Jumaat, 15 April 2011

SERBA BOLEH!


*Catatan Pengarah

Sementara warga lelaki KMCS menunaikan Solat Jumaat, warga perempuannya dah menukar pakaian, menyinsingkan lengan turun padang mengemas tempat majlis. Syabas anak-anak, saya terharu dengan kesungguhan anak-anak bekerja. Dalam perjalanan saya balik ke ofis dari tempat majlis, terpandang saya anak-anak buah sudah atas motorsikal macam nak berempit, siap dengan t-shirt hitam. Rupa-rupanya semua nak bergotong-royong lagi untuk mengemas pula.

Alhamdulillah, percayalah anak-anak. Setiap kerja yang dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana Allah, ganjarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Yakinlah, walaupun penat, saya teruja melihat sumbangan mereka kepada organisasi. Tiada kos tenaga kerja!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan