Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (27 September 2012) telah disediakan oleh Cik Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk, "Rekaan Kek Pelik Tapi Unik".
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Khamis, 27 September 2012
Rabu, 26 September 2012
PETUA - HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (26 September 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Hilangkan Ketagihan Merokok".
Selasa, 25 September 2012
10 KEAJAIBAN SEDEKAH
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,
Semalam saya telah ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan seorang wanita mualaf yang telah membuka mata saya bahawasanya, nikmat menjadi hamba Allah sejak lahir sangat besar. Walaupun kita dilahirkan sebagai seorang muslim namun, bagi saya usaha yang kita lakukan untuk membangunkan ummah, kita masih lagi kecil berbanding dirinya. Kita sibuk dengan urusan dunia sehingga kita lupa untuk menghulurkan bantuan untuk membantu orang yang dilanda kesusahan.
Saya berasa diri ini amat kerdil kerana walaupun beliau merupakan seorang mualaf namun, setiap hari dia akan berusaha untuk menambah seberapa banyak pahala dengan membantu orang lain. Dia sentiasa berdoa pada Allah supaya matanya sentiasa diperlihatkan atau bertemu dengan orang yang memerlukan pertolongan. Hatta, di waktu pagi sekalipun, dia berusaha mencari penunggang motorsikal yang kehabisan minyak untuk dibantu.
Subhanallah, usahanya yang sungguh murni. Pertolongan itu juga boleh dianggap sebagai sedekah jariah yang boleh membantu beliau di akhirat kelak, insya-Allah. Dia mengakui bahawa dirinya begitu gembira dan bahagia jika dapat membantu orang lain setiap hari. Oleh itu, saya amat tertarik untuk berkongsi rahsia dan keajaiban yang diperolehi dengan bersedekah.
Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW banyak menjelaskan tentang keajaiban sedekah.
Beberapa keajaiban sedekah tersebut di antaranya adalah:
Beberapa keajaiban sedekah tersebut di antaranya adalah:
1. Sedekah mampu melepaskan pelakunya dari bencana.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya sedekah dapat menolak 70 pintu bencana."
2. Sedekah merupakan ubat penyakit pada tubuh.
Rasulullah SAW bersabda,
"Ubatilah penyakitmu dengan bersedekah."
3. Sedekah sebagai benteng buat diri kita.
Rasulullah SAW bersabda,
"Bentengilah harta bendamu dengan sedekah."
4. Sedekah sebagai pemadam kemurkaan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah dapat menutup kemurkaan Allah."
5. Sedekah mampu menambah keakraban sesama muslim.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah adalah hadiah. Maka, berikanlah hadiah kepada teman pergaulanmu dan berkasih sayanglah kalian dengan saling memberi sedekah."
6. Sedekah dapat menambah umur.
"Rasulullah SAW bersabda,
"Sedekah dapat menolak musibah serta dapat menambah kebarakahan umur."
7. Sedekah mampu menanamkan rasa belas kasihan di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa mendapatkan kesedihan hati, maka berikanlah sedekah."
8. Sedekah sebagai syafaat kelak di akhirat.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah."
9. Sedekah menuai pahala yang termat besar.
Dalam sebuah atsar disebutkan,
"Barang siapa bersedekah dengan sebiji tamar, kelak di hari kiamat dia akan mendapat pahala sebesar gunung yang berada di atas timbangan amalnya."
10. Sedekah sebagai wasilah menambah rezeki.
Rasululah SAW bersabda,
"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, dan akan bertambah."
Itulah beberapa hadith mengenai kebaikan sedekah.
Maka, pancinglah rezeki dengan bersedekah.
Sumber dari - http://uswahislam.blogspot.com/2011/10/10-keajaiban-sedekah.html
Jumaat, 21 September 2012
I-REKA - LUKISAN KE NI?
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari Jumaat (21 Oktober 2012) telah disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Lukisan Ke Ni?"
Khamis, 20 September 2012
PETUA - MANFAAT DALAM 100GM SOYA
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Khamis (20 September 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansr bertajuk, "Manfaat Dalam 100gm Soya".
Rabu, 19 September 2012
SANTAPAN ROHANI - BAWAH DAGU AURAT?
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (19 September 2012) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Bawah Dagu Aurat?"
Selasa, 18 September 2012
MOTIVASI - 17 PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (18 September 2012) telah disediakan oleh Encik Rushdan bin Ahmad bertajuk, "17 Petua Mencuci Hati Oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah".
Khamis, 13 September 2012
KERANA SEPOTONG AYAT...
"Aku tak pernah tinggal solat lima waktu walaupun aku tahu aku tidak
menutup aurat dengan sempurna. Setiap amalan kita hanya Allah sahaja
yang dapat menilai; bukan engkau, bukan ustaz," tutur kawan saya sewaktu
menikmati makan tengahari bersamanya.
Pantas saya mengangkat muka. Nasi di tangan tidak jadi disuap ke
mulut. Saya jangkakan ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan.
Lantas saya bertanya, "Apa yang membuatkan engkau berkata begitu?"
"Bukan apa. Aku cuma merasakan tidak adil untuk seseorang itu
menghukum orang lain hanya kerana dia menutup aurat dengan sempurna
sedangkan orang yang dihukumi pula tidak. Kau tidak merasakan begitu?"
dia bertanya pada saya pula.
"Jadi pada pendapat kau, adil tu macam mana pula?" Saya meluncurkan
pertanyaan. Sebetulnya saya sendiri pun tidak pasti apa jawapan yang
patut saya berikan jika saya ditanya begitu.
"Maksud aku, dia cuba menghukum orang yang macam aku tetapi dia
menutup mata pada orang yang melakukan maksiat hanya kerana mereka
menutup aurat dengan sempurna. Faham?"
Saya mengangguk-anggukkan kepala. Mengikut perkiraan saya, mungkin
apa yang dimaksudkan ialah gejala maksiat yang berleluasa dalam kalangan
orang yang menutup aurat.
Kawan di hadapan saya ini seorang perempuan biasa. Tidak lahir dalam
keluarga yang beragama, ayahnya bukan siak masjid, ibunya juga bukanlah
ustazah apatah lagi kedua ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Tapi
pemikirannya agak luas dan tidak terperosok ke dalam lembah kejumudan.
Itu yang saya suka pada dirinya. Hari ini dia memulakan topik aurat dan
saya begitu teruja untuk berdiskusi bersamanya.
Tanpa semena-mena saya nampak matanya mula berkaca. Ada air mata di pelupuk matanya.
"Kau tahu, selama ini aku tak henti-henti berdoa supaya Allah bukakan
pintu hati aku untuk taat kepada-Nya. Aku nak tutup aurat dengan
sempurna. Aku tak mahu membebankan dosa ayahku di akhirat kelak
gara-gara sikapku. Aku perlukan bimbingan tetapi aku hanya mendapat
cemuhan," katanya sayu.
Saya menundukkan kepala. Terasa sayu mendengar luahan hatinya. Aku
sendiri tidak tahu bagaimana harus aku memujuknya. Lama aku terdiam.
Sebelum sempat aku berkata-kata, dia terlebih dahulu bersuara.
"Tak mengapa kalau kau tidak mampu berkata apa-apa. Aku cuma mahukan orang mendengar luahan hatiku."
Saya hanya mampu mengetap bibir.
Hari ini, selepas lima tahun berlalu, saya masih lagi teringat
peristiwa tersebut. Begitulah saya. Apabila berdepan situasi yang
menyentuh hati, ia menjadi amat sukar untuk dilupakan. Saya masih ingat
lagi sebelum saya berangkat ke Glasgow lima tahun lepas, dia memeluk
saya erat-erat. Dia menangis. Katanya, dia akan kehilangan seorang
sahabat yang benar-benar mengerti keadaannya. Saya katakan padanya
mungkin kita terpisah di bumi nyata tetapi tidak di bumi maya. Sebelum
masuk ke balai berlepas, saya berbisik di telinganya, "Jangan lupa install Skype."
Dia tergelak dan mengangguk-anggukkan kepala.
Di hadapan saya kini terbaring seorang perempuan yang pernah menjadi
kawan baik saya. Wayar-wayar berselirat di lengannya. Saya masih ingat
sewaktu saya di tahun pertama, dia selalu mengirim e-mel kepada saya.
Jika ada masa terluang, kami pasti berbual di Skype. Masuk tahun
berikutnya, banyak tugasan harus disiapkan dan saya tidak mempunyai masa
untuk berbual dengannya. Saya mengesat air mata yang tumpah di pipi.
Saya duduk di sebelahnya dan menggenggam erat jemarinya.
"Saya datang," perlahan saya membisikkan di telinganya. Saya yakin
dia pasti dapat mendengarnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia
tersenyum memandang saya. Itulah keistimewaan dirinya, sentiasa
tersenyum meskipun dalam keadaan sakit begitu.
"Aku dah tutup aurat dengan sempurna," katanya perlahan. Ternyata dia
masih ingat butir perbualan kami lima tahun dahulu. Saya tersenyum.
"Alhamdulillah," ucap saya ringkas.
"Rehatlah," saya menyambung.
Dia menggeleng-geleng.
"Ayat Allah begitu sempurna dan syahdu," secara tiba-tiba dia bersuara.
Dahiku berkerut tidak memahami apa yang hendak disampaikan. Dia
menyambung lagi, "Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman,
untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah
diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti
orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka
melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak
di antara mereka menjadi orang-orang fasik."
Air mata saya bergenang mendengar ayat tersebut. Ayat tersebut
merupakan ayat ke 16 dalam surah Al-Hadid. Ayat itu jugalah yang
membuatkan seorang ulama bernama Malik Bin Dinar bertaubat dan menyesali
segala perbuatannya.
"Kau tahu, ayat ini muncul dalam mimpiku beberapa tahun lepas. Waktu
itu malam terakhir Ramadhan, aku berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah
berkenan untuk membuka hatiku. Betapa berkuasanya Allah, hanya sepotong
ayat mampu menyedarkan aku," katanya sambil mengesat air mata.
"Sememangnya Dia lah yang paling berkuasa ke atas semua makhlukNya," ringkas saya menjawab.
"Dahulu aku dicemuh kerana aku tidak menutup aurat dengan sempurna,
tetapi lihatlah. Allah mengubah aku dengan sekelip mata dan hanya dengan
sepotong ayat. Dan kadang-kadang aku terfikir, bagaimana ada manusia
tergamak untuk mencemuh dan menghukum orang lain hanya kerana mereka
berbuat dosa? Bukankah setiap manusia itu pendosa? Semakin aku berubah,
semakin aku bersimpati kepada mereka yang seperti aku suatu ketika
dahulu. Mereka selayaknya didampingi bukannya dicemuh."
Saya menelan air liur. Terasa pahit. Mungkin kerana kebenaran itu pahit? Mungkin?
"Walau sejahat dan sezalim mana pun kita, yang memberi hidayah
hanyalah Allah, bukannya orang lain. Dan saya bersyukur kerana Allah
memilih saya."
Dia menghembus nafas lega. Daripada riak wajahnya, dia seakan-akan
puas kerana dapat meluahkan segala yang terbuku di hati kepada saya,
sahabat baiknya.
Sahabat saya itu menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari
kemudian. Berada di sisinya ketika itu ialah suami, dua orang anaknya
yang masih kecil serta saya sendiri. Anak-anaknya saya lihat bertudung
litup, mungkin mengikut jejak ibunya. Segala puji bagi Allah.
[NOTA: Cerita di atas hanya sebuah cerita cerpen mengenai seorang
yang berjaya mendapat hidayah daripada Allah SWT. Ia bukan kisah benar.]
Sumber dari - Artikel iluvislam.com
Rabu, 12 September 2012
MOTIVASI - ENAM TIPS MENINGKATKAN MOTIVASI KERJA
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (12 September 2012) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Enam Tips Meningkatkan Motivasi Kerja".
Selasa, 11 September 2012
MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS RUMAH TERBUKA JKPKPKK
Bulan Syawal sudah semakin hampir
untuk berakhir. Sana-sini orang sibuk dengan jamuan rumah terbuka. Pada bulan
ini jugalah ikatan persaudaraan menjadi semakin erat dengan aktiviti
kunjung-mengunjung. Kami warga KMCS juga tidak terlepas untuk menerima
kunjungan rakan-rakan JKPKPKK untuk datang ke teratak kecil kami ini. Walaupun
bukan hidangan hari raya yang kami persembahkan namun, agenda mesyuarat yang
kami nanti-nantikan. Hehehe.. bila bab makan semua jadi bersemangat.
Mesyuarat pada 07 September yang telah
dipengerusikan oleh Encik Rosman bin Manan telah dihadiri oleh beberapa rakan
JKPKPKK bagi membincangkan agenda berkaitan pelaksanaan Majlis Rumah Terbuka
JKPKPKK yang akan diadakan pada 15 September 2012 nanti. Jika tahun-tahun
sebelum ini majlis ini banyak diadakan di sekitar Shah Alam namun, pada kali
ini KMCS telah dipilih bagi menjadi tuan rumah kepada Majlis Rumah Terbuka
JKPKPKK peringkat negeri Selangor. Suasana sedikit ‘gamat’ dengan pelbagai menu
yang dicadangkan. Dengar pada menu yang dicadangkan, semuanya sangat
menyelerakan. Mesyuarat ini bersurai hampir pada pukul 5.00 petang dengan
sedikit jamuan makan.
I-REKA - AKSESORI ALATAN MEMASAK YANG COMEL DAN BIJAK
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Selasa (11 September 2012) telah disediakan oleh Cik Mursyida Mansor bertajuk, "Aksesori Alatan Memasak Yang Comel dan Bijak".
Isnin, 10 September 2012
SANTAPAN ROHANI - TAWAKAL KEPADA... UBAT?
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Isnin (10 September 2012) telah disediakan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Tawakal Kepada ... Ubat?".
Rabu, 5 September 2012
I-REKA - CARA MELIPAT SERBET ATAU NAPKIN FOLDING
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Rabu (5 September 2012) telah disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin bertajuk, "Cara Melipat Serbet Atau Napkin Folding".
Selasa, 4 September 2012
PETUA - 10 PETUA CARA MUDAH MENGAJAR KANAK-KANAK BERBAHASA INGGERIS
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Selasa (4 September 2012) telah disumbangkan oleh Encik Syahrul Hakim bin Setapa bertajuk, "10 Petua Cara Mudah Mengajar Kanak-Kanak Berbahasa Inggeris".
Isnin, 3 September 2012
SANTAPAN ROHANI - ERTI DUGAAN ALLAH
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Isnin (3 September 2012) bertajuk, "Erti Dugaan Allah".
Langgan:
Catatan (Atom)