Selasa, 26 April 2011

PERSEDIAAN BAGI BT ENAMELLING PRODUK BARU



Pejam celik, pejam celik sudah hampir seminggu lebih Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Enamelling berakhir. Jangan ingat BT tersebut berakhir begitu saja. Sekarang ini Unit Usahawan KMCS sedang membuat persediaan bagi Bengkel BT Enamelling Produk Baru iaitu bengkel lanjutan daripada Bengkel BT Enamelling yang telah dijalankan pada 11 hingga 15 April yang lalu.

Bengkel BT Enamelling Produk Baru ini dijangkakan akan diadakan pada 7 hingga 10 Mei 2011 bertempat di Bengkel Jurusan Logam, IKN. Seramai 32 peserta akan terlibat dan mereka merupakan peserta Bengkel BT Enamelling yang telah diadakan dahulu dan pada kali ini mereka akan menghasilkan rekaan produk berdasarkan ilmu yang telah dipelajari sebelumnya.

Agaknya, sebab itulah pegawai-pegawai Unit Usahawan masing-masing sibuk menyiapkan kerja. Iza dan A’A sibuk menyiapkan rekaan manakala Sue pula sibuk menyiapkan surat tawaran. Harapan kami agar bengkel yang akan diadakan ini berlangsung dengan lancar, insyaAllah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan