Selasa, 28 Februari 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Khamis, 23 Februari 2012

PETUA PANJANG UMUR



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Khamis (23 Febuari 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Panjang Umur".

Selasa, 21 Februari 2012

MOTIVASI - 5 GAYA DAN CARA BERFIKIR


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (21 Februari 2012) telah disediakan oleh Yuhanes bertajuk "5 Cara Dan Gaya Berfikir".

Isnin, 20 Februari 2012

Jumaat, 17 Februari 2012

CORETAN ILMU - PENGAJARAN 2


Assalamualaikum w.b.t

Mengambil keberkatan dan kelebihan pada hari Jumaat ini insya-Allah, marilah kita bersama-sama menghayati Pengajaran 2 yang telah dimuatkan dalam ruangan Coretan Ilmu. Artikel ini telah dipetik daripada buku 'Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi" dan merupakan karangan yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Ghazali. 

Buku ini mengandungi pengajaran, nasihat dan boleh dijadikan peringatan bagi umat Islam dan amat berguna untuk menguatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Semoga kita semua menghayati dengan 'mata hati' agar ia meresap ke dalam jiwa dan sanubari agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mematuhi segala perintah-Nya, insya-Allah.

Khamis, 16 Februari 2012

Rabu, 15 Februari 2012

MOTIVASI - MENCIPTA KEJAYAAN


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (15 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Mencipta Kejayaan".

Selasa, 14 Februari 2012

I-REKA - REKAAN MOTOSIKAL DARIPADA BAHAN TERBUANG



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Selasa (14 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Marshila Marzuki bertajuk, "Rekaan Motosikal Daripada Bahan Terbuang".


Isnin, 13 Februari 2012

PETUA KEJAYAAN DALAM HIDUP



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Isnin (13 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Kejayaan Dalam Hidup".

Jumaat, 10 Februari 2012

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

Permulaan Februari... Pada 1 Februari 2012, jam 10.30 pagi, kami, iaitu Ketua Unit Usahawan dan Pengajar Kraf telah pergi melawat bengkel usahawan Barakaff Holdings Sdn. Bhd. di Gombak, Selangor. Pelbagai maklumat yang telah kami dapat berikutan dengan pemasalahan yang dihadapi oleh usahawan tersebut. Antaranya ialah kerosakan bengkel yang agak teruk dihadapi oleh mereka.   

Pandangan hadapan bengkel Barakaff Holdings Sdn. Bhd. 

Perbincangan bersama usahawan.

Antara kerosakan yang dihadapi.

Kerosakan pada bahagian bumbung.

Di antara kerosakan yang dialami pada kawasan bengkel.

Kerosakan yang dialami pada kawasan bengkel.



CORETAN ILMU – ARTIKEL TERKINI...



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Masa yang pergi tidak akan kembali. Jadi, manfaatkanlah setiap masa yang ada dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan berguna di samping berusaha untuk mengumpul saham akhirat. Mengambil kesempatan ini, kami warga KMCS akan memaparkan artikel-artikel terbaru di ruangan Coretan Ilmu. 

Artikel ini telah dipetik daripada buku 'Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi" dan merupakan karangan yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Ghazali. Buku ini mengandungi pengajaran, nasihat dan boleh dijadikan peringatan bagi umat Islam dan amat berguna untuk menguatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Semoga kita semua menghayati dengan 'mata hati' agar ia meresap ke dalam jiwa dan sanubari agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mematuhi segala perintah-Nya, insya-Allah. 

Jadi, marilah kita bersama-sama menghayati Pengajaran 1 yang telah dimuatkan di ruangan Coretan Ilmu pada hari ini. 

KELEBIHAN HARI JUMAAT



Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Jumaat (10 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Kelebihan Hari Jumaat".

Khamis, 9 Februari 2012

NAFSU MUSUH ANDA, ROH SAHABAT ANDA

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Khamis (9 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Encik Fathul Muin bin Mohd Hafid bertajuk, "Nafsu Musuh Anda, Roh Sahabat Anda".

Rabu, 8 Februari 2012

Jumaat, 3 Februari 2012

MESYUARAT JKPC KALI PERTAMA (01) BAGI TAHUN 2012




Bulan Januari kian berlalu pergi. Walaupun masih lagi berada di ambang tahun baru namun kerja-kerja seharian diteruskan seperti  biasa. Bagi tahun baru 2012 ini, momentum kerja perlu dipertingkatkan lebih daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat JKPC kali pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada 30 Januari 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat KMCS. Alhamdulillah, bilangan ahli mesyuarat pada kali ini amat memberangsangkan dan diharapkan prestasi sebegini akan berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Seperti biasa, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya, Puan Pengerusi telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahun baru dan inti pati ucapan tersebut merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a.      Perlu audit diri dan tetapkan matlamat untuk mencari keredhaan Allah;
b.      Arahkan diri untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih baik
i.      Pastikan rekod kehadiran ke pejabat sentiasa memuaskan.
ii.     Minum pagi selewat-lewatnya sebelum jam 8.30 pagi.
iii.   Berada di meja masing-masing dan memulakan tugasan selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi .
iv.  Tugasan yang berikan perlulah disiapkan dengan kadar segera sekurang-kurangnya dalam masa satu hari bekerja.
v.    Mengisi borang datang lewat / pulang awal dan merekod di kad perakam waktu sekiranya datang lewat / pulang awal.
vi.   Perlu menjawab panggilan telefon rakan sekerja yang lain sekiranya mereka tiada di meja
vii.   Perlu bercakap dengan berbudi bahasa dan jangan menyakitkan hati rakan-rakan sekerja serta elakkan menyinggung perasaan orang lain. Anggota kerja yang muda perlulah menjaga kata-kata dan menghormati anggota kerja yang lebih ‘senior’.
viii.  Perlu bersikap proaktif untuk kerja-kerja  penambahbaikan unit masing-masing.
ix.   Jadilah orang yang sentiasa memberi, membantu atau multi-tasking untuk membantu rakan-rakan unit yang lain.
x.   Sentiasa mengingatkan diri agar buat yang terbaik dan apabila melakukan kerja lebih daripada biasa anggaplah bahawa kita sedang mencari redha Allah.
xi.   Rajin-rajin ‘berbisik’ dengan Allah dan jadilah hamba yang rindu untuk mengenal Tuhan, sentiasa mengadu kepada-Nya, memohon kepada-Nya dan sentiasa bertawakal kepada-Nya.
xii.  Menjaga solat lima waktu dan jadilah hamba yang sentiasa mengingati Allah.

Mesyuarat juga telah diteruskan dengan membincangkan agenda-agenda mesyuarat yang lepas dan beberapa perkara baru turut dibangkitkan untuk tindakan segera. Mesyuarat bersurai pada jam 1.00 tengah hari.


UCAPAN TAKZIAH


Kami warga kerja KMCS mengucapkan takziah kepada Encik Mohd Azlan bin Baki di atas pemergian ayahanda tercinta pada 31 Januari 2011 bersamaan 7 Rabiulawal 1433H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. 

UCAPAN TAKZIAH


Kami warga kerja KMCS mengucapkan takziah kepada Encik Ahzarisham bin Ahmad@Sa'il, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat di atas pemergian ayahanda tercinta pada 29 Januari 2011 bersamaan 5 Rabiulawal 1433H. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insya-Allah. Al-Fatihah. 

MOTIVASI KERJA OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH


Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Jumaat (3 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Syahrul Hakimi bin Setapa bertajuk, "Motivasi Kerja Oleh Dato' Fadzilah Kamsah".

Khamis, 2 Februari 2012

I-REKA - PATUNG BARBIE DIKITAR SEMULA MENJADI BARANG KEMAS



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (2 Februari 2012), telah disumbangkan oleh Mohd Ridzuan Harudin bertajuk, "Patung Barbie Dikitar Semula Menjadi Barang Kemas".

Rabu, 1 Februari 2012

PETUA UNTUK SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Rabu (1 Februari 2012) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, 'Petua Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi'.