Jumaat, 10 Februari 2012

CORETAN ILMU – ARTIKEL TERKINI...



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Masa yang pergi tidak akan kembali. Jadi, manfaatkanlah setiap masa yang ada dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan berguna di samping berusaha untuk mengumpul saham akhirat. Mengambil kesempatan ini, kami warga KMCS akan memaparkan artikel-artikel terbaru di ruangan Coretan Ilmu. 

Artikel ini telah dipetik daripada buku 'Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi" dan merupakan karangan yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Ghazali. Buku ini mengandungi pengajaran, nasihat dan boleh dijadikan peringatan bagi umat Islam dan amat berguna untuk menguatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Semoga kita semua menghayati dengan 'mata hati' agar ia meresap ke dalam jiwa dan sanubari agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mematuhi segala perintah-Nya, insya-Allah. 

Jadi, marilah kita bersama-sama menghayati Pengajaran 1 yang telah dimuatkan di ruangan Coretan Ilmu pada hari ini. 

Tiada ulasan:

Catat Komen