Khamis, 30 Jun 2011

I-REKA




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Khamis (30 Jun 2011), bertajuk "Dekorasi Menarik".


Rabu, 29 Jun 2011

Selasa, 28 Jun 2011

PETUA



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Selasa (28 Jun 2011), telah disumbangkan oleh Nawwar Hidayah bt Di Nek Kamal bertajuk, "Petua Menjaga Mata".


Isnin, 27 Jun 2011

UCAPAN PERPISAHAN DARI KAK ODAH



Hari Jumaat yang lalu adalah hari terakhir Puan Hajah Sokdah binti Junus bersama-sama kami di KMCS. Puan Hajah Sokdah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Odah telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 26 Jun 2011 (Ahad) kerana bersara pilihan. Setelah hampir 37 Tahun berkhidmat bersama Kraftangan Malaysia, banyak jasa dan pengorbanan yang ditaburkan.

Beliau bagaikan ibu kami di sini. Sifat keibuan dan tutur kata yang lembut membuatkan beliau amat disenangi dan disayangi. Beliau turut berkongsi beberapa nasihat untuk kami dan kawan-kawan seperjuangan di Kraftangan Malaysia untuk dimanfaatkan bersama. Jom kita hayati teks ucapan yang telah disampaikan oleh Kak Odah pada Majlis Perpisahan tersebut.

Kata-kata nasihat daripada Kak Odah kepada kawan-kawan seperjuangan dan anak-anak yang disayangi di Kraftangan Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu, Kak Odah memohon ampun maaf dan menyusun sepuluh jari jika terdapat kata-kata yang mungkin akan menyingung perasaan kalian, maklumlah lidah ini tidak bertulang dan sesuka hati saja hendak bercakap. Sebenarnya, inilah amalan yang dibuat sepanjang berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia;

1. Perlu minat dengan kerja yang kita buat, tidak kira apa bidang sekali pun.

2. Sikap toleransi antara kita.

3. Bekerjasama dan ceria selalu.

4. Perlu faham-memahami sikap kawan-kawan di sekeliling kita.

5. Sikap tolong-menolong.

6. Ringankan tulang jika diajak bergotong-royong.

7. Tidak memilih kerja.

8. Kerja yang dibuat perlu jujur dan tidak ada niat lain.

9. Kerja kerana Allah dan ikhlas.

10.Mempunyai perasaan bahawa kerja yang dibuat ini adalah rezki yang halal dan juga untuk menjamin keluarga di masa hadapan.

1Jangan jadikan kerja yang dibuat itu adalah satu beban yang berat dan harus diselesaikan dengan cara bijaksana dan jangan berputus asa.

12.Buat kerja dengan adanya perasaan seronok dan ingin cuba membuat perkara-perkara baru.

13.Jika tidak faham ,silalah jumpa kawan atau bertanya kepadanya bagaimana hendak buat atau selesaikan sesuatu masalah.

14. Jangan ada perasaan dengki dengan rakan kita, sama ada dia naik pangkat atau dapat anugerah atau apa saja yang diperolehi oleh kawan kita itu. Malah, kita jadikan ia sebagai ransangan untuk diri kita maju ke hadapan.

15.Kita perlu ada semangat kekitaan iaitu sayang kepada harta iaitu menjaga hak pejabat seperti mana hak kita sendiri.

Akhir kata Kak odah ucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam apa jua bidang yang ceburi dan mudah-mudahan ia menjadi satu impian kepada anda semua untuk berjaya di masa depan.

Sekian, salam sayang untuk adik-adik dan sahabat handai sekalian daripada Kak Odah yang sentiasa menjadi kenangan di kalangan semua.

Assalamualaikum w.b.t.


MOTIVASI


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Isnin (27 Jun 2011) bertajuk, 'Anugerah Dari Kehidupan'.


Khamis, 23 Jun 2011

MOTIVASI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Khamis (23 Jun 2011), telah disumbangkan oleh Cik Marshila binti Marzuki bertajuk, "Membudayakan Pemikiran Positif".

Rabu, 22 Jun 2011

PETUA


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Rabu (22 Jun 2011) merupakan sumbangan daripada Puan Rosmawati binti Zubir, bertajuk "Petua Mencegah Sakit Kepala".

Selasa, 21 Jun 2011

SANTAPAN ROHANI


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Selasa (21 Jun 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina binti Rossli bertajuk, "Kelebihan Membaca Al-Quran".


Isnin, 20 Jun 2011

MESYUARAT JKPKMCS


Masa berlalu terlalu pantas. Sedar tidak sedar, kita sudah berada di bulan Jun. Hampir setengah tahun kami telah beroperasi di Bangunan Rotan IKN ini. Bagaikan tidak terasa masa berlalu pergi. Pada hari Jumaat, penghulu segala hari, kami di KMCS cuba memanfaatkan masa yang ada dengan mengadakan majlis bacaan Yasin dan sesi Tazkirah seperti biasa.

Di samping itu juga, telah berlangsungnya Mesyuarat JKPKMCS bagi kali yang ke-5. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Puan Pengarah ini telah membincangkan pelbagai perkara berkaitan pelaksanaan tugasan bagi setiap unit supaya selari dengan Perancangan Kerja Tahunan 2011.

Alhamdulillah, banyak tugasan yang telah dilaksanakan seperti yang dirancang, namun masih terdapat beberapa perancangan yang akan dilaksanakan di masa akan datang. Insya-Allah, ia akan dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan. Mesyuarat bersurai lebih kurang pada pukul 1.00 tengah hari.
















I-REKA

Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Isnin (20 Jun 2011), merupakan sumbangan daripada Encik Mohd Ridzuan bin Harudin yang bertajuk 'Arca Minda'.

Jumaat, 17 Jun 2011

MOTIVASI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Jumaat (17 Jun 2011) telah disumbangkan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Motivasi Diri".

TAZKIRAH MINGGUAN


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 10 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamal Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 11 minggu ini, "Bukan Dari Golongan Kami… Yang Merampas Harta Orang Lain" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!

Khamis, 16 Jun 2011

PETUA


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Khamis (16 Jun 2011), merupakan sumbangan daripada Cik Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk "Cara Mencuci Barangan Perak dan Cara Menghilangkan Hitam Pada Periuk".

Rabu, 15 Jun 2011

MESYUARAT TERGEMPAR...




Satu mesyuarat tergempar telah diadakan pada hari Selasa, 14 Jun 2011 yang telah dipengerusikan oleh Puan Zailah Zaid dan dihadiri oleh Cik Iza, Cik Shela, Cik Syida dan Puan Anes. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara penting yang perlu kami laksanakan sebelum berakhirnya bulan Jun ini, insya-Allah.

Selain itu, ada beberapa perkara berkaitan unit Promosi dan Unit Usahawan yang dibincangkan bagi memastikan kerja-kerja yang tertangguh dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Insya-Allah, kami akan berkongsikan cerita tentang pelaksanaan perkara itu nanti... Tungguuuuu.....

SANTAPAN ROHANI

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Rabu (15 Jun 2011) bertajuk "Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? Marilah kita bersama-sama membaca dan menghayati apakah kebaikan bersolat di awal waktu.

Selasa, 14 Jun 2011

I-REKA




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (14 Jun 2011) bertajuk "Proses Pembuatan Filigree", telah disediakan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa.

Isnin, 13 Jun 2011

MOTIVASI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, 13 Jun 2011 (Isnin), merupakan sumbangan daripada Encik Mohd Fathul Muin b. Mohd Hafid, bertajuk "Pengertian & Kepentingan Keyakinan Diri".

Jumaat, 10 Jun 2011

PETUA




Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Jumaat (10 Jun 2011), merupakan sumbangan daripada Puan Lilis Suriyani binti Abdul Manaf yang bertajuk, "Tips Penjagaan Emas Putih".


Khamis, 9 Jun 2011

SANTAPAN ROHANI

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Khamis (8 Jun 2011), merupakan sumbangan daripada Encik Rushdan bin Ahmad yang bertajuk, "Jihad Perangi Hawa Nafsu".

Rabu, 8 Jun 2011

I-REKA



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, 8 Jun 2011 (Rabu), telah disumbangkan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin yang bertajuk "Pembungkusan Yang Menarik". Jom kita lihat apa yang menarik!


Selasa, 7 Jun 2011

SANTAPAN ROHANI

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani bertajuk "Fadhilat Bulan Rejab" telah disediakan oleh Puan Yuhanes binti Abdullah.

MOTIVASI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, 7 Jun 2011 (Selasa), merupakan sumbangan daripada Cik Noor Iza binti Kassim, bertajuk "Tanda-Tanda Hati Tidak Bahagia".

Isnin, 6 Jun 2011

REWANG 1 MALAYSIA


Pada hari sabtu yang lalu (4 Jun 2011), kami, warga KMCS telah ramai-ramai turun padang bagi memeriahkan aktiviti rewang perkahwinan masyarakat Melayu Jawa Negeri Selangor yang telah diadakan dengan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia bersama FAMA Negeri Selangor. Menu yang telah disediakan sudah tentunya Nasi Ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa.

Rewang yang berasal daripada perkataan basahan masyarakat Melayu-Jawa bermaksud konsep tolong-menolong, bekerjasama dan bantu-membantu bagi menjayakan sesuatu majlis serta perayaan di sebuah kampung atau kawasan. Amalan rewang secara tradisinya bukan saja digunakan oleh orang kampung ketika penganjuran majlis perkahwinan malahan juga untuk mendirikan rumah, membina jambatan atau membersihkan masjid.

Bertepatan dengan program Promosi Kerja Kahwin ini, Kraftangan Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama FAMA Negeri Selangor bagi menyemarakkan kembali aktiviti rewang ketika majlis kenduri perkahwinan yang kini kian pudar ditelan zaman. Pada kali ini, satu kelainan akan ditampilkan dengan menggabungkan konsep 1Malaysia di mana aktiviti rewang ini telah diadakan sempena kenduri perkahwinan seorang pemuda masyarakat Melayu Jawa bersama seorang gadis berbangsa Cina. Beberapa elemen berkonsepkan 1Malaysia telah ditonjolkan melalui penglibatan ahli rewang yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India.

Seawal jam 8 pagi, kami telah berkumpul bersama pihak FAMA bagi menyiapkan tapak tempat memasak dan melakukan persiapan untuk memulakan aktiviti masak-memasak. Dari jauh sudah kedengaran bunyi riuh rendah bagaikan suasanan di rumah kenduri yang sebenar. Apa tidaknya, celetoh Kak Siti dan rakan-rakan FAMA di tambah pula dengan sampuk-menyampuk daripada warga KMCS telah menjadikan susasana meriah.




Kehadiran besan (ibu pengantin perempuan yang berbangsa Cina) telah menjadi gimik kepada aktiviti rewang pada kali ini. Ibu pengantin lelaki begitu petah bercerita tentang apa yang terjadi di rumahnya semasa rewang dan menerangkan perihal keunikan Nasi Ambeng yang menjadi makanan tradisi masyarakat Jawa.




Melalui jalinan kerjasama ini, Kraftangan Malaysia telah menggunakan produk-produk kraf sebagai hiasan dan peralatan bagi menghidangkan makanan. Ini juga merupakan salah satu cara Kraftangan Malaysia untuk mempromosikan produk kraf usahawan tempatan. Produk kraf yang dipamerkan telah menggabungkan tradisi masyarakat Melayu Jawa dan Cina. Manakala, FAMA pula mengambil kesempatan bagi mempromosikan produk-produk keluaran usahawan mereka melalui penggunaan produk tersebut sebagai pelengkap utama masakan, penyediaan minuman dan kudapan.

Bagi menampilkan sedikit kelainan dalam aktiviti ini, ibu pengantin lelaki akan menjemput tetamu VIP dan jemputan bagi acara menggaul Pecal Yee Sang bersama-sama. Pecal Yee Sang merupakan gabungan Pecal (sayur-sayuran yang dicelur dan dimakan bersama kuah kacang) yang digaul menggunakan penyepit (chopsticks) dan dilakukan seperti amalan tradisi masyarakat Cina.




Suasana begitu meriah dengan kehadiran orang ramai yang mahu merasa keenakan Nasi Ambeng sehinggakan ada yang merajuk kerana tidak dapat merasa Nasi Ambeng tersebut. Nasi Ambeng kami begitu laris sekali. Apa yang menariknya, makanan yang dihidangkan telah habis sebelum jam 2.00 petang. Sehinggakan ada tetamu yang sanggup membayar bagi mendapatkan Nasi Ambeng tersebut, namun tiada apa yang dapat kami katakan melainkan memohon maaf kerana sememangnya semua makanan telah habis. Kepada yang tidak dapat merasa, kami memohon maaf dan mungkin kita akan cuba mengadakannya lagi di masa akan datang, insya-Allah.




Kami bersurai setelah semuanya selesai. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat warga FAMA Negeri Selangor kerana telah bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan harapan kami agar kita dapat bekerjasama lagi di masa hadapan, insya-Allah. Buat warga Kraftangan Malaysia yang telah banyak membantu dalam menjayakan Rewang 1Malaysia ini, KMCS mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tidak lupa juga saya mewakili Puan Pengarah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan KMCS yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan aktiviti ini berjaya. Tahniah kawan-kawan semua...



*Gambar tidak dapat dipaparkan disebabkan terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum.

PETUA



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, 6 Jun 2011 (Isnin), merupakan sumbangan daripada Pn. Zailah yang bertajuk "Tips Penjagaan Batik Sutera".

Jumaat, 3 Jun 2011

TAZKIRAH MINGGUAN





Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 9 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 10 minggu ini, "Bukan Dari Golongan Kami… Yang Meninggalkan Solat Witir" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!






Khamis, 2 Jun 2011

I-REKA

Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, 2 Jun 2011, merupakan sumbangan daripada Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk " Rekaan Bas Pelik".

SELAMAT HARI LAHIR BUAT CIK SRI...


"Selamat Hari Lahir" buat Sri Norhafeeza binti Abdul Razak yang menyambut ulang tahun kelahiran beliau pada tanggal 2 Jun 2011 (Rabu). Ulang tahun yang ke berapa agaknya Cik Sri? Hehehe.... Biarlah rahsia. Kami warga KMCS mendoakan agar Sri akan sentiasa dilindungi oleh Allah walau di mana saja berada (di dunia dan akhirat), dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, amin....

Rabu, 1 Jun 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN 2011











Sedar tak sedar hari ini sudah hari yang ke-6 Promosi Kerja Kahwin 2011 berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya aktiviti pameran dan jualan, demonstrasi kraf, persembahan kebudayaan dan banyak lagi. Pabila berada di sana semalam, hati kami (Syida, Anes, Juju, Kak Odah dan A’A) telah terpaut melihat pelbagai hiasan perkahwinan seperti pelamin, hantaran, kek dan manisan, produk kraf dan macam-macam lagi.

Para usahawan kraf bagaikan berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Lalu saja di hadapan gerai, jurujual gerai sudah siap sedia untuk mengedarkan risalah berkaitan syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka begitu teruja untuk mempromosikan gerai masing-masing. Macam ni la baru bagus, dik. Syabas!







Bila sampai di bahagian perkhidmatan katering, erm… Perut yang lapar kenyang berisi. Manakan tidak, baru saja tengok menu dan perkhimatan yang ditawarkan, kami sudah dipelawa makan (food testing). Nasi beriani yang disediakan sungguh enak. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Kepada bakal-bakal pengantin atau ibu bapa pengantin, jangan lupa untuk meluangkan masa untuk menjenguk Promosi Kerja Kahwin 2011. Selain daripada itu, orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan promosi ini kerana pelbagai produk lain turut dipamerkan seperti makanan tradisional dan produk kraf seperti batik, songket, logam, hasil rimba, seramik dan aneka kraf. Jom datang ramai-ramai ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur!
















LOJI RAWATAN SISA PEMBUANGAN

Pada 27 Mei 2011 yang lalu , Pengarah Bahagian Teknikal ,Encik Kamaruzaman b. Idris bersama pegawai beliau iaitu Encik Mohd Hafiz b. Abdul Halim dan Encik Sarimon b. Abdullah telah turun padang ke Kraf Holding bagi memantau perkembangan kajian loji rawatan sisa pembuangan air batik.

Kami dari KMCS telah dijemput oleh Pengarah Bahagian Teknikal untuk turut bersama melihat proses loji rawatan sisa pembuangan air batik dan hasilnya. Sepanjang lawatan tersebut, penerangan terhadap sistem loji tersebut telah diterangkan oleh Pengarah dan Penolong Pengarah kepada kami. Lawatan ini adalah susulan daripada lawatan tapak ke usahawan batik Negeri Selangor yang menghadapi masalah ini. Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama oleh Bahagian Teknikal tentang proses dan perjalanan loji rawatan sisa pembuangan air batik bermula dari awal sisa air batik diproses sehingga proses akhir sisa air batik tersebut menjadi putih jernih.

KMCS merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan pegawai Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat diatas kerjasama dan maklumat yang diberikan kepada kami disini. Semoga usaha dan kajian yang dijalankan oleh Bahagian teknikal ini dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan batik khususnya. .. Insya- Allah…. :)



Bucket yang dipasang untuk menapis lilin.


Tangki terakhir sisa air batik, hasilnya air menjadi jernih dan bersih



Hasil sisa air batik yang telah dirawat

Perbezaan diantara sisa air batik yang telah dirawat (penutup kuning) dan air paip (penutup biru)