkin kerana hasil seni yang amat teliti dan kuantiti pengeluaran yang terhad menjadikan rekaan beliau mendapat tempat di hati ramai menteri dan orang kenamaan. Bagi yang berminat untuk melihat dan mendapatkan hasil tangan keluaran Rubaq, jangan lupa untuk singgah menjamu mata di butik mereka di alamat seperti berikut:


Butik Rubaq

Lot 50, Level G2 @ Publika Shopping Mall
JalanDutamas 1, Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
www.rubaq.com
inquiries@rubaq.com
T : 03 - 6206 2232

Tiada ulasan:

Catat Ulasan