Jumaat, 12 Ogos 2016

MESYUARAT JKPC BULAN OGOS 2016


 Buah delima dalam perahu,
 Buah nangka dimakan kera,
 Sudah lama tidak bertemu,
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 


Pada 8 Ogos 2016 (Isnin) yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Wilayah dan Selangor ((WISEL) telah mengadakan Mesyuarat JKPC Bulan Ogos bertempat di Bilik Mesyuarat WISEL, Tingkat 1. 


Seperti biasa, mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pencapaian KPI, status terkini dan pelaksaaan aktiviti peringkat cawangan bagi bulan Julai dan Ogos 2016. Alhamdulillah, walaupun pada tahun ini pihak kami mempunyai kekangan peruntukan yang ketara namun, aktiviti-aktiviti berkaitan pembangunan usahawan, pemasaran, rekaan dan interaktif kraf masih berjalan dengan baik. 


Pihak WISEL amat berharap agar semua usahawan kraf terutamanya usahawan di bawah bimbingan dan seliaan kami akan terus memberikan sokongan dan kerjasama berterusan agar industri kraf ini mampu bertahan walau perkembangan ekonomi negara sedikit terjejas. 


Doa kami sentiasa ada untuk melihat usahawan WISEL berjaya, amin..








Jumaat, 29 Julai 2016

RUMAH TERBUKA & JAMUAN HARI RAYA WISEL 2016


Pada 28 Julai 2016 (Khamis) yang lalu, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Wilayah Kuala Lumpur &Selangor (WISEL) telah mengadakan majlis Rumah Terbuka dan Jamuan Hari Raya WISEL 2016 bertempat di perkarangan pejabat WISEL.

Majlis telah dimulakan dengan Sesi Bacaan Yasin dan Tahlil telah dihadiri oleh usahawan-usahawan kraf WISEL seawal jam 10.00 pagi. Alhamdulillah, majlis yang dipimpin oleh Encik Lotfe itu selesai pada jam 11.30 pagi. 

Pada awalnya, kami menjangkan tidak ramai jemputan yang hadir memandangkan pada tahun sebelumnya lebih kurang 150 tetamu sahaja yang hadir. Namun, jangkaan kami meleset. Bermula pada jam 12.00 tengah hari usahawan-usahawan kraf yang dijemput mula membanjiri perkarangan pejabat kami.

Wah, suasana macam kenduri kahwin pun ada. Memang meriah. Tambahan pula kedengaran lagu-lagu raya berkumandang di udara bagi menyambut kedatangan pengunjung rumah terbuka kami. 

Apa yang lebih membuatkan kami terharu dan berterima kasih dengan kehadiran Mantan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Dato' Abdullah hadir seawal jam 12.00 tengah hari. Terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Bahagian dan Unit Ibu Pejabat yang tiba lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Tidak dilupakan sekalung ucapan terima kasih sahabat-sahabat kami daripada Ibu Pejabat dan Institut Kraf Negara turut datang memeriahkan rumah terbuka kami.

Jika pada tahun lepas WISEL menghidangkan bihun soto, namun pada tahun ini kami menyediakan nasi dan menu kampung sebagai tarikan utama. Tidak ketinggalan laksa utara hasil air tangan Puan Suzita yang menjadi buah mulut tetamu turut dihidangkan. Satu lagi menu 'meletup' yang menjadi rebutan pada tahun ini, rendang daging Cik Juju. Ramai yang kecewa sebabnya tidak dapat merasa. Sedap sangat sampai ramai yang makan bertambah dua tiga kali.

Jom, kita tengok gelagat tetamu yang hadir. Terima kasih daun keladi, tahun depan, insya-Allah WISEL jemput lagi.



 

 



 

 

Ahad, 24 Julai 2016

PERJUMPAAN YBHG. KETUA PENGARAH DAN PENGURUSAN KRAFTANGAN MALAYSIA BERSAMA WARGA WISEL







Bunga sena di hujung titi,
Buah delima enak dimakan,
Kedatangan semua amat dinanti,
Selamat datang WISEL ucapkan.


Kami, warga WISEL amat mengalu-alukan kedatangan YBhg. Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia ke teratak kecil kami di Bangunan Jurusan Rotan, Institut Kraf Negara, Rawang pada 22 Julai yang lalu bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) serta Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan. Terima kasih semua.


 






 

Ahad, 3 April 2016

PROMOSI KRAF MALAYSIA @ SACC MALL 2016


Alhamdulillah, Promosi Kraf Malaysia 2016 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 22 - 31 Mac 2016 bertempat di Pusat Beli-Belah SACC Mall, Shah Alam. Seramai 14 usahawan kraf telah terpilih bagi menyertai promosi ini terdiri daripada usahawan bidang batik, logam dan aneka kraf.

Kami, warga WISEL juga turut mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar melawat dan bertanya khabar usahawan-usahawan yang terlibat. Terima kasih Puan KP :)

Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada usahawan yang terpilih iaitu :

a. Abas & Sal Batik
b. Grafa Apparel
c. Safiya Batik
d. Dean Batik
e. Syang Collection
f. D' Collections
g. Obi Trends
h. Azuhan Batik
i. Chanting Creation
j. Nanee's Telekung
k. DS Malaya Venture
l. Mustika Craft
m. Anggun Kejora