Jumaat, 30 November 2012

PETUA - 10 PETUA UNTUK CERIA DR.FADZILAH KAMSAH



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (30 November 2012) telah disediakan oleh Yuhanes Abdullah bertajuk, "10 Petua Untuk Ceria Dr. Fadzilah Kamsah".


Rabu, 28 November 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT EN. MUIN…




Cepat masa berlalu. Rasanya macam baru saja saudara Muin kita berhijrah ke Ibu Pejabat tapi rupa-rupanya sudah hampir lima (5) bulan kami ‘kehilangannya’ di sini. Biarpun dia sudah bertukar dan tidak lagi bersama kami di KMCS namun, beliau sentiasa di hati kami. Baru-baru ini pada 11 November 2012 yang lalu, kami di KMCS telah berkonvoi menuju ke Klang bagi meraikan kenduri perkahwinan beliau bersama ‘si jantung’ hatinya Pn. Haida.

 Sebanyak tiga (3) buah kereta telah menyertai aktiviti konvoi ini dan tiba di perkarangan rumah pengantin pada jam 1.00 tengahari. Kami tiba ketika pengantin sedang ‘bersantap’. Erm… Makanan yang disediakan pun semuanya sedap-sedap belaka hinggakan beberapa kali kami bangun menambah makanan di dalam pinggan. Menu yang paling digemari ramai turut disajikan di sini iaitu kambing golek. Hehehe… ramai yang sanggup menunggu giliran bagi mendapatkan kambing golek ini. 
 

Jom, kita tengok aksi-aksi kedua-dua mempelai yang cukup ‘sporting’ bergaya di hadapan lensa kamera. Hehe.. comel dan sama padan… Apa-apapun kami di KMCS mengucapkan “Selamat Pengantin Baru. Harapan kami agar perkahwinan mereka diberkati Allah dan dikurniakan jodoh yang berkekalan sehingga akhir hayat”. Doa kami juga, semoga mereka berdua dikurniakan kebahagiaan yang melimpah ruah serta memperoleh zuriat yang soleh dan solehah”, insya-Allah.







Selasa, 27 November 2012

TAHNIAH CIK SRI…

Hadiah tempat pertama - RM300.00



Kami di KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Cik Sri Norhafeeza (Cik Sri) atas kejayaan beliau mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Sulaman dan Jahitan Tudung sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam yang telah diadakan bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Buat pengetahuan semua, Cik Sri kita ni memang seorang yang mahir dalam bab jahit-menjahit terutamanya dalam jahitan manik dan lace. Beliau sering menerima tempahan daripada orang perseorangan dan juga turut memberikan khidmat jahitan manik kepada usahawan yang berminat.

Cantikkan hasil kerja Cik Sri kita ni? Tahniah!

Hehehe… saya sendiri pun pernah mendapatkan khidmat beliau dalam menjahit lace pada baju kurung saya pada bulan puasa yang lalu. Alhamdulillah, rezeki beliau sentiasa bertambah. Harapan kami di KMCS, agar beliau sentiasa memajukan diri dan berusaha untuk lebih berjaya bukan hanya dalam kerjaya beliau sebagai pereka di Kraftangan Malaysia tapi juga berjaya di dunia dan akhirat, insya-Allah.



Isnin, 26 November 2012

BERSAMA BATIN NENGKAK DI PROMOSI INSPIRASI ALAM




Wah, jika sebelum ini KMCS kerap kali menyebut mengenai satu lagi kampung masyarakat Orang Asli di Pulau Carey yang telah dibangunkan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti KMCS dan Kraftangan Malaysia,  jadi pada kali ini kami telah ‘membawa’ mereka keluar untuk menjadi jurudemo kraf Orang Asli Kg. Sg. Kurau buat julung kalinya. Batin Nengkak dan pembantu beliau iaitu En. Taba Anak Mat atau lebih dikenali sebagai Pak Taba telah dilantik sebagai jurudemo ukiran kayu Orang Asli Mahmeri.  Mangkuk dan Patung Kuda Laut merupakan di antara produk yang telah dihasilkan pada aktiviti ini. 


Ruang aktiviti demonstrasi kraf sempena Promosi Kraf Inspirasi Alam





Selain daripada Batin Nengkak dan Pak Taba, terdapat dua lagi penglibatan Orang Asli Mahmeri dari Kg. Orang Asli Sg. Bumbun yang turut sama dalam aktiviti demonstrasi di Promosi Inspirasi Alam ini iaitu En. A. Samri a/l Abdul Rahman dan Pn. Maznah Anak Unyan. En. Samri telah dilantik sebagai jurudemo ukiran Patung Orang Asli Mahmeri manakala, Pn. Maznah pula telah menjadi jurudemo bagi anyaman mengkuang Orang Asli Mahmeri. Panjang lebar dah saya berceloteh. Jadi, mari kita tengok apa yang berlaku di sana…..



Wah, senyum lebar Pn. Maznah kita yang manis ni...


Isnin, 12 November 2012

KITA BERPESTA LAGI... KONVO IKN 2012


Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) tahun 2012 datang lagi. Namun, terdapat sedikit kelainan yang ditonjolkan pada tahun ini. Majlis Konvo ini telah diserikan lagi dengan pelaksanaan aktiviti Promosi Kraf Malaysia bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan pada kali ini seperti aktiviti jualan dan pameran produk kraf, interaktif kraf, acara galakan pengunjung, lawatan berpandu, demonstrasi masakan tradisional pertandingan dan banyak lagi. Jualan produk bukan kraf pun ada seperti jualan bunga, buku, mesin, pakaian dan sebagainya.



Pada pendapat saya, Majlis Konvo pada kali ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai agensi luar bagi sesi lawatan berpandu seperti anggota kerja Dewan Bahasa dan Pustaka, peserta PLKN, Puspanita, pelajar-pelajar sekolah dan banyak lagi. Acara-acara yang dipersembahkan pada tahun ini juga begitu menarik perhatian ramai. Persembahan dikir barat, teater, pertunjukan silat dan beberapa pertandingan turut menceriakan lagi majlis ini.


 
Pada hari terakhir, turut diadakan jualan harga runtuh bagi hasil produk pelajar seperti jurusan kayu, logam, seramik, tenunan, batik dan rotan. Suasana begitu gamat sekali dengan laungan dan pekikan harga murah bagi setiap produk yang ditawarkan. 








Apa lagi, ramailah pengunjung yang balik dengan senyuman gembira. masakan tidak, kiri kanan tangan menjinjit beg plastik berisi produk kraf yang telah dibeli dengan harga runtuh. Jadi, jom kita tengok ragam para pengunjung...




Selasa, 6 November 2012

KEMBARA KE BENGKEL RAHAYU RAMDZAM BATIK & CRAFT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Baru-baru ini, Pereka KMCS, Cik Sri dan saudara Akmal telah berkunjung ke salah sebuah bengkel usahawan yang terletak di Bandar Saujana Putra bagi memantau aktiviti usahawan baru iaitu Rahayu Ramdzan Batik & Craft. Puan Rahayu merupakan usahawan dari negeri Terengganu dan telah berpindah ke negeri Selangor pada awal bulan Januari 2012 yang lalu.

Beliau pernah menjalankan kerjasama bersama Batik International Research & Design Access (BIRDA) sebagai penyelidik dan kemudiannya telah bersama Terengganu Institute Of Design Excellence (TiDE) sebagai pereka dalam bidang tenun dan batik. Kini, beliau telah menubuhkan syarikat sendiri dan banyak menerima tempahan dan mengeluarkan pakaian batik menggunakan jenama sendiri iaitu Rahayu Ramdzam. 








Kami di KMCS mendoakan agar beliau berjaya dan  menjadi salah seorang pereka yang disegani di masa akan datang, insya-Allah.


Jumaat, 2 November 2012

J1M1K - KEMBARA KMCS KE SK SINARAN BUDI


"Jelajah 1 Murid 1 Kraf" atau singkatannya "J1M1K" bergerak lagi untuk menjelajah ke beberapa buah sekolah sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Pada kali ini, Skuad J1M1K yang terdiri daripada En. A'A, En. Din, Cik Juju dan Pn. Nawwar telah 'bertamu' ke Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi di bandar Rawang bagi melaksanakan aktiviti mencanting batik. 


Lazimnya, apabila musim peperiksaan penghujung tahun telah berakhir, para guru mula memikirkan pelbagai aktiviti bagi menarik minat murid-murid supaya datang ke sekolah walaupun peperiksaan telah berakhir. Jadi, salah seorang cikgu telah menjemput Skuad J1M1K untuk mengadakan aktiviti mencanting batik.






Aktiviti ini terbuka kepada murid-murid  tahun 6 dan penyertaan pada hari itu amat menggalakkan. Seramai 52 orang murid telah menyertai aktiviti mencanting batik ini dan hasilnya kerja mereka amat menarik. Mari kita tengok apa yang berlaku di sana. Jom!

 







KMCS mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini dan insya-Allah jika ada umur panjang dapat kita bertemu lagi.

Khamis, 1 November 2012

SURAT TERBUKA UNTUK PARA SUAMI DAN ISTERI


Rasa 'teruja' tak apabila membaca tajuk ceramah agama yang dianjurkan oleh KMCS pada hari ini? Buat rakan-rakan blog yang sudah berumah tangga pasti kalian begitu berkobar-kobar untuk membaca apa perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Bukhari bin Mokhtar dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Bagi yang belum berkahwin, jangan risau ilmu ini boleh dijadikan sebagai panduan.




Di antara ilmu yang telah dikongsikan oleh Ustaz muda ini adalah seperti di bawah:

a. Hadiah terbaik yang telah dikongsikan oleh Rasulallah s.a.w kepada seluruh umat Islam 
      - Memulakan hari kita dengan salam dan senyuman.

b. Wanita adalah kunci kebahagiaan dalam rumah tangga.

c. Pesanan Khas untuk lelaki bergelar suami
      - Jangan membuat sesuatu keputusan ketika dalam keadaan 
        tergesa-gesa atau sedang marah.
      - Jangan mudah untuk menjatuhkan talak kepada isteri hanya 
        disebabkan oleh perkara yang remeh dan tidak munasabah.

d. Terdapat hak-hak yang boleh dituntut oleh manusia tetapi ada batasannya.

e.  Sabda Rasulallah s.a.w
     - "Jagalah keluargamu, anakmu dan keturunanmu".

f.  Bagi mewujudkan perhubungan suami isteri yang baik, sentiasalah 
    merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.


Ceramah turut diserikan dengan sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman serta pengetahuan oleh Ustaz bersama warga KMCS dan majlis di akhiri dengan bacaan tasbih Kifarah serta Surah Al-Asr.