Jumaat, 1 April 2011

KEJUTAN ‘APRIL FOOL’!


Selalunya bila tiba saja tarikh 1 April, akan ada macam-macam kejutan untuk mengenakan kawan-kawan. Tapi, hari ini ada kejutan besar berlaku di KMCS. Pelik tapi ia benar-benar berlaku. Nak tau apa yang gempar?

Tiada angin dan tiada ribut melanda, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kedatangan Puan Rosmawati binti Zubir yang datang melapor diri sebagai Pembantu Tadbir Gred N17.Puan Ros atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros merupakan anggota kerja IKN telah ditukarkan ke KMCS berkuat kuasa pada 1 April 2011. Biarpun, terkejut namun, kami tetap menerima kedatangan Kak Ros dengan hati yang gembira. Cuma...... Tiada persiapan dan persedian dibuat bagi meraikan kedatangannya ke KMCS. Almaklumlah, kami ini cawangan kecil. Jadi, banyak kelengkapan dan keperluan yang tiada namun, jangan risau Kak Ros kita akan cuba selesaikannya nanti.

Nampaknya inilah kejutan ‘April Fool’ yang kami terima. Kepada Kak Ros, kami di KMCS mengucapkan ‘Selamat datang dan selamat bertugas sebagai warga KMCS’. Walaupun, tiada sebarang persiapan, namun kami akan cuba memberikan yang terbaik. Kami menghargai kehadiran Kak Ros untuk bersama-sama kami di sini. Jadi jangan sedih-sedih ya! Kami minta maaf banyak-banyak. Anggaplah kami seperti keluarga, keluarga kecil KMCS!

Tiada ulasan:

Catat Komen