Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (27 Mac 2013) telah disediakan oleh Cik Marshila binti Marzuki bertajuk, "50 Perkara Penting Daripada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary".
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Rabu, 27 Mac 2013
Selasa, 26 Mac 2013
PETUA - BEKERJA TANPA MENINGGALKAN TUNTUTAN AGAMA
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Selasa (26 Mac 2013) telah disediakan oleh Puan Amalina binti Rossli bertajuk, 'Bekerja Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama'.
Jumaat, 22 Mac 2013
SANTAPAN ROHANI - JIHAD PERANGI HAWA NAFSU
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Jumaat (22 Mac 2013) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk "Jihad Perangi Hawa Nafsu".
Selasa, 19 Mac 2013
GEMBIRANYA USAHAWAN QQ MY CRAFT BERTEMU DYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
Alhamdulillah, setelah beberapa hari menyepi daripada mencoret sesuatu di blog KMCS ini, hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan usahawan KMCS, Encik Goh dari syarikat QQ My Craft. Walaupun, cerita ini berlalu sudah agak 'lama' kerana Hari Kraf Kebangsaan 2013 juga telah melabuhkan tirainya, namun demi tidak menghampakan perasaan beliau, saya mengambil peluang untuk berkongsi tentang cerita ini.
Pagi ini, saya telah menerima emel beliau yang disertakan bersama dua keping gambar. Gambar tersebut memaparkan kegembiraannya dapat bertemu bersama DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah yang telah mencemar duli merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2013 pada 4 Mac 2013 yang lalu. Tuanku Permaisuri juga telah mencemar duli melawat ruang niaga usahawan yang terlibat bersama Datin Seri Maznah Rais. Baginda turut singgah melihat produk kraf sabun keluaran Encik Goh.
Baginda Tuanku juga turut membeli produk tersebut sebagai tanda kenangan dan ia merupakan satu penghargaan kepada Encik Goh yang sama sekali tidak menyangka Tuanku Permaisuri berminat untuk melihat produk keluaran syarikatnya. Dari riak wajah yang jelas kelihatan melalui gambar yang dikirimkan kepada saya, ternyata dia sangat gembira dan sungguh terharu menerima kunjungan tersebut.
Memang benar, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri amat 'dekat' bersama rakyat dan kami di KMCS turut menerima 'tempias' kegembiraan tersebut. Kami selalu mendoakan yang terbaik kepada semua usahawan terutamanya di bawah seliaan KMCS. Kalian sentiasa di hati kami.
Rabu, 13 Mac 2013
LAWATAN JKKN KE BENGKEL ABAS & SAL BATIK
Wah, rancaknya mereka berbual. Apa agaknya yang dibincangkan ya? |
Pada 27 Februari 2013, satu lawatan telah
diadakan dari Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke bengkel Abas &
Sal Batik, diketuai oleh Puan Ramlah (Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Seni
Budaya), En. Hisham (Penolong Pengarah) dan Cik Gayathri (Pegawai Kebudayaan) dengan
diiringi oleh seorang pegawai Unit Usahawan dari Kraftangan Malaysia Cawangan
Selangor (KMCS) serta seorang pegawai dari Bahagian Usahawan Ibu Pejabat Kraftangan
Malaysia.
Perbincangan
di antara pihak JKKN bersama usahawan Abas & Sal Batik dan Kraftangan Malaysia
|
Tujuan JKKN mengadakan lawatan ini
adalah untuk membuat tinjauan dan kajian bagi pelaksanaan Projek Pembangunan
Keusahawanan Seni Budaya 1 Daerah, 1 Seni, 1 Malaysia (1DSM) bagi tahun 2013 di
seluruh negeri. Pihak JKKN merancang mewujudkan 1 daerah sebagai pusat seni
persembahan, (seni tari, seni muzik dan sebagainya).
Lawatan ke bengkel Abas & Sal Batik |
Justeru, pihak JKKN ingin
mengadakan kolobrasi dengan pihak Kraftangan Malaysia dengan cadangan 12
usahawan di sesebuah tempat dijadikan sebagai pembekal bahan bagi props/kostum
industri seni persembahan. Usahawan-usahawan tersebut akan dikenalpasti oleh
pihak JKKN kemudian. Pihak JKKN akan memberi maklum balas
berikutan daripada sesi lawatan tersebut sama ada cadangan mereka dapat
direalisasikan.
Masa untuk ber'posing' ..... |
Penyampaian cenderahati kepada Puan Sal sebagai tanda terima kasih menerima kunjungan JKKN |
Langgan:
Catatan (Atom)