Isnin, 4 April 2011

MESYUARAT SIDANG REDAKSI BLOG KMCS




Pada jam 8.30 pagi tadi, satu mesyuarat sidang redaksi blog KMCS telah diadakan bertempat di bilik mesyuarat KMCS dan telah dipengerusikan sendiri oleh Penasihat Sidang Redaksi iaitu Puan Ruslah. Mesyuarat ini juga telah mengalu-alukan kedatangan warga baru KMCS iaitu Cik Amalina yang telah melapor diri di KMCS sebagai Pembantu Akauntan Gred W17 berkuatkuasa 4 April 2011 dan Puan Rosmawati sebagai Pembantu Tadbir Gred N17 berkuatkuasa 1 April 2011. Kepada dua warga KMCS yang baru, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat datang ke KMCS dan jangan malu atau segan untuk bertanya sekiranya memerlukan bantuan rakan-rakan di sini. Kami sedia membantu dan jangan risau-risau, ya… ".

Puan Penasihat telah mengucapkan tahniah kepada seluruh warga sidang redaksi blog KMCS kerana telah memberikan komitmen yang baik dalam membangunkan blog KMCS. Tahniah warga sidang redaksi blog KMCS! Selain itu, Puan Penasihat telah memberikan beberapa teguran dan ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap blog sedia ada. InsyaAllah segala teguran dan penambahbaikan tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Mesyuarat telah bersurai pada jam 10.20 pagi bagi menyambung kembali tugas-tugas yang tertangguh.


Tiada ulasan:

Catat Komen