Selasa, 19 April 2011

MESYUARAT JKPCS KALI KE-4







Pada pagi tadi telah berlangsungnya Mesyuarat JKPCS bagi kali yang ke-4 pada tahun 2011. Seperti biasa mesyuarat akan dipengerusikan oleh Puan Pengarah KMCS, Puan Ruslah Khalid. Bermula pada jam 9.00 pagi mensyuarat ini telah dihadiri oleh semua warga KMCS kecuali Cik Iza dan Pn. Sokdah yang tiada di pejabat kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Manakala, Akmal pula terpaksa mengambil tempat Pn. Sokdah bagi menjawab panggilan telefon kerana semua berada di Bilik Mesyuarat.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa agenda melibatkan semua unit dan terdapat perkara-perkara baru yang dibangkitkan bagi tujuan tindakan dan makluman bersama. Puan Pengerusi juga turut mengingatkan setiap anggota kerja agar melaksanakan kerja-kerja tertangguh dengan segera dan mengikut dateline. Secara keseluruhannya, mesyuarat berlangsung dengan lancar dan telah ditangguhkan pada jam 12.40 tengahari dengan bacaan doa penutup oleh En. Fathul Muin.

Tiada ulasan:

Catat Komen