Jumaat, 30 Mac 2012

MOTIVASI - HIDUP ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIJANGKAKAN

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Jumaat (30 Mac 2012) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan".

Rabu, 21 Mac 2012

TIPS BERHENTI MEROKOK


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (21 Mac 2012) telah diambil dari Bank Artikel KMCS bertajuk 'Tips Berhenti Merokok'.

Selasa, 20 Mac 2012

Isnin, 19 Mac 2012

MOTIVASI - KUNCI KEJAYAAN





Atikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Isnin (19 Mac 2012) telah disediakan oleh Yuhanes bertajuk, "KUNCI KEJAYAAN".

Khamis, 15 Mac 2012

Rabu, 14 Mac 2012

MOTIVASI - BEKERJA SECARA BIJAK BUKAN KUAT KERJA

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Rabu (14 Mac 2012) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Bekerja Secara Bijak Bukan Kuat Kerja".

Jumaat, 9 Mac 2012

CORETAN ILMU - PENGAJARAN 3 DAN 4


Assalamualaikum w.b.t
Mengambil keberkatan dan kelebihan pada hari Jumaat ini insya-Allah, marilah kita bersama-sama menghayati Pengajaran 3 dan 4 yang telah dimuatkan dalam ruangan Coretan Ilmu. Artikel ini telah dipetik daripada buku 'Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi" dan merupakan karangan yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Ghazali. 

Buku ini mengandungi pengajaran, nasihat dan boleh dijadikan peringatan bagi umat Islam dan amat berguna untuk menguatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Semoga kita semua menghayati dengan 'mata hati' agar ia meresap ke dalam jiwa dan sanubari agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mematuhi segala perintah-Nya, insya-Allah.

Khamis, 8 Mac 2012

SELAMAT DATANG TIMBALAN PENGARAH BARU KMCS



“Selamat datang warga baru KMCS”. Pada 1 Mac 2012 yang lalu, KMCS telah menerima seorang Timbalan Pengarah yang baru bagi menggantikan Puan Zailah binti Zaid yang telah bertukar ke Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat. Timbalan Pengarah yang baru merupakan Encik Rosman Bin Manan dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat. Harapan dan doa kami agar Encik Rosman dapat menjalankan tugas dengan baik dan insya-Allah sekiranya memerlukan bantuan, kami sudi untuk bersama-sama membantu bagi memajukan KMCS.

HILANG LAGI SEKUNTUM BUNGA KMCS



Kami warga KMCS telah kehilangan seorang lagi warga yang amat kami kasihi iaitu Puan Zailah binti Zaid yang telah ditukarkan ke Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat berkuat kuasa pada 1 Mac 2012 yang lalu. Sedih memang sedih, namun bak kata En. Dan (Rushdan Ahmad), “Sudah menjadi adat buat yang bergelar penjawat awam, bersedialah apabila diarahkan bertukar kerana perkhidmatan kita bukan hanya di perlukan setakat di satu tempat sahaja”.  

Buat Puan Zailah, dirimu umpama kakak bagi kami di sini. Hilangmu cuma di mata tapi di hati sentiasa ada, insya-Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Zailah. Terima kasih kami ucapkan atas segala pengorbanan serta pertolongan yang dihulurkan selama ini. Jasa dan kenangan bersamamu di sini akan tetap kami dikenang.

MOTIVASI - TERIMA KASIH KEPADA ANGIN YANG MENENTANG


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Khamis (8 Mac 2012) bertajuk, "Terima Kasih Kepada Angin Yang Menentang".

Rabu, 7 Mac 2012

Selasa, 6 Mac 2012

BATIK OH BATIK! ALHAMDULILLAH USAHA KAMI BERHASIL


YAB Timbalan Perdana Menteri sedang menyempurnakan logo Hari Wilayah

Cenderahati kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah disampaikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Alhamdulillah, tiada ayat yang mampu kami ucapkan selain bersyukur pada Allah kerana segala urusan kami dipermudahkan. Walaupun sejak daripada awal pelbagai masalah yang kami hadapi bagi memberikan rekaan seperti yang dikehendaki oleh pihak Perbadanan Putrajaya demi menjayakan Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Yasin pada 26 Februari 2011 yang lalu. Acara yang paling dinanti-nantikan setelah selesai acara perasmian penutup adalah acara gimik pelancaran iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Yasin menyempurnakan logo Hari Wilayah yang telah dicanting pada kain 4 meter jenis satin. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kami setelah majlis ini berlangsung seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah.

Majlis ini juga telah diadakan bersama Karnival WOW! Putajaya 2012 telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk penglibat pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tourism Malaysia, Balai Seni Lukis Negara dan banyak lagi. Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan bagi memeriahkan aktiviti dengan mengadakan interaktif kraf mencanting batik, pameran dan jualan produk kraf.


Program interaktif kraf Batik dibawah khemah Kraftangan Selangor



 -----------------------------------------------------------------------------------

Acara gimik pelancaran Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah tahun 2012













-----------------------------------------------------------------------
Lawatan oleh YBhg Tan Sri Samsudin B Osman, Presiden Perbadanan Putrajaya ke tapak aktiviti mencanting batik





MOTIVASI - 5 CIRI KEUNGGULAN MOTIVATOR MELAYU MUSLIM TULEN

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (6 Mac 2012) bertajuk, "5 Ciri Keunggulan Motivator Melayu Muslim Tulen".

Isnin, 5 Mac 2012

I-REKA - REKAAN PERABOT MODEN



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Isnin (5 Mac 2012) telah disediakan oleh Mursyida Mansor bertajuk, "Rekaan Perabot Moden".


MUHASABAH DIRI...

  1. Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
  2. Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
  3. Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
  4. Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH..