Jumaat, 15 April 2011

MAJLIS PENUTUP BENGKEL BT ENAMELLING


Pejam celik, pejam celik, Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Enamelling yang bermula pada 12 April lalu sudah tiba ke hari yang terakhir. Daripada pemerhatian kami, para peserta telah menunjukkan komitmen yang baik dan produk yang telah dihasilkan juga semakin menarik. Jika tak percaya, tengok saja pada produk yang telah dihasilkan sebelum ini. Semakin hari semakin kemas dan bertambah baik. Tahniah!

Majlis penutup Bengkel BT Enamelling telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia pada pukul 11.00 pagi tadi. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Ybrs. Encik Ibrahim bin Ismail, Pengarah Bahagian Usahawan, Puan Ruslah binti Khalid, Pengarah KMCS, Encik Zainal bin Che’ Pa, Pengarah IKN, Tn. Syed Khamarul Zaman bin Syed Masnu, Tenaga Pengajar BT, Encik Yusak bin Mahmud, Pengarah Bahagian Rekaan, Tn. Hj. Mat Rasul bin Sidek, Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan, Pn. Zailah binti Zaid, Timbalan Pengarah KMCS dan beberapa pegawai dari Ibu Pejabat, IKN dan KMCS.

Ybhg. Ketua Pengarah juga telah meluangkan masa bagi menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta yang terlibat. Sebaik saja tiba, Ybhg. Ketua Pengarah terlebih dahulu melawat sudut pameran produk yang telah dihasilkan oleh para peserta. Sebaik melihat produk yang dihasilkan dan diberi penerangan oleh Tenaga Pengajar BT, Ybhg. KP telah berupaya melihat potensi yang ada pada setiap peserta untuk menghasilkan produk yang lebih baik.

Pengarah Bahagian Usahawan juga bersetuju untuk mengaturkan bengkel seterusnya dalam masa terdekat, insyaAllah pada awal bulan Mei 2011 nanti. Jadi, ini baru suatu permulaan…! InsyaAllah, bersama-sama kita jayakan demi Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf!

Ybhg. KP berharap agar bengkel ini berjaya mencapai objektif utamanya iaitu ke arah mencetuskan satu variasi baru dalam mempercambahkan produk keluaran usahawan kraf logam masa kini. Secara keseluruhannya, Bengkel BT Enamelling ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharap agar para peserta dapat meneruskan usaha mereka dalam meningkatkan kualiti dan rekaan produk ke tahap yang lebih tinggi, InsyaAllah……


Tiada ulasan:

Catat Komen