Jumaat, 24 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

 
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia blog KMCS.

Sedar atau tidak, hari ini merupakan hari Jumaat terakhir bulan Zulhijjah 1435. Esok akan bermula 1 Muharram 1436H. Marilah kita sama-sama berdoa agar tahun baru ini membawa barakah, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan dan mendatangkan lebih banyak rezeki yang halal kepada kita semua. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita, ibu-bapa, keluarga, muslimat dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali kepada-Nya.

Berhijrahlah ke arah kebaikan selagi masih di beri peluang dan kesempatan bernafas di muka bumi Allah yang penuh rahmat ini. Amin Ya Rabb.
 
 

Khamis, 23 Oktober 2014

PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2014



Jom! datang ramai-ramai memeriahkan Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014 yang telah bermula pada hari ini, 23 Oktober hingga 3 November 2014, 10.00 pagi - 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

 



Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti pameran dan jualan produk kraf Malaysia, hiasan landskap dan taman, hiasan dalaman, seni bonsai, lukisan, pameran kucing, jahitan dan macam-macam ada...Kadi, apa tunggu lagi? Jumpa anda di siniiii.....

 




Khamis, 16 Oktober 2014

DEBARAN PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2014


Pada 13 Oktober 2014, Unit Usahawan KMCS telah mengadakan lawatan pemantauan usahawan di sekitar kawasan Rawang, Kuang dan Selayang khusus untuk memantau penyiapan produk Orientasi Pengeluaran (OP) sempena Promosi Hiasan Dalaman & Seni Taman 2014. Antara tempat usahawan yang dilawati adalah Alam Batik, Dreebu Sdn. Bhd. dan Tie Zek Resources Sdn. Bhd. Alhamdulillah, masing-masing sedang sibuk menyiapkan produk demi mengejar hari promosi berlangsung. Diharap semuanya berjalan lancar... InsyaAllah...

SUASANA DI BENGKEL DREEBU SDN. BHD.



Pemandangan ruang hadapan Syarikat Dreebu Sdn. Bhd. 
Hijaunya pemandangan...





Pembinaan wakaf sedang dijalankan.






Perbincangan di antara Syarikat Dreebu Sdn. Bhd. dan pegawai KMCS mengenai penempatan produk semasa pameran.
 




 SUASANA DI BENGKEL TIE ZEK INDUSTRIES SDN. BHD.






Pembinaan wakaf di Syarikat Tie Zek Resources Sdn. Bhd. sedang dijalankan.







Kayu kayan yang akan dijadikan sebagai dinding dan tapak wakaf.



Khamis, 2 Oktober 2014

MAJLIS PERPISAHAN PUAN ROSMAWATI




Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Oktober 2014. Cepat betul masa berlalu. Bulan Oktober 2014 sangat bermakna buat Puan Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros. Mulai 1 Oktober 2014 Kak Ros akan mula bercuti sehingga sebulan dan pada 1 November 2014 bermulalah episod baru dalam hidup Kak Ros kerana beliau akan bersara (pilihan). Banyak kenangan kami warga KMCS bersama beliau. 



Majlis telah dimulakan dengan sedikit 'kejutan' buat Puan Ruslah dan Kak Ros hehe.. Seperti biasa Pengacara Majlis sudah tentunya Encik Dan dan bacaan doa oleh En. Azrul. Kata-kata ucapan perpisahan dimulakan dengan ucapan oleh Puan Pengarah kemudian mengikut giliran tempat duduk. Adat berpisah sudah pasti ada gelak, ada tawa, ada sedih ada air mata.. 



Suasana sedih memang sukar dibendung tapi kami kuatkan hati kerana Kak Ros awal-awal lagi memohon agar perpisahan bersama beliau bukan untuk ditangisi kerana kami akan tetap dihatinya walaupun telah bersara kelak. 


Kami di KMCS juga turut mengambil peluang untuk mengadakan satu Majlis Perpisahan buat Kak Ros sebagai tanda terima kasih atas jasa dan kerjasama baik yang telah dihulurkan oleh beliau sepanjang bersama kami di KMCS. Alhamdulillah masing-masing mahu mengumbangkan 'sesuatu' untuk Kak Ros dengan menunjukkan bakat terpendam masing-masing memasak juadah makanan untuk meraikan majlis buat Kak Ros. 










Buat Kak Ros, kami memohon jutaan kemaafan di atas salah dan silap kami sepanjang bekerja bersama. Kami mendoakan agar Kak Ros tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak selepas 'perginya' suami tercinta menghadap Illahi pada bulan Januari 2014 yang lalu. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu, memurahkan rezekimu bersama anak-anak, dilindungi di dunia dan akhirat, insya-Allah.