Selasa, 19 April 2011

ARTIKEL MENARIK UNTUK TATAPAN SEMUA...









Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia



Bermula pada minggu lepas, warga KMCS akan bersama-sama menyumbangkan artikel bagi dimuatkan di ruangan Santapan Rohani, Motivasi dan i-Reka. Pada hari Jumaat yang lalu, Cik Sheila kita telah menyumbangkan beberapa artikel bagi dimuatkan di ruangan I-Reka. Artikel tersebut bertajuk Penekanan Terhadap Rekaan, Pengenalan Reka Cipta dan Sejarah Pereka Malaysia Dato' Jimmy Choo.







Manakala, Cik Sri pula telah menyumbangkan artikel di ruangan Santapan Rohani bertajuk Doa Harian dan Pengertian Doa pada hari Isnin (semalam). Pada hari ini pula Cik Amalina kita pula yang telah berkongsi artikel untuk tatapan semua bertajuk Kelebihan Ayat Kursi yang telah dimuatkan di ruangan Santapan Rohani. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan artikel dan idea untuk dikongsikan bersama pembaca pada setiap hari.



Terima kasih kepada semua yang telah mengikuti blog KMCS selama ini. Jangan lupa untuk melayari blog kami pada setiap hari bagi mengetahui info dan artikel menarik yang bakal disajikan untuk tatapan semua.




*Sila klik di ruangan berkaitan pada maklumat lanjut.

1 ulasan: