Jumaat, 1 April 2011

TERIMA KASIH WARGA IKN, JURUSAN ROTAN...


Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Murah rezeki kami pada pagi Jumaat yang mulia ini. Tidak disangka-sangka, kami telah menerima sumbangan sedekah berupa nasi lemak dan kuih muih oleh pihak IKN, Jurusan Rotan. Rasa syukur kami panjatkan kepada Allah s.w.t dengan rezeki yang telah diberikan. Terima kasih IKN. Terima kasih warga kerja Jurusan Rotan.

Nampaknya, sumbangan makanan ini menjadi santapan pagi kami setelah selesai Majlis Bacaan Yasin kerana seperti biasa pada hari Jumaat KMCS akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin bermula pada pukul 8.30 pagi. Jika diikutkan memang menu pot luck kami hari ini tiada makanan berat, jadi dengan adanya nasi lemak ini maka, lengkaplah hidangan kami pada hari. Tiada kata yang dapat kami ungkapkan selain ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dan kebaikan kalian. Terima kasih daun keladi, jika ada lagi, jangan lupakan kami .



"Alhamdulillah, murah rezeki kita pagi ini, Kak Odah".


"Sedap tau kek batik Juju buat, rugi tak rasa..".



Sempat pandang kamera lagi Cik Iza kita ni...

Tiada ulasan:

Catat Komen