Latar Belakang


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR (KMCS)






KOMPOSISI WARGA KERJA KMCS 

žKMCS mempunyai kekuatan seramai 17 warga kerja yang digerakkan oleh tiga (3) 
Unit Pembangunan dengan disokong oleh satu (1) Unit Pentadbiran dan Kewangan.




---------------------------------------------------------------------------------


UNIT USAHAWAN

PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF DI SELANGOR

•Terdapat tiga ( 3 ) program utama di bawah Pembangunan Usahawan Kraf, di antaranya ialah :-

1)Program Satu Daerah Satu Industri
2)Program Kraf Warisan Dan Orang Asli
3)Program Pentahapan Usahawan Kraf


1 ) PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI

üAdalah merupakan satu program untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil.

OBJEKTIF

i.Membangunkan sesuatu kampung / kawasan sebagai pusat pengeluaran kraf yang menghasilkan produk beridentitikan setempat yang diusahakan secara perniagaan oleh penduduk tempatan.

ii.Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi mengeluarkan produk kraf yang memberikan pendapatan yang berterusan.


SUB AKTIVITI YANG DIJALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

i. Program Latihan
ii.Pembangunan Produk Dan Sistem Pengeluaran
iii.Pentahapan Produktiviti Dan Sistem Pengeluaran
iv.Pembangunan Promosi Dan Pasaran
v.Pembangunan Prasarana Pengeluaran

SENARAI PROJEK SDSI NEGERI SELANGOR

i)Ukiran kayu Mahmeri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey
ii) Batik, Daerah Gombak


PEMBANGUNAN USAHAWAN KRAF WARISAN DAN ORANG ASLI


OBJEKTIF

  • Membangunkan pengusaha pengeluar produk kraf warisan supaya menjadi usahawan yang membuat pengeluaran secara komersil.

STRATEGI

  • Membangun semula kraf warisan yang menghadapi kepupusan dengan membangunkan usahawan yang mengeluarkan produk berkenaan secara berterusan dan sepenuh masa.
  • Membangun tenaga pelapis
  • Pengurusan Produk

SUB AKTIVITI YANG DIJALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

  • Pembangunan Usahawan Kraf Warisan Dan Orang Asli ( program latihan )
  • Pembangunan Prasaran Bengkel
  • Pembangunan Produk
  • Mesin Dan Peralatan


SENARAI PROJEK KRAF WARISAN DAN ORANG ASLI SELANGOR :-

1.Anyaman Mengkuang dan Pandan Orang Asli Mahmeri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey.
2.Seramik India, Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor



PROGRAM PENTAHAPAN USAHAWAN KRAF


OBJEKTIF

i.Menggalakkan pembangunan usahawan kraf dengan pentahapan usahawan dari kategori Enterprise Mikro, Enterprise Kecil dan Enterprise Sederhana, usahawan muda dan usahawan kraf warisan yang berdaya maju tahan supaya mereka menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf.
ii.Membangun produktiviti dan kualiti keluaran produk kraf tempatan dalam sektor utama iaitu tektil, hasil rimba, seramik, kraf etnik dan logam


STRATEGI

i.Menentukan arah tuju pembangunan sesuatu bidang kraf.
ii.Pembangunan pengeluaran komersil
iii.Pembagunan tenaga kerja dan kemahiran
iv.Pentahapan usahawan
v.Pentahapan usahawan muda
vi.Pembangunan usahawan muda
vii.Pembangunan usahawan kraf warisan


SUB AKTIVITI YANG DI JALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

i.Latihan
ii.Produktiviti dan Kualiti ( bimbingan teknikal, orientasi pengeluaran )
iii.Pembangunan Prasarana Pengeluran.




 ---------------------------------------------------------------------


UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

OBJEKTIF 
Ø  Membimbing dan membangunkan usahawan kraf supaya dapat bergiat dalam pengeluaran kraf secara komersial dan berkeupayaan menjadi pemangkin industri kraf Negara.

Ø  Menerajui aktiviti pembangunan rekacipta dan teknikal kajian produk kraf di dalam pelbagai bidang kraf utama iaitu Hasil Rimba, Tekstil, Seramik, Logam, Kraf Batu dan lain-lain.

Ø  Membantu usahawan kraf mempelbagaikan penghasilan produk kraf yang berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport.

Di bawah aktiviti ini terdapat beberapa projek yang akan memberi penekanan kepada usaha– usaha membangunkan produk–produk kraf yang berorientasikan pasaran serta mengekalkan seni dan budaya tempatan dan seni kemahiran. Projek tersebut ialah:-

  
AKTIVITI PEMBANGUNAN PRODUK
  • Rekaan dan Prototaip
    • Penyediaan rekaan baru berasaskan input pasaran serta penyediaan prototaip dengan kerjasama pengusaha kraf tempatan. Empat pendekatan telah dilakukan dalam menyedia dan memperkenalkan produk-produk baru kepada pengusaha seperti berikut:
      • Menyediakan rekacorak eksklusif yang berupaya dan mampu dikeluarkan oleh pengusaha;
      • Menyediakan rekaan yang dapat dijadikan trend setter dalam pasaran;
      • Menyediakan rekaan yang mempunyai nilai-nilai kesenian dan estetika yang tinggi sesuai untuk pasaran domestik dan antarabangsa;
      • Menyediakan kepelbagaian rekaan baru yang menekankan kepada penggabungan penggunaan bahan dan teknologi baru.


----------------------------------------------------------------------------

 
UNIT PASARAN DAN PROMOSI


OBJEKTIF 
   
  • Merancang, melaksana dan memantau pembangunan produk, usahawan, industri dan pemasaran kraf.

OBJEKTIF UNIT PEMASARAN DAN PROMOSI DOMESTIK
  • Mempromosikan produk keluaran pengusaha kraf bagi memperkenalkan produk baru dan menggalakkan penjualan kepada pelancong di samping mengesan maklumbalas.

Aktiviti Pemasaran dan Promosi Domestik 

         Promosi Jualan Peringkat Negeri 

     - Membantu menyalurkan peluang pasaran kepada pengusaha kraf;
     - Meningkatkan kesedaran kepelbagaian produk kraf.


         Promosi Bertema 

- Meningkatkan pengetahuan orang ramai terhadap produk kraf;
- Menggalakkan pengusaha kraf mengeluarkan produk mengikut kehendak pasaran. 



-------------------------------------------------------------------------------



UNIT PEMULIHARAAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU :


a. PEMULIHARAAN KRAF (INTERAKTIF KRAF)
  • Aktiviti yang melibatkan generasi muda khususnya pelajar sekolah, untuk mempelajari teknik pembuatan sesuatu produk kraf, agar generasi ini mengenali kraf tempatan dengan lebih dekat lagi;
  • Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada generasi muda akan kepentingan warisan kraf tempatan.


b. PEMELIHARAAN KRAF (GALERI DAN WARISAN)
  • Pengumpulan produk-produk warisan yang diletakkan di dalam muzium  sebagai produk pameran;
  • Memelihara dan memartabatkan produk-produk kraf warisan yang kaya dengan ciri-ciri tradisional dan melambangkan keunikan kraf tempatan.