Eh! Belum lagi hari pekerjanya..1 mei 2011, iaitu jatuh pada hari Ahad ini. Tapi memandangkan kami nak balik kampung dan tak dapat nak update blog, oleh itu kami nak ucap teruslah.. "selamat hari pekerja dan selamat bercuti" kepada semua yang berkerja tak kira la gomen ke, swasta ker..yg penting kerja!. Tapi...ehem! ehem!.. bagi yang kerja gomen, mesti mengharapkan 'sesuatu' di umumkan nantikan?? Errmmm.. harapnya khabar angin yang penyelarasan gaji tu, menjadi kenyataan la kan... arituh pun dah keluar tv, radio dan internet. Sejauh mana kebenarannya... kita tunggu jer la...
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Jumaat, 29 April 2011
SELAMAT HARI PEKERJA DAN SELAMAT BERCUTI
SALAM TAKZIAH BUAT PUAN NORIZAN LOB
Diucapkan takziah kepada keluarga Puan Norizan Lob, Pengarah Kompleks Kraf Langkawi di atas kematian Ibu tersayang. Semoga banyak bersabar dan redha menghadapi ujian ini. Kami warga KMCS berdoa mudah-mudahan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi dan Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan Tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud : “Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”. Wallahua'lam...
Khamis, 28 April 2011
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!!
Antara yang terlibat dalam perbincangan ini ialah Puan Zailah Zaid, Timbalan Pengarah dan Cik Marshila Marzuki, Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan bersama usahawan kraf seramik dari SLC Craft House, iaitu En. Hanafi & Puan Syida. Sedikit pengenalan mengenai SLC Craft House adalah usahawan kraf yang mengeluarkan produk kraf seramik berasaskan campuran polymer clay, paper clay dan terracotta clay.
Perbincangan yang padat dengan isu rekaan ini telah mencetuskan pelbagai idea baru dari segi proses pembuatan, penggunaan teknik & bahan yang akan digabungkan bersama produk keluaran yang bukan sahaja untuk SLC Craft House sahaja, malah untuk usahawan kraf negeri Selangor yang lain. Antara idea rekaan value added yang dicetuskan adalah bahan polymer clay dan paper clay yang akan digabungkan dengan bahan lain seperti piuter, gandingan kerjasama yang terhasil di antara dua usahawan, iaitu usahawan seramik dan piuter. Di samping dapat mengukuhkan ukhuwah yang terjalin, secara tidak langsung dapat menambat hati pembeli atau peminat produk kraf dalam bidang seramik dan logam dalam satu produk kraf sahaja.
SANTAPAN ROHANI
Rabu, 27 April 2011
LAWATAN UKHWAH PERBADANAN PUTRAJAYA KE KMCS
Seronoknya rasa hati bila kita sentiasa diingati. Yang bagusnya bukan ingat saja, malah datang melawat sekali. Setelah hampir beberapa bulan tidak menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya, tiba-tiba dapat panggilan telefon yang menyatakan mereka ingin datang melawat. Alang-alang hendak datang ke KMCS, boleh juga bawa mereka melawat IKN. Sekurang-kurangnya banyak ilmu pengetahuan tentang kraf dapat dipelajari.
Semalam (Selasa, 26 April 2011), masa yang dinanti telah tiba. Seramai 10 anggota kerja daripada Perbadanan Putrajaya (Jabatan Landskap dan Taman) telah tiba di perkarangan pejabat KMCS lebih kurang pukul 10.00 pagi. Mereka telah disambut oleh En. Rushdan, Cik Mursyida, Cik Seri dan En. A’A. En. Razali, warga kerja IKN dari Jurusan Rotan telah siap menanti kedatangan kami. Peserta lawatan telah dibawa ke Bilik Pameran pelajar Jurusan Rotan. Apa lagi, masing-masing teruja dengan hasil kerja yang telah dipamerkan. Itu baru satu bilik pameran. Belum sampai lagi bilik pameran yang lain.
Kami bergerak menuju ke lobi bangunan HEP IKN kerana Puan Che Salmah dan Puan Aisyah telah lama menanti. Setelah memberi penerangan ringkas berkaitan IKN, mereka dibawa melawat ke bengkel Jurusan Kayu, bengkel Jurusan Logam, bengkel Jurusan Seramik, bengkel Jurusan Batik, bengkel Jurusan Seni Tenunan dan berakhir di pejabat KMCS. Walaupun penat, mereka kelihatan begitu gembira kerana banyak maklumat baru yang telah diperolehi.
Puan Pengarah KMCS sempat meluangkan masa untuk beramah mesra, berbual-bual sambil berkenal-kenalan kerana pertama kali bersua muka. Harapan beliau agar jalinan kerjasama yang sedia terjalin dapat diperkukuhkan demi kebaikan bersama. Sesi lawatan telah berakhir dengan jamuan makan tengah hari ala kadar pada pukul 1.00 tengah hari.
Buat teman-teman dari Perbadanan Putrajaya, “terima kasih di atas ingatan dan kerjasama yang telah diberikan kepada KMCS dan usahawan kraf selama ini. Harapan kami agar KMCS dan Perbadanan Putrajaya akan terus bekerjasama demi memelihara seni warisan negara agar terus diminati oleh generasi muda di samping membantu usahawan dalam mempromosikan produk kraf mereka kepada pelancong khususnya di Putrajaya. Jika sebelum ini jalinan kerjasama hanya melibatkan KMCS namun kini telah diperkembangkan dengan gabungan bersama IKN, insyaAllah”.
Kepada Puan Che Salmah, Puan Aisyah dan semua warga IKN yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini, kami di KMCS amat berterima kasih dengan kerjasama yang telah dihulurkan. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian. “Terima Kasih Setulus Ikhlas…”.
I-REKA
Artikel I-Reka pada hari ini bertajuk "Rekaan Seni Arca" yang telah disediakan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa. Jom, kita baca apa maklumat yang menarik berkaitan seni arca...
Selasa, 26 April 2011
SANTAPAN ROHANI
PERSEDIAAN BAGI BT ENAMELLING PRODUK BARU
Bengkel BT Enamelling Produk Baru ini dijangkakan akan diadakan pada 7 hingga 10 Mei 2011 bertempat di Bengkel Jurusan Logam, IKN. Seramai 32 peserta akan terlibat dan mereka merupakan peserta Bengkel BT Enamelling yang telah diadakan dahulu dan pada kali ini mereka akan menghasilkan rekaan produk berdasarkan ilmu yang telah dipelajari sebelumnya.
Agaknya, sebab itulah pegawai-pegawai Unit Usahawan masing-masing sibuk menyiapkan kerja. Iza dan A’A sibuk menyiapkan rekaan manakala Sue pula sibuk menyiapkan surat tawaran. Harapan kami agar bengkel yang akan diadakan ini berlangsung dengan lancar, insyaAllah.
Isnin, 25 April 2011
TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BARU...
Ucapan doa tahniah atas kelahiran baru.
Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri PemberiNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.
Jawapan daripada mereka yg mendapat tahniah itu.
Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau.
SANTAPAN ROHANI
Jumaat, 22 April 2011
SAYYIDUL ISTIGHFAR
Dari kitab Shahih Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Syaddad Bin Aus R.A berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ إِلَّا أَنْت، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتأَ،
عُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْت، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ
الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Yang bermaksud :
”Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau telah menciptakanku, aku adalah hambaMu dan aku ada dalam ketentuan takdirMu, aku berlindung kepadaMu daripada apa sahaja kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengakui pelbagai nikmatMu terhadapku dan aku mengakui dosa-dosaku kepadaMu, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau”.
Keterangan :
أَبُوءُ “Abu’u”, iaitu kembali yang bermaksud aku kembali kepadaMu dengan dua perkara; kejahatan yang telah aku perbuat dan nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku. Aku adalah orang yang berdosa dan mempunyai banyak kesalahan, sementara Engkau pemilik keindahan dan kebajikan. Kerana Engkau telah menganugerahkan nikmat kepadaku, memuliakanku, menciptakanku dan memberikanku rezeki, maka sempurnakanlah kemuliaan dan penganugerahanMu dengan mengampuni dosa-dosaku.
Ibnu Taimiyyah (semoga Allah merahmatinya) berkata : “Orang yang beranjak menuju Allah itu berjalan dengan dua pandangan; pandangan kepada keagungan nikmat daripada Allah S.W.T dan pandangan terhadap kekurangan dirinya dan kelalaiannya.”
Dipetik dari kitab “Jagalah Allah….Allah Menjagamu…”
Dr. Aidh Bin Abdullah Ar-Qarni
SANTAPAN ROHANI
Artikel Santapan Rohani pada hari ini bertajuk "Tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup" telah disediakan oleh Puan Lilis Suriyani binti Abdul Manaf.
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 4 yang dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007. Jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith ke-5 minggu ini, "Bukan Dari Golongkanku…Yang Tidak Mempercayai Takdir” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!