Motivasi



50 PERKARA PENTING DARIPADA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY
Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki/ Rabu / 27 Mac 2013.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tidak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan,banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham, baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada, kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam, bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya-Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkaitan dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulangi perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat, saya mesti beri kepada orang lain untuk merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tidak mengapa. Itu yang membuatkan hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Terima kasih kerana baca hingga habis. 

(Hadiah istimewa Tan Sri untuk orang Melayu Muslim)



-------------------------------------------------------------------------------

PENUHI HAK IBU BAPA DAN TAATILAH 
MEREKA

Disediakan oleh Encik Kamaruddin bin Kasau / Motivasi / 4 Februari 2013.

PENUHI HAK IBU BAPA


Ingatlah betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita.


Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. Dengan teringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.


Allah s.w.t memerintahkan agar manusia berbakti kepada kedua ibu bapa. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” (Surah Al Israa’: ayat 23 dan 24).


Allah juga berfirman bermaksud: ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”. (Surah An Nisaa’ : Ayat 36)


Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki.


Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.


Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidaklah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya. Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.


Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.


Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”


Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.


Mereka selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita. Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka? Berbuat baik kepada ibu bapa adalah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya-didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah. Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak.


Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat. Rasullulah bersabda bermaksud : “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.”


Firman Allah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.”(Surah Luqman:14-15)


Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan membalas semua jasa mereka. Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat. Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita? Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya.


Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu. Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.


Sabda Rasullulah bermaksud: “ Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang boleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi? Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.”


Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda:”Kelak akan datang kepada kamu sekalian seorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.”


Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi. Hanya Allah lah yang mampu memberi petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita. Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.


Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal. Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannah-Nya.



--------------------------------------------------------------------------
ANDA MANUSIA KATEGORI MANA?

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 13 Disember 2012.

 
Di dalam artikel pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang 4 jenis manusia yang terdapat di dalam dunia pada masa kini. Jenis manusia ini telah saya ketahui daripada seorang usahawan internet lain tidak lama dahulu.

Menurut beliau, kita semua dibahagikan kepada empat (4) jenis atau kategori manusia:


1. Jenis pertama adalah mereka yang "Tahu apa yang sedang berlaku"...

2. Jenis kedua adalah mereka yang "Tidak tahu apa yang sedang berlaku"...

3. Jenis ketiga adalah mereka yang "Tidak mahu tahu apa yang sedang berlaku"...
 

4. Jenis keempat adalah mereka yang berkata, "Hah, apa yang baru saja berlaku?"


Daripada keempat-empat jenis manusia ini, kita mahu tergolong di dalam jenis atau kategori yang pertama iaitu mereka yang tahu apa yang sedang berlaku.

Maksudnya di sini, golongan ini tahu apa yang sedang berlaku di dalam kehidupannya dan akan bertindak dengan sewajarnya untuk memperbaiki atau meningkatkan taraf kehidupannya.

Jika sedang miskin, akan berusaha menjadi kaya.

Jika sedang sakit, akan berusaha menjadi sihat.

... dan yang sewaktu dengannya.


Pendek kata, golongan pertama ini akan berusaha mencapai apa yang mereka inginkan di dalam kehidupannya kerana mereka tahu di mana mereka berada pada masa itu.


Golongan lain iaitu golongan nombor 2 hingga 4 di dalam senarai tadi, tidak tahu, tidak mahu tahu atau langsung tak sedar apa yang sedang berlaku di dalam kehidupannya. Oleh itu, dia terus mengikut arus perjalanan tanpa ingin berusaha langsung untuk memperbaiki kehidupannya.

Jika sedang miskin, akan terus miskin...

Jika sedang sakit, akan terus sakit...

Roda kehidupan mereka akan terus berputar dan mereka akan sentiasa berada di bawah.


Oleh itu, saya berharap yang anda jangan termasuk di dalam golongan 2 sehingga 4 ini.

Kita semua perlu masuk di dalam golongan pertama yang akan bertanggungjawab dan mengambil langkah yang diperlukan untuk memperbaiki kehidupan kita.


Jika anda ingin meningkatkan taraf kewangan diri anda maka anda perlu mahukannya dengan betul-betul dan berusaha mempelajari apa yang anda perlukan untuk membawa diri anda keluar dari belenggu masalah kewangan anda itu.

Saya mahu membantu anda tetapi, ANDA yang perlu mengambil langkah yang pertama menuju kejayaan...



Sumber dari : http://www.UsahawanMakanGaji.com

------------------------------------------------------------------------------
MINDA KELAS PERTAMA 



SELEPAS saya menulis artikel berkenaan Minda Kelas Pertama, ada beberapa pembaca yang bertanya kepada saya melalui email tentang apakah yang seharusnya mereka lakukan bagi membentuk minda menjadi Minda Kelas Pertama.


Pertamanya cuba kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Minda Kelas Pertama. Saya memetik kata-kata mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi “Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara senantiasa dijunjung.



Apabila kita menyebut meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah tentu perkara yang paling penting adalah dengan mengamalkan pembacaan, penulisan dan berdiskusi. Ketiga-tiga perkara inilah yang akan merangsang minda kita untuk berfikir.



Saya ingin meminjam kata-kata penulis dan ahli falsafah British, Francis Bacon ( 1561-1626), "Membaca menjadikan seseorang itu lengkap dengan ilmu, berdiskusi menjadikan seseorang itu bersedia, dan menulis menjadikan seseorang itu tepat".

Membaca membolehkan kita mengetahui pendapat dan pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan dalam menjana idea, membentuk pendapat kita sendiri selain daripada manambah ilmu. Rajin berbincang dan bertukar pendapat pula melatih kita bersedia mengutarakan idea, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, secara berhadapan dan interaktif. Manakala, menulis pula melatih kita mencapai ketepatan dalam menyampaikan pendapat dan idea dengan menggunakan perkataan dan ayat yang paling sesuai.

Selain daripada itu, kita perlu mempunyai pemikiran yang kritikal, konstruktif dan kreatif. kritikal bermaksud kita harus mencari ruang penambahbaikkan. Bagaimana baik sekali pun apa yang dilakukan, kita tidak boleh mudah berpuas hati. 

Untuk membentuk minda kritikal, kita mesti banyak bertanya iaitu bertanya diri sendiri dan orang lain. Soalan yang betul akan memberikan jawapan yang betul. Kita mesti bertanya ‘mengapa’ kita melakukan sesuatu bagi mengetahui adakah ‘apa’ yang dilakukan itu betul. Orang yang berfikiran kritikal tidak menerima sesuatu secara sewenang-wenangnya tanpa bertanya. 

Rudyard Kipling, seorang penyajak Inggeris pernah mengarang sajak berkenaan faedah bertanya.

“I keep six honest serving-men
They taught me all I knew
Their names are What and Why and When
And How and Where and Who”.

Teknik bertanya soalan-soalan yang bijak dan pandai ini akan menghasilkan idea-idea yang baru.

Kritikal saja tidak mencukupi. Sewajarnya kritikal itu disertai dengan konstruktif. Kita harus berpegang dengan falsafah bahawa ‘mencari jalan membetulkan sesuatu kesalahan itu lebih penting daripada mencari siapa yang membuat kesalahan’. Kita tidak perlu menjadi hebat dengan merendah-rendahkan orang lain. Biarlah kita menjadi hebat kerana kita bukan saja mampu kritikal tetapi juga konstruktif. 

Untuk konstruktif, kita perlu kreatif. Kita mesti kreatif dalam memberi idea membina, kreatif dalam menyelesaikan masalah dan juga kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif menuntut kita berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Kita tidak harus terperangkap dalam pemikiran dan kaedah lama bagi menyelesaikan masalah baru. 

Seseorang boleh menjadi kreatif sekiranya kita menyediakan suasana kondusif untuk itu. Antara yang boleh dilakukan ialah memberikan ruang untuk perbezaan pendapat. Sekiranya seseorang dihukum setiap kali idea barunya gagal, dia tidak akan menjadi kreatif. Dalam sesebuah masyarakat kreatif, hasil adalah penting. Namun, yang lebih penting ialah kesediaan seseorang mencuba idea baru.


Sumber dari - http://roshatika.blogspot.com/2007/04/asas-asas-pembentukan-minda-kelas_47.html  


------------------------------------------------------------------

CANTIKNYA SEORANG WANITA
Disediakan oleh Encik Kamaruddin bin Kasau / Isnin / 8 Oktober 2012.

Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...
"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"
Kecantikan dan Wanita
Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
(Hadis Riwayat Muslim)
Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.


Daripada  Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)

Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya. 
Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu. 
"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
---------------------------------------------------------------------

17 PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH
Disediakan oleh Encik Rushdan bin Ahmad / Selasa / 18 September 2012.
  
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

  1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”.
  1. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini  merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  1. Solat taubat – Selain   daripada   memohon   keampunan,  dapat   mencuci  hati   dan menenangkan minda.
  1. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhuallah” sebanyak 3 kali.
  1. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
  1. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku  sebenarnya…………….. (perkara yang elok-elok belaka).
  1. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum  senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian  psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.                                                                                                            
  1. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  1. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
  1. Kekalkan wuduk.
  1. Bersedekah.
  1. Belanja orang makan.
  1. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
  1. Berkawan dengan ulama.
  1. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
  1. Pesan kepada orang supaya jadi baik.
  1. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.


---------------------------------------------------------------------
ENAM TIPS MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA
Disediakan oleh Puan Rosmawati  Zubir / Rabu / 12 September 2012.


UNTUK menjadi cemerlang di tempat kerja, anda perlu berada dalam keadaan yang paling bersedia dan bersemangat.  Dan untuk menjadi begitu bertenaga dan dipenuhi semangat pula anda harus mempunyai motivasi kerja yang tinggi.

Seandainya motivasi dalaman anda berada dalam keadaan optimum, segalanya nampak berada di tempatnya termasuklah kecemerlangan dan kualiti kerja terbaik. Jadi bagaimanakah kita boleh memotivasikan diri di tempat kerja?

Berikut enam tips meningkatkan motivasi kerja:

- Hasilkan momentum awal -
Cara memulakan hari akan mempengaruhi keseluruhan hari. Amat digalakkan memulakan hari dengan sesuatu yang ‘boom’. Anda mesti menyediakan mental untuk menyinar di tempat kerja sebaik sahaja bangun daripada katil pada hari tersebut. Kemudian cuba kekalkan momentum tersebut sepanjang masa sehingga sekurang-kurangnya tengahari.

Ini pasti akan memberi perbezaan besar. Memang tidak diragukan lagi.  Cuba paksa diri untuk melakukan kesemua tugas yang sepatutnya dilakukan pada hari ini. lebih cuba paksa lagi ketika orang lain sudah hampir kehabisan tenaga. Ia ibarat anda memecut pantas ketika orang sudah kepenatan di dalam perlumbaan. Inilah yang akan membezakan anda daripada orang lain!

- Fikirkan gaji anda -
Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila gaji yang perolehi adalah salah satu daripada motivasi kerja yang kuat. Bagaimanapun, sampai kepada suatu masa kita seolah-oleh melupakan ‘motivasi kerja yang besar’ ini dan apa yang sudah diberikannya kepada kita selama ini! Jadi ingatkan diri sendiri berapa banyak gaji yang anda perolehi daripada pekerjaan sekarang dan jangan lupa juga memikirkan apakah yang bakal anda lakukan dengan gaji pada bulan ini. Anda pasti tambah bersemangat semula.

Sekiranya anda memang berkerja di dalam suasana dimana andalah penentu berapa gaji anda, misalnya usahawan atau jurujual. Maka gaji akan menjadi motivasi kerja paling utama untuk melakukan kerja lebih bagus dan lebih baik daripada sesiapa pun jua di dunia ini.

- Fokus pada perkembangan jangkamasa panjang -
Tidak kira apa pangkat yang anda sedang sandang sekarang, ingatlah bahawa ruang sentiasa ada untuk memperkembangkan diri ke tahap yang lebih baik. Sentiasa ada jawatan lain yang lebih tinggi untuk anda. Ini juga merupakan salah satu daripada motivasi kerja yang amat baik. Ada jawatan lebih tinggi di tempat anda kerja yang diumumkan dan ada juga yang tidak. Sentiasalah pamerkan kebolehan terbaik anda. Tumpuan kerja yang tinggi, sentiasa meningkatkan kemahiran dan membantu orang lain naik. Sekiranya kekosongan jawatan itu tiba nanti, cuba teka siapakah yang mereka paling harapkan? Seterusnya siapakah yang mereka cari agaknya?

- Bercakap perkara positif sahaja -
Saya percaya anda pernah menemui orang-orang ini – mereka yang suka membincangkan keburukan syarikat di dalam dan luar pejabat, menyebarkan kelemahan si A dan kekurangan si B atau mereka yang selalu bercakap negatif sehingga menjatuhkan semangat rakan lain seperti dirinya yang memang sudah tidak bersemangat itu lagi. Iya.. Adakalanya mereka ini rakan sekerja anda dan ada masanya mereka ini majikan (ketua) anda!

Selalu ada sisi baik dan sisi buruk di dalam mana-mana pejabat pun di dunia ini. Apa yang lebih penting, anda mesti latih diri berfikiran positif. Berkawanlah dengan orang-orang positif di tempat kerja anda yakni mereka yang mengutamakan prestasi kerja dan nilai persahabatan sebagai tunjang kehidupannya. Mereka inilah calon-calon orang yang berjaya, jadi jangan jauhi merka. Ambil suri teladan dan aplikasikannya ke dalam diri sendiri.

- Bersaing dengan rakan sekerja -
Walaupun saya menggunakan perkataan ‘bersaing’, itu bukanlah sama sekali bermaksud mengalahkan orang lain sehabis-habisnya sehingga menghancurkan hidupnya. Maksud saya, hanya bersaing di sudut yang tertentu sahaja. Dalam kes ini – prestasi dan kebolehan dalam bidang kerja.

Persaingan banyak manfaatnya jika digunakan secara positif. Ia boleh membawa kepada pencapaian yang membanggakan tanpa diduga kekadang. Selalu cuba menjadi yang terbaik daripada orang lain. Jika orang lain boleh jual kereta 10 buah dalam sebulan, anda jual 13 buah dan begitulah dalam pekerjaan-pekerjaan lain. Hanya saja, pastikan kemenangan anda adalah secara tulen dan tidak menjatuhkan orang lain. Anda pasti lebih terasa nikmat kemenangan itu.

- Kebanggaan diri dan pencapaian -
Di penghujung hari, tidakkah anda ingin pulang ke rumah dengan perasaan bangga pada diri? Bahawa anda sudah melakukan kerja dengan baik hari ini. Bahawa anda sudah melakukan yang terbaik. Bahawa anda sudah menunaikan tanggungjawab yang dipikul dengan cemerlang. Bahawa anda adalah salah seorang daripada pekerja terbaik yang pernah ada di tempat kerja anda.

Walaupun mungkin pekerjaan yang anda lakukan pada ketika ini bukanlah kerjaya idaman anda, pasti ada sebab anda melakukannya. Fokuslah pada sebab itu dan anda akan tahu apa yang patut dilakukan seterusnya. Andainya anda boleh pulang dengan rasa bangga yang sebenarnya terhadap pencapaian anda pada hari ini, maka anda sudah pun menjalani kehidupan ini dengan baik dan inilah salah satu daripada sebab anda berada di dunia ini.

Semoga dengan mengaplikasikan keenam-enam tips meningkatkan motivasi kerja ini, kecemerlangan anda akan berterusan. Dan bagi yang lain mungkin ini adalah titik permulaan kelahiran seorang pekerja bintang di tempat kerja anda.. 

Jemput kongsikan pendapat anda di ruangan komen dan terima kasih kerana membaca post ini.

Sumber dari - Tips-Tips Meningkatkan Motivasi Kerja Anda! Julmazli Dot Com



-----------------------------------------------------------------------------
KISAH SEORANG BUDAK DI MASJID 

Saya ingin berkongsi satu cerita di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Semoga cerita ringkas ini mampu memberi seribu pengajaran yang bermakna kepada kita semua.

Pada suatu malam di bulan Ramadhan, seorang lelaki sedang mengaji seorang diri di satu sudut di dalam masjid. Selepas beberapa minit dia mula membaca al-Quran, seorang kanak-kanak sekitar usia enam tahun menghulurkan rehal untuk digunakan bagi meletakkan al-Quran yang sedang dibaca. Lelaki itu hanya mampu mengucapkan terima kasih dan kanak-kanak itu membalas dengan sekuntum senyuman.

Namun, di dalam hati lelaki tersebut, beliau merasakan begitu terharu kerana kanak-kanak sekecil itu telah mampu untuk berfikir untuk membantu orang lain tanpa diminta. Pemberian rehal itu nampak kecil tapi sangat bermakna. Membaca al-Quran menggunakan rehal dirasakan jauh lebih selesa dan mudah.

Dalam hati kecil lelaki itu berkata, "Alangkah indahnya jika anak aku nanti mempunyai peribadi seperti budak kecil sebentar tadi". 

Tetapi alangkah lebih baik sekiranya sebagai permulaannya, dia berkata, "Alangkah baiknya jika aku selepas ini mengamalkan sikap seperti yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut".

Kita yang sudah dewasa ini juga sudah pasti mampu menghulurkan bantuan kepada mana-mana individu tanpa diminta. Ia mungkin sesuatu yang kecil tetapi sebenarnya ia merupakan satu pengorbanan yang sangat bermakna. Jika kita tidak mendapat penghargaaan daripada insan yang dibantu sekalipun, Insya-Allah kita akan mendapat penghargaan daripada Allah yang jauh lebih bernilai.

Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, marilah kita banyakkan bersedekah dan membantu individu lain agar sama-sama peroleh kebaikan dan kecemerlangan dunia dan akhirat.
Selamat menjalani ibadah puasa.


Sumber dari - Artikel iluvislam.com
 

--------------------------------------------------
FORMULA KEJAYAAN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Isnin / 30 Julai 2012.

Mari kita bercerita tentang kejayaan. Kejayaan merupakan impian semua orang. Semua orang ingin berjaya. Ada orang mungkin ingin berjaya di dunia sahaja. Ada orang mungkin akhirat sahaja. Ada orang inginkan keduanya. Yang mana satu pilihan kita, kita yang memilihnya.

Banyak program motivasi yang meceritakan tips-tips untuk berjaya. Bermula dengan pemakanan yang sihat, tidur yang cukup, senaman setiap hari, belajar dengan kosisten dan macam-macam lagi. Pendek kata, andai kita menghadiri program motivasi, pasti jenuh tangan menulis dan menyalin tips untuk berjaya. Mudahnya, berjaya tidak semudah dikata.
 
Kejayaan mempunyai daya tarikan yang unik. Semua orang akan tertarik kepada kejayaan. Cuma yang peliknya kenapa bukan semua orang berjaya?
"Kejayaan adalah tabiat!

Orang yang berjaya adalah orang yang secara konsistennya berjaya. Keupayaan untuk menjadikan kejayaan itu sebagai satu tabiat adalah satu kejayaan sebenarnya.

Kejayaan itu bersifat 'konsisten dan terus', sebab itulah ia merupakan satu 'tabiat'. Tabiat itu adalah sesuatu yang selalu kita ulang-ulang dan akhirnya menjadi kebiasaan. Maka kalau kita selalu berdampingan dengan kejayaan maka kita akan sentiasa mengulang kejayaan.

Untuk mula berdampingan dengan kejayaan, mulakan dengan perkenalan dengan orang-orang yang berjaya. Memahami kehidupan orang yang berjaya akan memastikan kita jelas jalan untuk berjaya.

"Point yang kedua adalah kejayaan merupakan satu proses." 

Proses memerlukan masa. Sabar dan istiqamah adalah dua persediaan diri yang perlu ada untuk berjaya. Semakin besar kejayaan yang ingin kita capai, semakin tinggi kesabaran dan istiqamah yang perlu ada dalam diri kita.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Cukup tepat sekali pepatah lama yang sudah berkurun usianya.

"Yang terakhir, kejayaan itu cukup untuk semua orang. Namun hanya yang berusaha untuk berjaya sahaja yang akan mendapat kejayaan!"


Sumber dari - Artikel iluvislam.com


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
KATA-KATA MOTIVASI
Disediakan oleh Rushdan Ahmad / Selasa / 24 Julai 2012.
 
1.    Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang. 
Ketika kamu berharap yang terbaik tapi kamu hanya mendapat yg biasa, bersyukurlah kamu bukan yg terburuk. 
2.    Bersyukur dan ikhlas menerima apa yang diberikan Tuhan kepada kita, Nescaya hikmahnya tidak akan berhenti mengalir.
 
Belajarlah jujur pada diri sendiri, lakukan apa kata hati, sehingga kamu tidak perlu lagi menyembunyikan apapun dalam hidupmu. 
3.    Jangan takut mencuba, kesalahan adalah guru terbaik jika kamu jujur mengakuinya dan mahu belajar darinya.
 
Tersenyumlah dalam mengawali hari, karena itu menandakan bahawa kamu siap menghadapi hari dengan penuh semangat!  
4.    Tegas akan diri sendiri, buang fikiran negatif dan lakukan yang baik. Kegelisahan hanya milik mereka yang putus asa.
 
Hal yang paling sulit adalah mengalahkan diri sendiri, tapi itu dapat  kamu mulai dengan memaafkan diri sendiri.  
5.      Bibit kepercayaan yang paling kecil masih lebih baik dari buah kebahagiaan yang terbesar.
   
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan, eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk
6.    Jangan biarkan orang lain membuat anda merasa tidak pantas mendapatkan apa yang anda inginkan.
 
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
 
7.         Kecantikan tidak hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang.
 
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
8.   Jika Anda mampu, jadilah pemimpin masyarakat.  Kalau tidak, jadilah pemimpin bagi diri sendiri.
 
Kita harus saling memaafkan dan kemudian melupakan apa yang telah kita maafkan.
 
9.    Awal mula menuntut ilmu, diam. Yang ke-2, mendengar dengan tekun. Yang ke-3, faham dan hafal. Yang ke-4, mengamalkannya,   Yang ke-5, menyebarluaskannya.
 
Manusia tidak dirancang untuk gagal, tapi manusialah yang gagal untuk merancang  
10.   Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Semua yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.
 
Dalam masalah hati nurani, fikiran pertamalah yang terbaik. Dalam masalah kebijaksanaan, pemikiran terakhirlah yang terbaik  
11.  Hati yang penuh syukur bukan saja merupakan kebajikan yang terbesar, melainkan merupakan induk dari segala kebajikan yang lain
 
Kebanyakan dari kita tidak mensyukuri apa yang sudah kita miliki, tetapi kita menyesali apa yang belum kita capai  
12.    Maut bukanlah kehilangan terbesar dalam hidup. Kehilangan terbesar adalah apa yang mati dalam sanubari sementara kita masih hidup
 
Pengalaman bukan apa yang terjadi pada anda, melainkan apa yang anda lakukan atas apa yang terjadi pada anda.
13.  Sebahagian orang mengatakan kesempatan hanya datang sekali, itu tidak benar. Kesempatan itu selalu datang, tapi anda harus siap menanggapinya
 
Jangan segan untuk menghulurkan tangan anda. Tapi, jangan juga segan untuk menjabat tangan orang lain yang datang pada anda  
14.  Lebih baik menjaga mulut tertutup & biarkan orang lain menganggap anda bodoh, daripada membuka mulut & menegaskan semua anggapan mereka.
 
Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah  
15.       Alam memberi kita satu lidah, akan tetapi memberi kita dua telinga, agar kita mendengar dua kali lebih banyak daripada berbicara.
 
Sesuatu yang belum dikerjakan, seringkali nampak mustahil, kita baru yakin kalau kita telah melakukannya dengan baik.
Dipetik dari : kata-kata-motivasi-cinta.html

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JANGAN BERSEDIH, DUNIA INI TERLALU KECIL 
UNTUK DITANGISI 
Rosmawati binti Zubir / Khamis / 18 Julai 2012. 

Kesedihan adalah satu fitrah yang Allah ciptakan kepada hamba-Nya. Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepada-Nya dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh dari-Nya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?

Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperiksaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.

 Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:

Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini di sisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal dunia semata-mata?

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang sangat masyur pernah mengatakan bahawa:

Mengingati Allah itu ibarat air kepada ikan, lihat keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah mengatakan bahawa:

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah.

Sakinah atau kebahagian adalah apabila anda merasa aman atas diri sendiri masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadapa qadha' dan qadhar serta diiringi oleh sifat qana'ah dan sabar.

Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar, jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala daripada-Nya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk ditangisi.

Sumber dipetik dari - Artikel iluvislam.com

----------------------------------------------------------------------
6 RAHSIA ORANG BIJAK
Bank Artikel KMCS / Selasa / 26 Jun 2012
Semua orang di dunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi, bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?

Mengambil sarapan pagi- Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.

Elak makan secara berlebihan- Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.



Elak merokok- Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
Elak daripada mengambil gula secara berlebihan- Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.

Hidu udara yang bersih-  Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
Tidur secara berlebihan- Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.

Tidur dengan menutup muka- Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.



Kurang berimaginasi/berfikir- Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.


Sumber dari - Artikel iluvislam.com

---------------------------------------------------------
10 CARA MENJADI ORANG KREATIF
Disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Isnin / 18 Jun 2012


Kreativiti adalah faktor pendukung kesuksesan yang tidak ternilai harganya. Apakah kreativiti boleh dilatih? Jawapannya boleh, namun itu tidak akan terjadi semalam dan ia perlu dilatih terus-menerus. Meskipun begitu, kreativiti merupakan bakat yang dimiliki seseorang sejak lahir. Lalu, bagaimanakah caranya untuk melatih diri kita menjadi kreatif? Berikut adalah 10 cara menjadi orang yang kreatif :

1. Lakukan sesuatu yang berbeza
Melakukan pekerjaan yang sama secara terus-menerus lama-kelamaan akan membuatkan kita menjadi bosan. Selain itu, pengetahuan dan ketrampilan kita hanya terbatas di pekerjaan itu saja. Orang yang ingin meningkatkan kreativitinya harus berani mengerjakan perkara yang belum pernah atau jarang dilakukan sebelumnya dan lebih baik lagi jika kegiatan baru yang dilakukan boleh menyokong perkembangan pekerjaan utama. Contohnya, kamu adalah seorang yang berpotensi sebagai penyanyi, kamu boleh mengembangkan diri kamu dengan belajar bermain muzik. Dengan itu, kamu boleh meningkatkan penampilanmu secara kreatif.

2. Berkomunikasi dengan banyak orang
Apa ada pada hubungan antara kreativiti dengan berkomunikasi bersama banyak orang? Tentu saja ada. Komunikasi seringkali memunculkan idea-idea yang tidak pernah kamu bayangkan sebelumnya. Nampak mudah namun efektif. Kebanyakan orang dengan rela hati mahu memberikan pengetahuan dan pandangannya terhadap sesuatu hal jika kamu bertanya dengan sopan. Bergabunglah dan berkomunikasilah secara aktif di sana, maka kamu akan bertemu dengan banyak idea dan peluang dari situ.
 
3. Banyak membaca
Mudah sahaja, pembacaan yang banyak akan meningkatkan pengetahuan seseorang terhadap pelbagai hal. Surat khabar, buku, majalah, portal berita online, dan e-book adalah contoh-contoh bacaan yang sangat bermanfaat bagi kamu. Banyaknya wawasan dan pengetahuan yang kamu miliki akan meningkatkan kreativitimu juga. Kenapa? Ini kerana apabila kamu menghadapi sesuatu rintangan, kamu mampu berfikir, merancang dan bertindak dengan menggunakan pelbagai informasi yang tersimpan di otakmu. Ingat! Informasi yang penting adalah salah satu faktor penting yang menentukan keberhasilanmu dalam pekerjaan. Informasi tersebut boleh didapati dari pembacaan yang banyak (selain melakukan penelitian sendiri atau bertanya pada orang lain).

4. Menyediakan waktu untuk sendiri
Suasana di tempat yang tenang mampu membuat kamu berfikir dan berkonsentrasi tetapi sebaliknya jika kamu mengerjakan sesuatu sambil membuka televisyen atau berbicara dengan orang lain, itu akan mengalihkan pandangan fikiranmu dan kamu tidak boleh bekerja secara efektif.

5. Selalu ingin tahu terhadap sesuatu
Saat kamu meningkatkan ketrampilan dan kreativitimu, kamu harus selalu memiliki perasaan ingin tahu yang kuat terhadap segala hal. Mengapa dan bagaimana adalah pertanyaan bagus untuk meningkatkan kreativitimu. Lama-kelamaan kamu boleh menghasilkan atau menemukan sesuatu perkara yang belum pernah dihasilkan atau ditemukan oleh orang lain. Contoh tokoh terkenal yang memiliki sifat ini adalah Sir Isaac Newton, di mana beliau berfikir mengenai hukum graviti dan ia menemukan jawapannya dari perasaan ingin tahu yang mendalam setelah melihat sebuah epal jatuh dari pokok. Jika ia bersikap ambil mudah terhadap apa yang dilihat, ia tidak akan pernah menemukan teori graviti. Jadi, hilangkan rasa takut kamu, dan bangunkan perasaan ingin tahu!

6. Tuliskan apa saja yang ada di fikiranmu
Saya memiliki suatu kebiasaan yang sangat membantu untuk melatih kreativiti saya iaitu sering membawa buku dan pen walau kemana pun saya pergi. Mengapa? Kerana idea boleh muncul apabila kamu melihat atau mendengar sesuatu. Idea boleh cepat lupa apabila kamu tidak menulisnya di buku tulis. Ini penting kerana idea adalah sesuatu yang amat berharga dan merupakan titik mula untuk mengerjakan sesuatu. Amat rugi jika idea yang terlintas dilupakan begitu sahaja. Ini adalah kerana ia amat bermanfaat kepada saya dengan menulis atau melukis secara rawak di atas buku dan sering dijadikan sebagai acuan dan idea untuk menulis suatu artikel atau mereka sesuatu rekaan.

7. Mengamati sesuatu yang dikerjakan orang lain
Kreativiti juga dapat ditingkatkan dengan mempelajari apa yang dilakukan oleh orang lain. Dari situ kamu boleh mendapatkan inspirasi dan idea-idea untuk membuat karyamu sendiri. Watch and learn from the best!
  
8. Tentang dirimu sendiri
Kamu harus selalu meningkatkan dirimu dan tidak boleh berada di zon selesa untuk menjadi seseorang yang kreatif. Buatlah sebuah rencana dalam waktu tertentu secara bertahap, dan tentanglah dirimu untuk merealisasikan rencanamu itu. Jika kamu sudah bertahun-tahun menjadi seorang pegawai, mengapa tidak mencuba untuk mengembangkan usahamu sendiri? Perubahan akan memaksamu untuk belajar sesuatu yang baru dengan ketekunan usahamu tidak akan sia-sia.

9. Luangkan waktu untuk beristirahat dan tenang
Bekerja dalam waktu yang terlalu lama boleh mengurangkan tenaga dan fikiranmu. Di saat-saat keletihan seperti itu, kamu tidak boleh berfikir dan bekerja secara efektif. Kamu akan selalu bergelut dengan rasa penat. Beristirahatlah sejenak dan mengerjakan hal-hal yang kamu suka untuk mengembalikan persembahanmu. Saat fikiranmu sudah segar, itulah saat yang tepat untuk berkreatif lagi!!!

10. Bangunkan kepercayaan yg positif
Kepercayaan bahawa semua masalah boleh diselesaikan adalah sikap yang baik untuk meningkatkan kreativiti. Idea dan kegiatanmu boleh dianggap sebagai remeh oleh orang lain, namun jika kamu sudah yakin terhadap apa yang kamu kerjakan, tetap lakukan dan buktikanlah! Justeru kreativiti akan berkembang pesat ketika seseorang berada dalam keadaan yang tidak baik jika ia mampu untuk tetap optimis.

----------------------------------------------------- --------------------
HIDUP ADALAH SESUATU YANG TIDAK 
DAPAT DIJANGKAKAN
Disediakan oleh Puan Rosmawati  Zubir / Jumaat / 30 Mac 2012.

Kita meninggalkan keselamatan dan keselesaan berada di rumah kita setiap hari sama ada untuk ke pejabat, sekolah, pasar, melawat rakan dan sebagainya.  Alasannya mungkin berbeza dari hari ke hari, namun ada yang sama. Setiap hari kita meninggalkan rumah, kita beranggapan kita akan kembali semula di waktu petang atau malamnya. Biasanya anggapan tersebut betul, setiap hari kita dapat kembali ke rumah dengan selamat dan dapat berjumpa kembali dengan ahli keluarga.

Walaupun, kita percaya bahawa kita akan selalu selamat, hakikatnya ada orang yang bangun di pagi hari, minum secawan kopi, membaca akhbar, meninggalkan rumah dan tidak kembali lagi. Ramai yang pergi meninggalkan kita setiap hari, mungkin disebabkan serangan jantung, kemalangan jalanraya atau sebab-sebab lain. Apapun sebabnya, penting untuk diingat bahawa hidup ini singkat dan kita benar-benar tidak tahu apa yang akan berlaku.

Saya bukan ingin bersikap negatif tetapi hendak mengingatkan semua (termasuk diri saya), bahawa hidup ini rapuh dan kita perlu menghargai setiap saat hidup kita pada setiap hari. Saya teringat yang saya sering kali bergegas keluar rumah setiap pagi untuk pergi kerja tanpa mengucapkan selamat tinggal pada orang yang tersayang kerana takut terlambat. Seperti kebanyakan orang, saya menjadi korban ilusi bahawa saya akan kembali ke rumah di waktu petang dan akan mempunyai masa berkualiti bersama mereka.

Mari kita bersama-sama ingat kembali, betapa kerapnya kita meninggalkan rumah tanpa mengucapkan selamat tinggal, memeluk atau mengatakan “Aku Sayang Padamu”? Berapa kerap kita meninggalkan rumah dengan perasaan marah, penuh rasa benci dan tidak mahu memaafkan atau menyelesaikan isu dengan seseorang yang kita benar-benar ambil berat?

Jangkaan saya ia adalah sesuatu yang kita semua boleh kaitkan dan telah mengalaminya di beberapa titik dalam hidup kita. Ingatlah, walaupun kita perlu berfikir positif dan hidup setiap hari secara maksimum kita harus juga menghargai rahmat hidup dan mereka yang kita sayangi. Jangan mengharap kita akan mempunyai kesempatan untuk memberitahu seseorang bahawa kita menyayangi mereka atau memaafkan kesalahan mereka hanya untuk bersedih di kemudian hari kerana kita terlambat. Saya berani katakan bahawa tidak ada alasan atau beberapa minit yang diselamatkan dengan bergegas keluar pintu akan bermakna atau berguna kepada kita jika ditakdirkan orang yang disayangi pergi meninggalkan kita.

Hidup ini begitu berharga dan setiap hari yang dianugerahkan kepada kita adalah benar-benar sebuah keajaiban. Justeru, jalani kehidupan ini dengan sepenuhnya, selalu bersyukur, belajar untuk memaafkan, mengingatkan manusia untuk berbuat baik di setiap kesempatan yang ada dan yang paling utama, sayangi semasa insan. Ini akan menjadikan setiap hari jauh lebih baik bagi semua orang dan kita boleh meninggalkan rumah kita dengan mengetahui bahawa tidak kira apa yang akan terjadi pada hari itu, kita telah benar-benar menjalani hidup kita dengan cara yang terbaik.


Sumber dari - http://mymotivasi.com/motivasi-hidup/hidup-adalah-sesuatu-yang-tidak-dapat-dijangkakan.html


--------------------------------------------------------------------

KUNCI KEJAYAAN
Disediakan oleh Yuhanes / Motivasi / 19 Mac 2012


Kejayaan hanya menunggu pada orang yang betul-betul mahu pusingkan badannya kehadapan dan bergerak menuju cita-cita

resepi selepas gagal:

1. lupakan yang dahulu tapi ambil hikmahnya


2. bina dunia baru dan matlamat
3. jangan toleh belakang lagi
4. jangan kesali apa yang berlaku

bila anda sudah bina matlamat baru dan dunia baru, perkara yang dah berlalu takkan menghantui anda lagi (walau apa pun berlaku dahulu). percayalah..dunia baru akan buat anda jadi manusia baru ( tak sama lagi mcm dahulu)..serta dunia baru nie anda belum alami lagi mahupun kembara lagi. jadi, ambil peluang ni untuk ceburkan diri dengan persekitaran baru.. insyaAllah, tapak baru yang anda bina ini nanti menjadi pemulaan untuk anda berjaya..

I pray to start over. no matter what has happened, I am willing to let today be new. thank you for the chance to begin again.

-------------------------------------------------------------------------------BERKERJA SECARA BIJAK BUKAN KERJA KUAT


Disediakan oleh Rosmawati Zubir / Motivasi / 14 Mac 2012

Kali ini saya ingin kongsi satu lagi perspektif kerja secara bijak, bukan kerja dengan kuat.

Ramai di antara kita sekarang, yang makan gaji, melaksanakan pelan 50/50/50. Kita bekerja 50 jam seminggu, 50 minggu setahun… dan bersara dengan 50% pendapatan, yang sekarang pun tak mencukupi. Sahaja untuk menjentik minda; bagaimana untuk bekerja secara bijak dalam situasi ini? Berapa bijak pun kita bekerja atau betapa kuatnya kita bekerja, pendapatan atau gaji ditentukan oleh majikan.

Kalau nak lebih kena kerja sendirilah. Katakan seorang doktor persendirian memperolehi pendapatan bersih RM200 ribu setahun. Dia bekerja 8 jam sehari, 6 hari seminggu dan 50 minggu setahun. Bagaimana nak tambah pendapatan? Buka klinik 12 jam sehari? Kalau buka 12 jam sehari tu tergolong dalam kerja kuat atau kerja secara bijak?

Pakar mengatakan kita tidak bekerja secara bijak selagi kita “menjual masa untuk wang”. Kita hanya akan bekerja secara bijak apabila kita mengamalkan kuasa tuil (leveraging) dan duplikasi.

Contoh aplikasi kuasa tuil adalah francais. Ray Kroc mungkin tidak terdaya untuk membuka Restoran McDonald’s di serata dunia, tetapi melalui sistem francais dia berjaya membuka Restoran McD di serata dunia – itulah kerja secara bijak.

Contoh lain; Jika Hendry Ford membuat sendiri Model T, dia boleh simpan 100% keuntungan. Kalau dia kerja kuat, dia dapat siapkan 2 buah kereta Ford Model T setahun (kerja sendiri, bukan makan gaji). Namun dia tak nak kerja kuat, dia kerja bijak. Dia tuilkan masa dan kebolehan beliau dengan mengajar pekerjanya meniru cara (duplikasi) dia membuat Model T. Dengan mengaplikasikan kuasa tuil, Henry Ford dapat mengeluarkan beribu kereta setahun. Keuntungannya bukan lagi 100% x 2, tetapi mungkin 20% x 1000.

Satu lagi contoh; dulu Coca Cola hanya boleh diperolehi di beberapa kedai yang mempunyai mesin soda sahaja, justeru jualannya terhad. Apabila ia dibotolkan, Coca Cola tersebar ke seluruh dunia dan di segenap ceruk.

Bagi yang makan gaji, dan juga yang kerja sendiri, bagaimana nak aplikasikan kuasa tuil ni? Pelaburan, mungkin dalam hartanah seperti Azizi Ali. Francaiskan kepakaran macam Kumon?
Apa kata anda?

Laman web : http : mymotivasi.com

-------------------------------------------------------------------------------
TERIMA KASIH KEPADA ANGIN YANG MENENTANG


OLEH RUZAIN SYUKUR B MANSOR


Lihatlah kepada layang-layang yang terbang jauh di udara. Siapa sangka kertas senipis itu boleh terbang setinggi itu. Malah, hanya dipandu dengan tali yang halus. Sangat halus. Layang-layang yang terbang gah di udara tadi mungkin akan terjunam apabila talinya putus. Keegoannya yang tinggi di udara akan secara tiba-tiba akan tergugat hanya kerana talinya tidak mampu mengawalnya lagi. Putus kerana sifatnya halus.

Apakah peranan angin dalam misi penerbangan tersebut? Ya, layang-layang tersebut terbang kerana angin yang menentang arus memberi tekanan yang hebat. Makin lama, semakin tinggi menerjah udara. Hebat bagaikan tiada tandingan. Asalnya lemah tetapi kuat setelah menghadapi rintangan angin yang sangat kuat. 

Makin kuat angin yang menentangnya, makin tinggi naik layang-layang itu ke udara. Justeru, angin yang menentanglah sumber kekuatannya.Sama ada kita sedar atau tidak,  hidup kita ini melalui pelbagai proses. Gagal dan berjaya itu suatu proses kematangan. 

Adakala kita ini dipuji dan adakalanya kita dikritik.

Adakalanya kita dikritik hebat oleh rakan-rakan dan majikan.

“ Saya tidak yakin dengan kemampuan kamu”.
          “ Tugasan kamu tidak dilakukan dengan sempurna”.
          “ Kamu tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya”.

Jadi, apa pilihan yang ada pada kita. Melenting? Pasti pada mulanya kita berasa terhina dan marah kerana sindiran tersebut. Tetapi sedarkah kita bahawa sindiran dan kritikan tersebut sebenarnya telah membongkar kelemahan dan kekurangan kita. Kekurangan itulah harus dibaiki. Lantas, apabila kekurangan dan kelemahan itu dibaiki kita bakal menjadi seorang yang hebat.

Maka, kita harus mengucapkan terima kasih kepada orang yang mengkritik . Sama seperti kes layang-layang yang terbang kerana angin yang merintangi usahanya naik ke puncak. Layang-layang tersebut harus berterima kasih kepada angin yang menentangnya. Jika tiada angin yang menentang mana mungkin ia boleh berjaya menghasilkan  tekanan untuk naik ke atas.
           
 Tip terima kasih 

1. Ucapkan terima kasih kepada rakan atau majikan  yang mengkritik diri anda.
2. Analisa kelemahan diri melalui kritikan mereka dan bina semangat baru.
3. Perbaiki kesilapan lalu dan cuba lakukan penambahbaikan.
4. Berlapang dada dengan semua orang.
5. Jadilah pendengar yang setia.
6. Sudi untuk mendengar kritikan orang.

“Berterima kasihlah kepada angin yang menentang, kerana tanpanya layang-layang takkan naik ke udara”
“Berterima kasihlah kepada pengkritik, kerana tanpanya kita mungkin akan terus sombong dan tidak menyedari apakah kekurangan dan kesilapan diri”.



Sumber cerita: Tn Hj Zailan b Wagiman
                     Ketua Sektor
                     Sektor Psikologi dan Kaunseling
                     Jabatan Pelajaran Selangor


Sumber dari - http://akademipenulisbebas.wordpress.com/2012/03/07/motivasi-diri-terima-kasihlah-kepada-angin-yang-menentang-2-2/



------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------
CARA MUDAH UNTUK BERMOTIVASI

Mudah sungguh untuk jadi orang tidak bermotivasi. Bagaimana? Anda cuma perlu fikirkan masalah-masalah anda, gabungkan dengan emosi-emosi power seperti tertekan, marah, kecewa, putus asa atau tiada harapan. Tambah lagi dengan postur badan yang menampakkan anda kurang bersemangat, diiringi air muka yang masam sepanjang hari.

Inilah yang berlaku di sekeliling anda. Namun, ketahuilah terdapat juga cara mudah bagaimana untuk jadi orang bermotivasi. Caranya sama dengan cara tadi, cuma berbeza sedikit. Anda perlu menukar cara berfikir, tukar postur badan, tukar air muka dan paling penting sekali, tukar mindset anda. Mindset akan mempengaruhi tindakan, lantas menampakkan kesan berlainan.

Bagaimana untuk jadi orang ada motivasi?
Sukar untuk jadi orang yang ada motivasi apabila anda TIDAK TAHU apa yang anda hendak capai. Anda mesti ada matlamat, baru ada motivasi. Anda mesti ada kemahuan, barulah motivasi muncul dengan sendirinya. Sebagai contoh, untuk menang dalam permainan di komputer pun memerlukan motivasi, Anda perlukan dorongan untuk terus bermain walaupun pernah dikalahkan sebelum ini.

Bagaimana nak memasang matlamat? Tanya diri anda dengan 3 soalan asas di bawah ini.
1. Apa yang anda mahu capai?
2. Orang yang bagaimana anda mahu jadi?
3. Apa yang anda sedang usahakan sekarang ini?

Motivasi wujud dalam setiap aspek kehidupan – ibadah, kerja, kewangan, cinta dan juga pembinaan diri. Motivasi ibadah adalah motivasi apabila anda mahu jadi ahli ibadah, iaitu anda mahu mempertingkatkan lagi ibadah anda dari segi kualiti dan kuantiti.

Motivasi kerja adalah motivasi (dorongan) yang anda rasa apabila anda memasang matlamat mahu jadi pekerja cemerlang. Motivasi cinta adalah motivasi ketika anda berusaha untuk memperhangatkan lagi hubungan cinta anda dengan kekasih hati atau dengan pasangan hidup.

Motivasi diri adalah motivasi yang anda rasa ketika anda sedang berusaha memperbaiki sikap dan tingkah laku anda, iaitu unsur dalaman anda. Sebagai contoh, mungkin sebelum ni anda malas-malas atau suka bertangguh.

Sekarang, anda perlu mempunyai tekad hendak berubah. Anda mahu jadi orang rajin. Dalam proses mengubah diri dari malas kepada rajin itulah motivasi amat perlu sebab motivasilah yang mendorong Anda berubah.

Secara ringkasnya, untuk menjadi orang bermotivasi yang bersemangat, Anda perlu ubah 3 aspek diri Anda, iaitu:
1. Fikiran.
2. Perbuatan.
3. Percakapan.

Pilihlah untuk jadi orang ada motivasi. Perbaikilah diri anda setiap hari, bila anda rasa sudah semakin baik, perbaiki lagi supaya jadi bertambah baik.

Setiap kali anda mandi di waktu pagi, niatkan di dalam hati anda mahu jadi orang bermotivasi. Mengapa pula kena niat semasa mandi di waktu pagi?

Sebab, ketika ini, gelombang minda anda berada di tahap tenang iaitu tahap Alpha. Pada ketika ini, minda separa sedar anda mudah menyerap niat, keinginan ataupun azam yang anda sebut-sebut di dalam hati dan yang anda banyak fikirkan di kepala.

Apa yang selalu bermain di fikirkan pada waktu ini, itulah yang akan mudah diserap masuk oleh minda separa sedar anda tanpa banyak soal. Jadi, perbanyakkan aktiviti berfikir untuk menjadi orang  bermotivasi. Ringkasnya, niatkan saja “Aku Mahu Bermotivasi” kemudian hadirkan rasa bersemangat dan rasa bertenaga selepas itu.

Langkah seterusnya, kekalkan rasa bersemangat. Rasai kehangatannya. Biar semangat membara sepanjang masa!


Sumber dari - http://www.imotivasi.net/tips-motivasi-cara-jadi-orang-ada-motivasi.html


-------------------------------------------------------------------------------------
5 CARA DAN GAYA BERFIKIR
Disediakan oleh Yuhanes / Selasa / 21 Februari 2012.

1 . Berfikir Besar.
Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.
Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.
Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.
Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.
Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

--------------------------------------------------------------------------------------------


MENCIPTA KEJAYAAN 

Tiada kejayaan tanpa kerja dan usaha. Sejauh mana kerja dan usaha kita, sejauh itulah kejayaan yang bakal kita perolehi. Dalam satu kaedah para ulamak, disebutkan bahawa: “الجزاء من جنس العمل” (Balasan / ganjaran yang diperolehi bergantung kepada usaha / kerja yang setimpal dengannya).

Setiap sesuatu berlaku dengan ketentuan daripada Allah taala. Kenyang dan lapar adalah ketentuan Allah. Begitu juga sakit dan sihat, tenang dan resah, suka dan duka, berjaya dan gagal, susah dan senang, miskin dan kaya, hidup dan mati dan sebagainya; semuanya adalah ketentuan Allah taala. Semua ketentuan ini ada sebab-sebabnya masing-masing. Bersama Musabbabat diciptakan Asbab.

Allah taala mencipta ketentuan-ketentuannya tadi secara berpasangan dan kemudiannya ia memberi peluang kepada manusia untuk memilih / menentukan mana satu ketentuan yang ia suka atau kehendaki dengan berta’amul dengan sebab-sebab yang dicipta bersama-sama dengan semua ketentuan. Seseorang yang ingin menjadi kaya, ia hendaklah melakukan sebab-sebab yang boleh membawa kepada kekayaan. Begitu juga dengan ketentuan yang lainnya.

Manusia boleh mengelak daripada satu ketentuan kepada satu ketentuan yang lain; daripada ketentuan yang baik kepada ketentuan yang buruk atau sebaliknya. Begitu juga manusia boleh menolak satu ketentuan dengan satu ketentuan yang lain. Berkata Imam ibnu Qayyim al Jauzi: “Orang yang benar-benar faqeh (bijaksana) ialah orang yang menolak sesuatu qadar (ketentuan) dengan qadar yang lain, mengangkat satu qadar dengan qadar yang lain dan menentang satu qadar dengan satu qadar yang lain. Bahkan manusia tidak akan berupaya untuk hidup tanpa melakukan tindakan yang sebegini. Ini kerana lapar, dahaga, sejuk dan lain-lain lagi perkara yang ditakuti dan dibimbangi oleh manusia, semuanya adalah tergolong di dalam qadar dan semua makhluk berusaha untuk menolak qadar-qadar ini dengan beralih kepada qadar-qadar yang lain (yang mengembirakan)”.

Kita boleh mengelak daripada qadar (ketentuan) gagal dengan beralih kepada qadar berjaya.Untuk sampai kepada qadar berjaya kita hendaklah berta’amul dengan sebab-sebab kejayaan iaitu usaha dan amal. Seseorang muslim diajar supaya melakukan dua amal (kerja) untuk memastikan kejayaannya:-
1. Amal anggota (الجوارح) iaitu الأخذ بالاسباب (mengambil dan melakukan segala sebab-sebab yang membawa kepada kejayaaan).
2. Amal hati (القلب) iaitu bertawakal kepada Allah dan mengharapkan pertolongannya.

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.
* * * * *

Kita menyedari apa yang sepatutnya dilakukan untuk kejayaan kita tetapi kita tidak melakukannya. Misalnya, ramai di kalangan kita menyedari kepentingan waktu dalam menentukan kejayaan tetapi tidak ramai yang mampu menjaganya. Begitu juga ramai yang tahu perlunya tanzim, tetapi tidak ramai yang mampu menjadikan kehidupannya bertanzim. Kadang-kadang kita merancang atau meletakkan planning untuk melakukannya tetapi kita tidak berupaya memaksa diri untuk mematuhinya. Kenapakah ianya berlaku? Dimanakah silapnya???

Disinilah pentingnya “Keupayaan Menguasai Diri”. Orang yang berupaya menguasai dirinya dialah yang akan menempa kejayaan.

Dalam menentukan kejayaan sama ada dunia mahupun akhirat, aset yang paling utama ialah diri kita sendiri (aqal kita, anggota kita, nafsu kita dan lidah kita). Justeru, itulah keupayaan menguasai diri menjadi terlalu amat penting. Berkata Syeikh Mohd Al-Ghazali: “Manusia apabila mampu memiliki dirinya dan menguasai waktunya maka ia akan berupaya untuk melakukan banyak perkara tanpa menunggu datangnya dorongan-dorongan dari luar untuk menolongnya mencapai apa yang dicita-citakan. Dengan kekuatan dan kebolehan yang ada padanya, disertakan pula peluang yang diberikan, ia akan mampu untuk membina kehidupannya yang baru”.

As- Syeikh Sya’rawi ketika ditanya tentang rahsia kejayaan, beliau berkata: “Rahsia kejayaan ialah seseorang itu menggunakan aqalnya untuk menentukan cita-citanya. Kemudiannya dengan menggunakan aqal juga ia menggariskan jalan -jalan yang boleh menyampaikannya kepada cita-cita tersebut. Seterusnya, ia menjadikan seluruh anggotanya untuk berkhidmat dan bekerja bagi memenuhi cita-citanya dengan melalui jalan-jalan yang digariskan tadi”. 


* * * *

Diriwayatkan di dalam satu hadis, pada suatu hari Nabi s.a.w. masuk ke dalam masjid baginda dan mendapati seorang sahabat yang dipanggil Abu Umamah r.a. duduk termenung dalam keadaan muram pada ketika sahabat-sahabat yang lainnya bertebaran di muka bumi dengan urusan masing-masing. Lalu, Nabi bertanya beliau: “Wahai Abu Umamah! Apakah masalah kamu sehingga menyebabkan kamu masih berada di dalam masjid pada saat ini?”. Abu Umamah menjawab: “Aku dirundung duka dan dibebani hutang-piutang (menyebabkan kepalaku berserabut dan susah hati). Nabi berkata kepadanya: “Mahukah kamu kalau aku ajarkan kepadamu satu doa. Jika kamu membaca doa tersebut pada waktu pagi dan petang nescaya Allah akan menghilangkan segala masalah kamu? Abu Umamah menjawab; “Sudah tentu, ya Rasulullah”. Nabi pun mengajar beliau doa di bawah:

اللهم انى أعوذ بك من الهم واالحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبخل ، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهرالرجال
“Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari dukacita dan sedih, aku berlindung denganMu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung denganMu dari penakut dan kedekut dan aku berlindung denganMu dari konkongan hutang dan dan paksaan orang lain”.
Berkata Abu Umamah: “Aku melakukan seperti mana yang diajar oleh Nabi, maka Allah menghilangkan kedukaanku dan membebaskan aku dari segala hutangku”.

Di dalam doa di atas, Nabi s.a.w. mengajar kita untuk berlindung dengan Allah Ta’ala daripada perkara-perkara yang boleh menggagalkan kita di dalam kehidupan :
1. Perasaan dukacita dan sedih.
2. Rasa sempit dada, malas, pengecut / takut dan bakhil .
3. Tekanan-tekanan daripada luar seperti bebanan hutang, masalah keluarga dan sebagainya.

Manusia kalau hidupnya diselaputi kesedihan dan kedukaan atau merasa sempit dada (العجز) dan malas untuk berfikir dan bekerja (الكسل) atau takut untuk menghadapi realiti (الجبن) dan bakhil untuk mengorbankan apa yang dimiliki untuk mencapai cita-citanya (البخل) nescaya ia tidak akan mampu untuk menghadapi kehidupannya dengan kesungguhan dan keceriaan. Hidup terumbang -ambing dan ia tidak akan berupaya untuk mencipta suatu yang membanggakan di dalam kehidupannya iaitu kejayaan dan kegemilangan.

Begitu juga, sekiranya pemikirannya serabut disebabkan oleh tekanan -tekanan luaran seperti bebanan hutang, masalah keluarga, masalah peribadi dan sebagainya, ia tidak akan berupaya menghadapi sesuatu dengan penuh keyakinan.

Justeru itu, semua faktor-faktor kegagalan ini hendaklah kita hindarkan daripada kehidupan kita. Disamping kita berdoa kepada Allah Ta’ala, kita juga hendaklah berusaha untuk membuang sifat-sifat negatif tadi serta menguatkan semangat dan ketahanan diri untuk berhadapan dengan segala masalah dan tekanan yang timbul dalam kehidupan kita.

* * * * *

Dalam saat-saat ini iaitu saat-saat dimana kita mengharapkan kejayaan sama ada di dalam imtihan atau dalam urusan yang lainnya, sengaja persoalan -persoalan di atas dipaparkan sebagai muhasabah untuk kita bersama agar ia dapat memberi semangat kepada orang yang telah atau sedang berusaha untuk terus berusaha mengejar cita-cita atau kepada mereka yang masih leka dan belum berusaha untuk mula mengorak langkah menuju cita-cita. Kalau kita tidak mula menabur benih, selama-lamanya kita tidak akan dapat menikmati hasilnya.

Kita kadang-kadang mengharapkan kejayaan sedangkan sebab-sebab kejayaan berada jauh daripada kita dan faktor-faktor kegagalan masih lagi melingkungi tubuh kita. Kesimpulannya, kejayaan akan tercipta dengan kita melakukan tiga perkara:
1-Melakukan semua sebab-sebab yang boleh membawa kepada kejayaan.
2-Mampu menguasai diri sendiri.
3-Menghindari serta membuang segala faktor yang membawa kegagalan.

~kita hanyalah hamba~


Sumber dari - http://miftahulqulub.blogspot.com/2009/03/mencipta-kejayaan.html



------------------------------------------------------------------------
NAFSU MUSUH ANDA, ROH SAHABAT ANDA
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid / Khamis / 9 Februari 2012.

Sebenarnya ramai di antara kita berkeinginan besar mahu jadi orang berfikiran positif sebab ramai dari kita mahu membina hidup yang jauh lebih baik dari hidup yang sekarang ini. Ramai nak mengecapi kejayaan. Seperti anda, jutaan orang di luar sana mahu berjaya. Kejayaan yang anda idamkan, kejayaan sebegitulah yang mereka inginkan. Hakikatnya jalan menuju kejayaan dipenuhi cabaran. Cabarannya anda akan merasa sukar mengamalkan fikiran positif. Anda akan merasa senang berfikiran negatif. Anda merasa selesa berfikiran negatif sebab ia sudah menjadi kebiasaan pada anda. Musuh paling ketat, dan paling bermaharajalela adalah diri anda sendiri iaitu nafsu anda.

Sahabat paling rapat, pendamping paling baik adalah roh anda. Roh bersuara melalui ilham spontan sama seperti curahan idea. Nafsu bersuara melalui keinginan yang dinyatakan di hati, terbit di fikiran, terzahir di perbuatan. Untuk kekal menjadi orang berfikiran positif, rajinkan diri beristighfar tiap kali anda mula bersangka buruk. Setiap kali anda bersangka buruk pada orang di sekeliling anda, anda tidak yakin, sangsi atau gusar terhadap sesuatu. Anda takut perkara-perkara buruk yang bakal terjadi, istghfarlah sebab itu adalah godaan nafsu dan nafsu dipengaruhi oleh bisikan-bisikan syaitan.

Istighfar adalah lafaz meminta ampun daripada Allah kerana anda merasa diri anda telah melakukan kesalahan atau merasa anda lalai dalam bisikan syaitan. Setiap kali melafaz istighfar, setiap kali itulah anda merasa terlepas dari satu bebanan berat. Anda merasa semakin dekat dengan Tuhan kerana anda mengharap mahu diampunkan.

Nafsu membuat anda jauh daripada Tuhan kerana anda mempersoalkan apa yang bakal terjadi, dari situlah fikiran negatif muncul. Anda tidak tahu sama apa yang anda usahakan akan menjadi atau tidak menjadi. Sikap mempersoalkan, merasa gusar atau merasa sangsi adalah petanda anda tidak ada  sikap berserah pada ketentuan Tuhan. Orang yang berserah pada ketentuan Tuhan adalah orang positif fikirannya sebab orang sebegini sentiasa melihat kebaikan dalam apa jua keburukan. Orang yang suka mempersoalkan, mengungkit, mempertikai hak dan bersangka buruk adalah orang berfikiran negatif sebab dia melihat keburukan dalam kebaikan.

Orang berfikiran negatif jarang ada yang berjaya. Jika ada, kejayaan yang diraih tidak berkembang dan tempoh sementara. Orang berfikiran positif, ramai yang berjaya bahkan dia menggapai semakin banyak kejayaan. Sikap positif membuat sesiapa saja dekat dengan kejayaan. Sikap negatif membuat sesiapa saja jauh dari kejayaan. Sebenarnya tidak susah menjadi orang berfikiran positif. Anda cuma niatkan dalam hati mahu bersangka baik, amalkan sikap bersangka baik lalu serap sikap bersangka baik sebagai sikap kekal pada diri anda. Pilihlah untuk menjadi orang baik hati. Usah meninggi diri, merendahkan-rendahkan orang, riak, bongkak, mahupun merasa lebih.

Elak mentertawakan seseorang kerana kesilapannya, kerana kealpaannya juga kerana kegagalannya kerana apabila anda buat semua tu, anda membuka ruang untuk menjadi orang berfikiran negatif. Anda akan terjerumus ke lembah sikap negatif tanpa anda sedari. Inilah kenapa musuh paling ketat adalah diri anda sendiri, bukannya orang lain. Binalah semangat kekitaan tanpa mempersoalkan siapa anda, pangkat anda, darjat anda mahupun tahap pendidikan anda. Ringankan tangan berbakti dan rajin-rajinkan diri berbuat baik. Amalan ini baik sebagai terapi buat diri anda dalam usaha berlatih menjadi orang berfikiran positif.

 Sumber dari - http://www.imotivasi.net

 ----------------------------------------------------------------------------------
MOTIVASI KERJA OLEH DATO FADZILAH KAMSAH
Disediakan oleh Syahrul Hakimi bin Setapa / Jumaat / 3 Februari 2012.
‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira dan ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena. “Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insy-Allah'.

1. Ada di antara kita datang ke pejabat hanya untuk memenuhi tanggungjawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi ‘hampeh’, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
2.  Ada kala kita rasa kita ‘BUSY’, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
3.  Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita ‘BUSY BODY’.
4. Adakala kita rasa kita ‘OPEN MINDED’ and ‘OUTSPOKEN’ tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
5. Adakala kita rasa kita berfikiran KREATIF, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MACAM TIADA KERJA?’, adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT?
 
Jadi renungkanlah!


‘Mengkritik tidak bererti menentang,

 
Sumber : http://wanwma.com/motivasi/motivasi-kerja-oleh-dato-fadzilah-kamsah

 

-----------------------------------------------------------------------

5 SOALAN YANG ANDA PERLU TANYA PADA DIRI SENDIRI




Proses muhasabah diri ini adalah penting untuk menimbulkan kesedaran terhadap seseorang mengenai matlamat yang mereka ingin capai. Matlamat adalah amat penting dalam kehidupan seseorang. Sesiapa yang tiada matlamat hidup seolah-olah kehidupannya tiada tujuan dan hanya menunggu saat kematian. Tetapkan suatu matlamat di dalam hidup anda dan berusaha untuk mencapainya. Barulah anda mengetahui nikmat sebenar kehidupan. Setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini ada tujuan hidupnya sendiri dan ia tidak diciptakan untuk menjadi sia-sia. Ada lima soalan yang anda perlu tanya pada diri sendiri untuk anda mengetahui di mana anda berada sekarang, adakah anda semakin menghampiri matlamat yang diimpikan dan ke mana hala tuju anda pada masa akan datang.

Apa yang anda mahukan? Manusia mempunyai pelbagai kemahuan yang mereka impikan. Anda perlu tahu apakah yang anda inginkan di dalam hidup. Pastikan kemahuan anda itu realistik dan berusaha untuk mencapai apa yang anda mahukan. Itulah tujuan anda hidup sehingga ke hari ini.

Adakah anda patut berubah? Sekiranya anda sendiri merasakan tidak suka terhadap apa yang anda telah lakukan, anda sepatutnya berusaha untuk berubah. Seseorang yang hendak berubah adalah lebih baik daripada seseorang yang berasa selesa dengan keadaannya sekarang. Manusia sentiasa memerlukan perubahan.

Adakah anda gembira terhadap apa yang anda lakukan? Kegembiraan adalah suatu nikmat kehidupan. Tanpa kegembiraan kehidupan anda tidak bermakna. Lakukan sesuatu aktiviti yang mampu untuk menggembirakan anda.

Apa yang memotivasikan anda? Anda seharusnya tahu apa yang mampu untuk memberikan dorongon kepada anda. Mengekalkan motivasi adalah asas yang paling penting untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Tanpa motivasi yang berterusan, impian hanyalah sekadar impian dan pasti tidak akan dapat untuk direalisasikan.

Apa sumbangan yang anda ingin lakukan? Kehidupan tidak bermakna sekiranya anda tidak mampu lakukan apa-apa sumbangan terhadap diri sendiri ataupun orang lain. Fokuskan untuk memberikan sumbangan terhadap diri anda dahulu, berusaha untuk buktikan pada diri yang anda juga mampu untuk berjaya. Kemudian sekiranya anda sudah berjaya, berikan pula sumbangan anda kepada masyarakat. 



Sumber dari - http://www.top5reason.com/index.php/5-persoalan-yang-anda-perlu-tanya-pada-diri-sendiri/

 

 

--------------------------------------------------------------------------------

BERFIKIR POSITIF TU SUSAH? OH TIDAK..
Disediakan oleh Yuhanes binti Abdullah/ Rabu / 18 Januari 2012.

Sukarkah untuk berfikiran positif sepanjang masa? Tidak.

Pada permulaan, anda akan merasa sukar.

Anda berasa susah untuk berfikiran positif sebab pada masa itu minda anda sudah terbiasa dengan fikiran negatif.

Sebagai manusia, perubahan kepada sesuatu yang baru memerlukan masa dan kekerapan melakukannya.

Fikiran positif tidak boleh dilakonkan.

Ia terbit dari hati.

Fikiran positif tidak boleh dicampur aduk dengan fikiran negatif dalam satu masa.

Anda tidak boleh berfikiran negatif kemudian berfikiran positif dalam masa yang sama. Kesannya tidak akan ada pada jiwa.

Anda tidak akan rasa bersemangat.

Anda tidak akan berasa dekat dengan Tuhan.

Soalnya di sini, anda boleh berfikiran positif sepanjang masa apabila anda menumpukan usaha kepada sikap bersangka baik, memikir yang baik-baik, berkata yang baik-baik.

Kenapa begitu?

Sebab berfikiran positif adalah satu tabiat.

Apa saja tabiat boleh dibina, diserap lalu dikekalkan dengan cara merubah tindakan, percakapan dan pemikiran.

Untuk anda berubah menjadi orang berfikiran positif, apa yang anda perlu lakukan hanyalah merubah tindakan anda, merubah cara anda bercakap dan merubah cara pemikiran anda.

Sebagai contoh, jika sebelum ini anda selalu bersangka buruk, ubahlah sikap itu kepada sikap suka bersangka baik.

Hadirkan sikap bersangka baik dan kemudian latih diri melakukannya sekerap mungkin setiap masa dan sepanjang masa.

Contoh lain, jika sebelum ini anda suka mengutuk, mengomen dan mengomel, ubah sikap itu kepada sikap suka mengagumi, memandang tinggi, menghormati dan menghargai. Amalkan selalu.

Pada peringkat permulaan, ia akan terasa susah.

Lama-kelamaan bila dan sudah selalu praktis, ia akan menjadi kebiasaan.
Ia akan menjadi sikap anda secara semulajadi (natural).  Motivasi anda akan sentiasa menyala.

Sumber dari - www.imotivasi.net

--------------------------------------------------------------------
TAK PANDAI BUKAN TAK BOLEH

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Jumaat/ 13 Januari 2012.



Dalam kehidupan harian kita, kita sering melihat perkara baru yang kita perasan ia ada peluang untuk dikembangkan. Jika bukan untuk dikembangkan sekalipun, kita mungkin terasa minat untuk mendalami perkara tersebut.







Disediakan Oleh Fathul Muin/ Isnin / 9 Januari 2012.


1.     Jangan Peduli Anda Siapa

Selalunya ia bermula dengan tanggapan seperti ini:
* ‘saya rasa kurang bersemangatlah’
* ‘saya bukannya orang yang bijak’
* ‘saya tidak yakinlah dengan diri sendiri’
* ‘bolehkah saya lakukannya?’
* ‘bolehkah saya lulus peperiksaan dengan cemerlang?’

Malangnya, anda akan mulai percaya pada tanggapan-tanggapan anda terhadap diri sendiri ini. Seolah ia suatu yang mutlak dan wajib diikuti. Akhirnya kepercayaan-kepercayaan negatif ini akan bertukar menjadi sebahagian daripada sistem badan dan bertukar menjadi bahagian diri anda. Jangan berikan peluang dan ruang diri anda untuk mendengar kata-kata negatif diri anda ini. Setiap kali mendengarnya, segera padamkan daripada ingatan. Jangan percayakannya sama sekali. Cubalah belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan akan lakukan pada masa depan. Tiada masalah kalau anda gagal. Setiap orang pernah merasainya. Kegagalan bukannya sesuatu yang buruk. Secara peribadi saya sukakan kegagalan. Ia banyak mengajar saya untuk menjadi lebih baik. Apa yang paling penting ialah setiap kali anda gagal melakukan sesuatu, anda berdiri semula.

2.     Berhati-Hati Membuat Pilihan

Pada setiap masa, otak kita menawarkan dua atau lebih pilihan (kecuali kes-kes tertentu yang jarang berlaku). Pilihan di dalam otak itu misalnya sama ada anda mahu melakukan sesuatu kerja itu sehingga berjaya atau satu lagi pilihan yakni tidak melakukan kerja itu langsung kerana mungkin anda gagal. Jadi sentiasalah pilih bahagian otak yang percaya pada diri anda, yang mengambilberat kejayaan anda dan yang memaksa anda menjadi orang yang anda cuba jadi.

3.     Pertahankan Apa Yang Anda Sukai

Tiada yang lebih bererti dalam kehidupan ini selain daripada melakukan atau menyiapkan sesuatu yang paling kita sukai. Ada orang memanggilnya ‘minat’, sementara yang lain menggelarnya sebagai ‘sebab’.
Sebab, alasan, hobi, minat atau apa saja anda panggil itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat. Ia tidak pernah kering atau habis. Ia akan berterusan mengalirkan motivasi kepada anda selagi mana anda pertahankan kesukaan anda itu. Bahkan adakalanya sumber ini mampu memotivasikan seseorang melakukan sesuatu yang luarbiasa atau kejayaan besar yang sukar dicapai oleh orang lain.

4.     Berimpian Tinggi

Impikan sesuatu yang besar. Ini akan menghasilkan inspirasi. Inspirasi pula akan membuat seseorang bekerja keras dengan minat yang cukup mendalam. Kalau anda tidak berimpian tinggi, anda akan kekal berimpian rendah. Anda akan menjadi orang biasa yang serupa saja dengan orang lain. Tiada semangat. Tiada tujuan. Tiada apa-apa. Apa yang paling kita takuti bukannya..
“Seseorang yang berimpian tinggi dan gagal mencapainya, TETAPI seseorang yang berimpian rendah dan berjaya mencapainya!”

5.     Bersaing Dengan Diri Sendiri
Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi kerap kali ini jugalah penyebab utama yang akan memusnahkan motivasi diri anda. Manakan tidak, kalau anda akan membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain setiap kali. Bersainglah dengan diri sendiri. Oh..ya, mungkin anda masih ingat pepatah lama Inggeris yang menyebut ‘you are your worst enemy’. Jadi jangan pandang rendah pada diri anda sendiri. Sebelum mengalahkan orang lain, kalahkan diri anda dahulu! Baharulah hebat namanya.

Sumber Asal: http://keajaibanpenjimatan.com/
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KENAPA HIDUP ANDA TIDAK SELALUNYA INDAH
 
Hidup memang selalunya indah.

Tapi, yang menjadikan hidup ini tidak indah adalah anda.

Anda menjadikan hidup anda tidak indah dengan memikirkan yang buruk, bersangka buruk dan bersikap buruk, termasuklah berkata yang buruk-buruk.

Lihatlah orang yang berfikiran positif. Orang sebegitu hidupnya indah. Dia bahagia, dia nampak seperti orang bertuah kerana dia nampak bahagia.
Sebenarnya semua itu diusahakan melalui minda. Keindahan hidup boleh dibentuk. Caranya bagaimana? Melalui fikiran.

Fikiran kita ini bertindak sebagai doa. Lebih banyak kita berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa dan terus berdoa supaya apa yang kita fikirkan itu muncul menjadi realiti dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh, tiap kali anda memikir masalah, samalah seperti anda selalu meminta masalah dimunculkan.


Setiap kali anda geram dengan masalah, setiap kali itu jugalah anda seolah-olah meminta makin banyak masalah dimunculkan dalam hidup anda.

Setiap kali anda dilanda situasi buruk yang tidak dijangka seperti kemalangan, masalah kewangan, tekanan perasaan, tekanan kerja, sikap kawan yang menyakitkan hati atau sesuatu berlaku di luar kemahuan anda, alihkan perasaan sakit hati itu. Hentikan.


Bertenang dan berserahlah.


Apabila sesuatu sudah berlaku, anda tidak ada kuasa mengubahnya. Tapi anda akan berkuasa untuk mengawal apa yang bermain di fikiran anda.

Orang yang selalu berfikir positif akan mendapat balasan positif.


Mungkin masa itu situasi tidak memihak kepada anda, tapi di satu ketika lain, situasi akan memihak kepada anda kesan dari sikap berfikiran positif, kesan dari sikap bersangka yang baik-baik.


Yang baik tetap akan mengatasi yang buruk walau kelihatannya yang buruk itu seolah-olah menang.


Ubah sikap anda. Binalah sikap suka bersangka baik. Sebab, sikap itu akan menunjukkan kesannya.

Bezanya, cepat atau lambat saja.

Sumber dari - http://shueqry.blogspot.com/


-------------------------------------------------------------------------------
MENGAPA KITA TAK KAYA-KAYA

Disediakan Oleh Amalina Bt Rossli / Selasa / 27 Disember 2011.

Artikel kali ini mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah "kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa".
Kenapa agaknya?

Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin kerana:

1.Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
2.Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3.Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak.
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan.


Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.


Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepada-Nya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hamba-Nya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.


Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa "mudahnya urusan aku" , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.


Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan.  

Fikir-fikirkan.


Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.


Sedangkan si dia dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat pada-Nya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar layak untuk kita.


Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang kita pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan kita melupakan Allah, kita redha jika kita hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.


Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. Insya-Allah.


Sumber artikel iluvislam.com



------------------------------------------------------------------------------------

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI
Tetapi sayang, impian itu cuma angan-angan sahaja. Kenapa ia hanya menjadi angan-angan? Kerana sifat kita yang suka menyalahkan diri sendiri. Apabila nampak sesuatu yang agak sukar atau sesuatu di luar bidang kita, kita mula menaruh perasaan kosong yang mengecewakan diri sendiri.


‘Aku tak pandai laa..’

Inilah ungkapan yang sering kita lontarkan kepada minda kita. Sebenarnya ungkapan ini tidak bermaksud kita tidak pandai, tetapi ia lebih bermaksud:

‘AKU MALAS LA…

Inilah signal yang kita hantar kepada minda kita semasa berkata kita tidak pandai. Terus terang saja, tak pandai bukannya tak boleh, yang tidak boleh sebenarnya disebabkan kita MALAS!

Patut la Richard Melman berkata, Lawan kerja adalah malas! Baca petikan di bawah:

Beberapa tahun dahulu saya telah ditemubual oleh seseorang yang menulis buku berkaitan usahawan. Dia bertanya kepada saya,
“Apakah lawan bagi perkataan kerja?”

Saya menjawab, – “Malas!”

Dia mula ketawa dan berkata,

“Percaya atau tidak, ramai usahawan menyatakan perkara yang sama!”

Orang biasa berfikir lawan bagi perkataan kerja adalah bermain, tapi bagi seorang usahawan,  kerja itulah mainannya.
Richard Melman

Dari sini kita boleh fikirkan sendiri. Selama ini kita nampak banyak peluang di mana-mana, kita belajar pelbagai perkara, kita bercakap itu dan ini dengan orang, namun kita sering memberi alasan, ‘Aku tidak pandai!’
Sedangkan pada hakikatnya kita ‘boleh’! Cuma malangnya kita MALAS!
Ingin terus memberi alasan?

“Alasan Tetap Alasan Walaupun Ia Adalah Benar!”

Jika anda rasa artikel ini berjaya menyakitkan hati anda, kongsikanlah artikel ini untuk menyakitkan hati rakan anda pula!

Sumber dari - http://wanwma.com/motivasi/tak-pandai-bukan-tak-boleh/
 

---------------------------------------------------------------------------------
5 TIP BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

Disediakan oleh Rushdan bin Ahmad / Selasa / 20 Disember 2011.


Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

i. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi
   masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

ii. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum
    daripadanya. 

iii.Sesiapa yang menulis mushaf dia akan mendapat pahala selagi ada
    orang yang membacanya.   

iv.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang
    menggunakannya.  

v. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang
    memakannya baik manusia atau burung.   

vi.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selamadia diamalkan
    oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak
    yang soleh yang mana dianya selalu mendoakan kedua orang tuanya
    dan beristighfar baginya.

vii.Anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang
    mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
    ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu
    Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila
    telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga 
    macam :

a. Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah),
b. Ilmu yang berguna dan diamalkan,
c. Anak soleh yang mendoakan kebaikan baginya.


----------------------------------------------------------------------------------

KISAH YANG MENYENTUH EMOSI

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 14 Disember 2011.





Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.


“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.


Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap orang yang lalu akan ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”


Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premis itu untuk mencari pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemui enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Saya melihat dari jauh kanak-kanak itu berada di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta saya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.


“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.


Saya renung wajahnya yang bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati saya. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping wang merah RM10 kepadanya.


“Ambil duit ni dik. Abang sedekah. Tak payahlah abang beli kuih tu,” saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih. Dia terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. 

Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta dan memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit tadi kepada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik,” kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.


“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis adalah kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang! katanya dengan begitu lancar.


Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih di dalam bakul itu.


“Abang nak beli semua ke?” dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu hendak berkata-kata.

“RM25 saja bang.”


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan wang sebanyak RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia berlalu sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya membeli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! Bersyukur dengan apa yang kita ada.





Sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=253623


-------------------------------------------------------------------------------------
KISAH PEMANCING CILIK

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 7 Disember 2011.  



Di tebing sebuah sungai, ada seorang anak kecil sedang bermain-main. Dia bermain air yang bening di sana. Sesekali tangannya dicelupkan ke dalam sungai yang sejuk. Anak kecil itu sangat gembira dengan permainannya.

Dia juga sering memerhatikan seorang pakcik tua yang hampir setiap hari datang ke sungai untuk memancing. Setiap kali bermain di sungai, setiap kali pula dia melihat pakcik tua itu asyik mengulurkan pancingnya. Kadang-kadang, tangkapannya sedikit, namun ada kalanya banyak.





Pada suatu petang, pakcik tua itu bersiap-siap hendak pulang dengan ikan hasil tangkapan yang hampir memenuhi bakulnya. Anak kecil itu segera mendekati pakcik tua tersebut. Dia menyapa pakcik tua itu sambil tersenyum. Hairan melihat anak kecil itu mendekatinya, pakcik tua itu menyapa lembut. "Hai anak, kamu mahu ikan? Pilih ikan mana yang kamu suka dan ambillah beberapa ekor. Bawa pulang dan minta ibumu untuk memasaknya," kata pakcik itu ramah.





"Tidak. Terima kasih pakcik," jawab si anak.

"Erm.. Pakcik sudah lama memerhatikan kamu. Hampir setiap hari kamu bermain di sini sambil melihat pakcik memancing ikan. Sekarang pakcik berikan kamu ikan tapi kenapa kamu tidak mahu?" tanya pakcik tua itu.



"Saya gembira melihat pakcik memancing. Boleh tak pakcik ajar saya bagaimana untuk memancing?" tanya si anak penuh mengharap.



"Wah, bagus. Kamu ini anak yang bijak. Jika kamu belajar memancing kamu boleh mendapatkan ikan lebih banyak. Baiklah, pakcik bagi kamu alat pancing ini. Esok kita akan mula belajar memancing," kata pakcik itu lagi.

Begitulah langkah seterusnya. Setiap kali berjaya menarik ikan, mereka kemudian melemparkan kembali kail yang telah diberi umpan ke dalam sungai. Mereka memasang umpan kembali, melemparkan ke dalam sungai, menunggu umpan dimakan ikan dan melepaskan mata kail dari mulut ikan. Begitulah yang mereka laukan sehinggalah petang menjelang tiba.



Ketika hendak pulang, si anak kecil itu bertanya, "Pakcik, ini sajakah caranya untuk memancing ikan? Atau masih ada cara yang lain, pakcik?"





Mendengar pertanyaan tersebut, pakcik itu terus tersenyum. "Benar anakku. Beginilah, caranya memancing ikan. Apa yang kamu perlukan adalah kesabaran dan ketekunan. Kemudian, fokus pada tujuan dan apa yang kamu sedang lakukan. Belajar memancing sama dengan belajar  menguruskan kehidupan ini. Setiap hari, kita akan mengulangi kerja dan rutin yang sama. Tetapi, selalunya kita akan mengulangi kerja atau rutin yang sama itu dengan ada penambah baikan dan kita teruskan kerja-kerja yang baik sahaja. Kerja yang tidak baik haruslah ditinggalkan. Sabar, tekun, fokus pada tujuan dan beri konsentrasi pada apa yang sedang kamu lakukan, insya-Allah tujuamu akan tercapai."


Sumber dipetik dari - http://artikelmotivasi.blogspot.com/2008/04/pemancing-cilik.html


------------------------------------------------------------------------
GENIUSKAH ANDA?


Keesokan harinya, anak kecil itu datang dengan penuh semangat. Dia begitu berkobar-kobar hendak belajar memancing bersama pakcik tersebut. Mereka memasang umpan, melemparkan tali kail ke sungai dan menunggu dengan sabar. Kail pun tenggelam ke dalam sungai dengan umpan yang menarik perhatian ikan-ikan untuk memakannya. Beberapa saat kemudian, mereka melihat tali kain mula bergoyang-goyang kerana didekati oleh sang ikan. Ketika ada ikan yang memakan umpan, pakcik dan anak kecil tadi segera bergegas menarik pancing mereka. Wah, ada ikan yang telah memakan umpan di hujung kail mereka.


Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Khamis/ 1 Disember 2011.  


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Pepatah daripada Thomas Edison berbunyi “Genius is one percent inspiration and ninety nine percent perspiration.” Sekiranya itu benar, kita semua mempunyai potensi menjadi seorang genius!

Bagaimana caranya? Tidak susah seperti yang disangkakan. Dengan hanya mengikut 3 perwatakan seseorang genius, anda juga boleh menjadikan diri anda menjadi genius.

Perwatakan Genius #1

Seorang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan dengan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan 100% pada masa itu untuk menyelesaikannya. Seluruh tenaga dapat didedikasikan untuk menjayakan sesuatu. Lebih hebat kita fokus kepada sesuatu isu dengan tumpuan yang amat tajam, lebih hebat dan kreatif agar kita mencapai sesuatu matlamat itu. Ini bermakna, ketika melakukan sesuatu, tumpukan 100% perhatian kepada perkara tersebut - tanpa memikirkan benda lain yang hanya menganggu momentum kita dalam melakukan kerja tersebut.

Asas kepada melakukan ini adalah dengan mempunyai matlamat dalam melakukan apa sahaja. Sesuatu matlamat yang bertulis akan menjadikan tugas yang kita ingin lakukan lebih jelas dan tertumpu. Tidak kira matlamat kecil, ataupun matlamat besar, kita perlu ambil pen dan kertas dan tuliskannya. Aktiviti menulis ini sahaja akan menggerakkan minda separuh sedar kita untuk membantu mencapai matlamat tersebut.

Sebaiknya, tulis semua detail dan maklumat matlamat – lagi banyak maklumat yang ditulis, lebih mudah minda untuk berfungsi membantu mencapaikannya.

Berita baiknya, untuk mengasah fokus kita, adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dengan memupuk tabiat menulis setiap matlamat kita dan berusaha menjauhkan gangguan-gangguan minda, secara perlahan-lahan, kita akan lebih fokus kepada kerja di tangan 100%!

Perwatakan Genius #2

Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik untuk menangani sesuatu isu, masalah atau kerja. Dalam kata lain, mempunyai perancangan yang rapi - sering kali menulisnya di atas kertas setiap langkah mengikut keutamaan. Mereka juga mengambil masa untuk duduk dan mencerminkan keadaan semasa dengan tepat supaya mengetahui sesuatu titik permulaan.

Tidak cukup dengan hanya menulis matlamat, skema perancangan bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut juga perlu ditulis. Ianya dikatakan bahawa seringkali sesuatu masalah itu mempunyai penyelesaian yang amat jelas. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita perlu tahu masalah kita dengan jelas dan mencari penyelesaian masalah itu dengan tenang.

Tetapkan keutamaan dalam apa yang ingin dilakukan. Apa yang perlu dibuat dahulu, pastikan ia disegerakan dan apa yang perlu dikemudiankan, dibuat kemudian. Bukan sekadar menjadi genius sahaja tetapi, tip ini juga akan membantu anda untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik.

Cara mudah menggunakan teknik ini adalah menyenaraikan apa sahaja yang kita ingin anda lakukan dan meletakkan prioriti A-B-C-D pada setiap entri di mana A adalah sesuatu yang paling penting untuk dilakukan dan D adalah sesuatu yang tidak penting langsung dan boleh ditinggalkan. Selepas membuat prioriti, ikut susunan kerja yang perlu dilakukan dari A sehingga C.

Ianya adalah amat penting untuk mengetahui di mana kita berada kini untuk membolehkan kita melihat perjalanan kita untuk mencapai matlamat dengan lebih jelas. Para genius melakukannya, apa kata kita pun turut lakukannya!

Perwatakan Genius #3

Seorang genius mempunyai minda yang terbuka dan sedia menerima idea-idea baru dan tidak menutup fikirannya. Kerap bertanyakan pada diri sendiri dengan soalan “What if…” dan mengundang berbagai-bagai input dan jawapan untuk menghasilkan sesuatu.

Thomas Edison juga pernah menyebut “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Ketika kita kanak-kanak, kita tidak meletakkan had pada pemikiran kita. Entah bagaimana, pemikiran begitu hilang apabila kita membesar. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan membuka fikiran dan imaginasi kita kepada idea-idea baru. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had pada apa yang kita boleh capai. Dengan melakukan ini, secara automatik kita akan menjadi lebih kreatif seperti seorang yang genius!

Menjadi genius adalah sesuatu yang semua orang boleh pelajari. Saintis mengatakan bahawa manusia genius sepertti Albert Einstein atau Thomas Edison hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. Begitu besar lagi potensi otak manusia yang masih belum pernah diterokai. Langkah awal kita adalah dengan mengamalkan 3 perwatakan genius yang telah diterapkan di atas!

Semoga kita menjadi seorang yang genius tidak kira apa sahaja yang kita lakukan!

Sumber dari - http://azharmokhtar.com/motivasi/motivasi-geniuskah-anda/


-------------------------------------------------------------------------------------------

MOTIVASI PAGI
Disediakan oleh Rosmawati Zubir/ Selasa/ 29 November 2011.

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
    
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. 

Di waktu awal pagi, jangan buka e-mail, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

  
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. 

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.  Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.  Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. 

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
 
6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.  Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!  Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.  Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.  Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.  Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.  Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup ! 




Sumber dari : http://puspanita.motour.gov.my/panduanmotivasi/86-motivasi-pagi.html



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UJIAN ALLAH S.W.T. : SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA?
 Disediakan Oleh : Amalina Bt Rossli /23 November 2011/Rabu 
Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.
Ada orang diuji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.
Andai dirimu diuji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.
Sedang dirimu diuji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan di akhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Allah S.W.T berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)
Allah S.W.T berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)
Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu di mana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"
Sumber daripada : www.iluvislam.com

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUTIARA HATI
Disediakan oleh Rushdan bin Ahmad/ Khamis/ 17 November 2011.

  • Mimpi tidak akan jadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
  • Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
  • Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • Kebocoran yang kecil masih boleh menggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerja membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENAPA ANDA PERLU MEMAAFKAN ORANG YANG SAKITKAN HATI ANDA
Kenapa anda perlu memaafkan orang lain?

Supaya anda senang untuk merasa bahagia, gembira dan tenang di jiwa.
Kenapa ada ramai orang susah hennak merasa gembira? Ini adalah kerana di hati mereka ada titik-titik hitam.
Titik-titik hitam ini yang mengotori jiwa.
Apabila jiwa sudah kotor, ia akan dipenuhi dengan perasaan-perasaan kotor dan emosi-emosi kotor (emosi negatif) dan akan mengakibatkan timbul perasaan marah, benci dendam atau dengki.
Kesemuanya itu akan bersarang dan melekat di situ.
Oleh itu, anda akan mudah naik marah, mudah merasa benci, cepat berdendam dan cepat dengki dengan orang lain.
Sekali anda tidak memaafkan, sepuluh kali titik-titik hitam tumbuh membiak di dalam hati anda.
Jika anda hendak gembira, hendak ceria tapi susah untuk merasa gembira, susah untuk merasa ceria, semua berpunca dari hati anda.
Anda tidak memaafkan kesalahan orang yang buat salah kepada anda.
Anda tidak memaafkan orang yang marahkan anda.
Anda tidak memaafkan orang yang mengejek, menghina, mengkeji dan mengata anda.
Anda tidak memaafkan sikap dan perbuatan mereka.
Justeru, kesannya titik-titik hitam di hati anda akan makin membesar, makin banyak.
Hati anda menjadi semakin hitam dan semakin gelap.
Hati orang yang pemaaf di sinari cahaya.
Mereka mudah merasa gembira, ceria dan mudah merasa bahagia kerana tidak ada titik-titik hitam melekat bertempek di dalam hati mereka ni.
Apabila sudah gembira, ceria dan bahagia, mudah untuk rasa bermotivasi dan bersemangat.
Bila sudah ada motivasi anda akan ada energi.
Dari sinilah, anda merasa sentiasa bertenaga.
Anda akan merasa terdorong dan menjadi kuat bekerja.
Maafkan kesalahan orang yang pernah membuat anda merasa sakit hati.
Maafkan orang yang anda tidak puas hati dengan perangainya.
Maafkan orang yang pernah menghina, merendah-rendahkan dan mempersendakan anda.
Sikap sebegini akan menjadikan anda maju ke depan.
Lawan api dengan api, maka anda akan musnah. Kedua-duanya akan musnah.
Bila lawan api dengan air, anda akan dapat musnahkan api, lalu meninggalkannya untuk mengecapi hidup yang lebih baik.

Sumber dari - http://www.imotivasi.net/category/motivasi-kejayaanhttp://motivasi/



------------------------------------------------------------------------------

 

MINDA JUTAWAN TRUMP SEBAGAI USAHAWAN

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Selasa/ 1 November 2011.

 


Trump mencatatkan  di dalam bukunya Trump : Think Like A Billionaire, 

“ Di dalam dunia yang mempunyai enam bilion manusia, hanya terdapat 587 bilionair. Ia adalah sebuah kelab yang amat eksklusif. Adakah anda ingin menyertai kami?”

Berbicara tentang ikon dunia bernama Donald J. Trump ini, pasti tidak dapat dipisahkan dengan kekayaan dan status beliau sebagai seorang jutawan bertaraf bilionair. Sesuai dengan kedudukan beliau sebagai salah seorang ikon dunia dalam perspektif kekayaan dan jutawan.

Maka, musim kedua artikel pengkajian Donald Trump akan berkisar tentang minda beliau sebagai seorang jutawan, dalam sudut sebagai seorang usahawan. Bertepatan dengan konsep Majalah Niaga yang ruang lingkupnya adalah keusahawanan dan perniagaan.

Usahawan Tidak Semestinya Jutawan

Diketahui umum, menjadi seorang usahawan adalah antara jalan terbaik untuk seseorang itu menikmati kebebasan kewangan, dengan kaya-raya serta mencapai status seorang jutawan. Namun begitu, menjadi seorang jutawan bukan keutamaan apabila seseorang itu memulakan kehidupan sebagai seorang usahawan.

Namun, tanpa sedar dan secara tersirat. Keinginan menjadi seorang jutawan pasti terselit jua di sudut hati.


Jurulatih kewangan peribadi nombor satu dunia, Robert Kiyosaki turut meletakkan mereka yang bergelar seorang usahawan sebagai seorang jutawan pada masa hadapan, jika menepati syarat kuadran B (Perniagaan Besar).
Malahan, Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad’s Cashflow Quadrant: Guide to Financial Freedom turut menegaskan, mereka yang bekerja makan gaji iaitu kuadran E dan bekerja sendiri di kuadran S kurang berpotensi menjadi seorang jutawan dengan kebebasan kewangan, berbanding mereka yang berada di kuadran B.

Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai yang menceburi bidang keusahawanan akhirnya berakhir dengan kemelaratan hidup akibat hutang-piutang, kehabisan modal, tergadai seluruh harta benda dan sebagainya. Lebih malang lagi, sampai ada yang bercerai-berai akibat kemelaratan hidup.

Akibat Gagal, Mereka Menyalahkan Bidang Keusahawanan

Kesan jangka panjangnya, ramai yang menyalahkan bidang keusahawanan menyebabkan mereka hidup semakin susah. Jika sebelum ini mereka bekerja dan menikmati gaji setiap bulan. Kini, keadaan jauh berbeza. Hidup semakin melarat apabila wang semakin sukar diperolehi.
Setiap penghujung bulan, tiada jaminan wang akan diterima tetapi yang pasti, banyak wang yang diperlukan untuk menyelesaikan segala pembayaran wajib seperti sewa premis, gaji kaki tangan, hutang piutang dengan pembekal dan sebagainya.


Jika begitu, bagaimanakah seseorang itu mampu menikmati kebebasan kewangan dengan hidup sebagai seorang usahawan?

Mengapa pula, sebahagian besar mereka yang melibatkan diri sebagai seorang usahawan gagal menikmati kebebasan kewangan. Sebaliknya, semakin melarat hidup yang dilalui?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa perniagaan yang dijalankan membawa dirinya kepada kegagalan, meskipun segala teori dan pratikal menjalankan perniagaan yang diberikan telah diikuti sebaik mungkin.
Jika ini yang berlaku kepada seorang usahawan. Mungkin tiba masa untuknya merenung kembali program yang terdapat dalam minda bawah sedarnya.

 

Menguruskan Minda Separa Sedar Usahawan

Apakah perisian-perisian yang telah dimasukkan ke dalam minda separa sedar sehingga wang tidak mahu mendekati diri?


Kebanyakan usahawan tidak sedar, mereka telah memasukkan perisian-perisian yang salah ke dalam program minda separa sedar mereka. Lantas, minda separa sedar mereka bertukar menjadi minda kemiskinan, bukannya minda jutawan. Contoh perisian-perisian yang salah dan bertentangan dengan matlamat itu  adalah saranan-saranan berbaur negatif seperti:

“Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita harus gagal terlebih dahulu”

“Sudah lumrah, setiap jutawan akan mengalami kemiskinan yang sangat teruk sebelum mengecapi kekayaan”

“1/10 dari perniagaan yang baru bermula akan mengalami kegagalan. Itu perkara biasa untuk semua usahawan”

“Dua tahun terawal perniagaan merupakan detik penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Jika anda dapat bertahan selepas dua tahun, itu petanda baik perniagaan anda akan berdaya maju”

Saranan-saranan sebegini sudah biasa dilafazkan, baik secara luaran atau dalaman oleh seseorang usahawan. Ini terjadi kerana kata-kata di atas selalu dijadikan azimat oleh pakar motivasi, sejak zaman-berzaman untuk mendorong kejayaan seorang usahawan.

Persoalannya, benarkah begitu? Mengapa peratusan kegagalan menikmati kebebasan kewangan yang melibatkan keusahawanan sentiasa tinggi?

Jawapannya kerana saranan-saranan motivasi itu merupakan satu bentuk arahan yang diterima oleh minda separa sedar, agar ia bekerja dengan matlamat mencapai apa yang terkandung di dalam saranan tadi. Apakah yang terkandung dalam saranan itu tadi? Mari kita perhatikan bersama-sama.

1. ” Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita harus gagal terlebih dahulu”
2. “Sudah lumrah, setiap jutawan akan mengalami kemiskinan yang sangat teruk sebelum mengecapi kekayaan

3. “1/10 dari perniagaan yang baru bermula akan mengalami kegagalan. Itu perkara biasa untuk semua usahawan”

4. “Dua tahun terawal perniagaan merupakan detik penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah perniagaan. Jika anda dapat bertahan selepas dua tahun, itu petanda baik perniagaan anda akan berdaya maju”

Dapatkah anda perhatikan bagaimana saranan-saranan motivasi ini adalah satu pembunuh senyap kepada diri untuk menjadi seorang jutawan.

Kata-kata indah motivasi keusahawanan yang biasa didengar ini, rupanya menjadi dinding yang akan sentiasa menghalangi wang datang kepada seseorang yang menjadi usahawan.

Anda hentikan pembacaan artikel ini sebentar, hayati kembali semula ke empat-empat azimat indah motivasi keusahawanan yang biasa dilafazkan itu.
Apakah yang dapat dirungkaikan bersama?

Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan Trump dalam salah satu buku terbitan Trump University yang bertajuk  Trump Universty : Real Estate 101.

 …lihat setiap hari yang baru sebagai hari yang penting untuk masa depan anda dan sebagai hari yang istimewa kerana anda memilikinya.” 


Sumber dari -http://www.majalahniaga.com/episod-1-minda-jutawan-trump-sebagai-usahawan.html

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (joeffauntikhakiwhywewantyoutoberich.comvvcradio.com)




--------------------------------------------------------------------------------

CERITA-CERITA MOTIVASI DAN INSPIRASI DIRI…
Disediakan oleh Syahrul Hakimi/ Khamis/ 20 Oktober 2011.

Siapa lebih bijak?Seorang lelaki telah menjadi seorang jurutera dan mempunyai 2 orang anak. Beliau telah berjumpa dengan bekas gurunya yang mengajarnya semasa di sekolah rendah dan kini telah menjadi seorang wakil rakyat.

Kebetulan parti yang dimasuki oleh jurutera itu adalah berlainan dengan parti bekas gurunya maka dengan lantang dia sering membangkang apa yang dikatakan oleh bekas gurunya semuanya tidak betul belaka.

Seorang alim telah menegur lelaki itu.

"Mungkin dari segi ilmu kejuruteraan, sains dan teknologi, kamu lebih baik daripada bekas guru kamu tapi dari segi bijaksana, dia lebih bijaksana daripada kamu. Ilmu yang paling berharga ialah kebijaksanaan dalam segala hal hingga tidak menyalahkan orang lain dan merasa diri lebih pandai".

Nilai Kehidupan


Di depan ramai muridnya, seorang guru menceritakan pengalaman bertemu dengan seorang veteran perajurit mantan juruterbang perang dunia ke-2.

Pada suatu hari, perajurit tersebut menerbangkan ratusan pekerja dari China untuk menyiapkan projek jalan melintasi hutan di Myanmar.

Jarak penerbangan tersebut cukup jauh dan lama. Untuk menghilangkan kebosanan sekaligus memanfaatkan waktu luang, pekerja-pekerja itu bermain judi dengan daun terup. Awalnya, mereka bertaruh dengan duit dan harta yang ada. Semakin lama lantaran tidak ada lagi yang boleh dipertaruhkan, mereka bertaruh dengan hidupnya. Yang kalah mesti terjun ke keluar pesawat tanpa menggunakan payung terjun.

Bayangkan!

"Alangkah mengerikan dan kejamnya mereka!" teriak seorang murid mendengar cerita tersebut.

"Memang benar," jawab guru. "Tapi, dengan permainan itu, ia menjadi semakin mengasyikkan.. Melalaikan!"

Memudian dia melanjutkan kata-kata, "Kamu baru dapat mensyukuri nikmat hidup apabila pernah mempertaruhkannya. Oleh itu, fikirkanlah bahawa nilai kehidupan ini amat tinggi".

Kegagalan yang abadi


Adakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba barang sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.

Adakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Perhatikan pesanan yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuatkan anda lebih berwaspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi cabaran yang sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda - Lebih dari rasa takut.

Rasa takut sebenarnya keistimewaan untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajarkan anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.

Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mula bertindak. Bila anda sudah mencuba dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.

Produktiviti


Penebang pokok akan mengasah kapaknya. Pemburu akan senantiasa menegang dan membetulkan busurnya. Penulis akan meraut pensilnya. Tukang rumah akan senantiasa mengasah pahatnya. Pereka akan senantiasa memperbaharui peralatannya. Ini adalah prinsip mudah tentang produktiviti.

Tidak banyak pohon yang boleh ditebang dengan kapak yang tumpul dan haus. Tidak ada buruan yang mampu ditaklukkan oleh busur yang tidak tajam. Tiada sebuah kata dapat tertulis dari pensil yang patah. Tidak ada rumah kayu yang tidak berpahat. Maka, apa yang harus anda asah agar tetap meraih kehidupan peribadi dan karier kita yang penuh bermakna?

Kita memiliki sesusuk tubuh yang pasti akan dimamah usia. Juga kecerdasan yang ada tidak banyak bererti jika ketinggalan dek kemajuan zaman. Serta, sekepal hati nurani yang mudah dicemari oleh debu-debu dunia.

Maka, tiada yang patut kita rawat selain tubuh agar sentiasa menjadi rumah yang nyaman bagi jiwa. Tiada yang perlu kita asah selain fikiran dan keterampilan agar selalu dapat digunakan untuk membuka pintu kemakmuran. Serta, tiada yang harus kita pertajamkan selain hati nurani yang memungkinkan kita mendengar nyanyian kebahagiaan hidup ini.

Rakan-rakan., marilah kita asah minda kita untuk berfikir secara kreatif dan logik. Sediakan senjata tajam agar kita dapat menggunakannya untuk mengorek tanah bagi bercucuk tanam atau memotong pohon untuk membina bangunan atau memanah buruan untuk mendapatkan makanan atau membunuh musuh bagi kehidupan selanjutnya. Fikir-fikirkanlah…..




-------------------------------------------------------------------------------------------- 
MEMBINA MOTIVASI DALAM DIRI

Disediakan oleh Lilis Suriyani binti Abdul Manaf/ Jumaat/ 14 Oktober 2011.



Tetapkan Saat Kematian
Anda perlu memikirkan saat kematian meskipun ia tidak diketahui bila saatnya. Membayangkan saat-saat terakhir dalam hidup ini sesungguhnya merupakan saat-saat yang sangat menginsafkan. Anda dapat membayangkan ‘flash back’ dalam kehidupan anda. Bermula sejak anda kanak-kanak, remaja, hingga tampil dewasa. Jika anda membayangkan ‘ajal’ anda sudah dekat, maka ia akan memotivasikan anda untuk membuat lebih banyak pahala selama hidup anda.


Tinggalkan Teman yang Tidak Perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong anda mencapai tujuan. Sebabnya, siapa pun teman anda, seharusnya mereka mampu membawa anda kepada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah, bergaul dengan orang-orang yang optimis akan membuat anda berfikir optimis pula. Bersama mereka, hidup ini terasa lebih menyenangkan dan penuh bermotivasi.


Hampiri Bayangan Ketakutan
Saat anda dibayangi kecemasan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan tersebut. Misalnya, selama ini anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Terima dan nikmati rasa takut anda dengan mencuba mengatasinya. Saat anda berhasil mengatasi rasa takut, saat itu anda telah berhasil meningkatkan keyakinan diri bahawa anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.


Ucapkan “Selamat Datang” pada Setiap Masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak selamanya semudah ‘jalan tol’. Suatu saat, anda akan menghadapi jalan berliku serta penuh onak dan duri. Jangan memutar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapinya dengan meneruskan perjalanan tersebut dan fikirkan cara terbaik untuk menghadapinya. Jika Anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, anda akan semakin sulit untuik bermotivasi. Sebaliknya, bila anda selalu bersedia menghadapi setiap masalah, maka anda akan memiliki tenaga dan semangat untuk mencapai tujuan anda.


Mulailah dengan Rasa Senang
Jangan pernah merasa terbeban dengan tujuan hidup anda. Cuba nikmati hidup dan jalan yang anda tempuh. Jika sejak awal anda sudah merasa ‘tidak suka’, maka motivasi hidup tidak akan pernah anda miliki.


Berlatih dengan Keras
Tidak bisa tidak, anda harus terus berlatih apabila ingin mendapatkan hasil terbaik. Pada dasarnya, tidak ada yang tidak dapat anda raih jika anda terus berusaha keras. Semakin giat berlatih, semakin mudah pula mengatasi setiap kesulitan.


Kesimpulan: motivasi adalah ‘sesuatu’ yang memerlukan semangat dalam rangka mencapai tujuan. Dengan motivasi yang kuat di dalam diri sendiri, anda akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga anda tidak akan ragu lagi melangkah bagi mencapai tujuan dan cita-cita hidup anda..!


Sumber dari - http://www.resensi.net/membangun-motivasi-dalam-diri/2007/02/

-------------------------------------------------------------------------------------

3 TIP DR AZIZAN OSMAN BAGI MENARIK LEBIH RAMAI PELANGGAN
Disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 10 Oktober 2011.




Ketua pegawai eksekutif (CEO) Richworks Resources Sdn Bhd, Dr Azizan Osman yang kini cukup popular dengan Seminar Marketing Power. Seminar ini disertai oleh ribuan orang bagi mengetahui rahsia beliau menggandakan pelanggan dalam jangka masa yang singkat.


Sebelum ini, Dr Azizan juga dikenali sebagai pakar motivasi apabila berjaya menarik puluhan ribu orang, bagi menyertai Seminar Potensi Diri. Ini jelas menunjukkan beliau sememangnya tahu teknik-teknik bagi menarik perhatian pelanggan.


Mana-mana usahawan, atau buku-buku bisnes yang ada di sekeliling kita bersetuju pemasaran adalah kekuatan utama perniagaan. Terdapat 1001 cara pemasaran yang boleh dilakukan, lebih-lebih lagi apabila wujudnya medium pemasaran 2.0 iaitu internet.


Namun, Dr Azizan tidak menyarankan kita untuk menguasai semua teknik pemasaran. Ini kerana dalam pemasaran, kualiti perlu diutamakan berbanding kuantiti. Kita hanya perlu implimentasikan teknik pemasaran yang efektif untuk bisnes.


Perkhidmatan Pelanggan Luar Biasa


Pelanggan yang suka pada bisnes kita, berkemungkinan besar akan menghebahkan perkara-perkara yang baik tentang bisnes kita pada rakan-rakan mereka. Perbuatan ini didorong oleh sejauh mana kita melayan mereka, ketika mereka ingin membeli produk.


Perbuatan seperti mengangkat telefon sebelum deringan yang ketiga, serta melayan pelanggan dengan penuh sopan dan mesra, adalah cara yang terbaik bagi membuatkan mereka selesa dengan kita.


Dalam emel pula, kita seharusnya biasakan diri untuk melayan kerenah pelanggan dengan menggunakan bahasa yang baik. Sebagai contoh, pastikan kita membalas emel pelanggan dalam masa yang singkat. Elakkan daripada membiarkan mereka terus menunggu. Apabila mereka menunggu, maka bahagian sokongan (support) bisnes kita akan dipandang rendah.


Kad Perniagaan Kreatif


Kad perniagaan adalah senjata pemasaran yang sering dilupakan oleh usahawan masa kini. Walau pun ia adalah medium offline, tetapi ia merupakan senjata pemasaran yang relevan. 


Dalam kad perniagaan, kita seharusnya meletakkan maklumat bidang kepakaran. Elakkan daripada meletakkan biodata diri terlampau banyak. Fokus pada bidang kepakaran, bagi membantu mereka mengetahui bagaimana servis atau produk kita boleh menolong diri mereka.



Dr Azizan juga menyarankan supaya kita membiasakan diri, agar memberikan 2 keping kad perniagaan apabila kita memperkenalkan diri kepada pelanggan. Ini bertujuan memudahkan mereka untuk memberikan kad bisnes kita kepada orang lain, iaitu prospek yang memerlukan perkhidmatan kita. Ini adalah cara paling mudah dan berkesan, bagi melakukan pemasaran viral terhadap bisnes.





*Ditulis oleh Aqif Azizan pada 06 Jun 2011 dalam Tip Perniagaan
*Kredit gambar yang diambil dari Flickr (mrdaygloinkdphotos)




--------------------------------------------------------------------------------------
 
60 TIPS RINGKAS UNTUK USAHAWAN


Tips ini baik jika dibaca sekali sehari bagi memastikan kita sentiasa ‘sedar’ akan kerjaya yang dilakukan, iaitu usahawan.


Tips ringkas ini semuanya dalam tiga perkataan sahaja bagi setiap tip. Walaupun ia tidak menerangkan secara lengkap, sekurang-kurangnya ia dapat dibaca dengan cepat dalam masa beberapa minit sahaja.


1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.

6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.

11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.

16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.

21. Tunaikan solat fardhu.
22. Usaha perlu konsisten.
23. Perlu ada prinsip.
24. Latih disiplin diri.
25. Pakaian yang kemas.

26. Keinginan yang membara.
27. Tidak menundakan kerja.
28. Perlu ada mentor.
29. Bantu usahawan lain.
30. Urus aliran tunai.

31. Jaga kebajikan pekerja.
32. Doa adalah senjata.
33. Tawakal kepada ALLAH.
34. Zikir adalah penawar.
35. Pilih untuk berjaya.

36. Bangkit dari gagal.
37. Bersedekah dengan ikhlas.
38. Tunaikan zakat perniagaan.
39. Berani berkata TIDAK.
40. Tenang menerima kritikan.

41. Maafkan sesiapa sahaja.
42. Hidup perlu diteruskan!
43. Sertai kursus berkaitan.
44. Elakkan dari riba.
45. Kenali potensi diri.

46. Tambah kawan baru.
47. Malu perlu bertempat.
48. Fokus pada jualan.
49. Belajar ilmu komunikasi.
50. Menulis dengan baik.

51. Tidak ulangi kesilapan.
52. Baca kisah kejayaan.
53. Pelbagaikan sumber pendapatan.
54. Pantau perkembangan bisnes.
55. Ada simpanan kecemasan.

56. Hargai para penyokong.
57. Layan pelangan sebaiknya.
58. Rekodkan maklumat pelanggan.
59. Promosi, promosi, promosi.
60. Baik biar berpada.


Hakcipta Terpelihara (c) http://www.motivasiusahawan.com/

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MOTIVASI DIRI MELALUI RASA PERCAYA DIRI
Disediakan oleh Lilis Suriyani binti Abdul Manaf/ Selasa/ 20 Spetember 2011.


Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya  akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luar biasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan sama sekali salah. Seperti:

- Saya tidak boleh...
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai..
- Saya sudah terlalu tua...
- Saya masih terlalu muda..

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya maka, dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati  tetapi, alasan-alasan hanya akan menghambat seseorang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan. Apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda fikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnes, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka, dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imaginasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi di mana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatu pun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya pada diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catatan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catatan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga bermula dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catatan. Anda boleh melihat kembali catatan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu, dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.



Sumber dari - http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1487.0

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CABAR DIRI UNTUK BERJAYA
Disediakan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Isnin/ 12 Spetember 2011.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puas Hati

Sikap cepat berpuas hati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.



4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
 
5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda
Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang menigkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
Sumber dipetik dari - laman-map.com

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BELAJARLAH DARI WONDER PETS

Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Selasa/ 23 Ogos 2011.



Siri kartun yang sangat digemari dan berpengaruh selepas animasi Upin dan Ipin adalah Wonder Pets. Boleh saya katakan, setiap kanak-kanak mengenali setiap watak dalam siri kartun ini. Watak hamster sebagai Linny, kura-kura sebagai Tuck dan anak itik sebagai Ming Ming sangat mencuitkan hati anak-anak bila menontonnya. Walaupun, penceritaannya ringkas dan berulang-ulang, namun saya melihat ia adalah satu kartun yang banyak memberi nilai dalam kehidupan kita seharian dan tidak ada dalam siri kartun yang lain begitu banyak elemen positif yang ditonjolkan. Jangan melihat ia sekadar kartun namun mesej dan nilai seumpamanya amat perlu diterapkan sejak dari kecil lagi.



Nilai-Nilai Positif

  • Mengajar kita tentang konsep bekerjasama dalam apa jua perkara sama ada kecil atau besar.
  • Kalau ingin melakukan kebaikan jangan bertangguh.
  • Apabila niat baik untuk membantu orang lain pasti akan dipermudahkan.
  • Kecil dan lemah jika bersatu akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang besar.
  • Berbeza rupa bukan ukuran, tetapi nilai kemanusian adalah membantu ketika mereka memerlukan bantuan dan pertolongan.
  • Sentiasa menerima pendapat orang lain.
  • Menyokong jika pendapat itu benar dan logik tetapi tidak memperlekehkan jika pendapat yang diberikan tidak tepat.
  • Tidak mementingkan diri sendiri.
  • Kreativiti wujud apabila semua orang cuba memberikan idea dan pendapat.
  • Kesatuan bermula sekurang-kurangnya daripada 3 orang.
  • Jangan cepat putus asa, sentiasa berusaha yang termampu untuk menyelesaikan masalah.






---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7 PERKARA YANG MEMBUATKAN ANDA
BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI
Disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal/ Selasa/ 16 Ogos 2011.

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.
Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.
Justeru, adakah kita mahu mensia-siakannya?
Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
 
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak dijaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi baik setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang di waktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Sumber : www.iluvislam.com


-------------------------------------------------------------------------------------------
JANGAN MEMPERGUNAKAN BULAN RAMADHAN
Disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir/ Rabu/ 10 Ogos 2011.

Salam Ramadhan buat semua.

Sekalipun kita berada dalam bulan ramadhan, kerja harian tetap berlangsung seperti biasa. Tanggungjawab sebagai pekerja untuk mencari rezeki Allah perlu dilakukan seperti sedia kala. Setiap titik peluh di bulan ini pastinya diberikan bonus oleh Allah. Sayangnya ada juga sebahagian daripada kita yang mempergunakan bulan Ramadhan untuk kepentingan diri dan melakukan perkara yang tidak baik. Antaranya ialah:

a. Curi Tulang Masa Bekerja
Mentang-mentang bulan puasa adakah anda boleh curi tulang semasa bekerja? Dan tak bagusnya bulan ramadhan ramai yang menggunakan alasan untuk lebih banyak rehat daripada membuat kerja. Ramadhan juga yang dipersalahkan. Peredaran masa tetap sama, cuma bagi yang selalu buang masa pastinya masa dirasakan begitu lama berlalu. Penat berpuasa bukan alasan yang baik untuk anda tidak bekerja.

b. Mengantuk Sebab Menghidupkan Malam
Bulan ramadhan tidak menjadikan anda insan yang lemah. Kerjakan apa yang utama bagi anda sebagai seorang yang bekerja. Tidak salah untuk beramal ibadah di bulan baik ini. Menghidupkan amalan sunat pada waktu malam juga dituntut. Maka pertimbangkanlah kedua-duanya.

c. Alasan Tidak Boleh Berpuasa
Wanita diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa jika uzur. Namun berdosa jika ianya dipergunakan untuk tidak berpuasa. Begitu juga bagi anda yang mengaku sakit seperti gastrik kononnya tidak boleh berpuasa. Mengapa puasa dipergunakan untuk perilaku yang tidak bertanggungjawab ini?

d. Kaut Untung Tak Bertempat
Jika anda berniaga pada bulan ini, janganlah terlalu mengejar untung tanpa fikirkan apa yang anda buat munasabah atau tidak. Alasan sama juga "Bulan puasa sekali setahun masa inilah nak untung lebih!" Janganlah pula melampau-lampau dalam mengaut keuntung tanpa menyedari tindakan anda telah menzalimi pelanggan anda yang juga berpuasa. Contohnya murtabak dijual pada harga RM4 sebiji walaupun bersaiz kecil.


Sumber dari - http://motivasi-kerja.com/

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGGAGAL KEPADA KEJAYAAN
Ketahuilah sesusah-susah anda, ada orang jauh lebih susah daripada anda. Sesenang-senang anda, ada orang yang lebih senang daripada anda. Maka, janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak. Elak merasa diri anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus daripada orang lain. Racun kepada ibadah adalah sikap riak. Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat. Anda sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya. Tidak ada sesiapa pun daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi. Ada kekurangan dan ada kelebihan. Sikap terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, anda diam-diamkan pencapaian. Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu. Orang yang suka bersederhana, itulah orang yang berilmu.
Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga.Terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehinggakan anda terlupa untuk bersyukur. Anda lupa untuk menghargai orang di sekeliling anda, lupa untuk menghargai pemberian Allah kepada anda. Bak kata pepatah, apabila sudah berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah supaya anda tidak menjadi seperti kacang yang lupakan kulit.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 27 Julai 2011.


*Catatan daripada Ustaz Amin (Penceramah rancangan Tanyalah Ustaz terbitan TV9)

Ketika saya pulang dari Masjid Madaniah, saya melalui bukit di Putra Heights. Di sini terdapat banyak monyet yang menunggu orang ramai memberi makan kepada mereka. Ada yang bersendirian, ada yang berkumpulan dan ada yang menggendong anak.



Sekali sekala mereka berebut makanan semalam. Kenapa mereka berebut? Kerana ingin memenuhi keperluan perut mereka.

Apa untungnya mereka? Untungnya, mereka berebut tetapi tidak akan dipersoalkan di hadapan Allah.

Di dalam kehidupan seharian, kita sering menyaksikan perebutan. Ada yang berebut kerja, ada yang berebut harta, ada yang berebut pangkat dan sebagainya.

Persamaan kita dengan makhluk lain ialah kita juga berebut. Perbezaan kita dengan makhluk lain ialah mereka tidak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Allah menyuruh kita selalu berfikir, mengambil iktibar dan muhasabah diri kita. Kita perlu berfikir sejenak setiap kali kita berbuat sesuatu, adakah ia mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya.

Sumber dari - http://www.ustazamin.com/

---------------------------------------------------------------------------------------------
MENGAPA PERLU JADI MENARIK?
Disediakan oleh : Noor Iza/ Khamis / 21 Julai 2011 .


Daya tarikan sememangnya ada dalam diri setiap individu. Kerana itu Allah dengan sifatNya yang maha adil dan pemurah telah menetapkan kehebatan yang berbeza bagi kita semua. Tambahan itu, ayat popular daripada ayat ke-4 Surah at-Tin yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menjadikan manusia itu dengan sebaik kejadian.” Akan tetapi, dalam kesibukan kita dalam menangani isu di sekolah/university/kolej/pejabat, antara keluarga serta masyarakat, kita kadangkala terlupa yang kita ini mempunya daya tarikan yang unik. 

Apakah kepentingan daya tarikan ini? Ada lebih ribuan jawapan kepada persoalan ini. 

Ada yang mahu jadi menarik kerana beranggapan yang diri mereka tidak menarik daripada segi rupa dan perawakan. Mereka mahu memperkukuhkan daya tarikan pada diri kerana mahukan kawan dan penghormatan. Mereka mahu disanjungi oleh rakan-rakan dan masyarakat setempat dengan menempah nama melalui pelbagai aspek yang boleh menarik perhatian. Tidak kurang juga yang mahu menggunakan daya tarikan tersendiri untuk memenangi hati gadis atau jejaka idaman. Seterusnya daya tarikan seperti karisma juga amat penting dalam kenaikan pangkat di tempat kerja dan sebagai ahli politik, daya tarikan adalah antara senjata utama dalam memenangi hati pengundi. Bagi usahawan pula, mereka adalah wajah kepada perniagaan mereka. Seraya itu, usahawan yang menarik lebih mudah untuk membina jaringan atau network dengan pengedar, pengusaha lain yang boleh melakukan kerjasama, serta yang paling utama, para pelanggan. Pasangan suami isteri juga perlu sentiasa peka terhadap keterampilan serta daya tarikan diri kerana dari segi psikologi, perempuan suka akan kecantikan pada diri sendiri manakala lelaki pula gemar melihat perempuan yang cantik (ini memang tidak dinafikan). 

Berbalik kepada soalan kita tadi. Mengapa Perlu Jadi Menarik? Berdasarkan perbincangan di atas, berikut merupakan antara manfaat-manfaat seseorang individu akan dapat dengan menyerlahkan daya tarikan yang sedia ada pada dirinya: - 

1.      Keyakinan diri
2.      Kemantapan hubungan sosial
3.      Kunci kepada memenangi hati pasangan idaman.
4.      Kemantapan hubungan di pejabat
5.      Mengukuhkan pengikut atau “fan base”
6.      Memudahkan “networking” serta mengukuhkan “supply-chain” 
         bagi usahawan.
7.      Menambat hati pasangan.
 
Orang yang menarik ialah mereka yang yakin dengan kebolehan sendiri. Kebolehan dan keistemewaan ini amat luas definisinya. Ada yang menarik kerana rupanya yang kacak atau jelita serta susuk tubuh yang menawan. Tidak kurang juga yang menarik kerana bijak berjenaka dan peramah. Ada yang punya suara merdu serta memukau. Mereka yang berbakat dalam lakonan dan persembahan (showmanship) juga mempunyai ramai ikutan. Dalam erti kata lain, setiap seorang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Bagi mereka yang kurang mempunyai keyakinan kerana beranggapan mereka tidak menarik, apa yang mereka perlukan ialah motivasi untuk mencungkil bakat serta keistimewaan mereka yang mungkin terpendam disebabkan persepsi masyakarat yang pelbagai. Ada individu yang memang mudah menonjolkan daya tarikan tetapi ada juga yang perlu lebih usaha untuk mencapai perkara yang sama. Allah itu maha adil dan bijaksana di mana hamba-Nya diuji dengan cara yang berlainan. 

Akhir kata, kita perlu ingat bahawasanya kita ini menarik. Jika kita belum mendapat apa yang kita diidamkan walau dengan daya tarikan yang sedia ada, ini bermakna Allah mahu menguji kita dan meningkatkan daya kreativiti kita dalam usaha mencapai kejayaan. Wallahualam. 


Sumber daripada:   http://www.fadzilahkamsah.com/motivasi/




----------------------------------------------------------------------------------------------------------

TIPS SENTIASA SERONOK BEKERJA
Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki/ Jumaat/ 15 Julai 2011.


Salam ceria buat semua. Apakah perasaan anda pada hari ini? Bersemangat, seronok atau boring? Hehehe…. Usah begitu… Pada hari ini saya, Marshila Marzuki ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tips keseronokan bekerja. Ingin tahu? Mari kita teruskan pembacaan selanjutnya. Untuk berjaya dan sentiasa produktif, kita perlu seronok atau "enjoy" dengan apa yang kita lakukan sama ada di tempat kerja atau apa saja yang dilakukan, mungkin tips berikut boleh membantu:

Mulakan keseronokan dan keceriaan daripada diri kita sendiri. Jangan terpengaruh dengan sikap orang di sekeliling kita. Walaubagaimanapun, ia perlu disesuaikan. Contohnya, jika ada berita kurang baik seperti kematian, maka tidak bolehlah kita berseronok dan ceria je. Kena tunjukkan simpati juga, jadi seronok biarlah bertempat ye.

Pagar diri atau adakan sempadan supaya sikap negatif rakan tidak mempengaruhi kita. Sebab kita yang berkuasa ke atas diri kita dan gunakanlah sebaik mungkin. Kalau boleh kita cuba ubah suasana atau sikap rakan sekerja kepada yang positif. Tak kisahlah kalau orang nak kata apa, yang penting kita bahagia, betul tak?

Selalunya mood bekerja ni mengikut hari. Mengikut kajian mood yang paling kurang baik adalah hari isnin sebab kita baru mula bekerja setelah bercuti rehat. Kalau kita ok pun, kadangkala penyelia kita yang moody. Untuk mengatasinya, kita perlu fokus dan sentiasa positif dan ingatkan diri kita bekerja dengan amanah dan untuk keberkatan rezeki yang akan diterima.

Sebelum mula bekerja, adakan sesi ritual seperti doa sama ada secara bersendiri atau bersama rakan sepejabat dan hayati sepenuhnya. Kita juga boleh menceriakan orang lain. Cara yang paling mudah ialah melemparkan senyuman. Walaubagaimanapun, cubalah berikan secara ikhlas dan jangan hanya memilih untuk senyum pada rakan wanita sahaja @ sebaliknya... Bahaya tau!!

Kita juga boleh seronok, jika tempat kerja kita kemas dan tersusun, atau kita boleh kemaskan dan buat perubahan yang boleh membantu merangsang minda kita untuk bekerja. Walaubagaimanapun, pastikan ianya tidak menyalahi peraturan pejabat. Mungkin boleh letakkan kata-kata motivasi atau gambar keluarga atau anak untuk memberikan kita inspirasi.


Fokus pada malam Isnin, sebelum tidur kita sudah bersedia untuk bekerja dengan ceria supaya minda kita fokus dan bersedia untuk bekerja pada keesokan harinya.

Sekiranya ada masalah di pejabat, cuba positifkan minda dan anggaplah ianya sebagai cabaran untuk kita memajukan pengetahuan kita. Terimalah apa sahaja perubahan luaran sebagai pelajaran dan peluang untuk kita mendalami apa yang belum kita tahu.


Kita juga boleh enjoy, dengan mengingatkan segala peristiwa yang menarik dalam hidup kita dan hayati sepenuhnya hadis nabi iaitu, "Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun, dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati pada esok hari."

Kerja adalah tanggung jawab dan akan ditanya semasa di akhirat. Justeru, bekerjalah dengan seronok dan jangan masukkan sebarang fikiran negatif seperti memaki boss, mengeji tempat bekerja sendiri, mengumpat rakan sepejabat dan lain-lain yang boleh menganggu keberkatan rezeki yang diterima.

Kalau ada rakan yang mempunyai sikap seperti ini, kalau boleh elakkan atau seronokkan mereka dengan keceriaan anda.

Kita bekerja perlu ada matlamat. Dengan adanya matlamat, kita akan lebih fokus dan tidak bermain-main atau leka dalam menjalankan tugas. Seronok bukan bermakna kita leka, seronok adalah dalaman kita yang boleh kita zahirkan dengan tindakan kita bekerja. Jangan biarkan seronok di luar sebab ianya sementara dan biasanya melekakan.
Selamat Bekerja !!!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
KENAPA MENJERIT APABILA MARAH?
Disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 11 Julai 2011.

Suatu hari seorang profesor bertanya kepada para pelajarnya, “Kenapa kita menjerit apabila kita marah? Kenapa orang menjerit kepada satu sama lain apabila mereka marah?” Para pelajar berfikir sejenak, seorang daripada mereka menjawab, “Kita menjerit kerana kita hilang sabar.”

“Tetapi kenapa menjerit, orang tu ada di sebelah je? Tak bolehkah kalau tak menjerit? Tak bolehkah bercakap dengan nada yang rendah?”
Para pelajar memberi pelbagai jawapan, namun tiada satu pun yang memuaskan hati profesor.

Akhirnya profesor pun berkata, “Apabila seseorang marah kepada seseorang lain, hati mereka berjauhan. Untuk menyelesaikan masalah jarak di antara mereka, mereka terpaksa menjerit agar pihak yang satu lagi dapat mendengar apa yang mereka ingin sampaikan. Semakin kuat marah, semakin kuat mereka menjerit agar suara mereka dapat merentasi jarak yang terbina di antara mereka.”

Kemudian profesor bertanya lagi, “Apa yang berlaku bila seseorang sedang bercinta atau saling menyayangi? Mereka tidak menjerit tetapi bercakap dengan suara yang lembut. Kenapa? Sebab hati mereka sangat dekat. Jarak di antara mereka sangat dekat.”

“Apa yang berlaku apabila cinta mereka lagi mendalam? Mereka tidak bercakap, mereka hanya berbisik dan cinta mereka makin mendalam. Akhirnya, mereka tidak perlu berbisik. Mereka hanya memandang di antara satu sama lain dan masing-masing saling mengerti. Begitulah rapatnya seseorang bila mereka saling menyintai dengan cinta yang amat mendalam.”

Jadi, bila anda bertengkar, jangan biarkan hati anda berjauhan dan mengeluarkan perkataan yang menambahkan jarak di antara hati anda dengan seorang lagi. Mungkin suatu hari nanti jarak tersebut akan menjadi terlalu jauh dan anda tidak berupaya mencari jalan untuk pulang ke pangkal jalan.

Sumber dari - http://mymotivasi.com/motivasi-diri/kenapa-menjerit-apabila-marah.html
-----------------------------------------------------------------------------------------------


MOTIVASI DIRI MELALUI RASA PERCAYA DIRI

Disediakan oleh Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Rabu/ 6 Jun 2011.



Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya sangat luarbiasa, maka pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Empat langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri ialah :



1. Hindari Mencari-Cari AlasanBegitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan salah. Seperti :

- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan. Apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyimpanan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imaginasi



Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. Jika anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier, pemikiran itu pada gilirannya akan bercambah dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imaginasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.

3. Jangan Takut Gagal



Kegagalan telah mengahalang begitu ramai orang sehingga mereka berundur sebelum mencuba. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatu sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama merka hidup. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
 
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri


Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasikan diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu, dalam memotivasikan diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.


Kredit kepada http://halaqah.net


--------------------------------------------------------------------------------------------

LIHATLAH BAGAIMANA ORANG YANG GAGAL BOLEH BERJAYA


Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya! Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.
Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. “Takut kepada kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan”.

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan “takut kepada kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run. Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain baseball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!) - lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”.

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run! Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.
Fikirkan kisah-kisah ini pula;
- Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

- Saintis Isaac Newton sering gagal ketika di sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

- F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja di kedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

- Pengasas Disneyland, Mr. Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!

- Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

- Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “seorang murid yang terlalu bodoh untuk mempelajari apa sahaja”!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!



Sumber dipetik daripada - http://halaqah.net/
<![CDATA[ var text = document.getElementById("msg_170593").innerHTML; var tmp = document.getElementById("msg_170593").innerText; if ( typeof(tmp) !== "undefined") { text = tmp; } google.language.detect(text, function(result) { text = text.substring(0, 50); if (!result.error) { var language = "unknown"; for (l in google.language.Languages) { if (google.language.Languages[l] == result.language) { language = l; break; } } origin_text_lang = google.language.Languages[language]; jQuery.noConflict(); jQuery("#msg_170593").translate({ original: origin_text_lang }); } }); // ]]>
-->
---------------------------------------------------------------------------------------------

"ANUGERAH DARI KEGAGALAN"

Hari ini, kami di KMCS ingin berkongsi lirik sebuah lagu yang diharapkan dapat meningkatkan motivasi kita bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan cubaan dan dugaan ini.

Marilah, kita bersama-sama menghayati lirik lagu bertajuk, “Anugerah Dari Kegagalan” nyanyian Dato’ Shake. Semoga, ia menyedarkan kita bahawa tidak semua kegagalan itu pahit untuk ditelan namun, ia mengajar kita erti kehidupan yang sebenar supaya kita lebih berwaspada dan berhati-hati di masa akan datang.



Tajuk : Anugerah Dari Kegagalan


Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam


Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran

Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan


Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan.


Walaupun Anugerah dari Kegagalan ini perjalanannya lebih mencabar sedikit, tetapi anugerahnya tetap manis. Jangan terlalu menangisi dan berputus asa dengan perjalanan yang payah sehingga kita lupa meraikan anugerahnya.


Ya Allah, kurniakanlah kami dengan anugerah dari kejayaan pula dengan sebanyak-banyaknya. Amin.

Sumber dipetik daripada - http://www.sabri.me/





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN POSITIF
Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki/ Rabu/ 23 Jun 2011.

Setiap hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya hidup dalam persekitaran yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran negatif. Budaya pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah LEWAT. Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang jarang kita ambil kisah. Ianya membentuk pemikiran kita ke arah sesuatu yang negatif! Akhirnya memang kita akan biasa untuk lewat ke suatu destinasi.

Tidakkah anda pernah melalui situasi begini? Sama ada anda lewat atau orang yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini adalah kerana budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi? Jawapannya adalah kerana sejak dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita tentang LEWAT ini dan akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri.


Lewat atau lambat adalah perkataan negatif yang juga bermaksud TIDAK. Otak manusia sebenarnya tidak memahami perkataan TIDAK kerana otak manusia berfikir secara logik (BENAR). Jika kita mengajar otak untuk memahami perkataan TIDAK, maka respon yang diberikan olehnya ialah sesuatu yang negatif. Ingat! Anda hanya menyebut perkataan lewat dan seterusnya otak akan mentafsirkan sesuatu yang negatif dan akhirnya anda benar-benar lewat ke sekolah, ke kuliah dan ke tempat kerja.


Satu ujian yang boleh mengungkapkan definisi di atas adalah seperti berikut:
Saya mahu anda TIDAK membayangkan sebuah kereta BMW berwarna MERAH.


Apa yang anda bayangkan sebentar tadi, pasti ianya sebuah kereta BMW berwarna merah. Sedangkan saya TIDAK mahu anda membayangkan sedemikian. Ini menunjukkan otak kita tidak memahami perkataan TIDAK dan hanya akan mencari sesuatu yang logik iaitu kereta BMW merah.


Perkataan-perkataan negatif (TIDAK) yang seringkali kita guna pakai adalah seperti berikut:

• Tiada masalah (No problem)
• Susah
• Saya cuba
• Mampukah
• Ada peluangkah
• Kalau ada nasib


Untuk menjadikan diri kita berjaya, kita harus berfikiran ke arah kejayaan yakni berfikiran positif. Pemikiran positif akan seiring dengan cara otak kita berfikir. Jika kita menggantikan perkataan LEWAT dengan perkataan AWAL, pastinya otak kita memahaminya dan secara tidak langsung otak mengarahkan sistem badan untuk sentiasa cergas, pantas dan memberi fokus untuk mencapainya.


Jangan sesekali membiarkan diri kita dipengaruhi oleh pemikiran negatif kerana ianya akan melemahkan kita dan merencatkan segala apa yang kita rancangkan dalam kehidupan kita. Pepatah Inggeris ada mengatakan “You are what you think”. Jika tiba-tiba pemikiran negatif bermain di benak fikiran kita, lakukan sedemikian. Gunakan ibu jari dan kesatkan di dahi anda seumpama anda memadam sesuatu apabila secara tiba-tiba anda mula hendak berfikiran negatif. Cakap dalam hati anda, “aku memadam pemikiran dan tanggapan negatif ini dari diri aku”.


Saya mempunyai seorang kawan yang apabila diminta untuk melaksanakan sesuatu perkara dia akan menjawabnya dengan perkataan “Consider it done”. Beliau menggunakan perkataan positif yang membawa maksud selesai. Perkataan selesai (ya) difahami oleh otak dan otak akan mentafsirkannya sebagai sesuatu yang harus dilakukan dan diselesaikan. Satu perkara lagi, orang yang meminta beliau melaksanakan sesuatu itu akan berasa senang hati dengan kata-kata tersebut dan menganggap bahawa beliau sangat mampu melaksanakannya.


Masyarakat kita apabila diminta melakukan sesuatu perkara sering kali menggunakan perkataan “no problem”. Walaupun jika kita dengar ianya seperti tiada apa-apa, tetapi perkataan “no” dan “problem” itu adalah perkataan ‘TIDAK’ bagi otak.


Mulai saat ini, marilah kita bersama-sama mengikis tanggapan dan pemikiran negatif jauh dari diri kita dan membudayakan pemikiran positif jika kita mahu menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagaimana yang diungkapkan sebagai masyarakat berfikiran kelas pertama.


“(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
                                                                           (Surah Al-Anfal ayat 53)
Insya-Allah.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MOTIVASI DIRI
Disediakan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor/ Jumaat/ 17 Jun 2011.

Kita semua memerlukan motivasi. Motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredhaan dan syurga Allah.

Sebagaimana nabi dan sahabat baginda, Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya:-

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Ertinya : "Tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba".
 ( Al-Mutaffifin :26 )  

Lihat, Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi memperolehi nikmat sementara- dunia, harta, nama dan pangkat.

Ingatlah, sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki wang billion ringgit juga tidak dapat menangguhkan dirinya dari kematian. Beliau juga tidak boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikannya kontrak hidup untuk 3 tahun lagi.

Jadi, kejarlah keredhaan Allah dan kumpul pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirkanlah!

“Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu di kemudian hari”;

“Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis”;

“Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi”, dan ;

“Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan mati”;

“Jadikan Allah, rasul-Nya dan syurga yang dijanjikan-Nya sebagai motivasi, nescaya Allah tidak akan mati dan janji-Nya tidak akan mengecewakan”.

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang lain terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia sebagai pendorong dan motivasi dalam mencari keredhaan Allah.


Sumber- http://zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/618-saya-kisah-benar-a-motivasi-diri.html


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGERTIAN & KEPENTINGAN KEYAKINAN DIRI 


Disediakan oleh Encik Mohd Fathul Muin b. Mohd Hafid, Isnin, 13 Jun 2011.


Pengertian Keyakinan & Keyakinan Diri

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda. 

Jenis-Jenis Keyakinan 
Pada pandangan saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
  • Keyakinan diri terhadap Tuhan dan keesaanNya
  • Keyakinan terhadap diri sendiri
  • Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
  • Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
  • Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
  • Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
  • Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
  • Kurang kemahiran dan persediaan
  • Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif
  • Kemiskinan akibat kurangnya idea kejayaan hidup
  • Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
  Kurang senyum
  Risau dan kelihatan risau
  Gugup dan kelihatan gugup
  Kurang berinteraksi
  Malas bekerja atau berusaha
  Cincai dan kelihatan selekeh
  Suka meminta-minta
  Mudah putus asa
  Suka gossip dan mengumpat
  Defensif dan cepat marah
  Mudah atau suka berbohong


Dipetik dari: http://www.motivasikecemerlanganpelajar.com/amp-keyakinan.html




TANDA- TANDA HATI TIDAK BAHAGIA
Disediakan oleh Cik Noor Iza binti Kassim, Selasa, 7 Jun 2011.




Assalammualaikum W.B.T

Rasulullah bersabda :
“ Di dalam jasad manusia ada sebuku darah jika baik ia maka baikla seluruhnya. Jika buruk ia maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati”.



Hati memainkan peranan penting dalam diri manusia. Hati umpama enjin yang mengerakkan perbuatan dan perlakuan. Dalam hati tersirat pelbagai rahsia yang dapat disembunyikan dari akal manusia. Mari kita lihat tanda-tanda hati tidak bahagia.


HASAD DENGKI
Ketahuilah oleh anda semua bahawa ini adalah tanda paling ketara hati tidak bahagia. Hasad adalah penyakit yang mengikis kebaikan yang pernah anda lakukan. Hasad dengki menyebabkan anda tidak senang melihat kebaikan dan nikmat yang dinikmati oleh orang lain. Apabila anda mempunyai perasaan seperti ini percayalah anda sebenarnya tidak bahagia dan perlu dapatkan rawatan hati segera.

PEMARAH

Tanda-tanda hati tidak bahagia apabila anda sering marah-marah. Seorang sahabat datang kepada Rasulullah  S.A.W dan meminta wasiat dari baginda. Lantas  Rasulullah menyebut “ Jangan kamu marah”. Baginda mengulanginya sehingga tiga kali. Benarlah marah mampu merosakkan iman dan akhlak. Seorang yang pemarah akan sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan kemarahannya.

RIAK DAN SOMBONG
Ramai yang kita lihat mereka seperti ini. Bahkan, mungkin kita juga kadang kala tidak perasan riak dan sombong. Cuba perhatikan bagaimana pakaian kita, percakapan kita, dan perwatakan kita. Berhati-hati kerana riak dan sombong adalah senjata paling mudah dari syaitan untuk kita.

Rasulullah bersabda :
“Kemuliaan adalah pakaianku dan kesombongan adalah selendangku, sesiapa yang menyaingiku dalam dua hal itu maka Aku akan menyiksanya”.



---------------------------------------------------------------------------------------------

18 CARA MENANGANI TEKANAN ATAU STRESS



Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki, Selasa, 31 Mei 2011. 

Salam ceria buat semua…
Setiap orang pasti akan merasa stress… Memang tidak mudah menangani tekanan atau stress terutamanya di tempat kerja. Kena pula dengan bos yang cerewet. Semuanya nak cepat. Pantang silap sikit, mulalah bising. Ada juga tempat kerja yang bosnya baik, tapi pekerja pula buat perangai. Semua nak jadi bos. Yang tak sedar macam bossy pun ramai. Dah macam-macam perangai ada. Hehehe… Sebenarnya stress di tempat kerja banyak disebabkan oleh orang-orang di sekelilingnya. Jika anda berjaya menyesuaikan diri dengan perangai staff dan bos anda, maka ia akan membantu mengurangkan stress kerja anda. Namun pada hari ini, saya, Marshila Marzuki, ingin berkongsi bersama anda beberapa tips yang mampu mengurangkan stress.
1.         Ubah ruang kerja anda kepada persekitaran yang lebih menarik
Walaupun ruang kerja anda kecil, anda boleh mengawal beberapa aspek ruang fizikal yang ada seperti penataan cahaya, kualiti udara dan warna yang lembut.

2.         Atasi kebisingan
Putuskan sama ada anda selesa dengan bunyi di sekeliling anda dan ambil langkah mengurangkan atau menghapuskan terus bunyi bising yang mengganggu.

3.         Senyum
Kebanyakannya bila kita berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh dan mengomel sorang-sorang ye tak? Jadi, apa kata bila kita menghadapi tekanan seperti ini, kita senyum selalu. Senyum… Tak perlu kata apa-apa… (macam lagu Malique & Najwa tu…) Bila kita senyum, pasti sedikit sebanyak tekanan akan reda… Cubalah…

4.         Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian… Memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Contohnya, pergi ke pantai… Take time dekat situ sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambil iktibar dari sudut positif setiap perkara yang berlaku, kemudian perbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik.

5.         Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan emosi semata-semata. Bukan itu sahaja, malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan, takut sebarang kemudaratan pula yang berlaku nanti.

6.         Berbuat baiklah dengan insan
Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Seterusnya, jika anda mendengar akan percakapannya, adalah lebih baik anda mendiamkan diri  dan memekakkan telinga..

7.         Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf
Bunyi memang senang, tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tetapi itulah yang seharusnya anda lakukan. Hanya dengan cara ini pasti hati kita dapat berlapang dada dan sekaligus stress dapat dikurangkan.

8.         Peluk
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati sekiranya dapat memeluk makhluk lain. Maksudnya di sini, adalah jika anda mempunyai teman baik perempuan sesama perempuan, anda peluklah dia. Jika anda memiliki anak patung (teddy bear), peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda juga boleh memeluk dan mengusap ia. Mengikut fakta, apabila kita mengusap kucing, jari-jemari yang tersentuh bulu kucing dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit sebanyak tekanan atau kemarahan anda.

9.         Lavender
Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender, amat sesuai sekali untuk meredakan stress anda. Ini kerana minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
10.       Kurangkan pengambilan kafein
Bukan sahaja ia menyebabkan ketagihan, malah ia merupakan stimulan yang cukup dikenali dengan potensi menaikkan kadar tekanan anda. Jika sukar untuk membendung tabiat minum kopi, cuba selang-selikan pengambilan minuman berkafein dengan air mineral atau teh tanpa kafein.

11.       Luangkan masa untuk menghirup udara bersih
Sekiranya tingkap pejabat tidak dapat dibuka, gunakan sekurang-kurangnya sebahagian dari masa rehat anda di luar.

12.       Berehat
Walaupun, ia agak mustahil untuk sebahagian besar daripada kita, namun sekiranya berpeluang, cubalah tidur sebentar (power nap). Tidur selama 10 minit selepas makan tengah hari boleh meningkatkan keceriaan dan produktiviti anda.

13.       Pelajari senaman ringkas untuk melegakan kejang otot dan pengedaran darah
Buatlah senaman serba sedikit dalam masa lebih kurang 5 minit di tempat kerja anda agar mendapatkan kesihatan yang baik.

14.       Jangan menjadi “hamba” emel
Kekerapan menulis dan menjawab emel boleh mengurangkan kadar produktiviti dan meningkatkan tekanan.

15.       Jangan berlapar
Perut yang lapar boleh membuat anda mengambil makanan ringan secara berlebihan kerana untuk menghadapi tekanan,anda memerlukan tenaga yang banyak.

16.       Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat adalah melalui ibu bapa, anak-anak, anak saudara, kawan-kawan atau pasangan anda (yang dah berkahwin la… ) Dengan adanya kasih sayang dari mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak surut kerana anda sebenarnya tidak keseorangan di dunia ini.

17.       Patuh kepada perintah Allah
Ikutilah perintah dan suruhan-Nya, tinggalkanlah perkara yang dilarang-Nya dan hayatilah setiap bait-bait ayat dari-Nya, nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat pun… Apabila berlaku sesuatu perkara, maka terimalah dengan hati yang redha. Redha bermaksud kita menerima segala hasil usaha kita sama ada baik atau buruk dengan hati yang berlapang dada atau dengan hati yang ceria. Ia merupakan salah satu rukun Iman di dalam Islam, iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar. 

18.       Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda, kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya sekali sahaja. Justeru, nikmatilah hari ini dengan seadanya….

Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress dan ceria selalu… ;)
Sumber rujukan daripada : Keramat Sebuah Hati – Mohammad Qayyum A. Badaruddin
                                  : Psikologi Untuk Anda – Ainon Mohd.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  
CARA MENGHALANG KERISAUAN DARIPADA MENGAWAL KEHIDUPAN ANDA

Disediakan oleh Puan Zailah binti Zaid, Khamis, 26 Mei 2011.



Ada orang yang kelihatan dilahirkan sebagai perisau. Sebenarnya, risau tidak dapat membantu dalam keadaan apa pun. Sesetengah orang berpendapat bahawa jika anda tidak risau mengenai sesuatu, maka anda bukan seorang yang peduli. Ini tidak benar. Anda lebih peduli jika anda secara aktif membantu keadaan – atau jika anda tidak dapat membantu keadaan, lebih baik menumpukan perhatian anda pada sesuatu yang positif.


Sayangnya, ramai orang menghabiskan masa berharga dengan merasa risaukan tentang perkara yang mereka tidak mempunyai kawalan ke atasnya. Adalah lebih membina jika anda tumpukan perhatian anda melakukan sesuatu yang akan membuat anda gembira. Apabila anda merasa gembira anda akan membuat orang di sekeliling anda gembira. Menunjukkan kemurungan dan putus asa hanya akan membuat orang lain turut bersedih.


Apabila anda membuat komitmen untuk merasa gembira tidak kira apa keadaan, anda membantu meningkatkan motivasi setiap orang yang anda temui. Benarkan mereka yang merasa cukup bermotivasi untuk melakukan sesuatu untuk turut membantu. Jika anda merasa kurang bermotivasi, jangan fokuskan pada keadaan yang membuatkan anda risau.


Jika anda tidak boleh mengelak daripada merasa risau, peruntukkan waktu khasnya untuknya. Setiap kali anda merasa risau tentang sesuatu, tuliskan ia di buku nota dan lupakan. Setiap minggu, peruntukkan 30 minit untuk melayan perasaan risau anda. Keluarkan buku nota anda dan layanlah perasaan risau mengenai semua perkara yang telah anda catat dalam seminggu.


Akhirnya anda akan dapati catatan mengenai perkara yang merisaukan anda akan berkurangan minggu demi minggu. Anda akan dapati anda mulai menjalani hidup baru di mana anda menikmati kehidupan dan tidak lagi merasa risau.



Sumber dipetik daripada: http://mymotivasi.com/artikel-motivasi/cara-menghalang-kerisauan-dari-mengawal-kehidupan-anda.html


 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA
Disediakan Oleh : Syahrul Hakim bin Setapa, Isnin, 23 Mei 2011.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah, sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang belayar di lautan luas seorang diri atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPM.

Tetapi, janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka, berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah daripada majikan. Kalau kita seorang usahawan, binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar, belajar dan berusahalah sehingga ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan boleh ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu, kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000.00 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000.00 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000.00 sebulan. Apabila kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan, kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu, perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ke tahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.


1. LETAKKAN SASARAN YANG TINGGI

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Jika sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.


 

2. CEMBURU DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN

Lihat mereka yang lebih berjaya daripada kita. Kalau orang lain boleh, kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih daripada orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah daripada mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan iri hati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk bagi menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya daripada kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada Perdana Menteri Malaysia. Tak cemburukah kita?


 

3. ELAKKAN DARI SIKAP CEPAT PUAS HATI

Sikap cepat berpuas hati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000.00 sebulan, kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira ‘oklah’, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ‘oklah’ aku ni… ”. Sikap puas hati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya daripada kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang daripada kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi ok! Jadi, usah lagi berpuas hati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.



4. SOAL DIRI DENGAN SOALAN POSITIF

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk mengatasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi, kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu, berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita, adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

 

5. TINGKATKAN ‘STANDARD’ ANDA

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun daripada sekarang mesti jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun daripada sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan daripada sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun saja, 5 tahun daripada sekarang aku mesti bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun daripada sekarang aku mesti ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah, Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.
 

Sumber dipetik dari – www.laman-map.com/c-majalah/artikel/motivasi/cabardiri.htm


---------------------------------------------------------------------------------
TANGGUNGJAWAB PEKERJA
Disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor, Rabu, 18 Mei 2011.

1. Apabila membicarakan mengenai tanggungjawab, bermakna ada hak yang perlu kita tunaikan. Orang yang tidak mengetahui hak yang ada di sekelilingnya tidak akan tahu tanggungjawabnya.


2. Banyak motivasi yang boleh dirangsang bagi seseorang untuk melakukan tanggungjawab. Ada orang yang memotivasikan orang lain dengan pangkat, ada pula dengan wang, ada juga dengan pujian dan sebagainya.


3. Tapi hari ini, kita nak bincangkan dari sudut motivasi iman. Ini kerana, iman salah satu cara untuk memotivasikan seseorang untuk melakukan tanggungjawab.


4. Apabila kita membicarakan mengenai motivasi iman, seseorang itu perlu mengenal Allah kerana jika tiada iman, kita tidak mengenal Allah.


5. Untuk mengetahui kehebatan dan keagungan Allah, kita disuruh untuk melihat kehebatan pencipta-Nya.


6. Setelah iman dapat memotivasikan kita, maka kita perlukan beberapa perkara lagi dalam memantapkan usaha kita.


7. Antaranya ialah sifat amanah, bersungguh-sungguh, bersabar, sentiasa muhasabah diri dan fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan.



Sumber dipetik dari - http://www.ustazamin.com/2011/03/diari-303-tanggung-jawab-pekerja-kuliah.html




---------------------------------------------------------------------------------------------

CUTI REHATKAN MINDA
Disediakan oleh Cik Noor Iza binti Kassim, Isnin, 9 Mei 2011.

Assalamualaikum WBT
Bila teringatkan cuti sekolah saya pun terfikir juga, kerja juga perlukan cuti. Sudah berapa kali anda bercuti pada tahun ini? Selalunya kita panggil cuti rehat. Bagi kakitangan sektor kerajaan selalunya ada sedikit perbezaan cuti bagi pegawai, kakitangan sokongan dan kumpulan pengurusan tinggi. Mengapa begitu?
Manusia umpama mesin yang bekerja. Jika selalu bekerja tanpa penyelenggaraan diri yang sempurna maka manusia akan mengalami masalah. Tiada bezanya dengan mesin atau jentera sebenar. Tenaga fizikal jika digunakan berterusan sudah pasti kuasanya akan berkurangan. Dalam konteks kerja pula, bekerja berterusan seperti workaholic juga akan menyebabkan tahap kualiti menurun. Kualiti menurun bukan kerana sesuatu yang negatif. Sebaliknya kerana anda perlu memahami keupayaan sebagai makhluk ada tahap-tahap tertentu mengikut keupayaan diri masing-masing.
Jadi ada masanya anda perlukan rehat untuk cas kembali tenaga-tenaga ini. Andai sudah lama tidak bercuti, tidak salah anda berbuat demikian sekarang. Cuti akan memberikan kesegaran kepada anda untuk mendapatkan input-input luar yang baru dan fresh. Cuti akan mengurangkan sedikit tekanan kerja yang berlegar dalam fikiran anda. Lupakan sejenak tentang kerja. Manjakan diri anda dengan bercuti bersama keluarga, atau mungkin memadai rehat di rumah sahaja. Itu semua terpulang pada pilihan hati anda. Apa yang mustahak, anda juga perlu fikir soal cuti di saat kualiti kerja anda mula menurun, produktiviti menurun, kecekapan anda menurun dan kerja anda mula tidak dapat disiapkan mengikut perancangan.
Ingat! Bercuti memang bagus. Tapi sebelum bercuti pastikan anda selesaikan tugasan anda sebaik mungkin supaya  di waktu  cuti anda tidak ada masalah dan juga gangguan berlaku pada anda. Maka anda dapat bercuti dengan tenang dan menghayati percutian anda sebaik mungkin.

Sumber dipetik dari : http://www.motivasi-kerja.com/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH
Disediakan oleh Puan Ruslah binti Khalid, Jumaat, 6 Mei 2011

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------

MEMBACA AL-QURAN DI KUBUR SENDIRI…

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor, Jumaat, 29 April 2011


Pada hari ini, saya (Mursyida Md Isa @ Mansor) ingin berkongsi bersama rakan-rakan pembaca bagi menghayati kisah yang telah dikongsikan oleh Ustaz Amin (Tanyalah Ustaz) bertajuk “Membaca Al-Quran di Kubur Sendiri” untuk dijadikan sebagai motivasi dalam meningkatkan diri ke arah kebaikan, insyaAllah. Jom, kita baca apa yang menarik!


Catatan oleh Encik Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin)/ Abu Dhabi/ 29 Jun 2009/ Jam 1.12 pagi.

Di Institut Wakvi, saya berkenalan dengan seorang guru dari Belgium berbangsa Turki bernama Tuncay Kaya. Beliau datang ke Institut Wakvi di Istanbul ini untuk mendalami ilmu agama pada setiap kali cuti musim panas di Belgium.

Banyak perjalanan saya kali ini di Istanbul ditemani oleh Tuncay. Dia seorang yang peramah dan suka meraikan orang lain.

“Ustaz Muhamad, hari ini saya ingin ajak kamu ziarah ke kawasan kubur. Hari Jumaat seperti ini bagus untuk mengingati mati, nanti kita sembahyang Jumaaat di Masjid Biru,” katanya pada saya.

Pagi ini, jumaat 26 Jun 09, saya memang tidak mempunyai apa-apa program. Selepas bersarapan di Institut Wakvi, Ustaz Mustafa, guru di sini telah menyediakan sebuah kereta untuk kami berjalan-jalan sekitar Istanbul. Kami mula bergerak. Tidak lama selepas itu, saya diajak singgah ke kawasan perkuburan.

Di sini pada hari Jumaat, ramai orang yang akan datang membacakan al-Quran. Kubur di sini kemas dan rapi, tidak seperti di Malaysia yang agak suram hingga lahir cerita-cerita khurafat yang mengaitkan hantu dan kubur.

Kami menziarahi makam Syeikh Ali Hayder, guru Syeikh Mahmud Affandi, seorang ulama di Turki ini. Tuncay mengajak saya ke satu tempat.

“Ustaz Muhamad, mari saya tunjukkan kamu satu perkara,” katanya.

Dia mengajak saya ke sebuah kubur. Ini adalah kubur Syeikh Cubbali Ahmad Hoca, dia merupakan seorang pendakawah yang hebat di Turki. Saya banyak belajar mengenai Islam darinya. Dia selalu keluar di TV” terang Tuncay.

“Tapi, dia hidup lagi,” tambahnya lagi.

“Hidup lagi? Habis kubur ini siapa punya?” tanya saya kehairanan.

“Hah, Syeikh Cubbali Ahmed memang telah menyediakan kuburnya sendiri. Beliau sering datang ke kuburnya dan melihat serta banyak menangis. Beliau akan selalu mengenangkan mengenai bekalan yang akan dibawa. Cuba kita lihat, ramai orang membaca al-Quran untuk orang yang telah mati, Syeikh Cubbali membaca al-Quran untuk dirinya yang masih hidup,” jelasnya lagi.

“Kalau kita membaca al-Quran pada orang hidup, maka orang hidup akan memperbaiki diri. Dia akan meningkatkan amalannya jika Quran yang dibaca itu difahaminya,” saya menambah.

“Rasullullah itu, lebih banyak membacakan al-Quran pada orang hidup, sebab itu orang hidup boleh berubah,” tambah saya lagi.

“Ye, betul tu,” kata Tuncay.

Saya memandang kubur Syeikh Cubbali. Saya cuba merasakan perasaannya secara impati. Kemudian hati saya berbisik,

“Ya Allah, kalaulah kubur yang aku sedang tatap ini kubur aku, aku dapat bayangkan orang mengusungku ke sini, meninggalkanku keseorangan di sini, memang aku akan menitiskan air mata dan akan merenung, adakah amalan aku sudah ditingkatkan, patut pun Syeikh Cubbali boleh menitiskan air mata”

Ini antara pelajaran terbesar yang saya dapat kali ini. Membayangkan kubur sendiri.

Akhirnya, hati ini membisikkan:-

“Ya Allah, ampunkan aku dan bimbinglah aku untuk terus meningkatkan diri”.

Sebagai seorang lelaki, saya jarang menangis, tetapi kali ini saya benar-benar sebak. Inilah pertama kali saya menatap kubur yang disediakan oleh tuannya sendiri bagi memuhasabah dirinya. Walaupun, kita tidak tahu di mana kita akan mati, tetapi kubur yang telah disediakan benar-benar menjadi muhasabah terbaik buat diri ini.

Bukankah Alla telah berfirman:-

“Berbanyak mengenai dunia melalaikan kamu, hingga tiba-tiba kamu diusung ke dalam kubur” (surah at-Takathur).

Saya melangkah semangat ketika keluar dari kawasan perkuburan ini dengan semangat untuk terus memperbaiki diri. Ingatan kepada mati menyebabkan kita rasa, masa kita terlalu sedikit berbanding amalan yang patut dibuat.

Semoga Allah terus membimbing saya dan pembaca sekalian untuk semakin hampir kepadaNya. Agar kita terus diredhainya untuk selamat di dunia dan di akhirat.
Berdiri berjubah biru ialah Syeikh Cubbali Ahmed Hoca. Di kanannya ialah Syeikh Mahmud Affandi



Inilah kubur yang disediakan oleh Syeikh Cubbali Ahmed untuk dirinya.


Dipetik dari: http://www.ustazamin.com/2011/03/diari-302-membaca-al-quran-di-kubur.html.


----------------------------------------------------------------------------------------------

KETABAHAN ITU RAHSIA UTAMA KEJAYAAN
Disediakan oleh Puan Yuhanes Binti Abdullah, Jumaat, 15 April 2011.


Assalamualaikum,

Moga kalian semua sentiasa sihat dan bermotivasi selalu. 

Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan para pembaca semua tentang ketabahan itu rahsia utama kejayaan.

Anda pasti pernah melawati taman haiwan atau lebih dikenali sebagai Zoo. Semangnya di sana terdapat pelbagai spesis haiwan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya dan di antara haiwan yang sering menjadi tarikan utama adalah Gajah. Apa yang dapat anda perhatikan pada kaki gajah tersebut? Ya! dirantai dengan rantai besi. Pastinya ramai yang merasakan kasihan namun mengapa gajah itu terbelenggu walaupun pada hakikatnya ia mampu memutuskan rantai tersebut?

Kisahnya bermula ketika gajah itu masih kecil lagi. Ketika masih kecil, ia telah dirantai kakiknya. Rantai itu menghadkan pergerakan anak gajah itu. Anak gajah itu cuba menarik rantai besi tersebut, namun setiap kali dicuba pastinya mendatangkan kesakitan. Ditarik tentu sakit. Itulah pemikiran yang terbentuk di minda anak gajah tersebut sepanjang proses tumbesarannya. Hinggalah mencapai usia dewasa, pemikiran tersebut masih bertunjang di fikirannya. Akhirnya, anak gajah tersebut itu terus dibelenggu oleh rantai tersebut sepanjang hayatnya. 

Hakikatnya, hidup ini sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Setiap individu di antara kita mempunyai jalan cerita masing-masing yang tersendiri, segalanya terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana untuk menempuh rintangan dan cabaran tersebut. Jangan mudah menyerah kepada cabaran mendatang, pastinya ia adalah sukar, susah dan penuh dengan kesakitan, namun segalanya hanyalah sementara. Hanya ketabahan dan kegigihan sahaja mampu menjadi pemacu utama ke arah kejayaan. Lance Amstrong seorang jaguh lumba basikal dunia, beliau sebenarnya disahkan mengidap Kanser Testis, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlumba. Bayangkan mengayuh basikal dengan Kanser Testis! Beliau pernah mengatakan, "Kesakitan itu hanyalah sementara.." Cara mudah untuk menghadapi segala cabaran mendatang, adalah menjadi proaktif dalam pemikiran dan perbuatan. 

Kita selalu menyangka dugaan hidup kita amatlah teruk, namun tanpa kita sedari di luar sana masih lagi ada mereka yang lebih bersusah payah. Namun mereka mampu untuk terus berdiri malah melakar kejayaan yang amat bermakna dalam hidup. Segalanya terpulang kepada kehendak dan ketabahan seseorang itu. Justeru, jangan mudah mengalah walau apa jua datang menghalang, tabahkan hati dan tekadkan azam untuk terus cemerlang. Hidup anda adalah ketentuan anda sendiri.

*Artikel dipetik dari http://www.motisiustazrock.blogspot.com
Dipetik dari :http://warkahsiber.blogspot.com  / My Motivation Journey.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 Cara Merapatkan Hubungan Sesama Rakan Sekerja
Disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin/ 20 April 2011/ 1.03pm 


Dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi, hubungan dengan teman sekerja tidak harus diabaikan. Selain diri sendiri, mereka juga akan memberikan impak terhadap mood bekerja. Jika hubungan itu baik, maka mood kerja akan menjadi baik. Namun jika sebaliknya, ia boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang. Tips berikut diharap dapat membantu menjalinkan hubungan baik sesama rakan sekerja:-
1-  Ingat nama teman
Sejauh mana anda mengingati nama teman sekerja anda? Jika hal semudah itu pun diabaikan, maka hubungan itu akan menjadi renggang dengan sendirinya. Jadi, rajinkan diri anda untuk menyebutkan nama mereka setiap kali bersua muka biarpun hanya dengan nama samaran. Alangkah mesranya jika kita dapat memberikan salam kepada mereka.
2-  Saling bertegur sapa
Pernahkah anda terfikir untuk tidak menegur teman sekerja kerana merasakan mereka tidak ada kena mengena dengan urusan anda? kikiskan sikap sebegitu kerana ia ternyata silap sama sekali. Mungkin anda tercari-cari topik untuk memulakan bicara namun sekiranya susah, memadailah dengan memulakannya dengan senyuman ikhlas atau dengan ucapan 'hai'.
3-  Melakukan aktiviti luar pejabat bersama
Bersosial bersama rakan-rakan sekerja di luar waktu kerja adalah cara paling efektif dalam menjalinkan hubungan. Anda mungkin boleh keluar makan, membeli-belah atau menjalankan apa jua jenis aktiviti yang disukai bersama. Paling tidak pun anda boleh menghadiri majlis perkahwinan teman sekerja dan pastinya mereka yang lain turut ada di sana. Mungkin, anda boleh memulakan perbualan ringan yang bakal menjadi permulaan kemesraan.
4-  Hulurkan bantuan
Menghulur bantuan adalah perkara baik, jadi mengapa kita tidak melakukannya di kalangan teman sekerja? Jenis bantuan adalah terpulang kepada kemampuan dan keihklasan anda sendiri. Tawarkan diri jika mahu membantu teman sekerja yang mungkin berada dalam kesulitan. Rasanya bukan satu masalah besar jika anda mahu menumpangkan mereka ke perhentian bas berdekatan.
5-  Gurau-senda
Bergurau senda mempunyai elemen yang dapat merapatkan hubungan sesama manusia. Jadi tonjolkannya secara semula jadi jika anda memiliki sifat itu. Namun, usah keterlaluan sehingga menyentuh sensitiviti seseorang, terutamanya orang yang baru dikenali. Dalam masa yang sama, jangan terlalu memaksa diri. Meski pun anda mungkin tidak kreatif dalam bergurau, namun pasti ada yang ketawa. Itu sudah cukup untuk menjadi satu permulaan yang baik.
6-  Elak berprasangka atau melabel
Setiap teman sekerja mempunyai ragam tersendiri. Jadi, sebagai seorang yang belum benar-benar mengenali, anda sama sekali tidak digalakkan untuk melabel apatah lagi menghukum seseorang. Usah terus mempercayai cerita orang lain tanpa mengenali individu berkenaan. Mungkin apa yang dikatakan hanyalah khabar angin atau cerita yang telah ditokok tambah. Kenali individu tersebut, mana tahu anda mungkin serasi denganya.
7-  Elak tunjuk pandai berlebihan
Bagi yang sudah mengenali, elakkan daripada menunjuk pandai di awal perkenalan. Gunakan saat-saat itu untuk lebih memahami seseorang individu itu. Jangan pula anda menjolok sarang tebuan kerana hubungan bukan sahaja akan bertambah renggang bahkan mampu mencetuskan pergaduhan. Anda mungkin mempunyai pendapat sendiri namun pilih masa yang sesuai untuk meluahkannya.
8-  Minta atau bertukar-tukar pendapat
Alternatif lain untuk merapatkan hubungan dengan teman sekerja ialah dengan menanyakan pendapat. Pastinya mereka mempunyai pendapat yang berbeza-beza yang mungkin mampu meningkatkan lagi prestasi kerja anda. Jadi, secara perlahan -lahan hubungan yang terjalin akan bertambah erat.
                                                                
*Artikel dipetik dari http://www.motivasiustazrock.blogspot.com
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi Pekerja Cemerlang
SELASA, 13 APRIL 2011 08:02
Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.



2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.



3. Komited.


Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.......

Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.




4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!
 




5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.
Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.
 




6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.
Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.
 




7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !