Petua



BEKERJA TANPA MENINGGALKAN TUNTUTAN AGAMA
Disediakan oleh:Amalina Bt Rossli/26/03/2013/Petua

Setiap hari kita bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup seharian. Ada yang bekerja bagi memenuhi keperluan asas. Ada yang bertungkus lumus bekerja untuk menikmati kesenangan dan kemewahan hidup.
Anda merupakan golongan yang mana? Sudah tentu anda tahu jawapannya. Dalam kesibukan mencari rezeki dan mengejar kemewahan, jangan kita alpa dan lalai dari mengingati-Nya, jangan kita lupa tuntutan yang lebih utama iaitu mengerjakan perintah agama dan mengejar kemewahan di akhirat kelak. Inilah tujuan utama manusia dihidupkan di muka bumi Allah SWT.  Berikut adalah beberapa tips untuk bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama:
1) Memasang niat yang baik
• Keluar mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga kerana Allah SWT. Hati akan menjadi tenang sepanjang waktu bekerja jika dimulai dengan niat yang baik dan semata-mata kerana-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'am ayat 162 yang bermaksud:
"Katakanlah Muhammad, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
• Sesungguhnya adalah menjadi rugi sekiranya kita keluar bekerja setiap hari mencari nafkah untuk isteri, anak-anak, dan keluarga  jika tidak berniat bekerja sebagai ibadah. Alangkah baiknya jika kita berniat keluar bekerja kerana Allah, kita pasti mendapat pahala sepanjang bekerja dan mendapat rezeki yang berkat.
2) Jujur dan amanah semasa bekerja

• Ini juga merangkumi penggunaan waktu bekerja. Kita hendaklah memaksimumkan waktu bekerja dengan sebaik-baiknya seperti mengelakkan diri kita keluar menikmati sarapan pagi dan makan tengahari yang terlalu lama. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, jujur dan amanah agar kerja yang dilaksanakan selesai dan rezeki yang diterima diberkati.
• Bekerja dengan bersungguh-sungguh bermaksud melakukan kerja di tempat kerja sehabis baik. Orang yang gagal dalam melakukan kerja tidak akan berputus asa sekiranya ada kesungguhan semasa bekerja. Bekerjalah bersungguh-sungguh supaya kerja yang kita lakukan seharian akan memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang baik adalah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

3) Membasahkan lidah dengan zikir dan doa semasa bekerja
• Ketika kita sibuk bekerja, pastikan dalam masa yang sama hati dan lidah juga turut seiring berzikir kepada Allah SWT. Perkara tidaklah susah untuk dilakukan, cuma ia perlu sentiasa diamalkan dan dibiasakan agar ia menjadi sebati dalam tindakan kita. Di samping itu, kita juga dituntut mengamalkan Solat Sunat Dhuha untuk memohon keberkatan dari-Nya dan mohon dimurahkan rezeki yang halal lagi baik.
 
4)Tidak melengahkan solat fardhu

• Solat fardhu merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan tiang agama. Jika kita amati, terdapat sebilangan manusia yang terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sedar waktu solat berlalu begitu sahaja bahkan yang lebih teruk lagi langsung tidak menunaikan solat fardhu. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan ini. Sesungguhnya, kita tidak boleh menunggu waktu lapang tetapi kita yang perlu melapangkan waktu untuk menunaikan tuntutan solat fardhu. Ingatlah, dalam kesibukan kita menjalankan tanggungjawab terhadap kerja dan memenuhi kehendak majikan, jangan sesekali ingkar dan lalai akan perintah-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT adalah majikan kepada seluruh manusia.

5) Menggunakan gaji atau upah ke jalan yang baik
• Kita hendaklah membelanjakan gaji atau upah yang diterima dengan sebaik mungkin. Manfaatkanlah gaji atau upah yang diterima dengan bijak untuk menyara diri dan keluarga, membantu ibu bapa, membayar zakat dan simpanan di masa memerlukan. Di samping itu, pastikan diri kita tidak lupa peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan dan ke jalan-jalan kebaikan. Sesungguhnya rezeki yang kita terima itu adalah milik Allah SWT dan Allah pasti akan memberikan ganjaran kepada setiap kebaikan yang kita lakukan.

 Sumber daripada: http://www.iluvislam.com


-------------------------------------------------------------------------
KHASIAT HALBA
Assalamualaikum,

Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda tentang kebaikan halba. Sabda baginda, 'Sekiranya umatku tahu kelebihan halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'.

Antara kelebihan halba adalah:

KEBAIKAN SECARA UMUM
  • Mengawal kencing manis
  • Menguatkan jantung
  • Sangat membantu untuk mencairkan kahak
  • Melegakan sakit kepala/ migrin
  • Menyembuhkan buasir
  • Menyembuhkan radang kulit dan bisul
  • Mengawal anemia
  • Pencuci perut 
  • Membuang angin
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK WANITA
  • Melancarkan haid
  • Melegakan senggugut
  • Meransang rahim dan organ pembiakan
  • Mengawal kegemukan
  • Memperbanyakkan air susu bagi ibu yang menyusu
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK LELAKI
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Menambahkan tenaga batin (digunakan oleh tabib China untuk merawat mati pucuk)
KEBAIKAN KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak (membuang angin)
  • Baik untuk kecergasan dan kekuatan badan serta tumbersaran kanak-kanak
Ada macam-macam cara nak amalkan halba ni. Ada yang masukkan dalam masakan. Tapi apa yang saya buat, rendam 1 sudu teh halba dalam air panas pada malam hari. Tutup cawan / gelas tersebut. Minum keesokkan paginya. 
Saya minum air campuran halba semata-mata. Rasanya tak teruk sangat, tapi kalau ada yang tak suka, boleh tambah madu sikit. Bila tau banyak khasiat untuk wanita, terus saya rasa macam nak amalkan minum air halba ni. Lagipun senang nak dapat halba ni. Kat Mydin bahagian jual rempah ratus ada. Jadi, kepada yang nak cuba, Selamat mencuba :)
Sumber dari : http://my-own-ttc-story.blogspot.com/2012/03/khasiat-halba.html
-----------------------------------------------------------------------------------
10 PETUA UNTUK CERIA OLEH DR.FADZILAH KAMSAH
Disediakan oleh Yuhanes Abdullah / Jumaat / 30 November 2012.


1. Programkan minda dan cuci minda setiap hari.

2. Dirikan solat dan banyakkan ber'doa.

3. Selawat keatas Nabi Muhammad saw paling minima 100 kali sebelum tido.

4. Selalu mengerjakan solat sunat taubat.

5. Selalu mengamalkan membaca Al-Quran.

6. Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari.

7. Bisikan kepada diri perkara yang positif.

8. Cuba melakukan puasa sunat.

9. Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

10. Jaga pancaindera dari mendengar, melihat atau bercakap perkara yang tidak bermanfaat


Sumber dari - http://www.epetua.com/petua-rumah/


--------------------------------------------------------------------------

PETUA UNTUK MENANGGALKAN KESAN DAKWAT PADA PAKAIAN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Rabu / 10 Oktober 2012.


Pilihan 1: Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 2: Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 3: Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garam itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Pilihan 4: Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.


Sumber dari - http://www.epetua.com/petua-rumah/


--------------------------------------------------------------------------

8 PETUA MUDAH KURUSKAN BADAN DAN KEMPISKAN PERUT
Disediakan oleh Syahrul Hakimi bin Setapa / Khamis / 4 Oktober 2012

Ramai antara kita yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kuruskan badan untuk kelihatan langsing dan menawan. Keghairahan untuk tampil dengan bentuk menawan, anggun dan bergaya hampir menyebabkan kita gagal untuk mengawal perbelanjaan kita. Ramai juga yang akhirnya kecewa selepas berhabisan ribuan ringgit namun hasilnya tidak memuaskan hati.
  
Kekecewaan ini mungkin boleh diatasi sekiranya kita mengetahui tips atau petua untuk kuruskan badan. Ayuh kita cuba 8 tips mudah kuruskan badan ini. Moga ada manfaatnya hasil perkongsian artikel ini.

1.         Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2.         Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dsb. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.

3.         Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4.         Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5.        Makan banyak buah - Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dan sebagainya.

6.         Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7.         Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.

8.         Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.

Inilah tips dan petua ringkas untuk kuruskan badan. Usaha yang gigih dan konsisten amatlah perlu untuk berjaya dalam misi kita untuk mengempiskan perut. Moga ada kebaikan daripada perkongsia artikel ini. Saya sarankan jika benar-benar ingin berjaya untuk kuruskan badan, bolehlah cuba untuk mendapatkan nasihat daripada pakar yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan 5kg dalam 5 minggu.


Sumber dari - Healthbulk.com


--------------------------------------------------------------------------

PETUA HILANGKAN KETAGIHAN MEROKOK

Petua atasi keinginan merokok (amalan 8M)

1. Melengahkan tindak balas keinginan merokok. Katakan nanti dulu setiap kali ingin merokok.

2. Menarik nafas panjang selama lima saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga hingga lima kali.

3. Minum air galian atau masak dengan banyak.

4. Melakukan kegiatan yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok seperti berkebun.

5. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, 20 minit setiap sesi.

6. Membasuh tangan atau mandi setiap kali teringin merokok.

7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah dan lobak merah (elak mengunyah benda manis).

8. Memohon doa pada Allah dan berazam untuk berjaya membuang tabiat merokok.
Sumber dari - http://www.sioloon.com/t155-petua-hilangkan-ketagihan-merokok 

----------------------------------------------------------------------


MANFAAT DALAM 100 GM SOYA
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 20 September 2012.




Soya memiliki nilai gizi yang terkenal lengkap. Di dalam 100 gram soya mengandungi sebanyak 34.9 gram protein, 331 kalori, 18.1 gram lemak, 34.8 hidrat arang, 227 kalsium, 585 fosfor, 8 mg besi, 110 SI vitamin A, 1.07 mg vitamin B1 dan 7.5 gram air.

Soya juga memiliki sejumlah phytochemical termasuklah isofl avon yang dapat bekerjasama untuk membantu melawan keadaan penyakit seperti penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan kanser payudara.

Manfaat lainnya adalah, soya juga berperanan penting untuk mengusir penyakit diabetes mellitus, gangguan pada ginjal dan juga reumatik. Tanaman ini juga kerap diolah sebagai makanan yang menyihatkan.

Jadi, tidak hairanlah jika tempe dan tauhu sering menjadi makanan pilihan orang ramai. Ini kerana, ia bukan sahaja lazat tetapi juga mudah diolah di samping memiliki manfaat yang besar pada kesihatan. Proses fermentasi soya sebenarnya dapat membuat nutrisi yang terkandung di dalamnya lebih mudah diserap oleh tubuh.


Sumber dari - http://pama.karangkraf.com/petua/manfaat-dalam-100-gm-soya-1.67810

 

----------------------------------------------------------------------------------

10 PETUA CARA MUDAH MENGAJAR KANAK-KANAK BERBAHASA INGGERIS
Disediakan oleh Syahrul Hakimi Setapa / Selasa / 4 September 2012

1. Anda boleh mengajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris sejak mereka di dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau suka lagu-lagu nasyid, terdapat banyak lagu-lagu nasyid masa kini yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Apabila anak sudah lahir, teruskan berbual dengan anak anda di dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknany, seorang perlu bercakap dalam bahasa Inggeris dan lagi seorang bercakap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, anak anda nanti akan mahir dalam dalam menguasai kedua-dua bahasa, Insya-Allah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain-lain untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit. Belajar kembali bahasa Inggeris untuk diajar kepada anak-anak anda. Tidak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh merujuk buku dan lain-lain sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan-permainan jenis kad imbas yang menarik untuk mengajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda di khalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan apabila masuk ke sekolah nanti insya-Allah mereka tidak mempunyai masalah menggunakan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

7. Ingat bahawa apabila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Jika ada yang anda tidak faham, jangan segan bertanya kepada orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang memaparkan banyak gambar untuk anak-anak anda.

10. Rajin-rajinlah membacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan-bahan bacaan di dalam bahasa Inggeris kepada mereka.



-----------------------------------------------------------------------------------------
MENGHILANGKAN PANAU

Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tampal halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.


- Letakkan pucuk lada pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.


- Tumbuk dua (2) ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.


- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu, jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas.


- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau.
- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tampalkan pada bahagian yang berpanau.
- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

 
Sumber - http://101petua.blogspot.com/


------------------------------------------------------------------

PERKARA YANG MEMBUATKAN KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA



1 ) Kurangkan makan bawang besar.
2 ) Kurangkan makan berempah.
3 ) Kurangkan makan ketumbar kering.
4 ) Kurangkan menonton hiburan.
5 ) Kurangkan membaca majalah hiburan.
6 ) Kurangkan ketawa yang panjang.
7 ) Kurangkan minum ais batu.
8 ) Kurangkan makan organ dalaman ayam.
9 ) Jangan makan kepala ikan.
10) Jangan minum air ada semut.



11) Jangan tidur lepas subuh.
12 ) Jangan tidur lepas asar.
13 ) Jangan tidur lepas makan.
14) Jangan makan terlalu kenyang.
15) Jangan makan berat selepas 9.00 malam.
16) Jangan menyapu rumah tengah malam.


 
17) Jangan makan masam berlebihan.
18) Jangan dicampur makanan laut & darat dalam 1 hidangan.
19) Jangan minum susu selepas makan daging / ayam. - sumber internet.
 
Sumber - http://amirahfaryna.blogspot.com/2012/01/tajamkan-ingatan-dan-minda-anda.html



---------------------------------------------------------------------------

PETUA RAWATAN ISLAM UNTUK SAKIT KEPALA
Disediakan oleh Cik Marshila Marzuki / Khamis /28 Jun 2012.

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
3. Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Surah Al-Falaq (1 kali)

5. Surah An-Nas (1 kali)

6. Surah Yaasin ayat ke-58 (3kali)

7. Selawat ke atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

 
-------------------------------------------------------------------------------
PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH
Disediakan Oleh: Amalina Bt Rossli/Petua/21.06.2012

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang 
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku 
bersih." 

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, 
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" 
sebanyak 3x.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu 
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk 
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah: "Aku 
sebenarnya..(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, 
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci 
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif." 
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan 
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - (CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 

9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, 
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12.
Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was-was, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
Sumber dari: http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/


---------------------------------------------------------------------------------
10 TIPS RINGKAS KURUSKAN BADAN
Disediakan oleh Encik Rushdan bin Ahmad / Jumaat / 25 Mei 2012.

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.

Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:

1.         Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2.   Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor dahulu. Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3.       Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

     4.     Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5.             5.     Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol. Tetapkan waktu makan anda setiap hari. Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

6.     Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

        7.    Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

       8.    Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

   9.   Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan. Sebagai contoh:
Lakukan aktiviti senaman 3 - 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit  setiap hari. Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.

   10.    Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.

Selamat Mencuba!

------------------------------------------------------------------------------------
CARA MENGUATKAN AKAL MENGIKUT ISLAM!
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 17 Mei 2012.

Sememangnya agama Islam mengajar kita dari segenap aspek kehidupan dan Islam yang telah di bawa oleh Nabi Muhammad SAW merupakan agama yang paling lengkap di dunia dan di akhirat! Begitulah juga dalam aspek penguatan ingatan manusia! Menurut ahli-ahli perubatan Islam, ada enam (6) cara untuk menguatkan akal.

Jom lihat cara sebenarnya:

1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.

LARANGAN: Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga kuat menjaga pantang larang yang boleh melemahkan kekuatan akal.

Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.



Insya-Allah, memang ada kebenarannya kerana ramai mereka yang mengamalkan seperti ini dapat menguatkan ingatan. Petua ini amat sesuai untuk mereka pelajar-pelajar yang masih belajar.

Sumber dari - http://wanitasihat.com/cara-menguatkan-akal-mengikut-islam/

---------------------------------------------------

PETUA MENGELAKKAN PENANGGUHAN
 Disediakan oleh Amalina binti Rossli / Isnin / 14 Mei 2012.


Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.


Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.


Berikut dalah beberapa tips untuk mengatasi masalah ini.


1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan


Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?


2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil


Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seekor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.


3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda


Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.


4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang


Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.


5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu


Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.


6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar


Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.


7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda


Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.


8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda


Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.


Sumber dari: http://www.iluvislam.com


 ------------------------------------------------------------------------

CARA MUDAH MENJIMATKAN WANG
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Rabu / 2 Mei 2012.


IDEA menyimpan wang mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak biarpun faedahnya besar dan nyata. Ini berikutan daripada tuntutan menggunakan wang untuk aktiviti lain yang tidak kurang pentingnya seperti membayar bil dan sebagainya. Namun begitu, ia tidak patut dijadikan alasan kerana menyimpan wang adalah aktiviti mudah yang boleh dilakukan jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan secara sukarela mengikuti cadangan-cadangan berikut:
1. Tetapkan objektif penyimpanan

Seperti merangka bajet, kita juga mesti menetapkan objektif mengapa perlu menyimpan wang. Ini penting untuk memastikan kesinambungan aktiviti penyimpanan sehingga apa yang diidamkan tercapai. Antara objektif penyimpanan yang munasabah ialah:
  • Membeli hadiah harijadi/perkahwinan untuk keluarga/sahabat
  • Pergi bercuti selepas penat bekerja
  • Mengubah suai rumah supaya lebih selesa
  • Menambah nilai premium insurans
2. Gunakan wang tunai bagi setiap pembelian

Antara manfaat menggunakan wang tunai ialah anda mempunyai kuasa kawalan penuh terhadap setiap perbelanjaan. Sebagai contoh, anda akan berfikir dua tiga kali sebelum membelanjakan wang bagi sesuatu yang tidak penting untuk dimiliki. Bagi memupuk kebiasaan, tinggalkan kad kredit anda di rumah ketika pergi membeli-belah. Sebagai ingatan, jangan lupa untuk menyimpan resit pembayaran tunai.


3. Kawal pengeluaran wang daripada ATM

Anda dinasihat agar menetapkan jumlah pengeluaran wang daripada ATM. Ini dapat mengawal anda daripada berbelanja sesuka hati. Sekurang-kurangnya dengan wang terhad yang ada di dalam tangan, anda lebih berhati-hati berbelanja. Seperti contoh, tetapkan pengeluaran RM300 sebulan (bergantung kepada jumlah pendapatan dan cara anda berbelanja) daripada ATM. Jika wang yang dikeluarkan hanya cukup untuk keperluan asas, maka sudah tiba masanya anda mengurangkan perbelanjaan kapucino dan beralih kepada kopi tempatan yang tidak kalah rasanya.


4. Langsaikan hutang tertunggak kad kredit

Untuk memudahkan proses, anda boleh menjadikan ini sebagai salah satu matlamat penyimpanan wang. Tetapkan tempoh masa untuk anda melangsaikan hutang dan berhenti menggunakan kad kredit untuk pembelian berjumlah kecil. Pastikan juga anda hanya berbelanja setakat mana wang anda mampu membayarnya. Secara tidak langsung, ia dapat melindungi anda daripada membayar faedah andai kata hutang tertunggak ke bulan hadapan.


5. Tebus mata ganjaran kad kredit

Banyak syarikat kad kredit menawarkan mata ganjaran dengan setiap pembelian. Mata yang dikutip boleh ditukar dengan barangan tertentu yang ditawarkan. Untuk penyimpanan wang lebih, anda boleh merujuk kepada katalog yang dikhaskan untuk pelanggan bagi memperoleh barang yang dihajati. Tetapi ingat! Gunakan mata ganjaran setakat yang terkumpul saja dan jangan gunakan kad kredit untuk menambah nilai mata kerana ia menyimpang daripada objektif kewangan.


6. Membeli-belah pada jualan murah

Antara cara mudah menjimatkan wang ialah menangguhkan pembelian hingga jualan murah dilangsungkan. Ini bermakna anda perlu bersabar untuk mendapatkan barang yang dihajati. Tetapi kesabaran itu ada balasannya kerana anda dapat memperolehnya dengan harga lebih murah. Biarpun potongannya cuma lima peratus, sekurang-kurangnya ia mengurangkan perbelanjaan anda. Gunakan kempen “Karnival Membeli-Belah” dengan sebaiknya-baiknya. Di samping itu anda juga boleh mengunjungi “flea market” atau “car boot selling” di sekitar bandar raya kini.


7. Membeli-belah di pasar gudang

Banyak faedahnya jika anda berkunjung ke pasar gudang. Di samping mempunyai kelebihan menawarkan harga lebih murah, anda juga dapat:
  • membeli semua keperluan di bawah satu bumbung
  • menjimatkan masa pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari barangan
  • menjimatkan penggunaan minyak kenderaan
  • menjimatkan pembayaran letak kereta
------------------------------------------------------------------------
PETUA PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 19 April 2012.



Mencuci – Mencuci pakaian berwarna gelap perlu berhati-hati agar ia tidak pudar dan tetap berwarna gelap.
  • Jangan merendam pakaian berwarna gelap lebih daripada  15 minit
  • Gunakan detergent untuk pakaian berwarna dan elakkan detergent yang mengandungi pemutih pakaian
  • Semasa anda menjemur pakaian, pastikan bahagian luar baju diterbalikkandan diletakkan di dalam. Kemudian gantung dengan menggunakan penyangkut  baju.
Menyeterika – Sering kali kita lupa dan tidak menyedari bahawa panas seterika juga boleh merosak warna pakaian.
  • Suhu seterika mesti pada tahap suhu sederhana dan jangan terlalu panas.
  • Terbalikkan baju anda ketika menyeterika (seperti menjemur), kemudian baru dibalikkan lagi semasa melipat)
Menyimpan – Pakaian  harus disimpan dengan lebih cermat, agar ia tetap bersih dan kelihatan baru.
  • Jangan menyimpan pakaian di tempat yang terdedah pada sinar matahari secara langsung. Jangan menyimpan di tempat yang lembab kerana akan merosakkan pakaian. Perhatikan suhu almari anda. Sediakan penyerap air agar almari anda tetap kering dan tidak lembab.
  • Jangan simpan minyak wangi (perfume) atau cologne secara langsung pada baju kerana alkohol boleh merosakkan warna baju atau pakaian.

Sumber dari - http://www.epetua.com/petua-penjagaan-pakaian-berwarna-gelap/


--------------------------------------------------------------------------
TIPS GEMBIRA SEPANJANG MASA
Disediakan Oleh: Amalina Bt Rossli/Petua/13.04.2012
Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2.Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat

4. Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
Sumber dari - Artikel iluvislam.com


------------------------------------------------------------
PETUA UNTUK MEREDAKAN SAKIT GIGI

Pilihan 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Pilihan 2: Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit 2 hingga 4 jam.

Pilihan 3: Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas.  Setelah garam larut dan air menjadi suam, kumur dengan air garam tersebut  sehingga sakit gigi anda reda.

Pilihan 4: Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.

Pilihan 5: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan.

Pilihan 6: Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Pilihan 8: Ambil daun serai dan tumbukkan  hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Pilihan 9: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Pilihan 10: Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Pilihan 11: Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah. Kemudian getah tersebut  dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas. Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Pilihan 12: Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Pilihan 13: Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 14: Ambil kapas dan jadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Pilihan 15: Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Pilihan 16: Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Pilihan 17: Ambil buah tomato muda kemudian belah dua.  Setelah itu masukkan tomato sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Tidak lama kemudian kumur sehingga sembuh. Jika petua ini sesuai, pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Pilihan 18: Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Pilihan 19: Rendamkan sedikit gambir di dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut. Insya-Allah berkesan.

Pilihan 20: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan kumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Pilihan 21: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Pilihan 22: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama 1 jam.

Pilihan 23: Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai 3 hari berturut-turut.

Pilihan 24: Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah. Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari. Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat menahan pengaliran darah.

Pilihan 25: Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.


Sumber dari - http://www.epetua.com/eperubatan-melayu/page/2/

--------------------------------------------------------------

TIPS BERHENTI MEROKOK
 Bank Artikel KMCS


1. Melengah-lengah


Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda â€Å“nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang

Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.


 
3. Minum Air Dengan Banyak

 Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu


Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.


5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan

Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
 

                                                                                Sumber :Lubuk Petua Warisan



--------------------------------------------------------------------------------


SENYUM ITU SEDEKAH
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Khamis / 23 Februari 2012.

Tetapi pastikan anda membuat senarai barangan yang hendak dibeli terlebih dulu kerana tanpanya, anda mudah terpengaruh membeli barangan tidak diperlukan.


8. Dapatkan barangan atau perkhidmatan yang lebih murah

Tahukah anda bahawa anda membantu peniaga membayar sewa kedai? Sebenarnya, harga barangan ditetapkan berdasarkan kos lain yang perlu ditampung oleh mereka termasuk sewa bulanan kedai. Sebab itu, barangan yang sama boleh diperoleh dengan harga yang lebih murah di kedai biasa berbanding harga di gedung terkemuka. Jika bijak mencari, anda pasti berjumpa kedai yang menawarkan harga yang lebih murah dengan nilai mutu barangan atau perkhidmatan yang sama.


9. Gunakan kupon diskaun / percuma

Untuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang kompetitif, banyak peniaga menawarkan kupon diskaun/percuma untuk menarik pelanggan. Kupon seperti ini boleh didapati pada kebanyakan kedai, di dalam majalah kegemaran anda mahupun di dalam kotak surat di rumah. Jika sebelumnya anda tidak ambil peduli dengan apa yang ditawarkan, sudah sampai masa anda menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Jika anda telitikan, anda dapat menjimatkan sejumlah besar perbelanjaan dengan hanya menggunakan kupon berkenaan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran di Amerika Syarikat.


10. Jimatkan perbelanjaan makan tengah hari

Anda dapat lakukan ini dengan membawa bekal. Jika anda takut terasing daripada rakan-rakan, bawa saja bekal anda ke kantin. Untuk memudahkan anda menyediakan bekal, pastikan anda membeli barangan yang mudah dan tahan disimpan seperti sup di dalam tin, makanan sejuk beku dan snek tenaga (energy bar). Di samping menjimat perbelanjaan, pastinya anda tampil lebih kurus dengan berat badan ideal.

Jika anda mengamalkan petua di atas, anda dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Jika didarab, jumlahnya hampir melangkau RM100 sebulan. Dalam setahun anda dapat menjimat lebih dari RM 1,000. Satu langkah positif ke arah mencapai matlamat kewangan.
Artikel sumbangan - Sumber www.bharian.com.my dan ACCA

The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) adalah pertubuhan perakaunan profesional terbesar di dunia dengan 300,000 ahli serta pelajar di 160 negara. Keterangan lanjut www.accaglobal.com


Beberapa kajian mendapati, rahsia panjang umur terletak pada senyuman seseorang. Semakin lebar senyuman dan semakin dalam lipatan di sekitar mata korang ketika senyum, semakin besar pula kemungkinan korang untuk hidup lebih lama.

Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diurai dan dimuatkan di dalam journal Psychological Science. Penemuan baru ini menambah bukti lain bahawa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesihatan dan harapan hidup.

Penemuan ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan terhadap gambar-gambar lama. Kajian dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga besbol yang dicetak dengan data pendaftaran pada tahun 1952. Mereka mengambil kira maklumat dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan dan karier.


Penyelidik membuat kajian peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tidak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebahagian otot di sekitar mulut sahaja yang aktif), serta tersenyum lebar (ketawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata).

Gambar-gambar ini kemudiannya dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun.

Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun.Ada juga di antara mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79.9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari mereka yang "jarang senyum".

Kajian juga menemukan bahawa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manafaat sama sekali kerana penambahan angka harapan hidup hanya kelihatan pada pemain yang memiliki senyuman asli yang dikenali sebagai Duchenne smiles.

Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata. Istilah ini diungkapkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeza dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut.


Sumber dari - http://www.ygmenarik.info/2010/07/petua-panjangkan-umur.html


--------------------------------------------------------------------------------
PETUA KEJAYAAN DALAM HIDUP
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin / 13 Februari 2012.

"To Give Anything Less Than Your Best Is To
Sacrifice The Gift"

 
Apa Kesempatan Di Sebalik Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah irama yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai kejayaan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Kejayaan Adalah Buah Kesabaran
Apabila anda terpesona pada keselesaan yang diberikan oleh kejayaan, anda mungkin lupa untuk terus berusaha. Namun, bila anda kagum pada ketegaran seseorang dalam berusaha, anda akan mendapat tenaga kekuatan, keberanian dan kesabaran. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai sebuah kejayaan. Tak ada harga diskaun untuk sebuah kejayaan. Anda perlu berusaha dan terus berusaha. Pohon besar mampu menahan terjahan badai kerana memiliki batang dan akar yang kukuh. Belasan tahun diperlukan untuk menumbuhkannya dan melatih kekuatannya. Bulan demi bulan, hujan menguatkan jaringan pokoknya. Tahun demi tahun, pohon-pohon besar lain melindunginya dari terpaan hujan. Tidak ada hitungan malam untuk memacakkan sebatang pokok yang tegar. Tak ada hitungan siang untuk menumbuhkan akar yang kekal mencengkeram bumi. Hanya dengan kesabaranlah anda dapat meraih kejayaan. Tumbuhkan kesabaran bukan sekadar inginkan kejayaan sekelip mata.

Di Sebalik Satu Kegagalan
Bila anda mencari alasan untuk satu kegagalan, anda pasti menemui banyak alasan dengan mudah. Namun, alasan tetaplah alasan. Ia takkan mengubah kegagalan menjadi satu kejayaan. Kerap kali, alasan serupa dengan pengingkaran. Semakin banyak alasan timbul, semakin besar pengingkaran pada diri kita sendiri. Ini sebenarnya menjauhkan anda dari kejayaan, sekaligus melemahkan kekuatan diri sendiri. Berhentilah mencari suatu alasan untuk menutupi satu kegagalan. Mulalah bertindak untuk meraih kejayaan. Belajarlah dari pelombong yang tekun mencari emas. Ditimbanya berliter-liter tanah keruh dari sungai. Disaringnya lumpur dari pasir. Ia sisir pasir dari logam. Tak jemu ia lakukan hingga tampaklah butiran emas berkilauan. Begitulah semestinya anda memperlakukan kegagalan. Kegagalan itu seperti pasir keruh yang menyembunyikan emas. Bila anda terus berusaha, tekun mencari kebaikan di celah-celah kerumitan, serta berani menyingkirkan alasan-alasan, maka anda akan menemukan cahaya kesempatan. Hanya mencari alasan, sama saja dengan membuang pasir dan semua emas yang ada di dalamnya.


Sumber dari - http://cute-chipmunks.blogspot.com/2008/02/petua-kejayaan-dalam-hidup.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA UNTUK SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor / Rabu / 1 Februari 2012.



1. Anda perlukan disiplin diri yang kuat.

2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.

4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.

5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka” dan sebagainya.

6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.

7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.

8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.

9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.

10. Selalulah membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat kita.

11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.

12. Bila kita sedar bahawa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit dan kobarkan kembali semangat kita.

Sumber dari - http://www.epetua.com/category/petua/petua-remaja/


------------------------------------------------------------------------
PETUA HILANGKAN BATUK DAN KAHAK

Disediakan oleh Rushdan bin Ahmad / Khamis / 26 Januari 2012.

Kepada pembaca yang budiman, marilah kita mencuba petua orang tua dulu-dulu,  bagaimana cara untuk melegakan dan  menghilangkan  batuk serta kahak. Mudah-mudahan dengan panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang ingin mencuba petua ini.
► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.
► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.
► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.
► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
Kalau batuk makin teruk, pergilah ke hospital
----------------------------------------------------------------------------------------
Disediakan oleh Amalina Bt Rossli / Petua / 17 Januari 2012.

PETUA KEMPISKAN PERUT

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas.
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika diamalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

 2.Langsing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok sekiranya anda mengamalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

 3.Langsing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras, asam jawa, gula merah, gula pasir dan garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan ditumbuk halus.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

 4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

 5.Langsing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan rebus di dalam periuk tanah.
-Biarkan mendidih dan sejukkan.
-Minum air rebusan ini selama 2 hari berturut-turut.
-Ia dapat melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam
-25 gm bonglai
-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi bersama air sehingga menjadi 200 ml.
-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

Sumber daripada: http://mysetbersalin.com/blog/


----------------------------------------------------------------------------------------
PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR
Disediakan oleh Rushdan bin Ahmad / Rabu / 11 Januari 2012.

Sesiapa yang menghadapi masalah rambut yang gugur dan berkelemumur, hendaklah mencuba petua ini. Anda boleh mencuba petua ini kerana ia mudah sahaja.

Cara-Caranya:

Dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan sedikit air. Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus limau purut. Hasilnya anda akan lihat sebaik sahaja rambut anda mulai mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.


PETUA UNTUK MENGELAKKAN RAMBUT GUGUR ATAU BOTAK

Pilihan 1: 

Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

Pilihan 2: 

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Pilihan 3: 

Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

Pilihan 4: 

Ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun-daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas.  Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.

Pilihan 5: 

Ambil kulit landak, lalu dibakar. Kemudian masak dalam minyak zaitun.  Seterusnya anda minyakkanlah rambut anda dengannya selama  9 hari.

Pilihan 6: 

Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

Pilihan 7: 

Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

Pilihan 8: 

Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas itu biarkan selama ½ jam. Seterusnya bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran.

Pilihan 9: 

Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Pilihan 10:

Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.


---------------------------------------------------------------------------------------
ALAHAN SEMASA MENGANDUNG
Disediakan oleh Syahrul Hakimi / Khamis / 5 Januari 2012.

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah namun, ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

Sumber dari - http://comelnya.com/mengandung/alahan-semasa-mengandung

-------------------------------------------------------------------------------
ADAB MAKAN DAN MINUM
 Disediakan oleh Yuhanes binti Abdullah / Rabu / 28 Disember 2011.

*Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata: Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah  menjilat jarinya. (Muttafaqun a’laih) 

*Daripada Jabir Radiallahhuanhu sesungguhnya Rasullullah bersabda : Diperintahkan menjilat jari dan mangkuk serta sabdanya lagi: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada setiap makanan kamu ada keberkatan.  

*Sesetengah riwayat menyatakan menjilat jari sahaja.

Amalan di atas menunjukan bahawa amalan menjilat jari adalah amalan yang baik untuk kita semua. Pandangan sains pula menyatakan cecair pada jari boleh mencegah daripada sembelit jika kita menjilatnya selepas makan.

*Sabda Rasullullah S.A.W: Janganlah makan dalam keadaan tidak tenang.

Oleh itu, janganlah makan dalam keadaan diri kita tidak tenang kerana akan menyebabkan kita tidak mengingati Allah semasa makan. Perkara lain mungkin terjadi jika makan dalam keadaan tidak tenang menyebabkan tercekik dan sebagainya.

Daripada Anas Radiallahhuanhu sesungguhnya Rasullullah S.A.W bersabda : Adalah bernafas ketika minum tiga kali. (Muttafaqun a’laih) 

Maksud bernafas ketika minun ialah berhenti dan bernafas di luar gelas ketika minum segelas air. Apa yang pasti, terdapat ramai di kalangan kita minum segelas air tanpa bernafas. Ini adalah tidak mengikut apa yang ditunjukkan oleh Rasullullah S.A.W. Oleh yang demikian, kita hendaklah kembalilah mengikuti perlakuan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kerana setiap apa yang diajarkan itu mempunyai kelebihan terutamanya dalam aspek kesihatan.

Selain itu, jangan lupa untuk membaca doa sebelum dan sesudah makan. Tetapi, haruslah diingat, bahawa hukum menggunakan bekas minuman daripada emas adalah haram.

Sumber dari - http://skkualaketil.mechatronicg.com


-----------------------------------------------------------------------------------
MINUM BERDIRI DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Khamis/ 22 Disember 2011.








Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga Islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum secara berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Jika perkara ini sering berlaku, kesan jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.



Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk, sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri di tempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri.

Mengapa Rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri?

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi, inilah sebabnya Rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain. Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Sumber dari - http://www.solihinzubir.com/2011/06/hukum-minum-berdiri-dan-kesannya.html
-----------------------------------------------------------------------
PETUA : 7 SUNNAH HEBAT
Disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin/ /Jumaat/ 16 Disember 2011.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala nya kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah SWT  selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun,
sebarkanlah!

Sumber dari - Sumber dari Laman Petua Islam
------------------------------------------------------------------------
PETUA MEMASAK
Disediakan oleh Rosmawati binti Zubir/ Jumaat/ 9 Disember 2011.



Merangupkan Ayam Goreng
Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng, masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Selepas itu, gorenglah ayam seperti biasa.

Ayam Goreng Lebih Sedap
Untuk memastikan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.

Nasi Tidak Berbau Hangit
Sekiranya anda memasak nasi tanpa menggunakan periuk nasi elektrik, kemungkinan masalah nasi berbau hangit akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, basuh setangkai cili kering dan masukkan ke dalam periuk nasi panas berkenaan. Tutup periuk tersebut untuk beberapa minit sebelum nasi dihidangkan. Bau hangit akan hilang.

Kuali Melekat
Sebelum menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Kuali anda tidak akan melekat. Juga, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

Merangupkan Cucur
Tambahkan majerin dan air kapur bersama tepung beras. Cucur anda akan menjadi rangup dan menyelerakan.

Menghilangkan Bau Cili Semasa Memasak
Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung anda. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari ke dalam masakan anda, Bau yang memedihkan akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari.


KOLEKSI PETUA HALAU SEMUT DI RUMAH


Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Sumber dari - http://www.epetua.com/category/petua/petua-dapur


-------------------------------------------------------------------------------------

PETUA KEKAL LANGSING
Disediakan Oleh : Amalina Bt Rossli/05 Disember 2011/Petua/Isnin
Zaman moden ini banyak jenis makanan yang mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat.
Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang   baru iaitu :

1.  Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi.

2.  Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan.

3.  Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.

4 . Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah menghukum diri".
Ada satu lagi petua yang mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insya-Allah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.
                                                            Sumber dari : http://www.mesra.net/forum/


-----------------------------------------------------------------------------
PETUA MENGURANGKAN STRES 
DI TEMPAT KERJA

Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 21 November 2011.




APAKAH ITU STRES?



Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangka masa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Ia merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.





PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA



Jenis kerja

- Kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang.

- Terlalu banyak kerja dan kurang masa.



Tanggungjawab

- Tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas).

- Bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri.



Hubungan rakan sejawat

- Komunikasi tidak berkesan.

- Gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual.



Persekitaran yang tidak selesa

- Bising, panas dan sempit.



Pengurusan dan organisasi

- Budaya menyalahkan pekerja.

- Tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap,

  masalah kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif.

- Kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus

  dan sukar untuk naik pangkat.

- Tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi.



Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga




KESAN STRES



Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada

tingkah laku yang negatif.

Ia boleh menyebabkan:

- Sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual.

- Gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi.

- Tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah.





Kesan jangka panjang

- Hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic.

- kemurungan




CARA-CARA MENGURANGKAN STRES



1) Mengubahsuai punca stres dengan:

- Penyelesaian masalah secara musyawarah

- Perancangan kerja dengan baik

- Pengurusan masa yang bijak

- Berkomunikasi secara lebih berkesan

- Mengubahsuai punca stres dalam organisasi seperti polisi, prosedur

  dan masa yang tidak fleksibel



2) Mengelak stres dengan:

- Mengelakkan beban kerja berlebihan.

- Mengetahui kemampuan sendiri.

- Menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri.

- Membuat kerja secara muafakat.



3) Meningkatkan ketahanan diri dengan:

- Mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang).

- Merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan relaksi

  otot secara progresif).

- Meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa).

- Berfikir secara positif.

- Mampu (menerima kritikan dengan baik).



Sumber dari - http://www.mohr.gov.my/puspanita/pg%205.pdf




-----------------------------------------------------------------------------
PETUA DEMAM PANAS DAN SEJUKKAN BADAN
Disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin/Selasa/15 November 2011.

Buah Kembang Semangkuk


Buah kembang semangkuk berkhasiat untuk menyejukkan badan dan sekali gus menghindari demam panas. Kalau badan panas pun boleh cuba, insya-Allah badan akan kurang berpeluh dan suhu badan akan stabil.



Buah kembang semangkuk juga dikenali sebagai buah selayar.


Cara penyediaan:


Meletakkan buah kembang semangkuk ke dalam gelas (3 biji)


Biarkan selama 4 jam


Ia akan kembang sendiri


Tambah sedikit gula batu untuk rasa yang lebih sedap


Minum berulang kali sehingga badan sejuk




Sumber dari laman petua nenek


_________________________________________________________________


TIMUN TERAPI WAJAH

Disediakan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 9 November 2011.





Selama ini mungkin anda hanya tahu bahawa, timun adalah sahabat akrab untuk mengatasi mata yang sembab. Namun sebenarnya, timun memiliki fungsi lain iaitu sebagai penyegar untuk kulit wajah anda. Di saat keletihan berpuasa, apa kata rehatkan wajah anda dengan masker timun.

Caranya, kisar hingga lumat sesudu gandum. Kemudian campurkan bersama sesudu santan, sesudu whipped cream, satu setengah sudu perahan lemon, sesudu yogurt, sesudu daun pudina dan 1/2 potong timun yang diracik kecil-kecil. Kacau sehingga sebati campuran tersebut hingga menjadi halus.

Setelah siap, oleskan adunan masker pada wajah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam. Setelah bersih, anda akan rasai kesegaran pada wajah anda. Selamat mencuba.



 Sumber dari - http://fazlisyam.com/2009/01/29/timun-terapi-wajah/


-----------------------------------------------------------------------------
PETUA MENJAGA RAMBUT
Disediakan oleh : Amalina Bt Rossli/ Khamis/ 03 November 2011.

Syampu

Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap 
bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami 
keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala 
adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok
kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. 
Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara
normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi.
Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang
dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. 
Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh
anda terganggu, ‘stress’ dan kurang vitamin.

Mayonis

Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis 

adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada 
di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang 
sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan 
cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status 
petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada 

campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa
bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat,
tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan 

minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang 
sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah 
menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan 
bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan

Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air 

mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan 
datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada
langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus 

sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi.
Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air 
hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut.
Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.


Syampu bayi

Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu 

menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti 
rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya
kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak 
pedih.

PH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding

pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala 
bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa.
Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana 
syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit
kepala orang dewasa.

Rokok

Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan 

rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali.
Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih 
besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau

Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh 

mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya 
namun semuanya bergantung pada warna rambut anda.
Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan
sebagai ‘bleaching’ semulajadi pada rambut bewarna terang.

 
Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang
diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika 
terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna
gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut 
tidak berkilau.


Sumber dari : www.aisbird.com

------------------------------------------------------------------------
PETUA MENDAPAT ANAK SOLEH & SOLEHAH

Disediakan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 31 Oktober 2011.


Semua petua ini boleh diamalkan semasa mengandung.
1.Surah Yusuf





Baik diamalkan kerana ia akan melahirkan anak lelaki yang baik dan menjadi orang yang beruntung serta dijaga dari perilaku yang terlarang dibacakan dari 0 hingga 3 bulan.

2.Surah Lukman


Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa. Sebaiknya dibacakan dari 4 hingga 6 bulan.

3.Surah Mariam





Bagi memudahkan ibu bersalin dibacakan bolehlah diamalkan membaca Surah Mariam dari 7 hingga 9 bulan

4.Sentiasa mengingati Allah
 

Memperbanyakkan meminta ampun dan bertaubat supaya hati kita menjadi bersih. Dengan ini juga, diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.


5.Sentiasa tenang dan gembira
 

Supaya bersedia dengan apa jua yang mendatang. Bila emosi tenang, pertumbuhan bayi akan berjalan lancar dan menghasilkan bayi sihat, comel serta cerdas.

6. Banyakkan berbuat ibadah dan meninggalkan semua yang dilarang oleh Allah.

7. Berakhlak mulia kerana semua tingkah laku kita akan mempengaruhi sikap anak yang dikandung.

Semoga dapat diamalkan dan Insya-Allah akan dipermudahkan mendapat anak yang soleh dan solehah.



Sumber dari - http://www.danitamaternity.com/news/128-petua-mendapat-anak-soleh-a-solehah.html


-------------------------------------------------------------------------------------
PETUA MENGELAKKAN BARAH
Disediakan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin/ Isnin/ 24 Oktober 2011. 

  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

Sumber dari : laman petua nenek
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

 PETUA MURAH REZEKI
Disediakan oleh Puan Rosmawati bin Zubir/ Selasa/ 18 Oktober 2011.


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

+ Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah oleh Oh! Islam.

OHISLAM: KONGSILAH WALAU DENGAN SATU AYAT.


------------------------------------------------------------------------------

CARA MUDAH MEMBAKAR LEMAK
Disediakan oleh Amalina binti Rossli/ Rabu/ 12 Oktober 2011.
Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?
Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!
Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda.
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada di tahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3 hingga 4 peratus air di dalam badan anda boleh menyebabkan 10 hingga 20 peratus  pengecutan otot-otot di dalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress di bahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina cushion perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Macronutrien seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrien ini, anda perlu memastikan pengambilan air di dalam badan sentiasa mencukupi. Namun, perlu diingatkan pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan di dalam badan melalui urin. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul di dalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan di dalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab survival. Air yang disimpan biasanya akan disimpan di perut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.


-------------------------------------------------------------------------------
KHASIAT MINYAK ZAITUN
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 6 Oktober 2011



Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adaiah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.


Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi. Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adaiah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.
Menurut penulis buku tersebut, beliau pernah cuba mengambil minyak zaitun selama tiga bulan penuh. Beliau dapat merasakan perubahan yang bermakna kepada kesihatannya, terutamanya kepada stamina fizikal yang lebih kuat dan tidak mudah letih. Mengikut beberapa hadis yang diceritakan, Rasulullah biasa mengambil campuran minyak zaitun dan cuka yang menjadi sebahagian daripada menu utamanya




---------------------------------------------------------------------------------------
PETUA - ENAM PETUA MUDAH
Disediakan oleh Amalina Rossli / Khamis/ 29 September 2011.


Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah :
Demam
Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
Rehat sebanyak yang mungkin.
Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga  demam berkurangan.
Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
Selsema
Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti  oren atau jambu batu.
Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
(Ramai beranggapan bahawa 'paracetamol' merupakan ubat mujarab untuk demam dan selsema namun ia cuma untuk melegakan sahaja, 'paracetamol' juga telah dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang untuk jangka masa yang panjang)

Sakit Kepala dan Migrain
Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
Sakit tekak
Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
Cirit-birit
Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
(Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)
Sembelit
Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh.


-------------------------------------------------------------------------------

PETUA KESIHATAN MENGIKUT ISLAM
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Isnin/ 19 September 2011.

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah seperti :

·         Bersenam @ beriadah. 
·         Mengawal makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti :

·         Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya 1 jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan. Kita boleh saksikan orang yang  mengamalkan mandi pagi kebanyakannya mempunyai badan yang sihat. 
·         Rasulullah mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah dijauhi dari segala penyakit.
·         Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 

·          Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mengamalkan pemakanan seperti:

- Tidak makan susu dengan daging
- Tidak makan daging dengan ikan
- Tidak makan ikan dengan susu
- Tidak makan ayam dengan susu
- Tidak makan ikan dengan telur
- Tidak makan ikan dengan salad
- Tidak makan susu dengan cuka
- Tidak makan buah dengan susu (koktel)
- Tidak makan buah selepas makan nasi sebaliknya memakan buah dahulu


Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai daging ayam mengandungi ion (+) manakala ikan mengandungi ion (-). Jika setiap suapan ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi tindak balas biokimia yang boleh merosakkan usus kita. 
·         Nabi juga mengajar kita makan dengan menggunakan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).





-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA BARU DAN LAMA
Disediakan oleh Zuridah binti Zainal Abidin/ Khamis/ 15 September 2011.
Percaya atau tidak, setiap tamadun mempunyai petua-petua tersendiri yang dibawa turun temurun semenjak nenek moyang masing-masing.

Ironinya, walaupun sedikit kajian saintifik yang dibuat, kebanyakan petua-petua yang dipraktikkan tetap mendapat kepercayaan dan dibuktikan berkesan. Kebanyakan petua-petua yang dihasilkan adalah berpunca dari pengalaman orang-orang yang terdahulu.
Di negara kita, tidak kurang juga dengan khazanah-khazanah petua-petua lama dan baru yang berharga serta memberi faedah kepada kehidupan seharian.

Kali ini, kami ingin berkongsi berbagai petua yang mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malah, yang  mustahak sekali ialah, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk melakukannya.

Kegunaan hampas teh.
Pada lazimnya, serbuk teh yang telah digunakan akan dibuang begitu sahaja. Sebenarnya, serbuk teh yang telah digunakan ini ada faedahnya bagi suri rumah yang gemar menanam pokok-pokok hiasan.Di mana, ia boleh dijadikan sebagai baja bagi pokok-pokok ini. Anda hanya perlu taburkan serbuk teh ini pada pangkal pokok untuk tempoh seminggu sekali.

Menghalau semut pada tanaman.
Semut adalah salah satu serangga perosak tanaman atau pokok bunga. Bagi mencegah serangan semut, cubalah anda taburkan serbuk kulit telur yang sudah dijemur dan ditumbuk halus di sekeliling perdu pokok, nescaya semut tidak akan menganggu lagi. Insya-Allah.

Bekalan air untuk pokok.
Bagi peminat pokok bunga pasti tidak mahu pokok bunganya mati sekiranya anda bercuti panjang. Tetapi janganlah anda risau kerana masalah menyiram air ini boleh diatasi dengan mudah. Anda bolehlah menggunakan bahan yang mudah menyerap air seperti kain, tali atau tali leher lama. Tanam satu hujung ke dalam pasu manakala satu hujung lagi direndamkan ke dalam bekas yang berisi air.

Tanaman dua bulan tanpa baja.
Jangan dibaja pokok yang baru di buat pemasuan semula kerana campuran tanah baru mengandungi nutrien tanaman yang cukup untuk menyediakan makanan kepada tumbuhan selama dua bulan. Memberi baja terlalu awal boleh menyebabkan akar pokok tidak berkembang dalam tanah baru.

Menghapus jentik-jentik dari pasu.
Kiambang dan teratai yang ditanam dalam pasu mungkin menghadapi masalah pembiakan jentik-jentik dan terpaksa ditukar airnya setiap minggu. Bagi mengatasi masalah ini, campurkan dua titis minyak masak atau minyak bayi ke dalam air, nescaya jentik-jentik akan mati.

Lilin tahan lama.
Pada lazimnya, kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus. Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair. Jadi, untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama, cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan.

Menghilangkan tanda hangus pada periuk.
Masukkan sedikit baking soda bersama sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk itu seperti biasa.

Mengharumkan dapur.
Pada kebiasannya, pada bahagian dapur ini akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau kuat yang lain.

Mencegah lalat pada makanan.
Bagi menghindarkan kehadiran lalat ini taburkan lada sulah diatas tudung saji atau penutup bekas makanan. Nescaya lalat tidak akan datang menganggu lagi.

Hilangkan kesan karat.
Kesan karat boleh di hilangkan dengan membilasnya dalam campuran cuka dan garam,kemudian di jemur sehingga kering.

Hilangkan calar di kaca.
Bagi menghilangkan kesan calar pada kaca dan tingkap, sapukan sedikit ubat gigi dan gilap dengan kain lembut.

Hindari meja daripada di panjat semut.
Untuk menghindari meja atau perabot lain daripada di panjat semut,ambil tali yang mudah menyerap bahan cecair dan celupkannya ke dalam minyak masak. Kemudian lilitkan tali pada semua kaki meja atau perabut.

Menghilangkan bau cat.
Dinding yang baru dicat pasti akan membuatkan ruang itu berbau sedikit. Untuk menghilangkannya, letakkan semangguk air di tengah-tengah ruang dan bau yang dikeluarkan akan meresap ke dalam air.

Kelebihan krim tartar.
Selain daripada penyedap masakan, krim tartar juga boleh digunakan untuk menghindar semut. Caranya ialah dengan menabur krim tartar di sarang semut dan bahagian dinding retak yang boleh di masuki semut. Krim tartar juga boleh menyerikan semula barangan porselin dengan menaburkan krim itu di atas kain lembap kemudian gosok pada permukaan porselin.

Menghilangkan bau di dalam peti sejuk.
Masukkan dua atau tiga keping roti ke dalam peti sejuk. Biarkan sehingga beberapa hari. Dengan cara ini, bau dalam peti sejuk akan hilang.

Menghilangkan tanda hitam dalam cerek.
Masukan soda bikarbonat ke dalam cerek berisi air dan rebus sehingga mendidih. Kemudian cuci cerek berkenaan, Insya-Allah tanda hitam itu akan hilang.

Menghilangkan bau pada peti sejuk.
Ambil sebungkus kopi dan simpan di dalam peti sejuk.Nescaya peti sejuk anda akan berbau wangi.

Mengharumkan bilik tidur.
Letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai.Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya limau berkenaan.

Halau tikus dari rumah.
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letak di tempat yang selalu tikus-tikus itu berada. Insya Allah tikus tidak akan datang lagi.

Hilangkan contengan pada kertas dinding.
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti anda akan menghadapi masalah contengan pada dinding. Bagi dinding yang bercat saya rasa kurang masalahnya, tetapi bagi yang menggunakan kertas dinding pasti akan mengeluh. Kertas dinding yang di conteng dengan krayon atau pensel warna ianya masih boleh dihilangkan dengan cara menekapkan seterika panas yang dilapisi tisu dapur pada dinding supaya menyerap contengan itu. Kemudian lap kesan yang tertinggal dengan kain lembap bercampur sedikit soda bikarbonat.

Mengatasi kerosakan jubin lantai.
Pada lazimnya, bilik mandi juga digunakan sebagai tempat mencuci pakaian. Kadang kala kita juga menggunakan bahan peluntur untuk mencuci pakaian. Tetapi perlu d ingat, walaupun ianya boleh memutihkan pakaian anda, pada masa yang sama ianya akan merosakan kemasan jubih bilik air anda. Jadi elakkan jubin anda daripada terkena bahan peluntur dengan kerap.

Membersihkan sinki atau tab mandi.
Pada kebiasaannya sinki atau tab mandi akan terdapat kotoran yang sukar untuk dihilangkan. Walau bagaimanapun, kotorang ini sebenarnya boleh dihilangkan dengan menggunakan krim tar atau paste hidrogen peroksida. Biarkan ia kering sebelum disental dan dibilas dengan air bersih.

Mengembalikan seri lantai kayu.
Untuk mengembalikan seri lantai panel kayu, anda bolehlah menggosoknya dengan pengilat lilin atau cecair pengilat lilin. Elakkan air panas dari tertumpah atas lantai panel kayu kerana ia boleh melembutkan kayu dan menyebabkan lantai berselumbar.

Mengesan kelembapan dinding.
Selepas beberapa tahun mendiami rumah baru, anda akan mendapati bahawa dinding menjadi lembap setiap kali musim hujan. Cara mudah untuk mengesan kelembapan dinding ialah dengan menampal kertas aluminium pada bahagian yang disyaki dan biarkan ianya sehari dua. Setelah itu, tanggalkan kertas aluminium itu dan anda akan lihat kesan kelembapan dibelakangnya.

Mengembalikan seri marmar.
Bagi mengembalikan seri lantai marmar, ambil setengah baldi air yang di campur dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersih permukaan marmar. Cuba lakukan tiga kali seminggu untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Mengilatkan cermin.
Tuangkan sedikit minyak tanah pada kain buruk yang bersih dan lembut. Kemudian gosokkan di seluruh permukaan cermin. Anda akan dapati cermin muka kembali berkilat seperti baru.

Lantai sentiasa berkilat.
Bagi mengilatkan lantai papan dan jubin, sediakan sebatang lilin, dua sudu minyak tanah dan satu baldi air. Kikis lilin halus-halus dan campurkan ke dalam bekas air dan minyak tanah. Kemudian sental lantai seperti biasa.

Mencantikkan perhiasan batu karang.
Pada kebiasaanya perhiasan batu karang akan hilang serinya setelah beberapa tahun. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh sapukan minyak kelapa, minyak zaitun pada perhiasan ini dan biarkan kering sendiri selama lebih kurang dua hari. Insya-Allah serinya akan kembali menyerlah.

Membersihkan bunga perhiasan.
Bunga hiasan apabila telah lama pasti ia akan menjadi kotor dan berhabuk. Untuk membersihkannya ceraikan bunga tersebut dari gubahan dan kocakkan dalam air sabun, kemudian jemur hingga kering. Setelah kering gubahlah bunga itu mengikut selera anda.

Cuci barangan perak.
Barangan perak akan tahan lebih lama jika di cuci dengan air panas dan sabun. Jangan sesekali menyimpan barangan perak dengan plastik kerana ia akan memerangkap air dan ini dikuatiri akan merosakan barangan perak tersebut.

Menghindari serangga.
Balang atau bekas hiasan memang cantik jika di susun di ruang dapur, tetapi kebiasanya serangga suka memasukinya. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuk beberapa biji buah pelaga dan bunga cengkih (asal pecah sahaja) dan masukan dalam bekas berkenaan.

Menghilangkan habuk pada bunga tiruan.
Untuk menghilangkan habuk atau sawang pada bunga tiruan,anda hanya perlu menyediakan dua tiga sudu garam halus yang dimasukan ke dalam plastik bersama-sama bunga dan guncangkan beberapa kali supaya habuknya jatuh. Kemudian cucilah dengan air bersih.

Mencuci kristal.
Untuk mengembalikan seri cahaya barangan kristal, anda bolehlah menggunakan sebiji ubi kentang yang dikisar dan ambil air tapisannya. Cuci kristal dengan air berkenaan sebelum dibersihkan dengan air sabun. Akhir sekali bilas dengan air bersih.

Mengilatkan barangan tembaga.
Bagi mengilatkan barangan tembaga anda bolehlah menggunakan segenggam garam dan sekepal asam jawa. Gaul dengan sedikit air biasa dan lumurkan pada barang tembaga yang hendak dikilatkan. Biarkan sebentar, kemudian jirus dengan air bagi menanggalkan bahan lumuran dan bilas sekali lagi. Kemudian lap dengan kain lembut dan bersih.

Menegangkan langsir net.
Biasanya langsir net mudah kendur. Oleh itu untuk menegangkannya,cuci di dalam air campuran 15 gram gula dalam 600 mililiter air.

Mengeringkan bunga segar.
Untuk mengeringkan bunga segar, sebaiknya ia di gantung kerana jika dibiarkan begitu sahaja kelopaknya akan tertanggal. Bagi bunga yang digubah di dalam bakul, anda boleh kumpulkanya dan ikat bersama sebelum digantung. Jambangan bunga tangan pula boleh digantung bersekali plastik hiasan yang membalutinya.

Elak gubahan bunga segar cepat layu.
Pada kebiasaannya, gubahan bunga segar akan cepat layu. Untuk mengatasinya, tambahkan gula pasir atau masukkan sekeping wang syiling satu sen dalam bekas jambangan bunga yang berisi air tadi. Gangsa daripada mata wang berkenaan boleh menghalang pembiakan kuman di dalam air.

Membersih perhiasan kecil.
Untuk membersihkan barangan hiasan tembikar yang kecil dan dipenuhi ukiran timbul, seeloknya direndamkan di dalam bekas plastik. Ini adalah kerana untuk mengelakkan daripada perhiasan akan pecah apabila terhantuk dengan bekas.

Membangkitkan seri perabot rotan.
Perabot rotan, lama kelamaan akan menjadi pudar dan kusam. Untuk menyerikannya semula, basuh dengan air sabun kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan cuka. Keringkan dengan kain lembut. Hasilnya perabut rotan akan berseri semula.

Sumber dari -


-------------------------------------------------------------------------------------

TIPS MENGEMBALIKAN KILAUAN EMAS
Disediakan oleh Yuhanes Abdullah/ Jumaat/ 9 September 2011.




 
Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.

Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?

Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;

Tip Pertama

1. Ambil sedikit sos cili.

2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.

3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.

4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.

5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.

Tip Kedua
1. Ambil sedikit asam jawa.
2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

3. Kemudian, rendamkan barang kemas anda ke dalam air asam jawa selama 30 minit atau setengah jam.

4. Selepas itu, beruslah barang kemas anda dengan berus gig terpakai.

* Tujuan memberus adalah untuk mengeluarkan daki-daki yang terdapat di celah-celah barang kemas.

5. Akhir sekali, bilaslah barang kemas tadi dengan air bersih.

Jika dilakukan dengan teratur dan cermat, hasilnya kilauan barang kemas anda kembali menyerlah dan hampir kelihatan seperti baru.
Dipetik:
http://petuasejagat.blogspot.com

------------------------------------------
PETUA MENGHILANGKAN BAU BADAN
 

Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh

Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari. Petua lain adalah dengan mencampurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

Sumber dari - http://101petua.blogspot.com/search/label/Petua%20Bau%20Badan


----------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA DAUN SIRIH
Disediakan oleh Zuridah binti Zainal Abidin/ Isnin/ 22 Ogos 2011.


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudah cara serta memberikan kelancaran kerja-kerja di rumah.

Asma - Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan.  Sapukan pada dada pesakit serta leher. Amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

         - Tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki.  Rebuskan dengan satu liter air hingga mendidih sepenuhnya. Minum setengah gelas air rebusan dengan mencampurkan sesudu makan madu lebah serta sesudu teh air limau nipis sebelum tidur.

Barah - Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat beserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan.   Sapukan tiga kali sehari di bahagian yang sakit.



Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna sebagai minuman kepada pesakit.


Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas bersama, gosok di badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan seketika dan bilas dengan air bersih.


Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramas dan rendamkan bersama baju seketika sebelum dibilas dengan air bersih.


Bayi Selsema – Ambil beberapa tangkai daun sirih dan tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya. Kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.


Berak Darah - Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang.


Demam – Ambil tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari. Cara ini dapat membantu menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.


Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecah dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.


Gatal Vagina - Tujuh helai daun sirih direbus bersama dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah dijadikan air basuhan vagina. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutamanya untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.


Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.


Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit di bahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan ke hidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala sedikit meninggi.


Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.


Keputihan - Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.


                - Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.

Kutu Babi  -  Petik daun sirih bersama tangkainya dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. Ia akan menjadi senang untuk dicabut.



Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang disapukan pada luka untuk menyembuhkan luka pada bibir mulut dengan cepat.


Muntah - Bawang merah, jintan hitam dimakan bersama sirih pinang dan semburkan sepahnya pada leher dan dada.


Payu Dara - Untuk menegangkan payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, tekapkannya pada kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.   Lakukan dua atau tiga kali seminggu.


Pedih Perut – Ambil tujuh biji lada sulah dan bacakan surah al-Ikhlas sebanyak tiga kali dan makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.


Penyakit Kelamin - Sepah sirih dihasilkan sama ada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.


                          - Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.


Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.


Sakit Gigi - Kunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.


Sakit Hati – Ambil bawang putih sepuluh ulas, sebuku garam jantan, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan masukkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi dan ambil segenggam garam serta goreng sangai (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan ke bahagian hati (di atas dada).


Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renehkan tiga helai daun sirih bertemu urat beserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut di waktu pagi.


Sakit Kepala - Daun sirih diramas ke dalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).


Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan ke dalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga suam-suam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.



---------------------------------------------------------------------------------------------
TIPS/ PETUA KESIHATAN
Disediakan oleh Amalina binti Rossli/ Selasa/ 9 Ogos 2011.

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh  agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan yang ditekan oleh Al-Quran dan antaranya adalah spt:
1. Bersenam @ beriadah;
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isya-Allah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan mengamalkan tips dan petua berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan mereka mempunyai badan yang tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya,    insya-Allah kita dijauhkan dari penyakit (susah kena penyakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sumber dari - htp://cvtampang.tripod.com

---------------------------------------------------------------------------------------------

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM - SIRI 4
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 8 Ogos 2011.

Madu lebah (a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit-birit. Sabda Nabi s.a.w. “Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.


Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.


Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.


Daging kuda:
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan dalam hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.



Sumber dari - http://www.petua.org/?p=13

--------------------------------------------------------------------------------
HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM - SIRI 3
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Jumaat/ 5 Ogos 2011.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan kulit apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat Al-Quran (ayat 17, Surah Al-Insan) firman Allah yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

 Sumber dari - http://www.petua.org/?p=13
 
---------------------------------------------------------------------------------------------
HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM - SIRI 2
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Khamis/ 4 Ogos 2011.



Lobak merahKegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
 
Biji kopi (qahwah)Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj).Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin; bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun)Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Sumber dari - http://www.petua.org/?p=13

------------------------------------------------------------------------------------------

HIKMAH MAKANAN DALAM ISLAM - SIRI 1
Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Rabu/ 3 Ogos 2011.



Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik, dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak, kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.


Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.


Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.


Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.


Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.


Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.


Sumber dari - http://www.petua.org/?p=13


----------------------------------------------------------------------------------

TIPS SEPANJANG BULAN RAMADHAN
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Selasa/ 26 Julai 2011.

Nampaknya kita semakin menghampiri bulan yang paling mulia di dalam Islam iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan, setahun telah berlalu dan kini dengan segala puji bagi Allah SWT kita telah dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat, berkat dan keampunan. Dengan ini saya ingin berkongsi petua yang baik untuk diamalkan sepanjang bulan yang mulia ini. Berikut ini beberapa Tips Bulan Ramadhan yang semoga menjadikan kita istiqamah dalam mengisi kegiatan seharian di bulan Ramadhan 1432 H.
Waktu Sahur
·          Membaca sepotong ayat Al-Quran sebelum melakukan sahur.
·         Sahur menjelang solat subuh.
·         Berhenti sahur sekurang-kurangnya 10 minit sebelum azan subuh.
 Menjelang Subuh
·         Fokuskan diri untuk melakukankan solat subuh.
·         Memperbanyakkan doa ketika selesai solat subuh.

Setelah Subuh
·         Mensyukuri nikmatNya dengan berselawat.
·         Luangkan masa untuk mendengar kuliah atau ceramah pagi.
·          Membuat sedikit senaman ringan.
·         Tadarus Al Qur'an.
·         Jangan tidur kembali.

Ketika perjalanan dan di tempat kerja
·         Memulakan perjalanan dengan membaca basmalah.
·         Memberikan senyuman kepada sahabat.
·         Jangan lepaskan hati dari dzikrullah, karena itu akan menentramkan hati kita.
·         Menjaga pertuturan, pendengaran dan penglihatan sesama sahabat.
·         Apabila emosi tidak terkawal, segeralah berwudhu dan perbanyakkan tadarus Al-Quran.
·         Selalu beringat bahawa bulan Ramadhan bukan bulan untuk menjadikan kita malas dalam membuat kerja.

Saat Buka Puasa
·         Menyegerakan berbuka ketika tiba waktunya.
·         Menyempurnakan kewajiban berbuka dengan solat Magrib berjamaah.
·         Melakukan solat sunat Tarawih dengan secukupnya dengan 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Sesungguhnya tiada mazhab yang melakukan kurang daripada itu.
·         Setelah selesai solat Insya’ dan Tarawih, makanlah sedikit buah atau kuih.
·         Bertadarus berjamaah dengan saling memperbetulkan bacaan sahabat.

Menjelang Tidur
·         Tidur dengan waktu yang sesuai untuk bersahur di subuh hari.
·         Tidur dengan adab yang betul.

Semoga dengan tips ini dapat kita mendapat kerahmatan dan keberkatan sepanjang di bulan Ramadhan.

Sumber: http://www.mypepito.info/2010/08/tips-bulan-ramadhan.html


---------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA: 'AWET MUDA' CARA ISLAM 
Disediakan oleh: Ila, Rabu, 20 Julai 2011

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.


  • Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
  • Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
  • Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
  • Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  • Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.


----------------------------------------------------------------------------------------------

PETUA MENGELAKKAN LABU SAYONG 
MENYERAP AIR

Disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir/ Khamis/ 14 Julai 2011.



Ada satu petua untuk mengelakkan air yang disimpan di dalam labu sayong tersejat atau meresap.


Petuanya, sebelum anda menggunakan labu sayong tersebut, rendam dahulu labu di dalam air selama 2-3 hari supaya dinding labu itu menyerap air rendaman tersebut dan bolehlah digunakan seperti biasa.

Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Pelbagai kegunaan yang direka mengikut citarasa pengguna. Di antaranya lampu tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana labu sayong untuk tujuan hiasan, tidak boleh dijadikan bekas menyimpan air minuman.



---------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA PENJAGAAN PERABOT – TIP HARI INI
Disediakan oleh Puan Lilis Suriyani binti Abdul Manaf/ Isnin/ 4 Julai 2011.

Cleaning Furniture
 

1. Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh mencucinya dengan kain lembap seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternatif lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.
2. Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.
3. Sesetengah orang menggunakan plastik untuk membalut permukaan upholsteri menyebabkan kesan habuk lebih ketara. Pilihan lain anda boleh menggunakan kain jenis scotch guard yang mempunyai lapisan pelindung untuk fabric upholsteri terutama pada tempat duduk sofa. Anda hanya perlu kibas permukaan fabric ini untuk menghilangkan habuk.
4. Fabric upholsteri adalah kalis air, walau bagaimanapun, jika terdapat cecair yang tumpah di atas fabric jenis ini perlu segera dilap kerana jika dibiarkan lama menyebabkan air menyerap ke dalam kain dan ini boleh menjejaskan seri serta mutunya.
5. Selubungkan semua jenis perabot dengan kain untuk mengelak debu tebal, seandainya anda ingin meninggalkan rumah selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
6. Akhir sekali cara terbaik untuk menjaga permukaan perabot supaya mengekalkan serinya untuk tempoh yang lama dan tidak berhabuk, tindakan menyelimut perabot boleh dibuat setiap malam sebelum tidur.
http://www.drumah.com/petua-penjagaan-perabot-tip-hari-ini/353.html

---------------------------------------------------------------------------------------------
PETUA MENJAGA MATA 
Disediakan oleh Nawwar Hidayah bt Di Nek Kamal/ Selasa/ 28 Jun 2011. 
 Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programmer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun induvidu yang menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu (bagi Muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit-sikit. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.

2. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya . Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan .Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik bolehlah fokuskan sekejap

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

3. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur terutama lobak merah & brokoli dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.



Amalkan teknik-teknik di bawah ini:


Untuk merehatkan mata: Gosokkan kedua tapak tangan anda sehingga panas. Letakkan kedua tapak tangan anda itu pada mata anda. Lakukan sebanyak 3 kali.


Untuk menguatkan mata: Putarkan biji mata anda ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan. Buatkan 2 pusingan ke kiri dan 2 pusingan ke kanan.

Semasa anda sedang menumpukan sepenuh perhatian pada bahan bacaan, otot-otot mata anda akan menjadi kecut dan menegang.


Terdapat satu cara untuk melonggarkan ketegangan otot mata anda iaitu:

1. Pandang terus ke depan.

2. Tumpukan perhatian anda pada mata anda.

3. Cuba rasakan seolah-olah mata anda sedang 'membesar' dan bahagian
    dahi anda menjadi ringan dan longgar.

4. Urut bahagian-bahagian kepala anda supaya menjadi tenang dan ringan.

5. Tarik rambut anda segenggam demi segenggam (jangan sampai tercabut!).

6. Gosok dahi anda ke kiri dan ke kanan.

7. Dengan menggunakan tangan, sapu muka anda.

8. Sapu bahagian belakang tengkok anda.

9. Urut di kedua bahagian belakang telinga anda.



Lakukan senaman ini:



- Berdiri tegak

- Tarik nafas panjang

- Lepaskan nafas melalui mulut



Senaman ringan ini akan menambahkan input oksigen ke dalam otak anda. Ingat, otak juga perlukan oksigen untuk menjadi 'segar'. Ini akan memberikan tenaga baru bagi pembacaan anda yang seterusnya.

Jangan Lupa! kesemua teknik berkesan ini perlu anda amalkan dalam masa lebih kurang 10 minit selepas anda membaca selama 1 jam.






--------------------------------------------------------------------------

PETUA MENCEGAH DAN MENGUBATI SAKIT KEPALA
Disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir/ Rabu/ 22 Jun 2011.


Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tekanan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti menelan panadol (paracetamol), kan?


Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.


Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;





Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr



Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ini setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.



Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Sekiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tidak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.



Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.



Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.



Selamat Mencuba!

------------------------------------------------------------------------------------ 

CARA MENCUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucilah barangan perak anda. Hasilnya, ia akan lebih berkilat.


CARA MENGHILANGKAN HITAM PADA PERIUK

Jika anda memasak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.



Sumber dipetik daripada - http://rozaimy.komputer.com.my/68


--------------------------------------------------------------------------------------

TIPS PENJAGAAN EMAS PUTIH

 

 

Emas putih adalah aloi emas dan lain lain logam yang mengandungi perak, nikel, platinum dan palladium. Seperti emas kuning, emas putih boleh jadi 18 karat, 14 karat, 8 karat atau mana mana karat yang sesuai. Emas putih 18 karat adalah campuran 75 peratus emas dan 25 peratus lain lain logam seperti perak dan palladium. Warna emas ini adalah putih.

 

Ciri ciri :

Ciri ciri emas putih biasanya berbeza mengikut jenis logam dan jumlah kandungan yang digunakan. Sebagai contoh, aloi yang menggunakan nikel biasanya keras dan sangat kuat, jadi ia boleh digunakan sebagai cincin atau pin. Emas putih yang mengandungi palladium lebih lembut dan fleksibel dan boleh dibuat untuk memegang batu permata.

 

Emas putih yang dikatakan putih itu sebenarnya berwarna kelabu seperti keluli. Ia perlu dirawat menggunakan logam rodium untuk membuat warnanya menjadi lebih putih.

 

Terdapat pelbagai pilihan barang kemas yang dibuat daripada emas putih dipasaran seperti pin, keronsang, rantai leher, gelang dan cincin. Pada masa sekarang, semakin ramai pasangan yang memilih cincin perkahwinan atau pertunangan yang diperbuat dari emas putih bagi melambangkan kesucian dan ketulusan ikatan tersebut.

 

Cara menjaga :

Emas putih disadur oleh logam rodium. Rodium mempunyai ciri-ciri yang sama seperti platinum termasuk berwarna putih. Oleh kerana warna asal emas putih adalah kelabu cair, saduran rodium akan membuat emas putih berwarna lebih keputihan. Jadi, emas putih perlu disadur semula setiap 12 hingga 18 bulan kerana saduran rodium akan terhakis bersama masa.

 

Namun begitu, apa pun jenis emas putih yang anda pilih, emas putih sememangnya sangat cantik dan anda pasti bangga memakainya.

 

 

Sumber dipetik daripada - http://ssbestari.com/sejarah-emas

 

 

---------------------------------------------------------------------------------

TIPS PENJAGAAN BATIK SUTERA


 


Penjagaan Batik Sutera

  1. Warna pada fabrik (kain)
    • elakkan daripada merendam kain terlalu lama,
    • elakkan mencuci menggunakan sabun yang kuat (boleh melunturkan warna),
    • elakkan mengguna bahan peluntur (sutera boleh reput),
    • seeloknya mencuci dengan sabun khas untuk sutera,
    • elakkan dari menjemur terus di bawah cahaya matahari.

  1. Urat benang
    • elakkan mencuci dengan pelembut kerana benang sutera akan mengembang dan menyebabkan kain memeri (rapuh & pecah),
    • jangan memberus kain (merosakkan urat benang),
    • elakkan memerah kain terlalu kuat (boleh merosakkan urat benang).

  1. Kaedah menggosok sutera
    • kain yang lembap sangat sesuai untuk digosok iaitu 80% kering (2 jam selepas basuh),
    • jika kain kering, renjiskan air sebelum menggosok.

  1. Kaedah penyimpanan sutera
    • seeloknya kain digantung dan simpan di dalam plastik (macam di kedai dobi),
    • tidak digalakkan dilipat kerana akan merosakkan benang sutera & susah hendak digosok.



------------------------------------------------------------------------

TIPS PENJAGAAN SONGKET

Disediakan oleh Cik Noor Iza binti Kassim/ Selasa/ 31 Mei 2011.
Adakah anda merupakan peminat songket? Atau anda merupakan pemakai songket yang setia? Emmm, Mengikut fakta, harga kain songket  agak mahal jika dibandingkan dengan kebanyakan fabrik lain. Lebih-lebih lagi bagi kain songket yang berkualiti tinggi dan halus buatannya. Maklumlah, kalau zaman dahulu, kain songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan sahaja.




TIPS PENJAGAAN SONGKET

1.  Mula-mula, anda bentangkan dulu kain songket bersama dengan sehelai kain pelekat.

2.  Kemudian, gulung kain songket  bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai  ke penghujung.

**Elakkan daripada melipat kain songket tadi walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket itu.**

3.  Setelah itu, simpanlah gulungan kain songket tadi dengan cermat di dalam almari anda.

**Elakkan kain songket daripada dihempap oleh mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.**

**Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu.**

**Hindari daripada selalu mencuci kain songket. Kalau anda rasa nak sangat mencucinya, hantarlah ke kedai dobi untuk cucian kering (dry cleaning).**


*#Tips Tambahan#*

Untuk mengilatkan semula kain songket anda, gunakan kaedah gerus.

Kaedah gerus bermaksud anda melicin dan mengilatkan permukaan songket dengan menggunakan kulit siput gewang agar ia lebih berseri dalam jangka masa yang lama.

Untuk pengetahuan semua, Songket Terengganu (tenunan tangan) biasanya lebih lembut dan halus berbanding dengan songket buatan mesin yang diimport daripada Indonesia, Thailand, India dan Pakistan.

Sumber rujukan :
http://tudungviaonline.blogspot.com