Khamis, 17 Januari 2013

REKAAN BERTARAF ANTARABANGSA - ROSHFIN KERAMIK


Jauh perjalanan, indah permandangan. Biarpun penat menjelajah dari satu destinasi ke satu destinasi bagi menjejaki usahawan yang terlibat dalam Kajian Industri Kraf (KIK), namun kepenatan itu hilang takkala sampai di Galeri Pameran Roshfin Keramik Snd. Bhd. yang terletak di Subang USJ. Bebola mata meliar memandang keindahan dan kecantikan produk yang dihasilkan oleh usahawan ini. 











Hasil rekaan beliau boleh saya klasifikasikan sebagai rekaan bertaraf antarabangsa. Tahniah, kepada En. Rosli dan warga kerja Roshfin Keramik atas usaha keras mereka dalam menaikkan nama syarikat ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Rabu, 16 Januari 2013

MERISIK KHABAR DI UNGGUL ART & DESIGN


Setelah sekian lama, hanya bertemu di tapak promosi dan berbicara melalui telefon, akhirnya Skuad KMCS telah berjaya sampai ke Bilik Pameran Unggul Art & Design Sdn. Bhd. En. Shafie yang telah saya kenal sekian lama merupakan seorang usahawan yang sangat peramah dan komitet terhadap kerjanya. Dia telah lama berkecimpung dalam dunia pembuatan kraf seramik ini amat berfikiran positif dan berjaya menghasilkan rekaan yang terkini serta mempunyai kelainan dalam rekaan. 

Pada setiap tahun, rekaan beliau akan dibuat penambahbaikan dan turut menghasilkan beberapa rekaan produk baru terutamanya produk cenderamata dan hiasan rumah. Seperti biasa, kami akan bawa anda menyusuri perjalanan ke premis beliau. Jom!













Isnin, 14 Januari 2013

SELAMAT DATANG DATO' PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA


Kami di KMCS mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan Yang Berbahagia Dato' Haji Sohaimi bin Shahadan, Pengerusi Kraftangan Malaysia ke teratak kami di Bangunan Jurusan Rotan, Institut Kraf Negara, Rawang pada hari Rabu yang lalu (9 Januari 2013). 

Walaupun kunjungan tersebut merupakan lawatan kali pertama, namun kami sempat berkongsi pendapat dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kami di KMCS demi memajukan industri kraf bukan hanya di negeri Selangor namun seluruh negara, insya-Allah.













Selasa, 8 Januari 2013

TERUJA MELIHAT BATIK BERONA PASTEL DI CENTURY FIESTA ENTERPRISE

Team KIK pada kali ini telah membuat lawatan ke satu lagi bilik pameran usahawan batik iaitu Century Fiesta Enterprise. Wah, teruja saya melihat baju-baju batik yang tergantung cantik. Saya pernah melawat bilik pameran beliau beberapa tahun yang lepas. Keadaannya begitu tersusun dan kemas. Mudah bagi pelanggan untuk melihat produk yang dijual. Bengkel menghasilkan batik terletak di tingkat atas bangunan yang sama. Suasana di bengkel juga kelihatan bersih. Tahniah, Kak Zizah!

Pn. Azizah Masduki atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zizah merupakan seorang pengusaha batik yang sangat peramah dan komitet dalam mengembangkan perniagaan beliau. Semoga beliau terus sukses dalam bidang yang diceburi, insya-Allah.









Isnin, 7 Januari 2013

MENJENGUK TERATAK CEMARA QASEH


Salam semua. Apa khabar? Kami di KMCS mendoakan agar semua pembaca setia blog KMCS sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki yang berpanjangan, insya-Allah. Kali ini KMCS ingin membawa anda semua meninjau aktiviti usahawan kraf seni pembuatan bungan dip di Cemara Qaseh bersama pengurusnya Pn. Niza. 

Sudah lama saya tidak melawat dan bertanya khabar dengan Pn. Niza yang agak rapat dengan saya. Beliau agak sibuk kebelakangan ini kerana menerima banyak tempahan bunga telur dan cenderahati perkahwinan. Maklumlah musim orang naik pelamin. Jom kita jenguk produk-produk Pn. Niza...















Cantik kan? Bagi sesiapa yang ingin menghubungi beliau di talian 013-350 5170.... Blog puan niza turut dihubungkan dengan blog KMCS. Terima kasih kerana sudi membaca blog kami.

Jumaat, 4 Januari 2013

JOM KE DHEA FINECAST...

Jelajah KMCS untuk aktiviti Kajian Industri Kraf (KIK) pada kali ini adalah ke syarikat Dhea Finecast yang terletak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan pengeluar bagi produk aksesori wanita dan cenderamata korporat logam (piuter). Usahawan ini telah lama berdaftar dengan Kraftangan Malaysia dan telah menyewa di salah satu premis di Perkampungan Kraf di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.