Rabu, 28 November 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT EN. MUIN…




Cepat masa berlalu. Rasanya macam baru saja saudara Muin kita berhijrah ke Ibu Pejabat tapi rupa-rupanya sudah hampir lima (5) bulan kami ‘kehilangannya’ di sini. Biarpun dia sudah bertukar dan tidak lagi bersama kami di KMCS namun, beliau sentiasa di hati kami. Baru-baru ini pada 11 November 2012 yang lalu, kami di KMCS telah berkonvoi menuju ke Klang bagi meraikan kenduri perkahwinan beliau bersama ‘si jantung’ hatinya Pn. Haida.

 Sebanyak tiga (3) buah kereta telah menyertai aktiviti konvoi ini dan tiba di perkarangan rumah pengantin pada jam 1.00 tengahari. Kami tiba ketika pengantin sedang ‘bersantap’. Erm… Makanan yang disediakan pun semuanya sedap-sedap belaka hinggakan beberapa kali kami bangun menambah makanan di dalam pinggan. Menu yang paling digemari ramai turut disajikan di sini iaitu kambing golek. Hehehe… ramai yang sanggup menunggu giliran bagi mendapatkan kambing golek ini. 
 

Jom, kita tengok aksi-aksi kedua-dua mempelai yang cukup ‘sporting’ bergaya di hadapan lensa kamera. Hehe.. comel dan sama padan… Apa-apapun kami di KMCS mengucapkan “Selamat Pengantin Baru. Harapan kami agar perkahwinan mereka diberkati Allah dan dikurniakan jodoh yang berkekalan sehingga akhir hayat”. Doa kami juga, semoga mereka berdua dikurniakan kebahagiaan yang melimpah ruah serta memperoleh zuriat yang soleh dan solehah”, insya-Allah.







1 ulasan: